Archive | December 2011

(Video) Grafik Rumah Rasulullah saw..

Oleh: takusahrisau

 

Berikut adalah grafik kediaman junjungan besar kita, Rasulullah saw. Keseluruhan intisari dan dialog adalah dalam bahasa Arab. Namun bergitu, terdapat beberapa intisarinya dapat penulis fahaminya, insyaAllah. Grafik kediaman Rasulullah saw dipersembahkan keseluruhannya oleh penerbit Law Ka Na Bainana, Ahmad Al-Shugairi.

Melalui grafik ini, dapat diketahui bahawa rumah Rasulullah saw bersambung dan hampir berjiran dengan Masjid Nabawi di Madinah al-Munawarrah. Di antara rumah Rasulullah saw dan Masjid Nabawi inilah terdapatnya satu tempat yang dikenali dengan Raudhah yang mana segala doa akan dimakhbulkan oleh Allah swt. Sabda Rasulullah saw daripada Abu Hurairah ra,

“Tempat yang terletak di antara rumahku dengan mimbarku merupakan suatu taman di antara taman-taman surga, sedang mimbarku itu terletak di atas kolamku.”

( Riwayat Sahih Bukhari)

 

Bilik Rasulullah saw dan laluan keluar ke Masjid Nabawi

 

Kini, sempadan yang dikatakan Raudhah telah berada dalam lingkungan Masjid Nabawi. Pihak berkuasa Masjid Nabawi telah menandainya dengan warna hijau disebalik warna karpet berwarna merah.

 

Saiz Rumah Rasulullah saw

Rumah baginda mempunyai ketinggian hanya 3 meter dan selebar 4.5 meter. Manakala bilik baginda pula hanya sepanjang 3.5 meter dan selebar 3 meter. Di dalamnya hampir tiada perabot-perabot mewah melainkan hanya bantal dan sebidang tikar untuk baginda tidur, bersolat dan merehatkan badan. Ia bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra,

Diriwayatkan dari Aisyah ra, dia berkata, “Rasulullah SAW menghamparkan sebahagian tikar diwaktu malam dan baginda solat di atasnya. Baginda pun menghamparkan tikar itu disiang hari untuk tempat orang-orang duduk”

(Hadis Sahih Bukhari dan Baihaqi)

Melalui beberapa hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Rifa’ah Al-Udzri dan beberapa yang lain, terdapat beberapa kelengkapan lain dalam rumah Rasulullah. Walaubagaimanapun, kelengkapan tersebut hanyalah kelengkapan basis seperti kerusi, kendi dan mangkuk.

Saiz rumah Rasulullah saw.

 

Saiz bilik Rasulullah saw.

 

Tikar dan bantal Rasulullah saw yang diperbuat daripada kulit berisi serabut.

 

Rumah Ummul Mukminin

Selain Masjid Nabawi yang berjiran dengan dengan rumah baginda, kediaman Rasulullah saw juga berdekatan dengan kediaman isteri-isteri baginda. Urutan rumah-rumah isteri baginda paling dekat adalah seperti berikut:

1.  Sayyiditina Hafsah bt. Umar al-Khattab ra

2. Sayyiditina Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah ra

3. Sayyiditina Aisyah bt. Abu Bakar as-Siddiq ra

4. Sayyiditina Ummu Salamah Hindun bt Abi Umaiyah ra

5. Sayyiditina Juwariyyah bt. Harith ra

6. Sayyiditina Zainab bt. Jashy ra

7. Sayyiditina Ummu Habibah Ramlah bt. Abi Sufyan ra

8. Sayyiditina Safiyah bt. Huyay ra

9. Sayyiditina Maimunah bt. Harith ra

Deretan bilik atau kamar ummul mukminin.

 

Di tapak rumah Sayyiditina Aisyah ra, Rasulullah saw kemudian dimakamkan. Kemudian, dimakamkan pula dua sahabat besar baginda, Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab. Walaubagaimanapun, kerana perluasan Masjid Nabawi oleh kerajaan Arab Saudi, ketiga-tiga makam itu kini berada di dalam lingkungan masjid, iaitu di sudut tenggara atau di sebelah kiri depan masjid.

Aisyah sendiri dan isteri-isteri baginda yang lain kebanyakannya dimakamkan di perkuburan Baqi. Pada satu masa dahulu, perkuburan Baqi terpisah cukup jauh, kini dengan perluasan masjid secara berkala, perkuburan Baqi  telah berada bersebelahan dengan halaman Masjid Nabawi.

Terdetik dalam hati penulis apabila melihat pemimpin agung dan idola umat Islam hanya mempunyai rumah yang layaknya seorang buruh kasar. Terang lagi jelas bahawa baginda tidak menghiraukan kesenangan dunia dan ini menangkis fitnah serta tohmahan para orientalis dan yahudi laknatullah yang mengatakan baginda sebenarnya seorang yang tamak dan materialistik.

Sabagai perbandingan, rumah musuh-musuh Allah seperti Qarun, Firaun, Hamman, Namrud dan sebagainya, kesemua mereka mempunyai kediaman yang amat besar dan mewah. Runtuhan istana-istana mereka membuktikan segalanya. Qarun misalnya, telah digambarkan dalam al-Quran mempunyai gudang menyimpan hartanya yang sangat besar sehingga ‘kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat’.

Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: “Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri.”

(Surah  al-Qashash ayat 76)

 

Untuk Melihat Video, Klik SINI

Advertisements

Sedikit Fakta Tentang Hari Krismas, 25 Disember..

Oleh: takusahrisau

 

Saban tahun, 25 Disember disambut dengan meriah oleh kira-kira 1.2 bilion penganut Kristian di seluruh dunia. Tarikh 25 Disember merujuk kepada kelahiran Nabi Isa atau Jesus Christ. Perkataan Krismas” berasal dari istilah Yunani iaitu Mass Kristus” yang membawa maksud Perayaan bagi al-Masih. Sambutan perayaan ini sebenarnya wujud berabad-abad sebelum Isa dilahirkan tetapi tidak pernah didoktrin dalam agama Kristian sehingga beberapa abad selepas kematian Nabi Isa.

Di sinilah(satu sudut dalam Church of Nativity) dikatakan Nabi Isa dilahirkan.

 

Catholic Encyclopedia  Edisi 1911 menggambarkan bahawa perayaan Krismas tidak berasal daripada Palestin tetapi daripada Mesir. Dalam ekslopedia itu menyatakan perayaan Krismas dipengaruhi dengan ajaran paganisme daripada Mesir. Perayaan Pagan sekitar Januari hari pertama setiap tahun benar-benar telah mempengaruhi tarikh 25 Disember yang kini dirayakan sebagai perayaan Krismas.

Origen (AD 186-238), ahli teologi abad ketiga dan digelar ‘bapa pengkritik Bible’ pernah menulis,

Dalam Kitab Suci, tiada seorang pun yang direkodkan telah merayakan hari raya atau mengadakan jamuan yang besar pada hari lahirnya. Ia hanya orang-orang yang zalim dan toghut[seperti Firaun dan Herod] yang membuat hari berfoya-foya  yang gah pada hari mereka dilahirkan di dunia. (dipetik daripada 1911 Catholic Encyclopedia, artikel Hari Krismas).

 

::::        Apabila kebanyakan penganut Kristian merayakan perayaan Krismas pada 25 Disember(Kalendar Gregory) saban tahun, terdapat penganut Kristian beraliran oriental seperti Armenian Apostolic Church dan beberapa yang lain menyambut perayaan Krismas pada 6 atau 7 Januari(Kalendar Gregory).

::::        Di barat, tarikh 25 Disember berkait rapat dengan perayaan penganut agama pagan dahulu kala. 25 Disember dikaitkan dengan Festival Yule iaitu sejenis festival keagamaan bagi kaum paganisme Jerman sebelum kedatangan Kristian. Festival ini dirayakan daripada pertengahan Disember sehingga awal Januari berdasarkan Gemanic Lunar Calendar.

::::        Jika Festival Yule dikaitkan dengan Krismas di barat, di timur, perayaan Krismas dikaitkan dengan Festival Dies Natalis Solis Invicti atau Festival Kelahiran Sol Invictus. Sol Invictus adalah tuhan matahari yang disembah oleh bangsa Rom Byzantine yang mana telah diadaptasi daripada tuhan bangsa Syria, Elagabalus.

::::        25 Disember dikaitkan dengan tarikh kelahiran seorang lagi figura ajaran Paganisme iaitu Mitra. Mitra adalah dewa masyarakat Parsi yang kemudiannya diadaptasi oleh orang Rom sebagai dewa mereka. Ajaran Mitra dikenali Mitraism yang menjadi anutan ramai masyarakat Rom sebelum kedatangan Kristian pada abad ke-4 masihi.

Ukiran dewa Mithra.

 

::::        Manuskrip pertama yang menyatakan Perayaan Krismas 25 Disember dijadikan cuti umum adalah Calender of Filocalus. Ia dihasilkan untuk Valentinus, seorang bangsawan Rom beragama Kristian.

::::        Selain tarikh 25 Disember sebagai tanggal kelahiran Jesus Christ, tarikh-tarikh lain turut dikatakan mempunyai kaitan dengan kelahiran Jesus Christ. Setiap tarikh mempunyai kekuatan dan alasan yang tersendiri sepertimana tarikh 25 Disember yang menjadi tarikh umum kononnya Jesus Christ dilahirkan. Tarikh-tarikh tersebut adalah 5 Januari, 6 Januari, 25 Mac, 28 Mac, 19 April, 20 April, 20 Mei, 21 Ogos, 17 November  dan 19 November.

::::        Santa Claus adalah nama paling dominan apabila datangnya perayaan Krismas. Santa Claus berasal daripada perkataan Belanda iaitu SinterKlaas. Santa Claus sebenarnya adalah nama gelaran kepada Saint Nicolas of Myrra yang hidup sekitar abad ke-4 masihi. Beliau memiliki kegemaran memberi hadiah secara rahsia kepada kanak-kanak yang kemudian menjadi model kepada Santa Claus pada hari ini. Lazimnya, amalan pemberian hadiah dilakukan pada 6 Disember sempena hari perayaan(feast day) St. Nicholas of Myrra.

Lukisan dinding mengambar St. Nicholas of Myrra.

 

::::        Warna tradisional Hari Krismas adalah merah, putih, hijau, perak dan juga warna keemasan. Merah melambangkan darah Jesus Christ ketika disalib manakala hijau melambangkan keabadian kehidupan.

::::        Pokok Krismas antara salah satu elemen paling utama apabila menjelang perayaan Krismas. Pokok Krismas diadaptasi amalan kaum pagan apabila menjelang musim Sejuk Solstis yang menjadikannya sebagai bahan untuk upacara penyembahan. Apabila agama Kristian tersebar di Eropah, kaum pagan yang telah memeluk Kristian meneruskan tradisi ini semasa perayaan Krismas. Bentuknya seakan-akan segitiga dikaitkan dengan doktrin triniti yang menjadi dasar mazhab Katholik.

Pokok Krismas

 

::::        Perkataan ‘Christmas Tree’ direkodkan buat pertama kali pada 1835 yang mana diambil daripada perkataan Jerman. Pokok Krismas digunakan buat pertama kali semasa perayaan Krismas oleh pengasas mazhab Prostestan, Martin Luther(1483-1546) pada abad ke-16.

Martin Luther

 

::::        Sepertimana Pokok Krismas yang menjadi elemen utama semasa perayaan Krismas, Orang Salji atau Snowman juga sering mewarnai kemeriahan perayaan Krismas. Asal-usul Orang Salji masih tidak dapat dipastikan namun ilustrasi Orang Salji dapat ditemui di dalam buku ‘Book of Hours’ yang bertarikh 1380 di The Hague. Kemungkinan besar, penggunaan Orang Salji digunakan lebih lama daripada tarikh tersebut.

::::        Orang Salji paling besar pernah dibina adalah Orang Salji yang dibina di 2008 di Bethel, Maine. Orang Salji tersebut berdiri setinggi 37.21 meter dan dinamakan Olympia sempena Senator Parti Republikan Amerika Syarikat, Olympia Snowe.

'Olympia'

 

::::        Sebagai tambahan, sebuah kawah Asteroid 4 Vesta membentuk seakan-akan Orang Salji. Ia dirakam pada oleh Prob angkasalepas tanpa pemandu, Dawn pada 6 Ogos 2011.

'Snowman Crater'

 

::::        Perkataan Krismas sering disingkat menjadi ‘Xmas’. Ia diambil daripada abjad Greek yang ke-22 iaitu ‘X’. Sebutan ‘X’ memberikan bunyi seperti ‘Christ’ dan lama-kelamaan menjadi singkatan kepada perkataan Krismas.

::::        Tarikh 25 Disember merupakan tarikh kelahiran bagi beberapa tokoh ternama dunia. Antaranya adalah ahli fizik terkenal, Isaac Newton(1642-1727), pengasas Pakistan, Muhammad Ali Jinnah(1876-1948), pengasas Chevrolet Motor Car Company, Louis Chevrolet(1878-1941), bekas Presiden Mesir, Anwar Sadat(1918-1981), bekas pemain bola antarabangsa Brazil, Jairzinho(1944), Penyanyi kelahiran Britain, Dido(1971) dan ramai lagi.

Jairzinho

 

::::        Tarikh 25 Dismber juga merupakan tarikh kematian bagi beberapa tokoh ternama dunia. Antaranya adalah bekas maharaja Jepun, Emperor Taisho(1879-1926), Perdana Menteri kedua Turki, Ismet Inonu(1884-1973), pelawak terkenal, Charlie Chaplin(1889-1977), bekas Presiden Komunis Romania, Nicolae Ceauşescu(1918-1989), penyanyi genre Soul terkenal, James Brown(1933-2006) dan ramai lagi.

 

Ismet Inonu

 

 

::::        Pada tahun 2011, bangsa Yahudi seluruh dunia turut merayakan perayaan Hanukkah pada tarikh 25 Disember. Perayaan Hanukkah adalah perayaan 8 hari 8 malam dengan menyalakan lilin di sembilan tapak lilin Menorah. Perayaan ini jatuh pada 25 Kislev dan berakhir pada 2 atau 3 Tevet mengikut Kalendar Hebrew. Ia bersamaan dengan mana-mana hari pada akhir November dan akhir Disember mengikut kalendar Gregory.

Menorah

 

(Gambar) Objek Misteri jatuh di pendalaman Nimibia..

Oleh: takusahrisau

 

Objek misteri seakan-akan prop filem fiksyen sains telah ditemui jatuh terhempas di utara pendalaman Nimibia, Afrika. Menurut ketua penyiasat forensik Institute of Nimibia yang ditugaskan memeriksa objek ini, Paul Ludik, berat objek berbentuk sfera tersebut dianggar sekitar 13 pound dan berdiameter 14 inci. Ditengah-tengah objek tersebut seakan-akan dicantum secara ‘welding’. Impak daripada objek ini menyebabkan terbentuknya kawah sedalam 12 inci dan 13 inci lebar. Manakala objek misteri ini terpelanting sejauh 60 kaki daripada kawah tersebut. Penduduk tempatan turut memaklumkan berlakunya beberapa letupan sebelum ia ditemui oleh seorang petani.

Paul Ludik

 

Pelbagai andaian telah dibuat tentang asal-usul objek ini. Namun, pendapat paling tepat dan logik adalah mengatakan objek ini berasal daripada tangki hidrazine yang mana ia digunakan di ruang angkasa untuk menyimpan bahan kimia muda terbakar. Ludik telah pun memaklumkan kepada agensi NASA dan Agensi Angkasa Lepas Eropah bagi melakukan penyiasatan yang lebih lanjut.

Kemungkinan besar ia berasal daripada tangki hidrazine daripada satelit atau kapal angkasa.

 

Paul Ludik turut menambah bahawa objek tersebut sebenarnya telah terhempas sebulan yang lalu namun hanya minggu disiarkan kepada umum.

 

 

Sumber: Klik SINI

 

 

Fitnah-Fitnah terhadap Islam dan Nabi Muhammad saw pada Abad Pertengahan..

Oleh: takusahrisau

 

Muhammad bin Abdullah adalah nama yang tidak asing lagi dalam sejarah dunia. Baginda lahir pada 12 Rabiul Awwal bersamaan 26 April 570M. Baginda adalah pengasas ajaran Islam dan kini mempunyai penganut melebihi suku penduduk dunia.

Bagi seluruh umat Islam, baginda adalah seorang Rasul yang diutus oleh Allah swt kepada seluruh umat manusia. Kepada baginda, telah diturunkan sebuah kitab yang dihimpun daripada wahyu-wahyu yang diterimanya daripada Allah swt melalui perantaraan malaikat Jibrail as.

 

Dilantik Allah swt menjadi Rasul

Muhammad bin Abdullah dilantik Allah swt sebagai Rasul apabila umurnya mencecah 40 tahun. Sejak daripada dilantik menjadi pesuruh Allah sehingga meninggal dunia pada usia 63 tahun, baginda telah berjaya mengubah penduduk di sekitar tanah Arab menjadi sebuah bangsa yang bersatu dan menyembah kepada Tuhan yang satu. Sedangkan sebelum ini, bangsa Arab adalah penyembah berhala paling tegar sehinggakan di sekitar Kaabah berdirinya lebih 300 berhala untuk disembah.

Adalah menjadi satu keajaiban memandangkan tempoh selama 23 tahun adalah teramat singkat bagi sesetengah individu untuk mengubah sebuah masyarakat yang kasar perwatakannya kepada sebuah masyarakat yang bertamadun dan membangun.

 

Didengki dan dicemburui

Namun, keunggulan dan kewibawaan yang dimiliki oleh junjungan besar kita ini dicemburu dan dimusuhi oleh banyak pihak terutama daripada kalangan puak fanatik Kristian dan Yahudi.

Telah diriwayatkan oleh Ibn Ishaq dan Ibn Kathir menceritakan bagaimana Rasulullah saw telah diracun oleh seorang wanita Yahudi selepas Perang Khaibar. Kejadian itu menyaksikan Jibrail datang memberi wahyu kepada Rasulullah saw supaya tidak memakan daging yang diracun tersebut. Walaubagaimanapun, Rasulullah saw diriwayatkan telah memakan sedikit makanan tersebut dan dipercayai mengakibatkan Rasulullah saw menderitainya sehingga menemui kekasihnya pada usia 63 tahun.

 

Kedengkian dan kecemburuan Kristian dan Yahudi berterusan

Zaman pertengahan dan beberapa abad sebelumnya adalah zaman bermulanya kepada penyebaran fitnah dan cerita-cerita bohong berkenaan kisah kehidupan Rasulullah saw. Ia berkemungkinan kerana desakan dan tekanan yang diterima oleh puak Kristian dan Yahudi memandangkan pada abad itu Islam telah pun berada di zaman keemasan dan kemuncak perabadan.

Sebaliknya, penganut Kristian dan Yahudi kebanyakkan berada di bawah Daulah Islamiyyah terutama kepada mereka yang menetap di wilayah Arab, Hijaz, Afrika Utara dan Semenanjung Ibiza(Sepanyol).

 

Kristian dan Yahudi berusaha menjatuhkan Islam

Tersebarnya fitnah ini menceritakan bagaimana mereka terdesak untuk mencemari peribadi mulia Rasulullah saw seterusnya merosakkan ajaran Islam. Walaubagaimana usaha mereka tidak pernah berjaya kerana ditangkis dan dibidas oleh ulama-ulama Islam pada awal zaman pertengahan.

Antara ulama-ulama yang berusaha menangkis dan membidas fitnah yang disebarkan oleh puak Yahudi dan Kristian adalah Abu Yazid al-Bustami(804-874), Imam Al-Ghazali(1058–1111) dan ramai lagi. Imam Al-Ghazali misalnya adalah tokoh perintis dalam penolakan kepada unsur-unsur falsafah Yunani daripada meracuni kesucian ajaran Islam. Penolakan ini adalah respon Imam Al-Ghazali selepas tersebarnya mazhab sesat seperti mazhab Muktazillah yang dianuti oleh ramai ahli falsafah dan saintis Islam pada zaman kemuncak perabadan Islam.

 

Dakwaan Karut pada awal Zaman Pertengahan

Jika sudah benci, mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi merealisasikan impian mereka. Seperti yang ditekan sebelum ini, kesucian Islam telah lama cuba dirosakkan. Jika Islam itu sendiri tidak mampu dihapuskan, musuh Islam mengharapkan kepercayaan umat Islam terhadap akidah Islam akan longgar dan rapuh. Musuh Islam cuba mencipta fitnah berkisarkan kisah kehidupan Rasulullah saw, para sahabat dan kaum keluarga baginda. Bahkan, asal usul ajaran Islam telah dikaitkan dengan paganisme Arab. Lontaran fitnah mereka bergitu hebat sehingga mampu mengganggu keimanan umat Islam pada zaman tersebut.

Di bawah adalah beberapa cerita, kisah dan penulisan yang berniat untuk merosakkan Islam dan keperibadian Rasulullah saw. Semoga Allah swt membalas dakwaan mereka dengan azab yang pedih.

 

:::: Dante Alighieri(1265-1321), laknatullahualahi menggambarkan bagaimana Nabi Muhammad saw dalam sajak masyhurnya, Divine Comedy terpotong dua badannya dan perutnya digantung. Nabi Muhammad saw digambarkan oleh Dante berada di neraka(Inferno) tingkat keenam bersama-sama dengan Saidina Ali bin Abi Talib, Maharaja Frederick II(1194-1250) dan Pope Anastasius II(496 – 498). Saidina Ali digambarkan oleh Dante sebagai seorang yang menangis di hadapan Nabi Muhammad saw. (Rujuk Inferno XXVIII, 31–3).

Dante Alighieri

 

 

::::  John of Damascus(645-749), laknatulllahualaihi mendakwa Nabi Muhammad saw adalah seorang ‘Nabi palsu’ sebagaimana seorang paderi Kristian pada abad ke-4, Arius yang pernah menolak ketuhanan Nabi Isa as(Jesus Christ).

John of Damascus pernah berkerja dengan kerajaan Islam Dinasti Uthmaniyyah bersama-sama bapanya, Sarjun bin Mansur sebagai setiausaha sebelum khalifah Al-Walid melakukan pengislamisasi dalam kerajaan Uthmaniyyah. John of Damascus yang juga dikenali Yuhanna al-Demsyeqi telah berkelana ke Palestin dan mendalami ilmu Kristian di samping ilmu Islam bagi menfitnah dan mencemari kesucian Islam.

Jasa John of Damascus dikenang apabila mazhab Katholik menganugerahkan beliau dengan gelaran Doctor of the Church. Dakwaan dan fitnah yang dilemparkan oleh John of Damascus telah digunakan oleh para orientalis pada abad ke-19 bagi mencapai impian mereka untuk memecah-belahkan umat Islam.

 

John of Damascus

 

::::        Peter the Venerable(1092-1156), laknatulllahualaihi mendakwa ajaran Islam dalam tulisannya Summa Totius Heresis Saracenorum(Ringkasan Seluruh Bida’ah Orang Arab) sebagai adunan daripada ajaran Kristian yang menyeleweng. Lebih menyakitkan hati apabila Peter the Venerable tanpa bukti yang benar-benar kukuh menyatakan ajaran Islam menghampiri ajaran paganisme orang-orang Arab.

Peter the Venerable adalah seorang paderi yang bertanggungjawab menyalin teks Arab termasuklah Al-Quran ke dalam bahasa Latin. Beliau sanggup merantau sejauh ke Andalusia(kini Sepanyol) daripada tanah airnya, Perancis pada 1142 bagi merealisasikan impian jahat beliau. Aktiviti penyalinan Al-Quran ke dalam bahasa Latin siap sepenuhnya pada 1143 dan menjadi detik pertama bagi orang bukan Islam untuk mendalami ajaran Islam samaada bagi tujuan mencemari ajaran Islam atau untuk memeluk ajaran suci ini.

 

::::        Bede(673-735), laknatullahualahi mendakwa bahawa Nabi Muhammad saw pernah diberitakan akan lahir di dalam kitab Bible. Menurut paderi yang berasal daripada England itu, ayat Bible adalah daripada ayat dalam Genesis 16:12 yang bermaksud,

“Dan beliau akan menjadi lelaki liar; tangannya akan menentang setiap orang, dan setiap orang akan menentangnya; dan dia akan kekal di dalam kehadiran semua saudara-saudaranya.”

Ayat di atas yang sebenarnya menceritakan perihal Nabi Ismail as yang kononnya akan menjadi liar selepas Nabi Ibrahim as meninggalkannya di padang pasir bersama-sama ibunya, Siti Hajar. Walaubagaimanapun, Bede menafsirkannya sebagai Nabi Muhammad saw. Intepretasi yang salah dan berniat mencemari peribadi Nabi Muhammad saw oleh Bede kemungkinan besar adalah disebabkan oleh kebimbangan beliau melihat kebangkitan Islam yang mula sampai ke Eropah, Afrika Utara dan Asia pada zaman itu.

 

Bede

 

::::        Ramai cendiakiawan Kristian abad pertengahan mendakwa Islam adalah ‘kerja’ Nabi Muhammad saw yang diinspirasikan oleh Iblis. Nabi Muhammad difitnah daripada segenap penjuru sehinggakan tarikh lahir Nabi Muhammad saw diubah kepada 666 masihi daripada 632 masihi bagi menonjolkan Nabi Muhammad saw adalah Dajjal atau anti-Christ. Menariknya, Nabi Muhammad saw tidak pernah memusuhi Nabi Isa as bahkan mencintai nabi yang dilahirkan tanpa bapa tersebut. Perihal Dajjal pula, junjungan besar kita kerap kali nyatakan dalam hadis dan sabdanya tentang bahaya dan fitnah Dajjal. Namun, cendiakiawan Kristian abad pertengahan tidak pernah pula menulis tentang perkara ini.

 

::::        Peter Pascual(mati 1229), laknatullahualahi telah menyiapkan biografi Nabi Muhammad saw sekitar abad ke-13. Namun, biografi tersebut benar-benar mengelirukan dan bertujuan untuk mencemari keperibadian mulia Nabi Muhammad saw. Dalam biografi tulisan Peter Pascual ini, Nabi Muhammad saw dikritik kerana gemar berkahwin. Perkahwinan baginda dengan Siti Khadijah Khuwailid juga dikritik kerana bersiat materialistik memandang Siti Khadijah Khuwailid adalah seorang janda kaya. Kematian Nabi Muhammad saw sebagaimana manusia biasa juga menimbulkan perdebatan dalam buku karangan paderi yang berasal daripada Valencia,Sepanyol ini. Peter Pascual menyifatkan sebagai nabi yang agung sepatutnya Nabi Muhammad ‘meninggal dunia’ sebagaimana meninggal dunia Nabi Isa as.

 

::::        Song of Roland adalah sajak yang dipercayai dikarang sekitar tahun 1140 sehingga 1115. Sajak ini dinobatkan sebagai sastera Perancis yang tertua yang masih tersimpan sehingga ke hari ini. Keseluruhan sajak ini menceritakan kepahlawanan perajurit-perajurit Kristian dalam peperangan dengan kerajaan Islam Andalusia. Beberapa baris sajak ini menceritakan bagaimana umat Islam dikatakan menyembah Mahom dan Mahumet sebagai tuhan. Mahom dan Mahumet adalah nama Nabi Muhammad saw yang telah ‘dilatinkan’. Lebih teruk apabila sajak ini turut menggambarkan umat Islam turut menyembah dewa Apollo dan Lucifer sebagai tuhan mereka. Sajak yang mengelirukan ini turut mefitnah umat Islam dengan mengatakan dewa Termagant sebagai ketua bagi segala dewa.

 

::::        Sa’d ibnu Mansur Al-Kammuna(mati 1284), laknatullahualahi , dalam bukunya, Examination of Three Faiths secara terbuka telah mencabar keaslian Islam di mana beliau memberi alasan bahawa ketidakserasian undang-undang syariah(hudud dan qisas) dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia melemahkan dakwaan Muhammad sebagai seorang insan kamil(manusia sempurna) sepertimana yang dicanangkan oleh ulama-ulama Islam sezaman dengannya.

Secara sinis, Al-Kammuna yang juga seorang Yahudi menyatakan bahawa ramai yang memeluk Islam adalah kerana ingin mengelakkan cukai yang tinggi, tekanan oleh kerajaan Islam, dan disebabkan oleh perkahwinan dengan wanita muslim. Tulisan dan kritikan pedas Al-Kammuna menyebabkan beliau diburu oleh umat Islam sehingga menyebabkan beliau terpaksa keluar daripada bandar Baghdad dan hidup merantau sehingga menemui ajalnya pada 1284.

 

::::        Ibnu Al-Rawandi(827-911), laknatullahualahi, dalam bukunya, Kitab al-Zumurrud mengkritik ibadah-ibadah utama yang disyariatkan oleh ajaran Islam seperti ibadah haji, melontar batu di Jamrah, sembahyang lima waktu. Ibnu Al-Rawandi adalah seorang Islam bermazhab Muktazillah namun murtad menjadi seorang Ateism dan free thinker. Beliau menggunakan ‘kefahaman’ Islamnya untuk mengkritik tanpa unsur periksa dan secara membabi buta. Ibnu Al-Rawandi mempunyai beberapa buku namun dipercayai telah dihapuskan oleh umat Islam sezaman dengannya yang sememangnya tidak senang dengan penulisannya.

Ibnu Al-Rawandi

 

 

Musuh Islam Abad ke-21

Sikap musuh Islam yang dengki dan sentiasa ingin melihat Islam hancur berterusan sehingga kini. Pada era kini, muncul beberapa musuh Islam yang mengukir namanya melalui karya dan novel yang menghina ajaran Rasulullah saw. Antaranya adalah Salman Rushdie yang menulis novel Satanic Verse. Novel kontroversi ini menceritakan bagaimana seorang individu bernama Mahound(Muhammad) menerima wahyu daripada Iblis yang disifatkan adalah wahyu daripada Tuhan. Segala plot dalam novel ini diinspirasikan daripada perjalanan hidup Nabi Muhammad saw.

Salman Rushdie

 

Tidak cukup dengan itu, umat Islam juga terhina dengan filem pendek yang dihasilkan oleh Geert Wilders yang diberi tajuk ‘Fitna’. Filem yang berdurasi 17 minit ini memetik beberapa surah dalam Al-Quran untuk mengkritik ajaran Islam yang disifatkan anti-wanita, anti-samitik, anti-homoseksual dan pro-teroris. Filem ini dipercayai mula tersebar di internet sekitar pertengahan tahun 1998.

Musuh-musuh Islam sentiasa mempunyai perancangan dan agenda baru untuk menghina ajaran Islam dan Rasulullah saw. Pada 30 September 2005, akhbar daripada Denmark, Jyllands-Posten telah menerbitkan 12 karikatur yang menggambarkan wajah Nabi Muhammad saw. Antara kartun paling menghina yang menggambarkan Rasulullah saw adalah kartun yang menggambarkan Rasulullah saw memakai serban bebentuk bom. Berikutan daripada penerbitan tersebut, seluruh umat Islam telah bangkit membantah dan melakukan rusuhan di depan kedutaan Denmark di negara masing-masing. Kedutaan Pakistan misalnya, telah pun dibom dan diletupkan. Begitu juga yang berlaku di kedutaan Denmark di Iran, Syria dan Lebanon.

 

Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, apakah kamu memandang kami salah, hanya lantaran kami beriman kepada Allah, kepada apa yang diturunkan kepada kami dan kepada apa yang diturunkan sebelumnya, sedang kebanyakan di antara kamu benar-benar orang-orang yang fasik ?

Surah al-Maidah ayat 59

(Video) Bugi Golf Melanggar Jurulatih Semasa Ditemuramah..

Oleh: takusahrisau

 

Sebuah bugi golf atau kereta golf telah melanggar jurulatih sebuah pasukan bolasepak Amerika(American Football) dan beberapa yang lain semasa sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Kejadian yang tidak disangka-sangka itu terjadi selepas berakhirnya Kejohanan Bolasepak Amerika Peringkat Sekolah Tinggi yang menyaksikan Spring Dekaney menewaskan Cibolo Steele di Cowboys Stadium, Arlington, Texas.

Jurulatih yang dimaksudkan adalah Willie Amendola(berbaju biru) yang juga jurulatih Spring Dekaney. Kejadian malang ini bagaimanapun tidak mengakibatkan kecederaan teruk kecuali hanya seorang mangsa terpaksa ditahan di wad akibat kecederaan kaki. 

Pasukan Spring Dekaney daripada  Harris County, Texas menewaskan Cibolo Steele 34-14 bagi Class 5A Divison II(Kejohanan Wilayah).

Amendola ditemuramah oleh seorang wartawan. Kelihatan bugi golf meluncur laju tanpa disedari oleh mereka yang berada di situ.

 

Impak perlanggaran itu menyebabkan mangsa terpelanting beberapa meter.

 

Namun, Amendola terperosok masuk ke dalam bugi golf dan berusaha untuk melepaskan diri.

 

 Klik SINI untuk melihat video tersebut

 

Sumber: Klik SINI

(Video) Mayat masih segar..kononnya masih bernyawa..

Oleh: takusahrisau

Kejadian ini berlaku di Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia. Seorang yang dikenali sebagai Yadi telah disahkan oleh doktor bahawa beliau telah meninggal dunia dalam satu kejadian lemas. Namun, ahli keluarga Yadi tidak dapat menerima kenyataan dan ingin mengali kubur Yadi untuk dibawa pulang.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Ajaibnya, tubuh Yadi masih lagi segar, panas bahkan masih lagi berpeluh di seluruh tubuhnya. Ia menimbulkan sedikit kekalutan di kalangan mereka yang sempat melihat kejadian aneh ini. Walaubagaimanapun, keadaan Yadi yang dikatakan masih lagi hidup tidak dapat diyakini sepenuhnya kerana dalam video berdurasi 7.05 minit ini menunjukkan kepala Yadi terkulai, matanya terpejam rapat dan tidak menunjukkan tanda-tanda beliau sedang bernafas.

Sebenarnya, dalam kejadian ini, kita sebagai orang Islam sepatutnya berserah kepada takdir Allah swt. Setiap bernyawa pasti akan mati dan hubungan antara yang hidup dan yang telah meninggal dunia terputus kecuali amal jariah, ilmu yang bermafaat dan doa anak-anak yang soleh.

Berkenaan dengan keajaiban dan keanehan yang Allah swt tunjukkan dalam kejadian di atas, sebagai orang Islam kita tidak sepatutnya berasa aneh kerana Allah swt mampu berbuat sesuatu mengikut kehendak-Nya. Adalah mudah bagi Allah swt untuk menghidupkan orang yang telah mati atau mematikan yang hidup. Allah swt mampu membuat sesuatu yang lebih besar daripada kejadian ini, jadi apa hendak dihairankan.

Di bawah adalah petikan asal berita kejadian di Banjarmasin Selatan:

Banjarmasin: Kuburan seorang lelaki dibongkar kembali oleh pihak keluarga karena diyakni mayat dalam kubur tersebut masih hidup. Lelaki yang sudah dikubur delapan jam itu diketahui bernama Yadi, warga Kelurahan Kelayan Selatan, Banjarmasin Selatan, Kalimantan Selatan.

Setelah diambil dari kuburnya, jasad Yadi yang terbungkus kain kafan dibawa ke Rumah Sakit Banjarbaru. Tim medis setempat menyatakan kalau pria berselimut kain kafan sudah meninggal. Karena tidak yakin, pihak keluarga lalu membawa korban pulang ke rumah.

Warga setempat berdatangan untuk melihat Yadi. Suatu keanehan terjadi pada korban. Sekalipun tak bergerak dan bernapas, tubuhnya masih hangat bahkan mengeluarkan keringat. Sejumlah pemuka agama yang datang menyatakan ada tanda-tanda kehidupan pada Yadi.

Adapun Yadi dinyatakan meninggal setelah tenggelam di sebuah sungai. Keluarga menemukan Yadi dalam keadaan sekarat karena sudah 10 menit tenggelam. Saat dibawa ke RS Umum Ulin, pihak dokter mengatakan Yadi sudah meninggal. Selanjutnya keluarga menguburkan Yadi.

Pada malam harinya, istri Yadi kesurupan dan meminta agar kuburan suaminya dibongkar. Sebab suaminya belum meninggal. Pihak keluarga yang mendengar itu sepakat menggali kuburan Yadi. Kini, rumah korban terus didatangi warga yang penasaran. Adapun jasad Yadi tergeletak di pembaringan.

___________________

Segalanya lebih menarik di

 


Bahaya melihat perempuan seksi..

Oleh: takusahrisau

 

Akibat asyik memandang seorang wanita seksi, seorang penunggang motosikal dipercayai maut setelah merempuh van yang kebetulan berada di hadapannya. Bertambah malang bagi lelaki tersebut, sebuah motosikal yang mengikuti rapat di belakang secara tidak sengaja merempuh badannya. Kejadian ngeri tapi lucu ini berlaku di China.

 

 

 

 

Klik SINI untuk melihat video tersebut

Al-Hajjaj..panglima kejam pada abad pertama Hijrah..

 Oleh: takusahrisau

 

Al-Hajjaj ibn Yusuf al-Thaqafi adalah nama tidak asing kepada peminat sirah Islam. Al-Hajjaj adalah panglima yang hidup sezaman dengan ramai tokoh tabiin dan sahabat. Beliau dipercayai lahir pada awal Jun 661 Masihi bersamaan dengan 40 Hijrah. Al-Hajjaj dikaitkan dengan pelbagai kontroversi sehingga hampir menenggelamkan jasanya meluaskan empayar Islam Umayyah dalam jangka masa yang singkat.

Antara kontroversi paling diingati yang membabitkan Al-Hajjaj adalah membunuh hampir ribuan nyawa atas nama politik termasuk anak sahabat Rasulullah saw iaitu Abdullah bin Zubair bin Awwam. Dalam peristiwa pembunuhan Abdullah bin Zubair, ramai tokoh sirah Islam seperti Ibnu Kathir dalam kitabnya, Al-Bidayah menceritakan bagaimana dashyat dan ngerinya pembunuhan Abdullah bin Zubair ini.

 

Pembunuhan Abdullah bin Zubair bin Awwam

Ia bertitik tolak daripada Abdullah bin Zubair yang menabalkan dirinya sebagai Khalifah wilayah-wilayah Hijaz sekaligus memberontak terhadap kepimpinan Khalifah Umayyah, Malik bin Marwan. Bimbang dengan pengaruh Abdullah bin Zubair yang didokong oleh ramai sahabat dan ulama, Malik bin Marwan mengarahkan Al-Hajjaj yang terkenal bengisnya untuk memerangi pasukan pimpinan Abdullah bin Zubair.

Akibat terdesak, Abdullah bin Zubair mengambil tindakan berlindung di sekitar Kaabah. Pasukan Al-Hajjaj yang bagaimanapun tidak memperdulikan kemuliaan Rumah Allah itu terus membedil pasukan Abdullah bin Zubair dengan menggunakan manjanik daripada Bukit Abu Qubais.

Jabal Qubais daripada kejauhan. Di sinilah Al-Hajjaj membina Manjanik untuk menghancurkan pasukan Abdullah bin Zubair.

Akhirnya, Kaabah hampir roboh dibedil pasukan Al-Hajjaj dan Abdullah bin Zubair berjaya dibunuh. Kepala Abdullah bin Zubair dipenggal dan diarak sekitar kota Mekah atas arahan Al-Hajjaj. Ketika peristiwa tersebut berlaku, masih ramai lagi Sahabat dan Tabiin hidup. Mereka menangisi nasib yang berlaku kepada Abdullah bin Zubair sepertimana mereka menangisi nasib cucu Rasulullah saw, Hussein Bin Ali dalam peristiwa Karbala pada 680 Masihi. Perisitiwa pembunuhan Abdullah bin Zubair berlaku pada 692 Masihi.

 

Jasanya meluaskan empayar Islam Umayyah

Tidak salah untuk mengatakan bahawa Al-Hajjaj bertanggungjawab menguatkan pengaruh Dinasti Umayyah pada masa pemerintahan Malik bin Marwan. Al-Hajjaj mempunyai beberapa panglima yang hebat dan pintar, hampir setaraf dengan beliau. Kesemua mereka adalah hasil didikan beliau. Beliau adalah Musa bin Nusair, Muhammad bin Qasim dan Qutaiba bin Muslim. Di bawah kepimpinan Musa bin Nusair, Afrika Utara dan Semenanjung Iberia telah berjaya ditawan. Tariq bin Ziyad adalah panglima Musa bin Nusair yang membantunya menawan Semenanjung Iberia.

Muhammad bin Qasim pula berjaya menawan Turkestan manakala Qutaiba bin Muslim menjelajah sejauh Pakistan untuk menawan wilayah Sindh.

Al-Hajjaj berjaya meluaskan empayar Dinasti Umayyah sejauh ke India dan sempadan China.

 

Musuh para Ulama dan Tabiin

Ramai penulis zaman kini cuba membela Al-Hajjaj atas nama politik mahupun untuk kepentingan peribadi. Ingatlah bahawa Al-Hajjaj jikalau beliau adalah seorang yang baik dan soleh, beliau tidak akan tergamak menyentuh tubuh alim ulama dan para tabiin.

Antara ulama dan tabiin yang terkenal yang mana maut di tangan beliau adalah Sa’id bin Jubair. Dialog antara Sai’d bin Jubair dan Al-Hajjaj sebelum detik kematian Sai’d bin Jubair adalah antara dialog paling diingati yang mana menunjukkan seorang alim tidak mudah untuk ditewaskan dengan sebilah pedang. Sai’d bin Jubair maut setelah dipenggal kepalanya atas perintah Al-Hajjaj yang sendiri menyaksikannya.

Ulama dan tokoh sufi terkenal, Hasan al-Basri adalah antara tokoh yang kerap mengkritik dasar Al-Hajjaj yang keras, kejam dan kuku besi. Beliau sendiri turut serta dalam satu pemberontakan menentang Al-Hajjaj di bawah pimpinan Abdul Rahman bin Al-Ash’ath. Dalam pemberontakan tersebut, selain Hasan al-Basri, ulama lain seperti Abdul Rahman bin Abu Laila, Said bin Jubair, Al-Sha’bi, Abu al Bakhtari dan ramai lagi turut sama bangkit ke medan perang. Pemberontakan Abdul Rahman bin Al-Ash’ath berlaku pada 700 Masihi.

Akibat kekejaman dan sering menumpahkan darah, Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal adil dan saksama telah membuat satu polisi yang menggariskan mana-mana individu pernah berkhidmat walau satu hari dengan Al-Hajjaj tidak dibenarkan berkhidmat dalam kerajaannya. Khalifah yang memerintah Dinasti Umayyah daripada tahun 717 Masihi sehingga 720 Masihi ini sangat benci dengan kekejaman yang dilakukan oleh Al-Hajjaj sepanjang menjadi Gabenor dan Panglima Khalifah Malik bin Marwan dan Al-Walid bin Marwan.

Pada 715 Masihi, tokoh paling kontroversi dalam sirah Islam ini meninggal dunia di Iraq akibat masalah kecacingan. Ulama seperti Hasan al-Basri dan para sahabatnya meluahkan rasa bersyukur kepada Allah swt atas pemergian Al-Hajjaj yang terkenal kejamnya ini. Malah, Umar bin Abdul Aziz yang ketika itu belum lagi menyandang jawatan khalifah turut meluahkan rasa bersyukur ke hadrat Ilahi.

 

Balasan Allah swt

Diriwayatkan oleh Abu Hazim al-Khunasiri al-Asadi bahawa Umar bin Abdul Aziz pernah bermimpi melihat Al-Hajjaj dalam keadaan terseksa akibat azab Allah swt yang pedih. Umar menceritakan kepada Abu Hazim bagaimana beliau bermimpi dalam keadaan seakan-akan sudah berada di Hari Penghitungan dan Kebangkitan. Pada mula diseru oleh suara misteri melaungkan suara Abu Bakar As-Siddiq, kemudian Umar Al-Khattab, kemudian Uthman bin Affan dan kemudian Ali bin Abi Talib. Keempat-empat mereka yang juga digelar Khulafa Ar-Rashiddin dihisab dengan bergitu mudah dan dibawa oleh dua Malaikat ke Syurga Allah swt.

Kemudian, dilaungkan nama Umar bin Abdul Aziz yang juga nama beliau. Kemudian dihisab sehingga menurut Umar dihisab amalannya daripada yang sekecil sehingga yang sebesar-besarnya. Umar membayangkan beliau pasti tidak akan terlepas hisab yang Allah swt berikan. Namun, dengan rahmat Allah swt, beliau dimasukkan ke dalam syurga sebagaimana Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib.

Ketika Umar bin Abdul Aziz dibawa oleh dua Malaikat menuju ke syurga, beliau terlihat bangkai yang dicampakkan ke dalam abu.

Umar lantas bertanya: “Bangkai apakah itu?” Jawab para malaikat: ”Dekatilah bangkai itu dan tanya dia sendiri, nescaya dia akan memberitahumu.”

Lalu Umar menghampiri bangkai tersebut, menyentuhnya dengan kakinya dan bertanya kepadanya: “Siapa kamu?” Bangkai tersebut lalu menjawab pertanyaanku dengan katanya: “Siapa juga kamu?” Jawab Umar: “Aku Umar bin Abdul Aziz.”

Bangkai itu bertanya lagi: “Apa yang telah dikurniakan Allah swt kepadamu dan sahabat-sahabatmu?”

Jawab Umar: “Berkenaan dengan empat orang sebelumku, mereka semua telah diperintah oleh Allah swt ke golongan kanan iaitu ke syurga. Sementara mereka yang sesudahnya aku tidak tahu apa yang telah Allah swt lakukan terhadap mereka.”

Dia bertanya lagi: “Apa yang telah Allah swt kurniakan kepada dirimu sendiri?

Jawab Umar: “Allah swt telah memberikankan kurnia-Nya kepadaku dengan merahmati aku dan kemudian memerintahkan aku ke golongan kanan iaitu ke syurga.”

Kemudian Umar bertanya kembali: “Siapakah engkau?

Jawab bangkai tersebut: “Saya adalah Al-Hajjaj bin Yusuf al-Shaqafi

Umar pun bertanya lagi: “Wahai Hajjaj! Apakah balasan Allah yang Allah swt telah timpakan kepadamu?

Jawab Hajjaj: “Aku telah datang menemui Tuhan yang sangat keras azab-Nya, sangat dahsyat tindakan-Nya dan sangat pendendam terhadap siapa yang melakukan maksiat terhadapnya. Lalu aku dengan perintah Allah swt telah dibunuh berkali-kali iaitu mengikuti sebanyak jumlah pembunuhan yang telah aku lakukan sewaktu di dunia dahulu. Saat ini aku sedang diadili dihadapan Tuhanku dan sedang menanti keputusan daripada-Nya sebagaimana yang dinantikan oleh mereka yang mengesakan Allah swt iaitu apakah ke syurga atau ke neraka.”

 

Hikmah

Cerita berkisarkan Al-Hajjaj wajar dijadikan pedoman. Miskipun kita berjuang untuk menyebarkan empayar bagi perluasan empayar Islam, ia tidak bermakna kita wajar menumpahkan darah para ulama dan para alim mahupun rakyat jelata yang tidak berdosa. Ia tidak selari dengan sunnah Rasulullah saw. Rasulullah saw dalam kempen peperangan baginda, baginda melarang mana-mana tentera Islam menyentuh wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Ia bersesuaian dengan firman Allah swt,

 

Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

Surah Al-Baqarah ayat 190

%d bloggers like this: