Archive | June 2012

Gambar Raising the Flag on Iwo Jima yang mencetuskan idea kepada Tunku Abdul Rahman adalah HOAX..!

Oleh: takusahrisau

 

Tugu enam orang tentera Amerika Syarikat menaikkan bendera bukan sahaja menjadi simbol kemenangan Amerika Syarikat tetapi turut mencetuskan idea kepada Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk membina tugu sepertimana tugu tentera Amerika Syarikat tersebut. Tugu ilham Tunku yang dikenali Tugu Negara kemudiannya siap dibina pada tahun 1966 oleh Felix de Weldon iaitu individu yang sama mengukir tugu yang dilihat Tunku di Amerika Syarikat.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Sebenarnya, bukan Tunku seorang sahaja yang kagum dengan sisi dramatik dan semangat perjuangan yang dipamerkan pada tugu tersebut akan tetapi hampir seluruh pemimpin dunia teruja sejak ia dinaikkan pada 10 November 1954.

Tugu tentera Amerika Syarikat menaikkan bendera tersebut dikenali sebagai Tugu Iwo Jima sempena insiden sebenar yang berlaku di Iwo Jima pada tahun 1945. Tugu tersebut dibina berdasarkan gambar foto yang diambil oleh seorang wartawan perang, Joe Rosenthal pada 23 Februari 1945.

Berbanding dengan Tugu Negara, Tugu Iwo Jima mempunyai nilai sentimental yang tersendiri kerana keenam-enam tentera yang ditugaskan menaikkan bendera tersebut adalah individu yang pernah hidup. Mereka adalah, Sgt Michael Strank, Cpl Harlon Block, PFC Franklin Sousley, PFC Rene Gagnon, PFC Ira Hayes dan PM2 John Bradley.

Hanya sekadar lakonan

Walaubagaimanapun, gambar foto yang diambil di Bukit Suribachi tersebut adalah foto yang kedua selepas seorang komander tidak berpuashati dengan foto pertama yang telah diambil pada awal pagi. Komander tersebut tidak berpuashati kerana tiada sisi-sisi dramatik dan nilai patriotik yang mungkin boleh dipersembahkan kepada seluruh rakyat Amerika Syarikat.

Mt. Suribachi yang terkenal di Pulau Iwo Jima.

Akhirnya, gambar pertama terpaksa diabaikan dan diambil gambar yang kedua untuk diedar kepada seluruh akhbar dan arkib negara bagi melancarkan propangada perang.

Miskipun tiada seorang pun daripada keenam-enam orang tentera tampil untuk berkata ia adalah sekadar lakonan, namun apa yang pasti ia adalah lakonan yang digunakan untuk menampilkan gaya yang lebih agresif semata-mata untuk menonjolkan kemenangan Amerika Syarikat pada Perang Dunia Kedua.

Kepada siapa yang mengagumi foto Raising the Flag on Iwo Jima, anda perlu tahu ia adalah sekadar HOAX kerana gambar yang sebenar adalah yang ini:

 

_________________________

Segalanya lebih menarik di

Pesta Purim, Pesta Khusus Untuk Penganut Yahudi Mabuk-Mabuk..

Oleh:takusahrisau

Secara tradisinya, pesta Purim diraikan oleh penganut-penganut agama Yahudi di seluruh dunia bagi mengingati peristiwa pembebasan nenek-moyang mereka daripada cengkaman kuasa Parsi. Menurut Book of Esther, kaum Yahudi telah dibebaskan dengan bantuan seorang wanita yang bernama Esther. Menurut kitab lama itu lagi, pembesar daripada Parsi iaitu Haman berusaha untuk membunuh kaum Yahudi secara besar-besaran. Bagi mengingati peristiwa bersejarah tersebut, kaum Yahudi mengkhususkan satu hari dalam setahun sebagai pesta perayaan untuk mereka. Pada tahun 2012, Pesta Purim jatuh pada 7 Mac.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Kebiasaannya, kaum Yahudi meraikan pesta Purim dengan mendengar alunan bacaan Book of Esther di Synagogue selain berkongsi makanan sesama mereka dan bersedekah. Rata-rata makanan paling popular semasa pesta Purim adalah sejenis pasta berbentuk tiga segi yang dikenali sebagai Hamantaschen atau Telinga Haman. Kononnya, pasta tersebut dijadikan menu khas bagi mengingati bentuk telinga Haman dan kemudian setiap penganut Yahudi menikmatinya semata-mata untuk menghinakannya.

Seakan-akan Holloween

Pesta Perayaan Purim boleh diibaratkan pesta Holloween yang sering dirayakan oleh masyarakat Barat. Penganut Yahudi akan berpakaian pelbagai ragam pada hari tersebut. Semasa pesta tersebut berlangsung, boleh dikatakan ia lebih menjurus kepada pesta sukaria daripada tujuan sebenar pesta perayaan Purim dirayakan.

Minum Arak dan Wajib Mabuk

Penganut Yahudi wajib mabuk semasa Pesta Purim. Ia didoktrinkan secara khusus sepertimana yang diwajibkan oleh rabbi-rabbi yahudi sejak dahulu lagi. Mereka mendakwa, setiap penganut Yahudi mesti mabuk sehingga tidak mampu untuk mengira angka-angka. Kejanggalan ini bukan satu yang pelik bagi masyarakat Yahudi. Bahkan rabbi mereka yang alim sekalipun akan ‘cuba’ memabukkan diri mereka sendiri semasa Pesta Perayaan Purim.

Inikah yang dikatakan umat pilihan Tuhan?

 

___________________________

Segalanya lebih menarik di

Misteri di sebalik Libyan Desert Glass(LDG)…

Oleh: takusahrisau

Libyan Desert Glass(LDG) adalah hablur(silika dioksida) yang terbentuk secara semulajadi yang ditemui dengan banyaknya di kawasan gurun di Libya dan di barat Mesir. Bentuk fizikalnya yang mempunyai warna kuning kehijauan menarik minat masyarakat di zaman pra-sejarah. Warna kuning kehijauan yang dimilikinya menyebabkan ia mudah ditemui di kawasan gurun dek kerana warna tersebut mampu memantul cahaya matahari dan ia menambahkan lagi nilai eksotik kepada hablur semulajadi ini.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Libyan Desert Glass(LDG)

Asal penemuan

Pada tahun 1932, P. Clayton secara tidak sengaja menemui LDG sewaktu mengembara di sekitar gurun Libya di Sand Sea dan Gilf Kebir. Hasrat Clayton pada mulanya adalah untuk mencari oasis lagenda yang dikenali Zerzura. Sewaktu melalui kawasan berpasir di gurun Libya, perjalanan Clayton terganggu selepas tayarnya melanggar apa yang disangkanya ‘batu’.

Rupa-rupanya apa yang disangkanya batu adalah hablur yang kemudian dikenali Libyan Desert Glass(LDG). Beberapa tahun kemudian, pasukan yang diketuai oleh Clayton datang kembali di kawasan yang sama untuk mengutip lebih banyak sampel bagi membuat penyelidikan. Penemuan yang pertama itu disahkan oleh pasukan penyelidikan Amerika-Libya pada tahun 1971.

Jelas kelihatan kesan terbakar pada batuan di gurun Libya-Mesir

King Tut

Pada tahun 1920-an, seorang ahli arkeologi daripada London, Howard Carter telah menggemparkan dunia apabila menemui makam Firaun di sebuah lembah yang sunyi di Mesir. Makam Firaun yang dikenali Tutankhamun tersebut menjadi terkenal bukan sahaja kerana kesempurnaan makamnya tetapi juga kerana timbunan pelbagai barang-barang kemas yang turut sama dikubur bersamanya.

Dalam ribuan barang kemas milik Tutankhamun, terdapat kalung leher yang menarik perhatian penyelidik. Apa yang menarik perhatian sebenarnya adalah sebiji batu berkaca yang diukir membentuk serangga kumbang pada kalung Tutankhamun. Menurut masyarakat Mesir Purba, kumbang adalah serangga suci.

LDG(bulatan merah) pada kalung Tutankhamun

Selepas diselidiki, batuan kumbang tersebut adalah Libya Desert Glass(LDG). Usia batu tersebut jauh lebih tua daripada usia tamadun Mesir Purba. Bermula daripada penemuan batu tersebut timbullah teori-teori nakal yang menyatakan bahawa tamadun Mesir Purba mempunyai hubungan yang akrab dengan makhluk asing.

Menurut New Scientist
(http://www.newscientist.com/blog/shortsharpscience/2006/07/king-tuts-alien-necklace.html):

Teori dangkal yang menghubungkan piramid dengan makhluk asing alien semakin menjadi-jadi. Saya terkejut untuk memikirkan adakah ia mempunyai asas sains yang benar-benar kukuh. Ia bermula apabila kalung Raja Tut telah diperbuat dengan batu meteorit. Kumbang kaca pada kalung itu telah diperbuat daripada pasir yang dicairkan oleh sebuah meteorit yang kemungkinan terhempas di sekitar gurun Mesir. Kalung tersebut telah dibawa keluar daripada makam Raja Tut pada 1920 namun tiada siapa yang mampu memberi perjelasan saintifik daripada manakah ia berasal sehingga pada tahun 1999.  Pada 1999, Ahli sains daripada Itali telah menyelidik batuan kaca pada kalung Raja Tut. Mereka mendapati ia berasal daripada Libya Desert Glass yang datang daripada Great Sand Sea di sempadan Libya-Mesir.”

Kajian Saintifik

Kemajuan sains dan teknologi sejak mutakhir ini telah berjaya menepis teori-teori meragukan daripada segelintir ahli sains dan penyelidik bebas. Antara teori yang boleh dianggap ‘kurang’ logik adalah LDG terhasil daripada aktiviti makhluk asing sejak zaman berzaman di gurun Libya.

Sebuah lagi teori yang tidak kurang hebatnya turut menyatakan kemungkinan ledakan nuklear yang pernah berlaku di gurun Libya sehingga menukarkan pasir gurun kepada hablur-hablur berkaca.

Walaubagaimanapun, hasil daripada penyelidikan moden pada masakini, LDG yang dianggarkan berusia 29 juta tahun yang lampau terhasil daripada kekuatan hentaman meteorit atau komet yang menyamai kekuatan bom nuklear. Pasir-pasir di gurun Libya terbakar dan mencair seperti lava gunung berapi pada suhu 1600 darjah celsius. Dalam masa 24 jam, ia menyejuk secara berkala dan terhasillah ribuan malahan jutaan batuan kuning kehijauan di sekitar Gurun Libya-Mesir.

Batuan-batuan yang membentuk LDG di gurun Libya-Mesir

Kritikan

Segelintir saintis meragui hasil kajian daripada saintis yang menyatakan ia adalah hasil hentaman meteorit. Keraguan pertama adalah usia sebenar batu tersebut yang dianggarkan berusia 29 juta tahun itu. Mereka ternyata kurang berminat dengan anggaran usianya yang cukup melampau kerana hasil kajian mereka, pasir dan gumuk di gurun Libya menyatakan usianya baru sahaja 1 juta tahun yang lampau.

Secara logiknya, bagaimanakah batuan berkaca tersebut boleh berusia 29 juta tahun sedangkan pasir yang membentuknya baru sahaja berusia 1 juta tahun?

Keraguan kedua adalah berkenaan dengan hentaman meteorit. Umum mengetahui bahawa setiap hentaman meteorit pasti menghasilkan kawah sepertimana yang terhasil di Arizona, Amerika Syarikat. Namun, hentaman meteorit di gurun Libya-Mesir tidak meninggalkan sebarang kawah. Ini menimbulkan keraguan munasabah di kalangan saintis yang tidak mempercayai teori hentaman meteorit.

Secara amnya, daripada manakah Libya Desert Glass yang turut dikenali oleh masyarakat Mesir Purba sebagai ‘The Rock of God’ atau Batuan Dewa ini berasal?

Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul-Rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.(Surah al-Hadiid ayat 25)

_________________________

Segalanya lebih menarik di

Kepala Yang Terpenggal di dalam Drama Game of Throne Mirip Wajah George W. Bush..!

Oleh: takusahrisau

 

Penerbit siri televisyen yang hangat ditayangkan di HBO, Game of Throne iaitu David Benioff dan D.B. Weiss telah dikritik hebat selepas salah satu adegan dalam drama tersebut mengandungi prop menyerupai wajah George W. Bush. Prop tersebut dengan jelas menunjukkan kepala ‘George W. Bush’ yang telah dipenggal dicacak di hujung kayu.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

 

Adat sedemikian sebenarnya telah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat Eropah di zaman pertengahan satu masa dahulu. Kisah seorang raja daripada Transylvania iaitu Vlad the Impaler(1431-1476) yang telah mencacakkan kepala musuh-musuhnya telah menjadi lagenda sehingga ke hari ini.

Ketikamana Sultan Muhammad al-Fateh(1432-1481) datang ke ibukota Vlad the Impaler untuk menawannya, baginda jatuh sakit akibat melihat satu pemandangan yang mengerikan di mana lebih 20,000 kepala musuh-musuh Vlad the Impaler telah dicacakkan di tiang kayu di seluruh kota tersebut.

Kisah kekejaman Vlad menyebabkan beliau dikenali The Impaler yang kemudiannya melahirkan lagenda Vampire di kalangan masyarakat Eropah pada zaman pertengahan.

___________________________

Segalanya lebih menarik di

(Video) Fenomena Aneh di Israel..Adakah ia UFO atau Letupan Misil atau Letupan Satelit?

Oleh: takusahrisau

Penduduk di sekitar negara Palestin, Israel, Jordan dan Turki terkejut apabila melihat di langit mereka cahaya berpilin yang agak aneh. Pihak berkuasa di negara-negara yang mengalami fenomena aneh tersebut menerima puluhan panggilan telefon yang masing-masing dalam keadaan panik.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Kejadian yang berlaku pada Jumaat 8 Jun 2012

Fenomena aneh ini menarik perhatian ramai masyarakat

Susulan daripada fenomena cahaya berpilin tersebut timbul beberapa teori  termasuklah teori yang menyatakan ia adalah cahaya yang berpunca daripada UFO. Walaubagaimanapun ramai menolaknya dan menyatakan ia adalah hasil daripada perlancaran misil yang bermasalah atau satelit yang meletup di ruang angkasa.

Namun, teori yang mengatakan ia adalah hasil daripada pelancaran misil ternyata lebih logik memandang kejadian serupa pernah berlaku pada November 2009 di Norway.

Kejadian pada jam 8.45 malam(waktu Norway) November 2009 di Norway itu menimbulkan sedikit kekalutan di kalangan masyarakat tempatan. Selepas kejadian itu, Kementerian Pertahanan di Moscow menyatakan ia adalah hasil perlancaran roket dan misil yang meletup sekitar 120 sehingga 180 batu di ruang angkasa. Pada jarak tersebut, ia hampir setengah jarak untuk sampai ke orbit International Space Station(ISS) yang terletak di 345 batu.

Kejadian yang berlaku di Norway pada November 2009

 

 

 

____________________________

Segalanya lebih menarik di

(Gambar) Haiwan Pelik Sesat di Bandar Xinxiang, China..

Oleh: takusahrisau

Seekor haiwan yang mempunyai rupa yang agak pelik sesat di bandar Xinxiang, wilayah Henan, China. Kehadiran haiwan tersebut mengejutkan masyarakat setempat dek kerana warna kulitnya berwarna pink serta bulu di atas kepalanya seakan-akan mohawk. Ramai menganggap ia adalah haiwan hasil kesalahan genetik daripada pusat penyelidikan saintifik yang terletak di situ. Kemungkinan besar ia adalah hasil kacukan khinzir dan anjing.

Walaubagaimanapun, pihak berkuasa menolak dakwaan tersebut dan meyakinkan masyarakat bahawa ia adalah sejenis anjing daripada spesies yang jarang ditemui.

(Gambar) Fenomena Zuhrah Merentasi Matahari..

Oleh: takusahrisau

Kemungkinan fenomena Planet Zuhrah merentasi matahari adalah kali terakhir sebelum fenonema seperti ini berlaku buat kali yang seterusnya lebih 100 tahun kemudian iaitu pada tahun 2117. Fenomena ini menarik perhatian masyarakat sedunia apabila ia mampu dilihat miskipun dengan mata kasar. Kepada semua pembaca, di bawah adalah beberapa gambar menarik yang sempat dirakam di seluruh dunia.

Merentasi matahari di Sarajevo

Zuhrah merentasi matahari, dilihat di Britain

Dilihat di Bratislava Castle di Bratislava, Slovakia

Dilihat di Great Salt Lake dekat Salt Lake City, Utah

Dilihat di New York, Amerika Syarikat

Dilihat di Claveland

Planet Zuhrah kelihatan ketika matahari terbit di Sofia, Bulgaria

Dilihat di Kansas City

Dilihat di Burton Dessett

Dilihat daripada kamera satelit

Perang Dunia Kedua Berlaku Bagi Menyelesaikan Kemelesetan Besar 1930-an?

Oleh: takusahrisau

Kemelesetan Besar merupakan kemerosotan perniagaan yang berlaku di seluruh dunia pada tahun 1930-an. Kemelesetan Besar dikatakan sebagai tempoh pengangguran paling tinggi dengan kegiatan perniagaan yang terburuk dan terpanjang pada zaman moden.

Kemelesetan Besar berlaku pada bulan Oktober 1929 apabila nilai stok dan saham di Amerika Syarikat jatuh dengan mendadak. Beribu-ribu pemegang saham kehilangan sejumlah wang yang besar.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Bank, kilang dan kedai ditutup sehingga menyebabkan berjuta-juta orang kehilangan pekerjaan. Masyarakat terpaksa bergantung sepenuhnya kepada kerajaan untuk mendapatkan makanan.

Faktor berlakunya Kemelesetan Besar

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya Kemelesetan Besar pada tahun 1930-an. Antaranya adalah;

Pembayaran upah tidak sama rata; Sebaik sahaja Perang Dunia Pertama tamat pada 1918, ekonomi mula mencanak naik pada awal 1920-an. Tempoh ini dikenali dengan ‘ledakan ekonomi pasca perang’. Pengeluaran industri mula meningkat namun pembayaran upah kepada pekerja tidak sepertimana peningkatan industri.

Oleh yang demikian, golongan pekerja terpaksa membuat pinjaman bank sekiranya ingin bebelanja besar dan sesetengahnya pula terpaksa mengehadkan pembelanjaan. Kesannya menyebabkan pengaliran wang tidak lancar sehingga banyak kilang-kilang industri dan pusat perniagaan mengalami bankrap.

Sistem pembankan pula mengalami nasib yang lebih teruk apabila gagal mendapat bayaran balik daripada golongan peminjam. Menjelang 1930-an, lebih 3,000 buah bank terpaksa gulung tikar.

Penurunan harga saham yang mendadak; Pasaran saham memainkan peranan penting semasa berlakunya Kemelesetan Besar di Amerika Syarikat. Pada 24 Oktober 1929, pasaran saham di New York Stock Exchange ditutup dengan cukup rendah. Insiden yang diingati sebagai Black Thursday ini menimbulkan kekalutan di kalangan pelabur, pemegang saham dan para spekulator. Mereka bertindak menjual kesemua saham sebanyak 16.4 juta saham pada 29 Oktober 1929 dan direkodkan antara paling banyak dalam sejarah. Nilai pada masakini boleh mencapai 185 juta dolar.

Penurunan harga saham terus jatuh selama dua tahun tanpa tanda-tanda peningkatan. Ia seterusnya tidak banyak meningkat sehingga 25 tahun berikutnya iaitu pada 25 November 1954.

Ramai orang berkumpul di Wall Street pada 24 Oktober 1929.

Perang Dunia Pertama; Meletusnya Perang Dunia Pertama menyebabkan banyak negara terpaksa menanggung kesan akibat kemusnahan. Amerika Syarikat bertindak sebagai pemiutang kepada banyak negara Eropah. Walaubagaimanapun bukan semua negara tersebut mampu membayar balik hutang mereka. Bank di Amerika Syarikat akhirnya terpaksa menangung akibat daripada kegagalan tersebut.

Tindakan Penyelesaian

Bagi memastikan Amerika Syarikat tidak terus dibelenggu kemuruman ekonomi, beberapa pelan telah dicadangkan. Sebagai contoh, Presiden Hoover telah meluluskan penubuhan sebuah agensi bebas pada 1932. Agensi tersebut dikenali sebagai Reconstruction Finance Corporation(RFC). RFC ditubuhkan bagi menyalurkan dana pinjaman sebanyak 2 billion kepada bank, syarikat kereta api dan badan-badan perniagaan.

Pada 1933, Presiden Franklin D. Roosevelt meneruskan pelan daripada agensi tersebut dengan mengimplemtasikan program New Deal. Program tersebut dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengaliran wang secara total di dalam negara. Walaubagaimanapun, ia tidak benar-benar mampu menyelesaikan masalah pengangguran terutama di kawasan-kawasan luar bandar.

Perang Dunia Kedua menyelesaikan masalah Kemelesetan Besar?

Pemulihan sepenuhnya daripada Kemelesetan Besar pada 1930-an tidak berjaya sehinggalah kira-kira pada akhir 1930-an apabila Perang Dunia Kedua meletus. Apabila persediaan untuk melancarkan perang semakin rancak, pengambilan tentera dan pembelanjaan membuat senjata telah menggalakkan peluang perkerjaan secara tidak langsung.

Apabila Perang Dunia Kedua secara rasminya meletus pada tahun 1939, ekonomi utama dunia berusaha memaksimumkan output dan mengeluarkan semua sumbernya untuk memenuhi kehendak peperangan. Atas sebab kebetulan atau sememangnya disengajakan, Perang Dunia Kedua akhirnya menjadi penyebab utama pemulihan ekonomi yang telah melanda di kebanyakan negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat sendiri pada tahun 1930-an.

Jika ia sebuah kebetulan..

Eropah paling cepat menerima kesan akibat kejatuhan ekonomi susulan kejatuhan pasaran saham pada tahun 1929. Ini adalah kerana pasaran import eksport Amerika Syarikat masih belum bersifat global dan kebanyakannya bertumpu di negara-negara Eropah berbanding di negara-negara Asia, Afrika dan Australia.

Akibat kemuruman ekonomi, kerajaan Amerika Syarikat membawa keluar semua wangnya daripada Jerman dengan cara menarik balik perlaburan mereka di negara tersebut. Ekonomi Jerman yang semakin rancak membangun selepas Perang Dunia Pertama akhir rebah menjelang tahun 1931.

Sebenarnya, Amerika Syarikat adalah segala-galanya bagi negara Jerman selepas Perang Dunia Pertama. Sebagai negara yang kalah perang, Jerman terpaksa menerima akibat yang teruk apabila dipaksa menangung hutang perang yang cukup tinggi. Turut sama mengalami nasib yang serupa adalah Turki Othmaniyyah sehingga negara tersebut mengalami kegawatan ekonomi yang parah.

Namun begitu, Jerman menerima nasib yang lebih baik berbanding Turki Othmaniyyah di mana Jerman telah berjaya memujuk Amerika Syarikat untuk menyalurkan sejumlah wang serta perlaburan yang berpotensi di negara tersebut.

Insiden Pencerobohan Perancis terhadap Ruhr

Pada mulanya, Amerika Syarikat agak keberatan namun selepas insiden Perancis menyerang Ruhr pada 1923 bagi mengambil alih lombong arang batu akibat keengganan Jerman membayar pampasan akhirnya mengubah dasar Amerika Syarikat. Pada masa tersebut, Jerman di bawah pentadbiran Chancellor Wilhelm Cuno.

Wilhem Cuno(kiri)

Akibat tindakan Perancis tersebut, terjadi mogok besar-besaran di kalangan pekerja menyebabkan pengeluaran merudum. Ini merisaukan negara-negara pengimport terutama Amerika Syarikat. Pada masa tersebut, nilai matawang Mark Jerman tidak mempunyai sebarang nilai.

Amerika Syarikat mengetuai negara-negara Eropah yang lain untuk memberi kelonggaran kepada Jerman supaya membayar hutang perang dengan jumlah yang sedikit dan Amerika Syarikat sendiri memberi kemudahan pinjaman dana.

Sehingga tahun 1931, ekonomi Jerman mencanak naik namun masih belum mencapai kematangan terutama di peringkat pentadbiran.

Kebangkitan Parti Fasisme dan Komunisme

Melihat kepada parti kotemporari gagal memainkan peranan di kala ekonomi sedang meruncing, parti-parti beraliran Fasisme dan Komunisme cuba memainkan peranan penting di Jerman dan beberapa buah negara Eropah yang lain.

Paling ketara adalah di Jerman apabila Adolf Hitler mengambil peluang untuk mempengaruhi kebanyakan rakyat Jerman yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan negara mereka selepas Perang Dunia Pertama.

Sebagai veteran Perang Dunia Pertama, Adolf Hitler terkesan dengan kegawatan ekonomi Jerman yang tunduk kepada Amerika Syarikat, Britain dan Perancis. Hitler mengambil kesempatan di atas kelemahan kerajaan sebelum ini dan semangat nasionalisme menjadi agenda penting di bawah kepimpinan beliau.

Hitler menerapkan semangat nasionalisme bagi meningkatkan kembali keyakinan rakyatnya yang kalah akibat Perang Dunia Pertama

Visi membangunkan ekonomi Jerman

Bersama-sama beberapa pendokong setianya seperti Joseph Goebbels, Hermann Goring, Rudolf Hess dan Heinrich Himmler, Adolf Hitler berjaya menguasai seluruh Jerman menjelang tahun 1933. Perancangan awal beliau lebih kepada memperkasakan ekonomi Jerman bersama-sama menghidupkan kembali kuasa militari.

Idea luar biasa disamping implimentasi yang berkesan di segenap sektor semasa Jerman di bawah kepimpinan Hitler menyebabkan rakyat Jerman semakin yakin dengan kemampuan beliau. Pengangguran selama ini membelenggu pentadbiran Jerman akhir berjaya dipulihkan dengan pelaksaan beberapa dasar ekonomi.

Hitler berjaya membawa Jerman keluar daripada kemelesetan ekonomi dengan meningkatkan produksi industri dan upah pekerja yang berpatutan.

Walaubagaimanapun, Adolf Hitler mempunyai visi yang cukup jauh. Hitler cuba untuk menguasai beberapa wilayah Jerman yang pernah jatuh di tangan musuh selepas Perang Dunia Pertama. Wilayah tersebut mempunyai potensi untuk pemulihan ekonomi Jerman kerana kekayaan hasil bumi di samping mampu menarik pelaburan daripada luar Jerman.

Visi ini akhirnya menyebabkan meletusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1939.!

__________________________

Segalanya lebih menarik di

(Video) Bigfoot dirakam oleh Sekumpulan Remaja di Idaho..

Oleh: takusahrisau

Sekumpulan remaja yang sibuk menyiap projek sekolah secara tidak sengaja terserempak dengan makhluk besar yang dikenali dengan nama Bigfoot. Salah seorang daripada mereka sempat merakam makhluk tersebut sebelum hilang secara misteri di dalam hutan berhampiran. Kejadian ini terjadi di Mink Creek berdekatan Franklin County, Idaho.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

___________________________

Segalanya lebih menarik di

 

Jack Sparrow adalah Lanun Muslim..

Oleh: takusahrisau

 

Dalam filem Pirates of the Carribean, watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp digambarkan sebagai seorang yang berseloroh, acuh tidak acuh dan licik. Lakonan cemerlang Johnny Depp menenggelamkan watak utama yang lain terutamanya watak Will Turner lakonan Orlando Bloom yang lebih macho dan serius. Disebabkan penonton turut sama menyukai watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp, ia kemudiannya diangkat menjadi watak utama untuk siri-siri seterusnya.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Namun, dalam meminati watak Jack Sparrow, ramai yang tidak menyedari bahawa watak Jack Sparrow diilhamkan daripada watak seorang lanun terkenal yang pernah hidup sekitar abad ke-16 dan abad ke-17. Tambah menarik, watak tersebut adalah seorang lanun yang bernama Yusuf Reis yang beragama Islam.

Dilahirkan sebagai Jack Ward

Yusuf Reis dilahirkan sebagai Jack Ward pada tahun 1553 di Feversham, Kent di tenggara England. Kehidupan awal Jack bermula sebagai seorang nelayan memandangkan kampung halamannya terletak berhampiran dengan laut. Kelebihan tersebut menjadikan beliau seorang panglima laut berkaliber suatu hari nanti.

Pada tahun 1588 ketika umurnya menginjak 25 tahun, Jack Ward nekad berjuang untuk England sebagai Privateer. Privateer adalah seseorang yang diberi kelulusan oleh kerajaan England berdasarkan letter of marque untuk menyerang kapal-kapal musuh terutama kapal armada Sepanyol. Sokongan sepenuhnya daripada Queen Elizebeth I memberikan semangat luar biasa kepada beliau. Karier beliau sebagai privateer berlangsung dengan cemerlang sehinggalah pada awal tahun 1600-an.

Queen Elizebeth I

Walaubagaimanapun, sekitar tahun 1603, King James I menaiki takhta. Kegiatan Jack Ward yang selama ini disokong oleh kerajaan England tiba-tiba terhenti selepas King James I memetarai penjanjian pendamaian dengan Kerajaan Sepanyol.

Akibatnya, ramai privateer memberontak dan menjadi lanun yang bertindak merampas kekayaan kapal-kapal dagang Sepanyol. Namun begitu, Jack Ward tidak terus menjadi lanun tetapi mencari rezeki menjadi nelayan.

Menjadi Lanun

Jack Ward mula menjadi lanun pada tahun 1603 apabila Jack dan 30 orang rakannya merampas kapal kecil di Perlabuhan Portsmouth. Jack kemudian sebulat suara dipilih menjadi kapten kapal yang mana ia kemudiannya tercatat sebagai antara ‘pilihanraya’ pertama di kalangan para lanun.

Berbekal kapal kecil tersebut, Jack dan 30 orang rakannya melanun sekitar tanah Britain. Hasil pertama Jack adalah sebuah kapal yang dikenali ‘Violet’ yang membawa harta pelarian penganut Kristian Katholik ke Isle of Wight.

Dengan kapal tersebut, Jack kemudian berjaya merampas kapal yang lebih besar di Laut Mediterranean. Kapal yang lengkap dengan tiga puluh dua meriam kemudian dikenali The Gift. The Gift kemudiannya digunakan oleh Jack Ward untuk melanun kapal kargo selama lebih dua tahun.

Perjanjian dengan Sultan Uthman Dey

Pada Ogos 1606, Jack Ward telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan pemerintah Tunisia ketika itu, Uthman Dey untuk menjadikan perlabuhan Tunisia sebagai pengkalan operasi. Melihat kepada kepentingan ummah dan kecenderongan Jack Ward kepada Islam, Sultan Uthman Dey bersetuju.

Di tapak operasi baru tersebut, Jack Ward dengan bantuan beberapa panglima yang berkaliber seperti Richard Bishop dan Francis Varney daripada England, Kara Osman daripada Turki Othmaniyyah, Simon Dangizer(Simon Reis) dan Jan Jansz(Murat Reis) daripada Belanda berjaya menghapuskan kekuatan Sepanyol dan Perancis di Laut Mediterranean.

Sebuah kapal yang terkenal besarnya dikenali dengan nama Reneira e Sodeira berjaya dirampas. Kapal tersebut serta merta ditukar menjadi kapal perang oleh Jack Ward. Malangnya, kapal ini karam pada tahun 1605 di sekitar laut di Greece sehingga memakan korban lebih 400 orang krew. 250 orang krew adalah muslim Tunisia dan 150 adalah warga Inggeris.

Berita ini mengundang kemurkaan Uthman Dey dan rakyat Tunisia turut sama marah kepada Jack Ward. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk mendapat pengampunan daripada King James I. Walaubagaimanapun ia tidak berjaya malahan beliau telah diburu untuk dihukum.

Akhirnya beliau cuba memohon ampun kepada Uthman Dey. Kerana berpegang kepada prinsip amanah kepada perjanjian, Uthman Dey memberi pengampunan dan seterusnya suaka politik kepada beliau.

Memeluk Islam

Kemurahan hati Uthman Dey menarik minat Jack Ward untuk mendalami Islam secara mendalam. Tidak lama selepas itu, Jack Ward secara rasminya menganut Islam. Daripada detik itu juga, Jack Ward yang selama ini turut digelar Jack Birdy atau Jack Sparrow telah memeluk Islam dan diikuti oleh krew-krew kapalnya yang setia. Sepertimana Simon Dangizer yang menukar namanya kepada Simon Reis dan Jan Jansz kepada Murat Reis, Jack Ward turut menukarkan nama Kristiannya kepada Yusuf Reis. Jack Ward atau Yusuf Reis kemudian bernikah dengan seorang gadis berasal daripada Sicily, Italy yang bernama Jessimina.

Pada 1622, seorang dramatis bernama Robert Daborne mendapat inspirasi daripada kehidupan Jack Ward atau Yusuf Reis yang mana beliau kemudiannya menghasilkan novel bertajuk ‘A Christian Turned Turk’.

Selanjutnya..Jihad

Dahulunya, beliau seorang kapten lanun yang licik serta sering mabuk arak. Selepas menganut Islam, beliau lebih berdisiplin dan menggunakan kemahiran lautnya untuk berjihad menyelamatkan tanah masyarakat Muslim daripada terus diancam bahaya armada Sepanyol. Beliau turut direkodkan menyelamatkan ribuan masyarakat Muslim dan Yahudi Andalusia yang ditindas oleh kerajaan Kristian Katholik Sepanyol. Miskipun berdarah Inggeris, beliau tidak kekok untuk berpakaian sepertimana orang Turki berpakaian.

Beliau dalam satu rekod dinyatakan sebagai seorang yang tidak tinggi, rambut tidak lebat dengan uban serta botak di depan, wajah agak gelap dan berjanggut. Beliau turut memakai turban yang senonim dengan masyarakat Islam ketika itu. Beliau agak kecoh dan kadangkala agak melucukan. Peribadi dan tingkah laku ini kemudiannya melahirkan watak Jack Sparrow di dalam filem Pirates of the Carribean.

Kembali ke rahmatullah

Pada 1622, Yusuf Reis atau Jack Ward kembali ke rahmatullah selepas menderita terkena tempias wabak penyakit. Beliau meninggal dunia dalam beragama Islam tidak sepertimana rakan akrabnya, Francis Varney yang murtad di akhir hayatnya.

Jack Sparrow dalam Pirates of the Carribean

Sudah namapun mengadaptasi watak sebenar kepada watak dalam filem. Beberapa elemen telah diterapkan dalam pemakaian dan aksesori yang dipakai oleh Jack Sparrow lakonan Johnny Depp. Jack Sparrow dala Pirates of the Carribean dilihat memakai aksesori bulan dan bintang(simbol Islam), kain lilit kepala berwarna merah(menggantikan serban merah ala Turki Othmaniyyah) dan janggut(Johnny Depp melilit janggut supaya kelihatan ranggi).

Perhatikan lambang bulan dan bintang

 

 

___________________________

Segalanya lebih menarik di