Misteri di sebalik Libyan Desert Glass(LDG)…


Oleh: takusahrisau

Libyan Desert Glass(LDG) adalah hablur(silika dioksida) yang terbentuk secara semulajadi yang ditemui dengan banyaknya di kawasan gurun di Libya dan di barat Mesir. Bentuk fizikalnya yang mempunyai warna kuning kehijauan menarik minat masyarakat di zaman pra-sejarah. Warna kuning kehijauan yang dimilikinya menyebabkan ia mudah ditemui di kawasan gurun dek kerana warna tersebut mampu memantul cahaya matahari dan ia menambahkan lagi nilai eksotik kepada hablur semulajadi ini.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Libyan Desert Glass(LDG)

Asal penemuan

Pada tahun 1932, P. Clayton secara tidak sengaja menemui LDG sewaktu mengembara di sekitar gurun Libya di Sand Sea dan Gilf Kebir. Hasrat Clayton pada mulanya adalah untuk mencari oasis lagenda yang dikenali Zerzura. Sewaktu melalui kawasan berpasir di gurun Libya, perjalanan Clayton terganggu selepas tayarnya melanggar apa yang disangkanya ‘batu’.

Rupa-rupanya apa yang disangkanya batu adalah hablur yang kemudian dikenali Libyan Desert Glass(LDG). Beberapa tahun kemudian, pasukan yang diketuai oleh Clayton datang kembali di kawasan yang sama untuk mengutip lebih banyak sampel bagi membuat penyelidikan. Penemuan yang pertama itu disahkan oleh pasukan penyelidikan Amerika-Libya pada tahun 1971.

Jelas kelihatan kesan terbakar pada batuan di gurun Libya-Mesir

King Tut

Pada tahun 1920-an, seorang ahli arkeologi daripada London, Howard Carter telah menggemparkan dunia apabila menemui makam Firaun di sebuah lembah yang sunyi di Mesir. Makam Firaun yang dikenali Tutankhamun tersebut menjadi terkenal bukan sahaja kerana kesempurnaan makamnya tetapi juga kerana timbunan pelbagai barang-barang kemas yang turut sama dikubur bersamanya.

Dalam ribuan barang kemas milik Tutankhamun, terdapat kalung leher yang menarik perhatian penyelidik. Apa yang menarik perhatian sebenarnya adalah sebiji batu berkaca yang diukir membentuk serangga kumbang pada kalung Tutankhamun. Menurut masyarakat Mesir Purba, kumbang adalah serangga suci.

LDG(bulatan merah) pada kalung Tutankhamun

Selepas diselidiki, batuan kumbang tersebut adalah Libya Desert Glass(LDG). Usia batu tersebut jauh lebih tua daripada usia tamadun Mesir Purba. Bermula daripada penemuan batu tersebut timbullah teori-teori nakal yang menyatakan bahawa tamadun Mesir Purba mempunyai hubungan yang akrab dengan makhluk asing.

Menurut New Scientist
(http://www.newscientist.com/blog/shortsharpscience/2006/07/king-tuts-alien-necklace.html):

Teori dangkal yang menghubungkan piramid dengan makhluk asing alien semakin menjadi-jadi. Saya terkejut untuk memikirkan adakah ia mempunyai asas sains yang benar-benar kukuh. Ia bermula apabila kalung Raja Tut telah diperbuat dengan batu meteorit. Kumbang kaca pada kalung itu telah diperbuat daripada pasir yang dicairkan oleh sebuah meteorit yang kemungkinan terhempas di sekitar gurun Mesir. Kalung tersebut telah dibawa keluar daripada makam Raja Tut pada 1920 namun tiada siapa yang mampu memberi perjelasan saintifik daripada manakah ia berasal sehingga pada tahun 1999.  Pada 1999, Ahli sains daripada Itali telah menyelidik batuan kaca pada kalung Raja Tut. Mereka mendapati ia berasal daripada Libya Desert Glass yang datang daripada Great Sand Sea di sempadan Libya-Mesir.”

Kajian Saintifik

Kemajuan sains dan teknologi sejak mutakhir ini telah berjaya menepis teori-teori meragukan daripada segelintir ahli sains dan penyelidik bebas. Antara teori yang boleh dianggap ‘kurang’ logik adalah LDG terhasil daripada aktiviti makhluk asing sejak zaman berzaman di gurun Libya.

Sebuah lagi teori yang tidak kurang hebatnya turut menyatakan kemungkinan ledakan nuklear yang pernah berlaku di gurun Libya sehingga menukarkan pasir gurun kepada hablur-hablur berkaca.

Walaubagaimanapun, hasil daripada penyelidikan moden pada masakini, LDG yang dianggarkan berusia 29 juta tahun yang lampau terhasil daripada kekuatan hentaman meteorit atau komet yang menyamai kekuatan bom nuklear. Pasir-pasir di gurun Libya terbakar dan mencair seperti lava gunung berapi pada suhu 1600 darjah celsius. Dalam masa 24 jam, ia menyejuk secara berkala dan terhasillah ribuan malahan jutaan batuan kuning kehijauan di sekitar Gurun Libya-Mesir.

Batuan-batuan yang membentuk LDG di gurun Libya-Mesir

Kritikan

Segelintir saintis meragui hasil kajian daripada saintis yang menyatakan ia adalah hasil hentaman meteorit. Keraguan pertama adalah usia sebenar batu tersebut yang dianggarkan berusia 29 juta tahun itu. Mereka ternyata kurang berminat dengan anggaran usianya yang cukup melampau kerana hasil kajian mereka, pasir dan gumuk di gurun Libya menyatakan usianya baru sahaja 1 juta tahun yang lampau.

Secara logiknya, bagaimanakah batuan berkaca tersebut boleh berusia 29 juta tahun sedangkan pasir yang membentuknya baru sahaja berusia 1 juta tahun?

Keraguan kedua adalah berkenaan dengan hentaman meteorit. Umum mengetahui bahawa setiap hentaman meteorit pasti menghasilkan kawah sepertimana yang terhasil di Arizona, Amerika Syarikat. Namun, hentaman meteorit di gurun Libya-Mesir tidak meninggalkan sebarang kawah. Ini menimbulkan keraguan munasabah di kalangan saintis yang tidak mempercayai teori hentaman meteorit.

Secara amnya, daripada manakah Libya Desert Glass yang turut dikenali oleh masyarakat Mesir Purba sebagai ‘The Rock of God’ atau Batuan Dewa ini berasal?

Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul-Rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.(Surah al-Hadiid ayat 25)

_________________________

Segalanya lebih menarik di

Advertisements

Tags: , , , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: