Dakwah Rasulullah saw kepada Pemimpin-pemimpin Negara..


Oleh: takusahrisau

Oleh kerana risalah Islam diturunkan untuk seluruh dunia dan umat manusia seperti yang terkandung dalam surah Saba’ ayat 28, Nabi Muhammad saw mengutuskan surat dan wakil kepada raja, pemimpin serta ketua negara dan kaum yang berlainan untuk mengajak mereka kepada Islam. Sesetengah mereka menerima seruan baginda dan memeluk Islam, namun terdapat beberapa yang lain menunjukkan sikap biadap dan angkuh.

Langkah berani Rasulullah saw ini menunjukkan bahawa baginda menyedari tanggungjawab besar yang digalas oleh baginda sebagai Utusan Allah yang terakhir di bumi ini. Dengan itu baginda melakukan sepenuh usaha untuk menyampaikan Islam kepada seberapa ramai orang di seluruh dunia ini tanpa mengira pangkat dan kedudukan mereka.

Tiada contoh lain dalam sejarah di mana para Nabi dan Rasul mengajak raja dan pemerintah negara dan bangsa lain untuk memeluk agama Tauhid. Hanya Rasulullah saw sahaja yang pernah melakukkannya.

 

Raja Habsyah

Rasulullah saw mengutuskan Amru bin Umaiyah al-Damri sebagai wakil menemui Raja Habsyah. Raja Habsyah adalah raja beragama Kristian yang bernama Asyam ibn Al-Jabr atau lebih dikenali dengan Raja Najasyi. Raja Najasyi memeluk Islam  selepas menerima risalah Rasulullah saw dan membalas surat baginda saw.

Surat Rasulullah saw kepada Raja Najasyi

 

Raja Bahrain

Untuk Raja Bahrain, Rasulullah saw mengutuskan Ala ibn Hadrami sebagai wakil dengan membawa surat kepada Raja Bahrain. Raja Bahrain pada ketika itu adalah Munzir ibn Sawi(atau Sa’adi). Sepertimana Raja Najasyi, Munzir ibn Sawi memeluk Islam.

Raja Oman

‘Amr ibn al-‘As diutuskan menemui pemerintah Oman dengan membawa sepucuk surat. Kedua-dua raja Oman, Jayfar dan Abd(atau Abbed) ibn Julandi memeluk Islam.

Pemerintah Damsyik

Rasullulah saw mengutuskan Shuja ibn Wahb al-Asdi dengan membawa surat menemui pemerintah Damsyik dan gabenor Syria yang bernama Munzir bin Harith ibn Abi Shimr al-Ghassani. Pada mulanya, mereka memberi respon yang kurang sopan dengan mengugut untuk menyerang Madinah. Namun, selepas itu, mereka kembali tenang setelah dipujuk oleh Shuja ibn Wahb al-Asdi. Mereka melayan utusan Rasulullah saw dengan sopan dan penuh hormat. Walaubagaimanapun, mereka tidak memeluk Islam.

Pemerintah Yamamah

Sulait ibn ‘Amr Amri dihantar sebagai wakil Rasulullah saw menemui pemerintah Yamamah. Pemerintah Yamamah ketika itu adalah Hauza ibn Ali. Beliau beragama Kristian. Beliau menyatakan persetujuan untuk memeluk Islam namun dengan syarat dijadikan pemerintah bagi separuh negara Islam. Walaubagaimanapun, beliau meninggal dunia beberapa hari setelah beliau menyatakan syaratnya.

Raja Iskandariah

Hatib ibn Abi Balta’ah diutus sebagai wakil Rasulullah saw untuk menemui pemerintah Iskadariah, Jarih ibn Mathew atau lebih dikenali Raja Muqauqis. Beliau berjanji akan mempertimbangkan perkara ini dan menyimpan surat Rasulullah saw dengan penuh hormat dalam sebuah peti yang diperbuat daripada gading. Beliau juga mengirim hadiah kepada Rasulullah saw sebagai tanda persahabatan.

Maharaja Rom

Wahiyyah(atau Dihiyah) bin Khalifah al-Kalbi dihantar sebagai wakil menemui Maharaja Rom, Heraklius. Beliau bertanya kepada Abu Sufyan yang kebetulan berada di sana kerana mengetuai rombongan perdagangan Quraisy tentan peribadi, keturunan, kedudukan sosial, dan kejujuran Rasulullah saw. Beliau berasa terharu dengan surat Rasulullah saw dan melayan wakil baginda saw dengan penuh hormat. Ada riwayat menyatakan beliau memeluk Islam secara sembunyi namun riwayat yang lain menyatakan beliau tetap kafir sehingga menemui ajal.

Surat Rasulullah saw kepada Heraklius

Raja Parsi

Abdullah bi Huzaifah dihantar dengan membawa surat menemui Khasroe Pervez. Raja Parsi ini bergitu marah selepas membaca surat tersebut lalu mengoyakkannya. Beliau berasa terhina kerana menganggap salah seorang ‘rakyatnya’ iaitu Rasulullah saw berani menulis namanya sebelum nama beliau. Apabila Abdullah bin Huzaifah kembali ke Madinah dan memberitahu Raja Parsi telah mengoyak surat tersebut, baginda lantas menyatakan kerajaan dan empayar Khosroe Pervez bakal musnah sebagaimana beliau mengoyak surat baginda.

Lain-lain Pemimpin

Selain daripada Raja Najasyi, Raja Oman dan Raja Bahrain yang sememangnya diyakini memeluk Islam, beberapa pemerintah yang lain juga diberi hidayah oleh Allah Taala untuk menerima seruan Rasulullah saw. Antara mereka adalah

Thumamah dari Najd – memeluk Islam pada tahun ke-6 Hijrah

Jabla, pemerintah Ghassan – memeluk Islam pada tahun ke-7 Hijrah

Ferda ibn Umro Khizai – memeluk Islam pada tahun ke-5 Hijrah. Beliau bagaimanapun dibunuh atas arahan daripada pemerintah Kaisar Rom.

Kedar, pemerintah Daumatul Jandal – memeluk Islam pada tahun ke-9 Hijrah.

Dzul Kala ibn Himyar, Raja Himyar – juga memeluk Islam pada tahun ke-9 Hijrah. Diriwayatkan selepas memeluk Islam, beliau membebaskan 18,000 orang hamba dalam satu hari.

(Fakta ini dipetik daripada buku Rahmatul –lil- Alameen oleh Qazi Muhammad Sulaiman Salman Mansoorpuri, Jilid 1)

Advertisements

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

2 responses to “Dakwah Rasulullah saw kepada Pemimpin-pemimpin Negara..”

  1. norlilam says :

    aku sgt suka buka xusah risauuuuuuuuuuuuuuuuu…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: