Archive | October 2011

Pertolongan Malaikat semasa Perang Badar

Oleh: takusahrisau

 

9.(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut. 10.Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Surah al-Anfaal ayat 9-10

 

Perang Badar tercetus pada 17 Ramadhan 2H bersamaan 17 March 624M. Perang ini terjadi di satu kawasan yang berada di antara Mekah dan Madinah. Nama Perang Badar dinisbatkan kepada sumur yang dikenali Sumur Badar. Adapun, Sumur Badar dinisbatkan kepada seorang penggali sumur tersebut, Badar bin an-Narin.

Badar terletak 60 km ke arah kota Mekah daripada Madinah.

 

Kerisauan Rasulullah saw

Perang pertama dalam sejarah Islam ini meletus di mana Rasulullah saw baru sahaja berada di Madinah selama dua tahun. Iman para sahabat Ansar juga masih lagi mentah. Pada saat peperangan ini meletus, Rasullulah saw cukup risau dengan keadaan ini.

Maka terjadi satu peristiwa di mana seorang sahabat Rasulullah saw, Miqdad bin Amr ra bangkit melontar kata-kata wibawa terhadap junjungan besar kita, Muhammad saw. Miqdad bin Amr ra berkata,

“Wahai Rasulullah saw, laksanakanlah apa yang telah Allah perintahkan kepadamu, Demi Allah kami sentiasa bersamamu. Kami tidak akan berkata sebagaimana perkataan bani Israil kepada Nabi Musa as, ‘Pergilah kamu bersama Rabb-mu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini saja.” (Miqdad bin Amr ra membacakan sebahagian ayat dalam surah al-Maa’idah ayat 24).

“Akan tetapi kami berkata, “Pergilah engkau bersama Rabb-mu dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami menyertai kalian berdua. Demi Zat yang telah mengutuskanmu dengan kebenaran, seandainya engkau membawa kami menyertaimu ke Birkil Ghimaad(kota Habsyah), nescaya kami akan sentiasa bersamamu dari berangkat sampai engkau tiba di sana”

Diriwayatkan bahawa, muka Rasulullah saw lantas bertukar ceria dan bergitu bermotivasi. Ia bertambah menyakinkan Rasulullah saw apabila pemuka daripada bani Aus di kalangan golongan Ansar, Saad bin Muadz bangkit memberi jaminan taat setia kepada Rasulullah saw.

sebelum peperangan bermula, sepupu Rasulullah, Ali bin Abi Talib dan Ubaidah bin al-Harits serta bapa saudara baginda Hamzah bin Abdul Mutalib tampil ke hadapan menyahut cabaran para Musyrikin Mekah.

 

Jumlah yang sedikit

Keadaan perang semakin meruncing. Musuh yang ingin ditentang terdiri daripada dua golongan. Pertama, kabilah yang membawa hasil dagangan haram(iaitu harta milik orang Islam sebelum berhijrah ke Madinah) di bawah pimpinan Abu Sufyan dan kedua, angkatan perang daripada Mekah berkekuatan 1000 orang pimpinan Amr bin Islam atau lebih dikenali Abu Jahal.

Jumlah tentera Islam pula kurang tiga kali ganda berbanding jumlah tentera Musyrikin. Ada riwayat menyatakan 300 orang dan ada riwayat menyatakan dengan lebih tepat iaitu 313 orang.

Memandangkan jumlah yang bergitu ketara, ia mengundang kegelisahan dan kegusaran di dalam lubuk hati Rasulullah saw. Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas ra, ia berkata bahawa Rasulullah saw berdoa ketika Perang Badar,

“Ya Allah, Aku memohon kepada-Mu, penuhilah janji-Mu. Ya Allah, jika Kau menghendaki, maka Kau tidak disembah lagi”

 

Mendengar rintihan Rasulullah saw, Abu Bakar ra mengambil tangan Rasulullah saw yang mulia sambil berseru, “Cukup wahai Rasulullah saw”. Kemudian Abu Bakar ra bangkit menuju ke arah tentera Musyrikin dan membacakan ayat daripada Surah Al-Qamar ayat 45, “Golongan itu pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang”.

 

Jumlah yang sedikit tidak pernah melunturkan semangat Jihad tentera Muslimin pimpinan Rasulullah saw.

 

Pertolongan Tentera Allah

Janji Allah swt sentiasa benar. Melalui ayat 9 sehingga 10 surah Al-Anfaal, Allah swt telah menjanjikan bantuan para Malaikat untuk kaum muslimin semasa Perang Badar. Ia ternyata benar apabila beberapa hadis menyatakan terdapat para sahabat membicarakan perihal ini dengan terperinci. Antara para sahabat yang pernah membicarakannya adalah Ibnu Abbas ra, Umar al-Khattab ra, Ali bin Abi Talib ra dan Rifa’ah bin Rafi’ az Zuraqi ra.

 

Bagaimana Malaikat menolong tentera Perang Badar?

Para tentera Allah iaitu para Malaikat menolong para tentera muslimin dengan bantuan 1000 malaikat yang berturut-turut. Jumlahnya telah mampu mengerunkan tentera musyrikin yang pada awalnya beranggapan mereka mampu menewaskan tentera muslimin dengan mudah.

Daripada 1000 Malaikat tersebut, mereka berpecah kepada dua menjadikan masing-masing adalah 500 malaikat. Setiap pecahan tersebut diketuai oleh malaikat Jibrail as dan malaikat Mikail as. Malaikat Jibrail as mengetuai bahagian kanan manakala malaikat Mikail as mengetuai bahagian kiri. Ia bersesuaian dengan riwayat daripada Ibnu Abbas ra.

Ali bin Abi Thalhah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra bahawa beliau berkata,

“Allah swt menolong Nabi dan orang-orang yang beriman dengan seribu Malaikat, dan Jibrail as termasuk di dalam golongan kelompok lima ratus pertama yang menyerbu musuh daripada sebelah kanan mereka, manakala Mikail as termasuk di dalam lima ratus kedua yang menyerang dari arah kiri mereka.”

 

Jibrail as juga diriwayatkan menunggang kudanya iaitu Haizum semasa Perang Badar. Malaikat Jibrail as langsung tidak memberi muka kepada tentera kafir musyrikin sehinggakan terdapat tentera musyrikin diriwayatkan terbelah wajah mereka akibat pukulan cambuk.

Imam Abu Jaafar ath-Tabari dan Imam Muslim telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas dari Umar al-Khattab. Dalam riwayat tersebut disebutkan,

 

“Tatkala seorang bersungguh-sungguh melawan orang musyrik yang ada di hadapannya, tiba-tiba dia mendengar suara lecutan cambuk di atasnya dan suara penunggang kuda yang berkata, “Majulah Haizum(nama kuda Jibrail as). Tiba-tiba ia melihat si musyrik telah mati terkapar di hadapannya. Kemudian ia melihatnya dari dekat, ternyata hidungnya telah terpukul dan wajahnya terbelah seperti pukulan cambuk. Mukanya menjadi lebam(akibat pukulan cambuk). Lalu orang Ansar tadi mendatangi Rasulullah saw dan menceritakan kepada  beliau. Rasulullah saw bersabda. “Engkau benar, itu adalah bantuan daripada langit ketiga.” Pada kejadian tersebut, yang terbunu dari orang-orang musyrik sebanyak tujuh puluh orang dan yang ditawan sebanyak tujuh puluh orang”

 

Tanda pengenalan Tentera Allah

Dalam satu ayat yang lain dalam surah Ali Imran ayat 123 sehingga 124, Allah berfirman,

123. (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): “Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?,” 124. Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.

 

Turunnya para Malaikat untuk bergabung dengan tentera muslimin telah memakai beberapa tanda pengenalan. Bala tentera bantuan Allah swt ini adalah kekuatan sebenar tentera mukmin semasa Perang Badar. Para Malaikat menunjukkan semangat juang yang bergitu tinggi.

Ia diperakui sendiri oleh Malaikat Jibrail as sewaktu datang menanyakan Rasulullah perihal pendapat peribadi Rasulullah berkenaan umatnya yang berperang di Badar. Rasulullah saw lantas menjawab, “Mereka adalah dikalangan yang terbaik”. Jibrail terus menjawab bagi pihaknya, “Bergitu juga yang ikut berperang bagi pihak Malaikat”.

Dalam kekacauan perang tersebut, ramai juga sahabat menyedari kehadiran tentera misteri yang mana mereka langsung tidak mengenalinya sebelum ini. Akibat sibuk membasmi musuh yang menerkam, mereka terpaksa mendiam diri sehingga perang tamat.

Sebaik perang tamat dan mereka telah pun berada di Madinah, timbul beberapa cerita misteri sehingga diriwayatkan dalam beberapa hadis Shahih.

 

Bulu Putih

Antaranya adalah sahabat besar Rasulullah saw dan sepupu baginda, Ali bin Abi Talib ra. Abu Ishaq as-Suddi meriwayatkan dari Haritsah bin Mudhrib, Ali bin Abi Talib ra berkata,“Tanda mereka pada perang Badar adalah bulu putih. Juga ada tanda pada ubun-ubun kuda mereka.”

 

Tanda Imamah

Mak-hul mengatakan, “Bertanda imamah(berserban yang dililitkan di kepala). Tanda para Malaikat pada Perang Badar adalah serban berwarna hitam manakala pada Perang Hunain adalah serban berwarna merah”

 

Serban Kuning

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Yahya bin Abbad bahawa Zubair ra pada Perag Badar mengenakan serban kuning dengan melipatnya, lalu turunlah para Malaikat, juga menggunakan serban kuning.

 

Kemenangan mutlak orang beriman

Bergitulah yang berlaku di Perang Badar, perang pertama bagi umat Islam. Walaubagaimanapun, penulis yakin ramai yang tidak tahu bahawa perang ini terjadi hanya kerana Kaum Musyrikin datang untuk menyelamatkan kafilah dagang Abu Sufyan selain daripada usaha untuk menghapuskan syiar Islam daripada muka bumi.

Pada mulanya, Rasulullah saw dan para sahabat lain hanya ingin mencegah kafilah dagang Abu Sufyan yang dipercayai telah dibiayai dengan menggunakan harta kaum Muslimin di Mekah sewaktu sepeninggalan mereka setelah berhijrah ke Madinah. Dek kerana ketidakpuasan hati dengan ketamakan Abu Sufyan, Rasulullah saw bergegas menyekat kabilah tersebut. Namun, seorang utusan Abu Sufyan bernama Dhamdham bin Amr al-Ghifari telah dihantar ke Mekah untuk memohon bantuan.

Lantaran itu, Abu Jahal bangkit bersama rakan-rakannya yang lain untuk menolong Abu Sufyan disamping untuk menghapuskan Islam dan menyelamatkan ‘harta’ mereka yang dibawa oleh Abu Sufyan.

Gerombolan yang dibawa Abu Jahal mencecah 1000 orang yang lengkap bersenjata, berbaju besi,topi baja, pasukan berkuda dengan pelbagai perhiasan sedangkan tentera mukmin hanya berjumlah 313 orang dilengkapi dengan dua ekor kuda dan tujuh puluh ekor unta. Baki yang lain hanya berjalan kaki. Kebanyakan mereka tidak dilengkapi dengan baju besi dan topi.

Dengan saiz kekuatan musuh yang bergitu, amat wajar Rasulullah saw berasa risau kemungkinan kekalahan tentera Islam semasa Perang Badar. Disebabkan itu, Rasulullah saw kelihatan sugul dan bimbang. Namun, Allah swt sudah merancanakan semuanya. Dengan kekuasaan-Nya, diturunkan para gerombolan Malaikat memberi bantuan kudrat kepada Rasulullah saw dan tentera muslimin.

Advertisements

Muammar Gadaffi adalah anak luar nikah..benarkah?

Oleh: takusahrisau

 

Seringkali latar belakang dan asal usul personaliti utama di dunia diselidiki dan dikaji. George W. Bush, Barack Obama dan terbaru mendiang Steve Jobs telah menjadi ‘mangsa’ keghairahan para penyelidik bagi menyelongkar asal usul mereka. Yang menariknya, hasil daripada penyelidikan tersebut menunjukkan hasil yang bergitu menakjubkan. Antaranya,  George W. Bush dikatakan mempunyai keturunan sehingga sampai kepada salah seorang ahli sihir kontroversi abad ke-17, Mary Parker. Mary Parker dihukum gantung apabila disabit bersalah dalam satu pembicaraan kes melibatkan perbuatan sihir. Pembicaraan itu dikenali sebagai Salem Witch Trial. Bergitu juga Barack Obama dan mendiang Steve Jobs yang mempunyai  darah berketurunan Islam melalui datuk dan bapa mereka.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

 Sebenarnya, kajian-kajian di atas tidak dapat melawan satu kajian yang melibatkan bekas pemimpin kontroversi daripada Libya, Muammar Gadaffi atau nama sebenarnya, Muammar Muhammad Abu Minyar al-Gaddafi.

 

Gadaffi pemimpin Libya

Muammar Gadaffi dikenali sebagai pemimpin utama daripada benua Afrika yang mula memegang tampuk pemerintahan Libya pada tahun 1969. Ketika itu beliau baru sahaja berumur 27 tahun. Miskipun kelihatan muda, namun perwatakan dan karisma yang ditunjukkan membuatkan beliau dikagumi oleh rakyatnya. Beliau memerintah Libya selama 42 tahun dan menjadikan beliau pemimpin paling lama memerintah sesebuah negara di dunia.

 Pembaca mungkin meminati(Gambar) Gadaffi dibunuh..al-fatihah

 

 Raja Idris I

Sebelum 1969, Libya diperintah oleh seorang raja yang didokong oleh British, Raja Idris I. Raja Idris adalah satu-satunya raja yang memerintah Libya iaitu daripada tahun 1951 sehingga 1969. Raja Idris I adalah berketurunan ahlul baits daripada keluarga as-Sanussi Nama sebenar Raja Idris I adalah Sayyid Muhammad Idris bin Muhammad al-Mahdi as-Senussi.

Disebabkan Raja Idris I adalah seorang raja yang lemah dalam pertadbiran sehingga dilihat sering tunduk dengan telunjuk Barat, Muammar Gadaffi yang ketika itu menjawat jawatan kolonel telah berpakat dengan beberapa yang lain untuk merampas kuasa secara aman. Rampasan kuasa itu berlaku ketika mana Raja Idris berada di Turki untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

Raja Idris I digulingkan dan terpaksa mendapat suaka politik di Mesir. Pada November 1971, Raja Idris I telah dibicarakan dalam bentuk proses in absentia(pembicaraan tanpa defenden) dan disabitkan bersalah. Miskipun Raja Idris I sepatutnya dihukum bunuh, beliau bagaimanapun meninggal dunia pada 1983 pada usia 94 tahun di Mesir.

Raja Idris I semasa dalam buangan.

 

 

Gadaffi daripada Sirte

Menurut rekod negara Libya, Muammar Gadaffi adalah anak bongsu pasangan petani daripada Sirte. Sebagaimana keluarga Badwi yang lain, Gadaffi menetap di sebuah oasis yang dikenali Oasis Hun dekat Sirte.

Bandar Sirte berada di tengah-tengah bandar Tripoli dan Beghazi.

 

Keluarga Gadaffi menerapkan ilmu agama yang baik kepada beliau. Ketika kecil, Gadaffi mendalami ilmu agama secara tradisional di Fezzan. Pergolakan di Palestin pada tahun 1948 akibat campur tangan British untuk menjadikan Palestin sebagai negara Israel membuatkan Gadaffi menjadi seorang yang bergitu anti-Israel dan anti-Barat.

Pembunuhan demi pembunuhan kepada saudara seislamnya di Palestin menjadikan beliau antara penyokong kuat Palestine Liberation Organization(PLO). Sumber utama dana PLO datang daripada bekas pemimpin Libya ini.

 

Gadaffi anak Badwi?

Umum mengetahui bahawa Gadaffi adalah anak kepada pasangan Badwi di padang pasir kering kontang di Sirte. Namun, nama dan asal usul ibubapa Gadaffi tidak pernah didedahkan kepada umum. Malah, biografi Gadaffi tidak pernah ditulis untuk tatapan rakyatnya. Ini membuatkan latar belakang ibubapa dan keluarga Gadaffi kekal misteri.

 

Teori Gadaffi adalah anak luar nikah

Albert Preziosi (25 July 1915 – 28 July 1943) adalah anggota tentera udara Free French Force yang berjuang bagi negara Perancis sewaktu penjajahan Jerman.  Preziosi lahir di Vezzani berdekatan Pulau Corsica, Perancis.

Albert Preziosi

 

Daripada segi faktor geografi, Pulau Corsica lebih hampir dengan Itali berbanding Perancis namun setelah pengabungan pada 1769 menyebabkan Pulau Corsica termasuk salah satu wilayah Perancis. Sejak itu, budaya Perancis diterapkan dengan budaya Itali yang sudah lama bersemi di situ. Walaubagaimanapun, rupa paras masyarakat Pulau Corsica lebih mirip dengan rupa paras bangsa Itali berbanding bangsa Perancis.

Pulau Corsica yang berada di antara Perancis dan Itali

 

Albert Preziosi berkhidmat untuk Free French Force semasa Perang Dunia Kedua di bawah seliaan Jeneral Leclerc di Afrika Utara. Pada 1942, Preziosi telah ditembak jatuh dan dilaporkan hilang. Namun, beliau sebenarnya selamat dan berada di bawah jagaan sebuah keluarga Libya berketurunan Badwi. Selama berada di bawah jagaan keluarga Badwi itu, Preziosi sentiasa disembunyikan daripada pihak Jerman dan Itali. Preziosi berada selama beberapa bulan sebelum kembali ke Perancis untuk berkhidmat kembali bagi tanah airnya.

Untuk kesekian kalinya, Preziosi dihantar ke Rusia bagi skuadron Normandie-Niemen. Nasibnya malang apabila pesawat yang dinaikinya ditembak jatuh pada 1943 dan mayatnya tidak pernah dijumpai sejak daripada itu.

 

Hubungan terlarang

Selepas kematiannya, timbul beberapa isu yang membabitkan dirinya. Rakan rapatnya sering menyatakan Preziosi mempunyai anak luar nikah semasa bertugas di Libya. Jangka masa hubungan Preziosi dengan wanita daripada suku Badwi itu adalah sekitar tahun 1941.

Ilustrasi tersebut menyatakan bagaimana Albert Preziosi pernah bertemu ibu Gadaffi.

Pembaca mungkin juga meminati Misteri Perempuan bercakap Telefon Bimbit dalam Filem Charlie Chaplin, The Circus(1928)

Secara kebetulannya, Muammar Gadaffi dilahirkan pada tahun 1942. Kebetulan ini tidak mengejutkan kerana menurut rakan rapatnya, Komander Pierre Lorillon,

 

“Kami tahu bahawa Albert(Preziosi) mempunyai  kekasih Libya ‘khemah besar’(suku Badwi).Tetapi kami tidak tahu banyak tentang itu. Satu yang kami pasti adalah Albert mempunyai seorang anak dengan wanita itu. Dan anak itu dijaga oleh bapa saudara wanita tersebut. Beliau menghantar anaknya ke luar negara untuk menyambung pelajaran bagi menyelamatkan reputasi suku mereka. Ia adalah rahsia. Lelaki Eropah yang mempunyai anak dengan wanita Libya akan mempunyai masalah, termasuklah Albert(Preziosi).”

 

Kesamaan rupa paras Albert Preziosi dan Muammar Gadaffi

Ke mana tumpah lauk jika tidak ke dalam nasi. Maka bergitu juga dengan halnya rupa paras Preziosi dengan Muammar Gadaffi. Rupa paras dan wajah mereka berdua bergitu seiras sehinggakan adik kepada Albert Preziosi, Francois Preziosi pernah menyatakan ibunya menjerit bahawa Gadaffi adalah Alberti pada tahun 1970. Francois yang mengingati hal itu menyatakan,

“Ketika itu ibu kami sedang melihat televisyen sekitar tahun 1970-an. Kemudian ibu menjerit, Tengok, ini adalah Albert! ketika warta berita menyiarkan Muammar Gadaffi yang masih muda belia ketika itu. Kami mengangguk-angguk menyatakan bersetuju dengan pernyataan ibu kami bahawa mereka memang seiras”

 

Tengok kesamaan wajah kedua-dua individu ini. Kiri adalah Albert Preziosi dan kanan adalah Muammar Gadaffi ketika muda.

 

Muammar Gadaffi yang kelihatan seperti 'bapa' kandungnya, Albert Preziosi.

 

Albert Preziosi

 

Hampir tiada perbezaan rupa paras Albert Preziosi dan Muammar Gadaffi.

 

Pembaca mungkin juga meminati Hantu Kum-Kum sebagai Alat Propanganda Penentang Ajaran Islam!

 

Adakah Gadaffi benar-benar anak Preziosi?

Persoalan itu sukar dijawab. Seharusnya, ujian DNA perlu dilakukan bagi mengenalpasti samaada ia adalah benar atau hanya satu kebetulan. Ia adalah harapan paling besar untuk mengiakan teori ini.

 Walaubagaimanapun, teori menyatakan Gadaffi adalah anak luar nikah benar-benar mengejutkan, tambahan pula ia anak luar nikah hasil hubungan antara wanita tempatan dengan seorang lelaki Eropah. Namun, ia sebenarnya tidak menghalang untuk menjadikan Gadaffi salah seorang pemimpin paling kuat menentang kuasa Eropah dan kuasa Barat semasa era pemerintahannya.

Lelaki berjiwa besar ini akhirnya meninggal dunia pada 20 Oktober 2011 setelah dibunuh oleh rakyatnya sendiri. Bagaikan jasanya tidak pernah dihargainya, mayat Gadaffi diaibkan dan dimalukan selama beberapa hari sebelum dikebumikan di sebuah tempat rahsia. Dipercayai beliau dikebumikan di sebuah kubur tidak bertanda di Gurun Sahara.

 

Miskipun pelbagai teori menyelubungi dirinya, akan tetapi Gadaffi tetap dengan adatnya yang menyukai resam orang Badwi.

(Gambar) Pemandu China memang kurang ajar..

Oleh: takusahrisau

 

Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan kematian tragik seorang kanak-kanak berusia 3 tahun, Wong Yue atau lebih dikenali sebagai Yue Yue akibat dilanggar dengan kejam oleh dua buah kenderaan berbeza. Lebih memeritkan, tiada seorang pun hadir memberi pertolongan kepada kanak-kanak malang ini. Yue Yue hanya diselamatkan oleh orang yang ke-19 melintas di hadapannya yang ketika itu masih bergelumpur kesakitan.

Insiden seumpama itu berulangkali kembali bagai mengikut skrip yang sama. Xiong Maoke,5 ditemui maut akibat dilanggar oleh sebuah lori seberat 2 tan yang dipandu oleh Ao Yong. Ketika itu adik Xiong Maoke dalam perjalanan ke sekolah  di Luzhoa, China.

Menurut saksi, Zhang Shifen,

“Saya lihat lori mengundur ke belakang sedikit dan kemudian bergerak ke depan. Xiong terperangkap  di tayar dan kemudian lori tersebut terus bergerak sejauh 5 meter.”

Lain-lain saksi pula menyatakan Ao Yong terjun daripada lorinya dan terus bertanya, “Berapa perlu saya bayar?”

Pemandu berusia 35 tahun itu dilaporkan bergaduh mengenali bayaran ganti rugi selama tujuh jam. Yong juga tidak mengaku bersalah atas kesalahannya mengundur lori bagi memastikan adik Xiong Maoke benar-benar telah terbunuh.

Di China, ganti rugi bagi pembiayaan kos rawatan di hospital tersangat tinggi melebihi bayaran ganti rugi kematian. Kerajaan Komunis China tidak menyediakan kos rawatan percuma bagi lebih 1.3 juta rakyatnya miskipun Komunis dikenali parti yang memperjuangkan hak rakyat.

Adik Xiong Maoke diistiyharkan meninggal dunia semalam(Isnin) akibat kemalangan maut itu.

Kelihatan orang ramai mengerumi kawasan kemalangan.

Ratapan seorang ibu..Ibu kepada Xiong Maoke berada di sisi anaknya yang telah ditutup dengan kain selimut.

(Video) Marco Simoncelli maut di GP Malaysia..

Oleh: takusahrisau

 

Genap seminggu juara Indianapolis 500, Dan Weldon,33 meninggal dunia akibat kemalangan ngeri di Litar Las Vegas Speedway, dunia permotoran dikejutkan pula dengan kematian pelumba Moto GP daripada Itali, Marco Simoncelli,24.

Simoncelli maut selepas terlibat dalam perlanggaran dengan Colin Edwards dan juara sembilan kali Grand Prix World Championships, Valentino Rossi. Akibat impak yang bergitu kuat, topi keledar pelumba Gresini Honda itu tercambut daripada ikatan di kepalanya. Ia menyebabkan Simoncelli tidak sedarkan diri serta-merta.

Simoncelli kemudian dibawa ke pusat perubatan untuk rawatan serta-merta namun kecederaan beliau cukup serius. Pelumba yang berasal daripada Itali serta bapa kepada dua orang anak ini diistiyharkan meninggal dunia jam 4.56 petang(waktu Malaysia).

Marco Simoncelli

 

Simoncelli membawa motorsikal bernombor 58.

 

Pada pusingan kedua, Simoncelli gagal mengimbangi badannya dengan baik.

 

Topi keledar Simoncelli tercabut akibat impak yang bergitu kuat.

 

Valentino Rosi dan Colin Edwards tidak mampu mengelak daripada melanggar Simoncelli.

 

Akibat kemalangan maut ini, perlumbaan terpaksa dihentikan.

 

 

(Gambar) Mesut Ozil dirakam teguk arak..

Oleh: takusahrisau

 

Pemain bolasepak antarabangsa Jerman dan kelab Real Madrid, Mesut Ozil,23 telah dirakam bercuti dengan rakan-rakannya di atas sebuah bot peribadi di pulau peranginan Ibiza. Mesut Ozil mengambil kesempatan itu semasa cuti musim panas baru-baru ini.

Namun, yang tidak enaknya adalah pemain yang berkacukan Turki-Jerman ini dirakam gambarnya sedang menghisap rokok dan meminum arak dipercayai wine merah.

Sebagai individu beragama Islam, Mesut Ozil sebelum ini dikenali sebagai insan yang sering membaca doa sebelum perlawanan bermula. Ini diperakaui sendiri oleh beliau dalam satu temuramah oleh media Jerman.

Anda mungkin meminati Beragama ISLAM..tetapi..

Namun, gara-gara tersebarnya gambar ini, nama baik beliau sebagai seorang muslim telah tercemar. Ramai mungkin tidak kisah jika Mesut Ozil menghisap rokok kerana itu adalah kelaziman bagi seseorang yang bergelar lelaki, namun apabila ‘kantoi’ gambarnya sedang meneguk arak, pasti ramai yang terkejut. Tambahan pula, beliau adalah pemain bolasepak ternama dan memiliki berjuta peminat di seluruh dunia.

 

 

 

 

 

p/s: Dunia oo dunia..

(Video) Tentera Syria menyeksa seorang Ulama sehingga maut..

Oleh: takusahrisau

 

Tentera Syria dengan rakusnya telah menyeksa dan mendera seorang rakyat awam Syria dipercayai sebagai ulama tempatan sehingga menemui maut. Ulama tersebut dipercayai baru pulang daripada Arab Saudi untuk bercuti di kampung halamannya. Beliau dipercayai dibunuh kerana memberi ceramah tentang kezaliman pemimpin Syria sekarang, Basyar al-Assad dan menyeru pemuda-pemuda di kampungnya bangkit menentang rejim pemerintahannya.

Anda mungkin meminati (Video) Simpang paling bahaya di dunia..terletak di China!

 

Kebangkitan rakyat Syria yang bermula sejak Januari dan Mac 2011 telah mengorban lebih 3,000 orang awam di tangan tentera bersenjata Syria. Bandar Homs mencatatkan angkat kematian tertinggi dengan lebih 1,000 orang awam dipercayai telah terkorban.

 

 

(Video) Anak lelaki Gadaffi, Moatassem masih hidup sebelum menghembus nafas terakhir..

Oleh: takusahrisau

 

Anak lelaki Muammar Gadaffi yang keenam, Moatassem Gaddafi,34 yang terbunuh semasa pengeboman bandar Sirte telah dirakam masih hidup. Malahan, Moatassem sempat menghisap sebatang rokok dan minum seteguk air mineral sebelum merebahkan diri di atas sofa. Moatassem dirakam tidak bermaya dengan mata hanya melirik sayu kepada tentera NTC yang melaungkan takbir ‘Allahu Akbar’. Tidak beberapa lama kemudian, Moatassem menghembuskan nafas terakhir akibat mengalami luka parah kesan tembakan pada bahagian dada.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Foto dan video telah dikeluarkan pertama kali oleh stesen daripada Arab Saudi, Al-Arabiya. Agensi akhbar antarabangsa, AFP turut mengeluarkan foto dan video tersebut untuk disiarkan kepada umum.

Santapan terakhir..

 

Akhirnya 'tidur' buat selama-lamanya.

 Pembaca mungkin meminati (Video) Abu Dujana bersolat sebelum Syahid..

 

Fakta berkenaan Moatassem Gadaffi

Beliau dilahirkan di Tripoli, Libya pada tahun 1977 melalui isteri kedua Gadaffi, Safia Farkash yang dikahwini pada 1971. Moatassem yang mempunyai ketinggian 1.84cm ini tidak berkahwin namun mempunyai kekasih yang berasal daripada Belanda iaitu Talitha von Zion.

Talitha von Zion

 

Moatassem berkhidmat sebagai penasihat keselamatan kebangsaan untuk bapa, Muammar Gadaffi. Sepertimana anak lelaki pemimpin kaya yang lain, Moatassem terkenal sebagai individu yang sering berfoya-foya.

Pembaca mungkin juga meminati Adam as bukanlah Makhluk pertama..

Beliau pernah menghabiskan 1.3 juta untuk satu bulan bagi memenuhi nafsu berfoya-foyanya. Menurut kekasihnya, Talitha von Zion, Moatassem pernah mengajaknya untuk ‘meraikan’ kemenangan(merasakan beliau telah berjaya menumpaskan pejuang anti-Gadaffi) dengan sebotol arak jenis Jack Daniel dan Coke.

Pembaca mungkin juga meminati Propaganda Barat terhadap Jerman yang KARUT!

Moatassem mempunyai 7 adik beradik kandung dan dua adik beradik angkat. Abang kandungnya iaitu Al-Saadi al-Gadaffi adalah pemain bolasepak professional. Beliau pernah mewakili beberapa kelab Serie A Itali iaitu Perugia, Udinese dan Sampdoria namun gagal memberi sebarang impak kepada kariernya. Al-Saadi dikatakan melarikan diri ke negara jirannya, Niger dan sekarang menjadi orang buruan Interpol. Adik kandungnya, Saif al-Arab al-Gadaffi dan Khamis Gadaffi telah meninggal dunia 7 bulan yang lalu iaitu pada April 2011.

(Video) Benarkah ‘Alien’ dirakam di Hutan Amazon?

Oleh: takusahrisau

 

Brazil sememangnya terkenal sebagai destinasi paling kerap ‘dikunjungi’ UFO. Saban tahun, angka penampakan UFO meningkat. Namun, video yang bakal dipaparkan di bawah menimbulkan sedikit kemusykilan. Adakah video di bawah telah di’edit’? atau sebuah patung menyerupai makhluk asing sengaja diletak bagi mengelirukan orang awam?

Video ini dipercayai telah diperolehi oleh pakar pengkaji paranormal, Micheal Cohen daripada dua orang pelancong Britain semasa mereka berada di wilayah Mamaus, Brazil.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Ok, apa kata pembaca lihat sendiri video tersebut dan gunakan budi bicara sendiri untuk menilainya.

 

 

 

 Pembaca mungkin meminati Gambar-gambar Perang Dunia ke-2 yang tidak pernah tersiar di Akhbar dan Majalah!

 

 

video yang dipercayai telah merakam makhluk asing di Amazon:

(Video) Bunuh depan orang ramai..

Oleh: takusahrisau

 

Video ini dirakam di Tamil Nadu di mana seorang pemuda telah dibunuh tanpa belas kasihan hanya kerana kesalahan kecil. Dipercayai, mangsa dipukul kerana melanggar secara tidak sengaja dua orang pemuda yang secara kebetulan melintas di tengah jalan. Kerana marah dengan apa yang berlaku, dua orang pemuda tersebut termasuk dua orang yang lain datang memukulnya. Seorang pemuda bertindak lebih kejam apabila menghempap kepala mangsa dengan sebiji batu. Mangsa dipercayai mati di tempat kejadian.

Kejam dan tidak berperikemanusian..

 

(Video) Ritual Freemason di Istanbul, Turki..

Oleh: takusahrisau

 

Ramai masih belum percaya bahawa organisasi rahsia dan sulit seperti Freemason dan Illuminati melaksanakan ritual berbahaya kepada akidah seperti ritual menyembah syaitan dan iblis.

Ok, untuk menambah kepercayaan pembaca bahawa Freemason dan Iluminati sememangnya melaksanakan ritual tersebut, penulis akan memuatkan sebuah rakaman ritual tersebut dilaksanakan.

Ritual ini dirakam di sebuah lodge di Turki. Turki sememangnya terkenal sebagai antara negara Islam paling banyak mempunyai lodge Freemason. Freemason dan Illuminati juga dipelihara dengan baik di sana. Bahkan, ramai ahli politik di Turki mengganggotai organisasi sulit ini. Antara paling terkenal adalah bekas Perdana Menteri Turki, Mustafa Kamal Artaturk.

Apa yang terkandung dalam video ini?

Video yang 100% asli ini merakamkan ritual sulit di sebuah lodge Freemason di Istanbul. Ritual ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menentang sebarang ritual dan penyembahan selain daripada YANG MAHA ESA.

Rakaman selama 7.07 minit mengandungi dua bahagian.

Bahagian 1: Para veteran Mason melakukan ritual seakan-akan menakut-nakutkan(dalam erti kata mengugut) para mason baru. Para mason yang baru menjadi ahli, wajib mengangkat sumpah taat setia bagi menjamin organisasi ini kekal rahsia dan misteri. Ritual para mason diikat kain pada mata dan mengangkat ikrar jelas dipaparkan.

Mason ditutup mata.

 

Bahagian 2: Para Mason yang berpakaian putih bertelengkung kelihatan melakukan ritual menyembelih kambing. Ahli Mason yang besar kemungkinan berpangkat 33 degree meminum darah kambing tersebut. Tidak sepertimana video bahagian 1, dalam ritual ini, hanya ahli mason berpangkat 33 degree sahaja boleh mengikutinya.

 

mason berpangkat 33 degree melakukan upacara penyembelihan kambing.

 

%d bloggers like this: