Sumpahan terhadap filem Hollywood!


Oleh: takusahrisau

Adakah anda percaya kepada sumpahan? Ramai antara kita ada yang tidak mempercayai dengan perkara-perkara yang tahyul bukan?

Kekadang,sesuatu yang berlaku itu, ianya boleh disebabkan oleh kebetulan. Tetapi naluri manusia menganggap jika ia dikaitkan dengan misteri, ia akan menjadi bergitu menarik. Kalau orang akhbar, jika sesuatu kejadian dikaitkan dengan misteri, akhbar mereka akan laku bak pisang goreng.Percayalah!

Berbalik kepada sumpahan pula. Kebanyakkan sumpahan sering dikaitkan dengan kematian seseorang individu. Misalnya Sumpahan Titanic, ia membabitkan lebih 1500 nyawa akibat perlanggaran kapal bersaiz mega itu dengan aisberg. Kononnya, tragedi Titanic disebabkan oleh sumpahan mumia dipercayai kaum kerabat firaun bernama Amen-Ra.

Direkodkan bahawa, mumia ini ditemui pada 1890 oleh seorang ahli arkeologi Britain. Mumia ini kemudian didermakan kepada British Museum. Dipercayai, sumpahan Amen-Ra bermula di sini. Banyak tragedi-tragedi berlaku di British Museum membabitkan staf dan pelawat sejak Mumia Amen-Ra sampai. Seorang jounalis bernama William  Thomas Stead kemudian membelinya. Beliau ingin membawa mumia ini pulang ke Liverpool. Ketika itu, Titanic sememangnya ingin berlayar ke Liverpool. Beliau yakin bahawa jika beliau membawa mumia ini secara terang-terangan, ia tidak mungkin melepasi had kawalan penjaga keluar masuk kapal. Dengan itu, beliau menyembunyikan mumia ini di dalam bonet keretanya. Untuk dijadikan cerita, beliau memaklumkan mengenai penyembunyian Mumia Amen-Ra kepada seorang kawan baiknya. Daripada kawan baiknya inilah, cerita sumpahan Mumia Amen-Ra menjadi popular. William  Thomas Stead juga salah seorang daripada lebih 1500 orang yang maut dalam tragedi Titanic.!

William Thomas Stead

Walaubagaimanapun, tidak semua sumpahan berlaku kepada benda-benda yang berkaitan dengan barangan zaman purba. Sekarang, cuba anda lihat antara sumpahan yang berlaku kepada dunia perfileman Hollywood!.

Sumpahan-sumpahan berterusan!

Sumpahan siri Filem Harry Potter

Siapa yang tidak kenal dengan Harry Potter. Seluruh dunia menanti setiap kemunculan filem terbaru Harry Potter diterajui watak utama Daniel Radcliffe. Apa yang menarik mengenai Harry Potter adalah sumpahannya!.

Dikatakan sumpahan Harry Potter bermula apabila Richard Harris yang melakonkan watak guru besar kepada Harry Potter(Daniel Radcliffe) iaitu Dumbledore meninggal dunia pada Oktober 2002 selepas kalah melawan penyakit kanser. Pelakon yang meninggal dunia pada usia 72 tahun itu muncul dalam dua filem terawal Harry Potter, The Philopsers’ Stone and The Chamber of Secrets.

Kemudian, Rob Knox yang memainkan watak Marcus Belby dalam filem Harry Potter and the Half-Blood Prince ditemui mati dipercayai ditikam di luar sebuah bar bernama, Sidcup pada 24 Mei 2008. Saksi menyatakan, Rob Knox meninggal dunia bagi menyelamatkan abangnya yang bergaduh.

Tidak cukup dengan itu, ketika penggambaran siri Harry Potter, bergitu banyak masalah dihadapi. Antaranya adalah, set perfileman bagi siri Harry Potter and The Half-Blood Prince telah rosak teruk akibat dipanah oleh petir dan kesan khas yang tidak menjadi ketika pengambaran di Surrey, England.

Kemungkinan, sumpahan Harry Potter akan berterusan sepertimana sumpahan filem Poltergeist.!

 

Sumpahan Filem Poltergeist

Kadang-kadang, filem seram yang berjaya di panggung biasa dikaitkan dengan misteri dan sumpahan. Itulah yang sumpahan membabitkan filem Poltergeist. Poltergeist merupakan filem fenomena era 80-an. Cakap saja istilah Poltergeist pada ketika itu, pasti ia orang ramai akan merujuk kepada filem Poltergeist. Bergitulah sinonimnya Poltergeist dengan jiwa masyarakat dunia. Poltergeist juga seperti Harry Potter merupakan filem bersiri. Poltergeist menampilkan sebanyak tiga siri di panggung. Filem ini direkodkan sebagai filem ke 50 daripada 100 filem paling berjaya era 80-an.

Berbalik kepada sumpahan Filem Poltergeist. Kononnya, sumpahan bermula apabila Dominique Dunn yang memainkan watak sebagai kakak paling tua dalam Poltergeist I mati dibunuh pada 1982. Dipercayai beliau dibunuh oleh bekas kekasihnya,John David Sweeney.

Dominique Dunne

Pada 1985, Julian Beck yang memainkan watak sebagai  ‘roh jahat’ dalam Poltergeist II, meninggal dunia akibat kanser perut.

Pada 1987, Will Sampson memainkan watak sebagai  ‘roh baik’ dalam Poltergeist II turut menerima sumpahan apabila meninggal dunia ketika menerima transplant jantung.

Pada 1988,  Heather O’Rourke yang  memainkan watak budak kecil yang comel meninggal dunia akibat infeksi kuman akibat bowel blockage (usus tersekat). Beliau meninggal di dalam bilik pembedahan ketika doktor cuba mengeluarkan usus beliau yang tersekat itu.

Pada April 2009, Louis Perryman yang memainkan watak Pugsley dalam siri pertama Poltergeist mati dibunuh pada usia 67 tahun di rumahnya di Austin, Texas.

Mengikut satu temubual dengan penulis skrip filem Poltergeist I dan II, James Kahn kepada Majalah People mengenai misteri menyelubungi beliau ketika sedang menulis skrip filem tersebut. Beliau dalam temubual itu berkata bahawa ketika beliau selesai menulis satu ayat berbunyi “Lightning ripped open the sky,”, tiba-tiba, bangunan beliau duduki disambar kilat.Tidak semena-mena, seluruh permainan arked berfungsi dengan sendirinya.

 

Sumpahan Filem The Exorcist

The Exorcist

Filem The Exorcist merupakan filem seram 70-an. Filem ini adalah antara filem all-time favorite telah ditulis skripnya oleh William Peter Blatty. Menurut  William Peter Blatty, skrip ini ditulis berdasarkan peristiwa sebenar yang pernah berlaku kepada seorang budak lelaki bernama Roland Doe. Peristiwa ini dilaporkan oleh surat khabar Washington Post pada tahun 1949.

File yang diarahkan oleh Willian Freidkin ini mengisahkan seorang budak perempuan bernama Regan MacNeill lakonan Linda Blair dirasuk oleh makhluk halus bernama Pazuzu. Rasukan itu mengakibatkan Regan MacNeill bersuara seperti lelaki, boleh terapung dan pelbagai lagi perkara-perkara pelik berlaku pada budak perempuan tersebut.

Namun, disebalik kisah seram di dalam filem berkenaan, tersebar secara meluas kisah seram di luar set penggambaran. Ramai beranggapan, file ini telah disumpah oleh makhluk halus. Antara kejadian yang berlaku adalah:

  • Kira-kira 6 orang telah meninggal dunia ketika penggambaran filem The Exorcist dijalankan.
  • Set penggambaran filem ini terbakar tanpa sebab menyebabkan tempoh penggambaran tertunda selama 6 minggu. Set penggambaran Rumah Linda Blair terbakar teruk tanpa sebab musabab mengakibat set penggambaran tersebut terpaksa dibina semula.
  • Ketika filem ini dilancarkan, berlaku bergitu banyak histeria di seluruh dunia akibat menonton filem ini.
  • Filem ini diharamkan di England.
  • Linda Blair turut dirasuk ketika di dalam set penggambaran filem berkenaan.
  • Datuk kepada Linda Blair meninggal ketika penggambaran The Exorcist masih berlangsung.
  • Jack McGowen meninggal dunia akibat serangan jantung selepas selesai penggambaran filem berkenaan.
  • Abang kepada pelakon Max Von Sydow meninggal dunia.
  • Seorang penjaga set berbangsa Negro meninggal ketika penggambaran.
  • Pakar kesan khas turut meninggal dunia semasa penggambaran masih berlangsung.
  • Anak kepada jurukamera yang baru lahir meninggal dunia.
  • Seorang tukang kayu yang memasang set pengambaran cedera teruk dan dilaporkan kehilangan sepotong jarinya akibat kecederaan itu.

Satu adegan dalam The Exorcist

Dipercayai, filem tersebut mengundang banyak tragedi kerana ia berdasarkan kejadian sebenar. Roh-roh jahat tidak merestui filem tersebut dan bertindak membuat kacau di set pengambaran filem The Exorcist.

 

Sumpahan Filem The Crow

Adaptasi daripada komik yang menggunakan tajuk yang sama karya James O’Barr. Filem yang dilancarkan pada tahun 1994 adalah lakonan anak lelaki Bruce Lee,Brandon Lee. Filem ini antara filem yang dikatakan mempunyai sumpahan yang tersendiri. Antara kejadian-kejadian adalah:

  • Tukang kayu set penggambaran terbakar di beberapa bahagian badan apabila kren yang dipandunya mengenai talian bervoltan tinggi.
  • Tukang ukir set penggambaran juga terlibat dengan kemalangan apabila beliau terbabas ke dalam kedai menjual plaster.
  • Brandon Lee maut selepas tertembak menggunakan peluru betul yang tidak disengajakan. Tiada siapa mengetahui mengapa peluru betul digunakan.

Brandon Lee dalam satu adegan The Crow

Penutup

Sebenarnya banyak lagi filem yang dikatakan terkena sumpahan. Kebanyakan filem tersebut bergenre seram. Disebabkan itu, kebanyakan orang-orang filem akan melakukan ritual keagamaan sebelum memulakan penggambaran. Mereka percaya setiap filem mempunyai unsur-unsur seram dan ngeri mempunyai sumpahan-sumpahannya yang tersendiri. Kalau di Malaysia, dikatakan filem Jangan Pandang Belakang mempunyai sumpahan-sumpahannya yang tersendiri. Walaubagaimanapun, sebagai umat Islam kita perlu berpegang pada hadis nabi yang bermaksud:

Dari ‘Abdullah bin ‘Umar r.a. dari Rasulullah saw, bahwa beliau bersabda, “Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah gerhana karena kematian atau kelahiran seseorang, akan tetapi keduanya adalah sebagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Jika kalian melihatnya, maka kerjakanlah shalat (gerhana),” (HR Bukhari [1042 dan 3201] dan Muslim [914]).

Rasullulah saw bersabda demikian kerana terdapat sahabat nabi menganggap kematian anak lelaki nabi yang bernama Ibrahim disebabkan oleh kejadian gerhana bulan. Sahabat nabi ini menganggap kejadian gerhana bulan menyebabkan sumpahan sehingga kematian anak lelaki nabi saw. Rasullulah saw serta-merta melarang sahabat nabi saw itu dalam sabda baginda ini. Dengan itu, jangan kita mudah menganggap sesuatu kejadian itu sebagai sumpahan dan sial. Berpandukanlah kepada hadis dan sentiasalah beringat bahawasanya sesuatu kejadiaan itu adalah Qada’ dan Qadar daripada Allah swt.Waallahualam.

Advertisements

Tags: , , , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

6 responses to “Sumpahan terhadap filem Hollywood!”

  1. amenz says :

    Terbaik artikel kt sini..mohon izin copy paste beberapa artikel tuan ke dlm blog.sy akn serta kredit sumber blog ini berserta backlink

  2. bai says :

    Anak Nabi yang meninggal tu namanya Ibrahim bukan Hassan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: