(Video)Cara Seorang Jutawan Menghormati Seorang Bapa..


Oleh: takusahrisau

 

Tiada artikel yang ingin dikongsikan tetapi penulis hanya mahu pembaca di luar sana menonton selama tiga minit rakaman seorang peserta Who Wants To Be a Millionaire?. Bagi penulis ia terlampau istimewa kerana ia membabitkan sifat tenang di saat paling mendebarkan dalam hidupnya. Adalah lagi baik jika penulis cerita secara ringkas rakaman tersebut.

 (Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Debaran 1 Juta

Peserta yang dimaksudkan adalah John Carpenter sedang menjawab soalan yang bernilai 1 juta dollar. Ini bermakna satu soalan sahaja lagi untuk bergelar seorang jutawan. Soalan tersebut berbunyi, Which of these Presidents appeared on television series ‘Laugh In’? pilihan jawapannya adalah (a) Lyndon Johnson (b) Richard Nixon (c)  Jimmy Carter (d) Gerald Ford

John Carpenter yang ketika itu berusia 31 tahun kelihatan seperti gagal untuk menjawabnya. Beliau kemudian membuat pilihan untuk menggunakan talian hayat yang sememangnya itulah satu-satunya yang menjamin beliau sebagai seorang jutawan. Pengacara tersebut, Regis Philbin terus menghubungi bapanya yang mana telah didaftarkan sebagai talian hayat beliau.

Debaran John Carpenter di saat menjawab soalan bernilai satu juta dollar.

Talian dihubungkan dengan bapanya selama 30 saat. Namun, beliau sebenarnya tidak menggunakan talian hayat tersebut untuk menjawab soalannya tetapi untuk memberitahu bapanya bahawa beliau akan menjadi seorang jutawan. Perbualan antara beliau dan bapanya mengundang hilai ketawa seluruh audien yang hadir di studio tersebut. Malahan, Regis Philbin sempat menunjukkan reaksi kekaguman terhadap sikap pemuda tersebut.

Berikut adalah teks penuh perbualan antara John Carpenter dan bapanya:

John: Uh…Hi, Dad.

Tom: Hi!

John: Um…I don’t really need your help, I just wanted to let you know that I’m gonna win the million dollars…

(Audien mula ketawa dan menjerit)

John: (hanya 8 saat sahaja yang tinggal) Er… because the U.S. President that appeared on ‘Laugh-In’ is Richard Nixon. That’s my final answer.

Regis: Well, my gosh. What can I say except: Debbie (isteri kepada John Carpenter), you’re going to Paris, and this is the final answer heard all around the world, he’s won a million dollars!

(Audien bertepuk tangan dan menjerit)

Beginilah cara seorang genius untuk menghargai seorang bapa. Miskipun bapanya berada jauh daripadanya, namun perkara yang paling penting di dalam hidupnya(memenangi wang 1 juta dollar) tetap diketahui bapanya terlebih dahulu berbanding yang lain. Penulis benar-benar kagum dengan lelaki ini. Mungkin inilah cara John Carpenter untuk menghormati pengorbanan seorang bapa.

John Carpenter menjadi individu pertama memenangi hadiah wang berjumlah 1 juta Dollar bagi rancangan Who Wants To Be a Millionaire? pada 19 November 1999. Beliau juga mencatatkan individu yang memegang jumlah hadiah terbesar sebelum dipecahkan rekodnya oleh Rahim Oberholtzer yang memenangi 1.12 juta dollar dalam rancangan Twenty One.

__________________________
Segalanya lebih menarik di 

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: