Muammar Gadaffi adalah anak luar nikah..benarkah?


Oleh: takusahrisau

 

Seringkali latar belakang dan asal usul personaliti utama di dunia diselidiki dan dikaji. George W. Bush, Barack Obama dan terbaru mendiang Steve Jobs telah menjadi ‘mangsa’ keghairahan para penyelidik bagi menyelongkar asal usul mereka. Yang menariknya, hasil daripada penyelidikan tersebut menunjukkan hasil yang bergitu menakjubkan. Antaranya,  George W. Bush dikatakan mempunyai keturunan sehingga sampai kepada salah seorang ahli sihir kontroversi abad ke-17, Mary Parker. Mary Parker dihukum gantung apabila disabit bersalah dalam satu pembicaraan kes melibatkan perbuatan sihir. Pembicaraan itu dikenali sebagai Salem Witch Trial. Bergitu juga Barack Obama dan mendiang Steve Jobs yang mempunyai  darah berketurunan Islam melalui datuk dan bapa mereka.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

 Sebenarnya, kajian-kajian di atas tidak dapat melawan satu kajian yang melibatkan bekas pemimpin kontroversi daripada Libya, Muammar Gadaffi atau nama sebenarnya, Muammar Muhammad Abu Minyar al-Gaddafi.

 

Gadaffi pemimpin Libya

Muammar Gadaffi dikenali sebagai pemimpin utama daripada benua Afrika yang mula memegang tampuk pemerintahan Libya pada tahun 1969. Ketika itu beliau baru sahaja berumur 27 tahun. Miskipun kelihatan muda, namun perwatakan dan karisma yang ditunjukkan membuatkan beliau dikagumi oleh rakyatnya. Beliau memerintah Libya selama 42 tahun dan menjadikan beliau pemimpin paling lama memerintah sesebuah negara di dunia.

 Pembaca mungkin meminati(Gambar) Gadaffi dibunuh..al-fatihah

 

 Raja Idris I

Sebelum 1969, Libya diperintah oleh seorang raja yang didokong oleh British, Raja Idris I. Raja Idris adalah satu-satunya raja yang memerintah Libya iaitu daripada tahun 1951 sehingga 1969. Raja Idris I adalah berketurunan ahlul baits daripada keluarga as-Sanussi Nama sebenar Raja Idris I adalah Sayyid Muhammad Idris bin Muhammad al-Mahdi as-Senussi.

Disebabkan Raja Idris I adalah seorang raja yang lemah dalam pertadbiran sehingga dilihat sering tunduk dengan telunjuk Barat, Muammar Gadaffi yang ketika itu menjawat jawatan kolonel telah berpakat dengan beberapa yang lain untuk merampas kuasa secara aman. Rampasan kuasa itu berlaku ketika mana Raja Idris berada di Turki untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

Raja Idris I digulingkan dan terpaksa mendapat suaka politik di Mesir. Pada November 1971, Raja Idris I telah dibicarakan dalam bentuk proses in absentia(pembicaraan tanpa defenden) dan disabitkan bersalah. Miskipun Raja Idris I sepatutnya dihukum bunuh, beliau bagaimanapun meninggal dunia pada 1983 pada usia 94 tahun di Mesir.

Raja Idris I semasa dalam buangan.

 

 

Gadaffi daripada Sirte

Menurut rekod negara Libya, Muammar Gadaffi adalah anak bongsu pasangan petani daripada Sirte. Sebagaimana keluarga Badwi yang lain, Gadaffi menetap di sebuah oasis yang dikenali Oasis Hun dekat Sirte.

Bandar Sirte berada di tengah-tengah bandar Tripoli dan Beghazi.

 

Keluarga Gadaffi menerapkan ilmu agama yang baik kepada beliau. Ketika kecil, Gadaffi mendalami ilmu agama secara tradisional di Fezzan. Pergolakan di Palestin pada tahun 1948 akibat campur tangan British untuk menjadikan Palestin sebagai negara Israel membuatkan Gadaffi menjadi seorang yang bergitu anti-Israel dan anti-Barat.

Pembunuhan demi pembunuhan kepada saudara seislamnya di Palestin menjadikan beliau antara penyokong kuat Palestine Liberation Organization(PLO). Sumber utama dana PLO datang daripada bekas pemimpin Libya ini.

 

Gadaffi anak Badwi?

Umum mengetahui bahawa Gadaffi adalah anak kepada pasangan Badwi di padang pasir kering kontang di Sirte. Namun, nama dan asal usul ibubapa Gadaffi tidak pernah didedahkan kepada umum. Malah, biografi Gadaffi tidak pernah ditulis untuk tatapan rakyatnya. Ini membuatkan latar belakang ibubapa dan keluarga Gadaffi kekal misteri.

 

Teori Gadaffi adalah anak luar nikah

Albert Preziosi (25 July 1915 – 28 July 1943) adalah anggota tentera udara Free French Force yang berjuang bagi negara Perancis sewaktu penjajahan Jerman.  Preziosi lahir di Vezzani berdekatan Pulau Corsica, Perancis.

Albert Preziosi

 

Daripada segi faktor geografi, Pulau Corsica lebih hampir dengan Itali berbanding Perancis namun setelah pengabungan pada 1769 menyebabkan Pulau Corsica termasuk salah satu wilayah Perancis. Sejak itu, budaya Perancis diterapkan dengan budaya Itali yang sudah lama bersemi di situ. Walaubagaimanapun, rupa paras masyarakat Pulau Corsica lebih mirip dengan rupa paras bangsa Itali berbanding bangsa Perancis.

Pulau Corsica yang berada di antara Perancis dan Itali

 

Albert Preziosi berkhidmat untuk Free French Force semasa Perang Dunia Kedua di bawah seliaan Jeneral Leclerc di Afrika Utara. Pada 1942, Preziosi telah ditembak jatuh dan dilaporkan hilang. Namun, beliau sebenarnya selamat dan berada di bawah jagaan sebuah keluarga Libya berketurunan Badwi. Selama berada di bawah jagaan keluarga Badwi itu, Preziosi sentiasa disembunyikan daripada pihak Jerman dan Itali. Preziosi berada selama beberapa bulan sebelum kembali ke Perancis untuk berkhidmat kembali bagi tanah airnya.

Untuk kesekian kalinya, Preziosi dihantar ke Rusia bagi skuadron Normandie-Niemen. Nasibnya malang apabila pesawat yang dinaikinya ditembak jatuh pada 1943 dan mayatnya tidak pernah dijumpai sejak daripada itu.

 

Hubungan terlarang

Selepas kematiannya, timbul beberapa isu yang membabitkan dirinya. Rakan rapatnya sering menyatakan Preziosi mempunyai anak luar nikah semasa bertugas di Libya. Jangka masa hubungan Preziosi dengan wanita daripada suku Badwi itu adalah sekitar tahun 1941.

Ilustrasi tersebut menyatakan bagaimana Albert Preziosi pernah bertemu ibu Gadaffi.

Pembaca mungkin juga meminati Misteri Perempuan bercakap Telefon Bimbit dalam Filem Charlie Chaplin, The Circus(1928)

Secara kebetulannya, Muammar Gadaffi dilahirkan pada tahun 1942. Kebetulan ini tidak mengejutkan kerana menurut rakan rapatnya, Komander Pierre Lorillon,

 

“Kami tahu bahawa Albert(Preziosi) mempunyai  kekasih Libya ‘khemah besar’(suku Badwi).Tetapi kami tidak tahu banyak tentang itu. Satu yang kami pasti adalah Albert mempunyai seorang anak dengan wanita itu. Dan anak itu dijaga oleh bapa saudara wanita tersebut. Beliau menghantar anaknya ke luar negara untuk menyambung pelajaran bagi menyelamatkan reputasi suku mereka. Ia adalah rahsia. Lelaki Eropah yang mempunyai anak dengan wanita Libya akan mempunyai masalah, termasuklah Albert(Preziosi).”

 

Kesamaan rupa paras Albert Preziosi dan Muammar Gadaffi

Ke mana tumpah lauk jika tidak ke dalam nasi. Maka bergitu juga dengan halnya rupa paras Preziosi dengan Muammar Gadaffi. Rupa paras dan wajah mereka berdua bergitu seiras sehinggakan adik kepada Albert Preziosi, Francois Preziosi pernah menyatakan ibunya menjerit bahawa Gadaffi adalah Alberti pada tahun 1970. Francois yang mengingati hal itu menyatakan,

“Ketika itu ibu kami sedang melihat televisyen sekitar tahun 1970-an. Kemudian ibu menjerit, Tengok, ini adalah Albert! ketika warta berita menyiarkan Muammar Gadaffi yang masih muda belia ketika itu. Kami mengangguk-angguk menyatakan bersetuju dengan pernyataan ibu kami bahawa mereka memang seiras”

 

Tengok kesamaan wajah kedua-dua individu ini. Kiri adalah Albert Preziosi dan kanan adalah Muammar Gadaffi ketika muda.

 

Muammar Gadaffi yang kelihatan seperti 'bapa' kandungnya, Albert Preziosi.

 

Albert Preziosi

 

Hampir tiada perbezaan rupa paras Albert Preziosi dan Muammar Gadaffi.

 

Pembaca mungkin juga meminati Hantu Kum-Kum sebagai Alat Propanganda Penentang Ajaran Islam!

 

Adakah Gadaffi benar-benar anak Preziosi?

Persoalan itu sukar dijawab. Seharusnya, ujian DNA perlu dilakukan bagi mengenalpasti samaada ia adalah benar atau hanya satu kebetulan. Ia adalah harapan paling besar untuk mengiakan teori ini.

 Walaubagaimanapun, teori menyatakan Gadaffi adalah anak luar nikah benar-benar mengejutkan, tambahan pula ia anak luar nikah hasil hubungan antara wanita tempatan dengan seorang lelaki Eropah. Namun, ia sebenarnya tidak menghalang untuk menjadikan Gadaffi salah seorang pemimpin paling kuat menentang kuasa Eropah dan kuasa Barat semasa era pemerintahannya.

Lelaki berjiwa besar ini akhirnya meninggal dunia pada 20 Oktober 2011 setelah dibunuh oleh rakyatnya sendiri. Bagaikan jasanya tidak pernah dihargainya, mayat Gadaffi diaibkan dan dimalukan selama beberapa hari sebelum dikebumikan di sebuah tempat rahsia. Dipercayai beliau dikebumikan di sebuah kubur tidak bertanda di Gurun Sahara.

 

Miskipun pelbagai teori menyelubungi dirinya, akan tetapi Gadaffi tetap dengan adatnya yang menyukai resam orang Badwi.

Advertisements

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: