Selebriti Popular yang Meninggal dunia akibat AIDS..


Oleh: takusahrisau

 

Sindrom kurang daya tahan penyakit atau AIDS telah mula tersebar pada awal 1980-an di Amerika Syarikat. Pada awalnya, ia lazimnya dijangkiti oleh golongan-golongan gay di Amerika Syarikat akibat amalan seks bebas mereka. Namun sejak dua puluh tahun kebelakangan ini, semakin ramai didiagnosis menghidap AIDS termasuklah para selebriti terkenal dunia.

Walaubagaimanapun, ramai selebriti di Hollywood yang dijangkiti AIDS tidak diistiyharkan secara rasmi dalam sijil kematian mereka kerana melindungi hak privasi dan maruah saudara mara mereka. Namun, setelah dua atau tiga tahun kematian mereka, segala-galanya mula terbongkar apabila ada di kalangan saudara dan doktor yang merawat mereka mendedahkan punca sebenar kematian misteri mereka.

Di Malaysia, selebriti yang meninggal dunia akibat AIDS tidak pernah didedahkan secara rasmi. Namun, khabar angin tetap tersebar tentang beberapa selebriti yang dikaitkan dengan AIDS. Walaubagaimanapun, tiada niat di hati penulis untuk menulis berkenaan selebriti daripada Malaysia dalam artikel kali ini.

Pada kali ini, penulis akan sediakan beberapa selebriti Hollywood yang meninggal dunia akibat jangkitan virus HIV yang seterusnya menyebabkan penyakit AIDS. Untuk pengetahuan pembaca, bukan semua di antara mereka mengamalkan cara hidup yang tidak sihat seperti seks rambang, homoseksual, pengambilan dadah dan pengkongsian jarum. Terdapat beberapa orang daripada mereka menghidap AIDS akibat pemindahan darah yang dicemari virus HIV.

 

 

Rock Hudson

Rock Hudson atau nama sebenarnya Roy Harold Scherer, Jr. lahir pada 17 November 1925. Rock Hudson meninggal dunia pada 2 October 1985. Lelaki yang memiliki ketinggian 196cm ini mula didiagnos memiliki AIDS pada Jun 1984. Pada awal kematiannya, media telah menimbulkan desas-desus bahawa kematiannya adalah disebabkan oleh proses pemindahan darah yang dicemari oleh virus HIV. Namun beberapa bulan kemudian timbul pula desas-desus bahawa Rock Hudson meninggal akibat komplikasi jangkitan virus HIV akibat gaya hidupnya yang mengamalkan seks songsang. Ia diyakinkan pula oleh pengakuan beberapa rakan-rakan seperjuangannya seperti Mamie Van Doren dan Angie Dickinson dalam satu temubual dengan majalah People.

Mayat Rock Hudson kemudian dibakar dan abunya dibuang ke laut.

Rock Hodson di akhir hayatnya.

 

Freddie Mercury

Freddie Mercury dilahirkan pada 5 September 1946 di Stone Town, Zanzibar sebagai Farouk Bulsara. Vokalis utama kumpulan Queen ini meninggal dunia pada 24 November 1991 setelah disahkan menghidap AIDS seawal tahun 1987. Sebagai seorang perahsia, Freddie hanya mengaku bahawa beliau adalah penghidap AIDS sehari sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir iaitu pada 23 November 1991. Antara petikan ayat yang dibaca oleh pengurus Queen, Jim Beach adalah,

The time has come now for my friends and fans around the world to know the truth and I hope that everyone will join with me, my doctors, and all those worldwide in the fight against this terrible disease.

Freddie Mercury diistiyharkan meninggal dunia akibat radang peparu oleh pihak hospital. Sepertimana Rock Hudson, media melaporkan Freddie meninggal dunia akibat gaya hidup songsangnya yang mengamalkan homoseksual.

Freddie Mercury

 

Anthony Perkins

 

Pelakon Hollywood yang masyhur dengan watak Norman Bates dalam filem adaptasi daripada novel Alfred Hitchcock, Psycho meninggal dunia pada 12 September 1992 akibat komplikasi daripada penyakit AIDS. Beliau yang dilahirkan pada 4 April 1932 di New York berumur 60 tahun ketika itu. Desas-desus mengatakan beliau terlibat dalam hubungan homoseksual semasa hayatnya sehingga menyebabkan beliau dijangkiti virus maut ini. Antara aktor terkenal yang pernah mempunyai hubungan dengan Anthony Perkins adalah Rock Hudson yang juga meninggal dunia akibat penyakit AIDS. Ironinya, di sebalik nafsu songsang beliau, Perkins memiliki seorang isteri dan dua orang cahaya mata.  

Mayat Anthony Perkins dibakar dan abunya kemudian diberi kepada keluarganya untuk urusan perkebumian.

Anthony Perkins

 

Amanda Blake

Aktres Hollywood yang terkenal dengan watak gadis berambut merah dalam drama popular tahun 1950, Gunsmmoke meninggal dunia pada 16 Ogos 1989. Ketika meninggal dunia, beliau berumur 60 tahun. Beliau diistiyharkan meninggal dunia akibat barah mulut akibat tabiat merokoknya yang melampau sewaktu muda. Namun, media menyatakan sebaliknya apabila ura-ura mengatakan kematian aktress yang lahir pada 20 Februari 1929 ini adalah disebabkan jangkitan virus HIV. Walaubagaimanapun, beliau dijangkiti virus tersebut bukan kerana mengamalkan cara hidup yang tidak sihat seperti aktor Rock Hudson, Freddie Mercury dan Anthony Perkins tetapi kerana dijangkiti daripada bekas suaminya yang juga meninggal dunia akibat AIDS.

Amanda Blake

Robert Reed

Robert Reed adalah aktor profilik yang sering mewarnai kaca televisyen dan layar perak. Antara lakonan yang sehingga ke hari ini menjadi sebutan adalah dalam sitkom popular tahun 1960-an, The Brady Bunch. Robert Reed atau nama sebenarnya, John Robert Rietz Jr. Meninggal dunia pada 12 Mei 1992 akibat kanser kolon. Namun, ramai berpendapat beliau terlebih dahulu menghidap AIDS sebelum menghidap kanser tersebut sehingga meragut nyawanya. Ketika meninggal dunia, beliau baru sahaja berusia 59 tahun.

Aktor popular ini disyaki menghidap AIDS kerana hubungannya dengan beberapa orang lelaki. Di kalangan rakan artis, ramai mengetahui beliau adalah gay namun di kalangan peminat dan wartawan, beliau berusaha untuk mengelak daripada mereka mengetahuinya. Namun, segala-galanya terbongkar selepas kematian selepas satu persatu pengakuan dibuat oleh rakan-rakannya.

Sepertimana Anthony Perkins dan Rock Hudson, mayat beliau dibakar dan kemudian abunya diserahkan kepada anak perempuannya untuk urusan perkebumian.

Robert Reed

 

 

Rudolf Nureyev

Penari balet terkenal ini meninggal dunia pada 6 Januari 1993 setelah didiagnosis menghidap AIDS semenjak tahun 1983. Penari yang memiliki wajah kacak ini dilahirkan pada 17 Mac 1938 di Transiberia, Rusia(ketika itu dikenali USSR). Ketika meninggal dunia, beliau baru sahaja berusia 54 tahun.

Rudolf Nureyez sangat dikenali sebagai seorang gay. Beliau disahkan menghidap AIDS kerana jangkitan semasa hubungan kelamin dengan salah seorang daripada ramai ‘kekasihnya’. Miskipun dikenali sebagai ‘the gay playboy’, beliau juga memiliki beberapa pasangan tetap. Antara pasangan-pasangan yang pernah hidup bersama-sama dengannya adalah Eric Bruhn, seorang penari vateran, Wallace Potts, seorang pengarah dan aktivis, dan Robert Tracy, seorang penari muda dan junior kepadanya.

Rudolf Nureyev

Tony Richardson

Seorang lagi selebriti yang menghidap AIDS akibat gaya hidup yang kurang sihat dengan mengamal seks songsang. Beliau mula membina reputasi sebagai seorang pengarah dan penerbit filem yang disegani di Britain dan kemudiannya melebar sayapnya ke Hollywood dengan mengarah filem pecah panggung, Tom Jones(1963). Filem Tom Jones telah mengangkat namanya apabila beliau memenangi dua Anugerah Academy bagi kategori Best Director dan Best Picture.

Tony Richardson meninggal dunia pada 14 November 1991 di Los Angeles, Amerika Syarikat. Beliau yang lahir pada 5 Jun 1928 berumur 61 tahun ketika beliau menghembuskan nafas terakhir. Sepanjang hayatnya, beliau tidak dikenali sebagai pengamal seks songsang. Namun, setelah meninggal dunia, segala-galanya terbongkar sepertimana yang terjadi kepada Freddie Mercury, Anthony Perkins dan ramai lagi.

Tony Richardson

 

 

Arthur Ashe

Arthur Ashe adalah seorang pemain tenis profesional kulit hitam pertama daripada Amerika Syarikat. Pada masa itu, Amerika Syarikat masih lagi diselubungi dengan dasar perkauman yang melampau namun ia tidak menghalang daripada Ashe untuk melangkah dalam sukan ini dengan lebih jauh. Ashe ternyata sangat berbakat apabila berjaya merangkul Grand Slam sebanyak tiga kali.  Ashe adalah lelaki kulit hitam pertama merangkul trofi berprestij itu. Pada tahun 1969, beliau telah menduduki ranking pertama dunia.

 

Ashe sebenarnya tidak berhenti di situ, selepas mengantung raket pada 1980, beliau meneruskan kerja-kerja amalnya. Pada 1985, beliau ditahan setelah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan pejabat duta Afrika Selatan untuk menentang dasar apartheid. Beliau juga ditahan pada 1992 kerana membantah tindakan keras ke atas pelarian daripada Haiti. Beberapa bulan sebelum meninggal dunia, Ashe menubuhkan Arthur Ashe Institute for Urban Health bagi membantu para penyelidik bagi mengesan penyakit-penyakit sukar dirawat.

 

Ashe meninggal dunia pada 6 Februari 1993 pada usia 49 tahun. Beliau didiagnosis menghidap AIDS akibat jangkitan daripada proses pemindahan darah semasa pembedahan jantungnya. Beliau yang dilahirkan pada 10 Julai 1943 telah menjadi idola kepada ramai pemain tenis terkemudian daripadanya seperti Andre Aggasi, Pete Sampras, Venus William dan ramai lagi.

Arthur Ashe

 

Isaac Asimov

 

Isaac Asimov meninggal dunia pada 6 April 1992 selepas dijangkiti AIDS melalui percemaran darah AIDS semasa proses pemindahan darah. Ia berlaku akibat pembedahan pintasan jantungnya pada Disember 1983. Beliau hanya diistiyharkan meninggal dunia akibat kegagalan ginjal dan jantung oleh hospital. Walaubagaimanapun, beberapa tahun kemudian, isteri beliau mendedahkan beliau telah meninggal dunia akibat jangkitan AIDS. Pendedahan isteri beliau dibuat setelah mengambil kira pandangan positif masyarakat terhadap Arthur Ashes yang turut bernasib malang seperti Isaac Asimov.

 

Isaac Asimov yang lahir pada tahun 1919 di Rusia adalah seorang penulis sains fiksyen paling prolifik pada zamannya. Beliau menghasilkan banyak novel dan cerita pendek berunsur sains fiksyen yang bermutu seperti siri-siri Foundation, The Last Question(1956), I, Robot(1950) dan banyak lagi. I, Robot kemudian diadaptasi ke dalam layar yang dibintangi oleh pelakon popular Hollywood, Will Smith. Filem tersebut telah mencatatkan kutipan pecah panggung di seluruh dunia.

 

Isaac Asimov

Liberace

 

Dikenali ramai dengan gelaran Mr. Showmanship dek kerana kemahirannya ‘menangkap’ penonton dengan gaya hebatnya bermain piano dan komunikasinya di atas pentas. Beliau yang dilahirkan pada 16 Mei 1919 meninggal dunia pada 4 Februari 1987. Ketika itu, Liberace atau nama sebenarnya, Wladziu Valentino Liberace berusia 67 tahun. Sebab utama kematiannya didiagnosiskan oleh doktor menghidap serangan jantung. Walaubagaimanapun, ramai peminatnya yakin Liberace meninggal dunia akibat komplikasi daripada jangkitan AIDS sejak tahun 1985. Sepertimana ramai penghidap AIDS yang lain, Liberace adalah seorang pengamal homoseksual miskipun sering dinafikan olehnya semasa hayatnya. Jenazahnya dikebumikan di Forest Lawn-Hollywood Hills Cemetery di Los Angeles.

Liberace

 

 

 

 

Advertisements

Tags:

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: