Archive | Lucu RSS for this section

(Video) Lelaki Gemuk Ini Ternyata Hebat Menimang Bola..

Oleh: takusahrisau

Lelaki berbadan gemuk yang dikenali sebagai Andrew Cassidy, 50 ternyata mempunyai skil yang cukup mengagumkan. Video yang dirakam selama 46 saat menceritakan segala-galanya mengenai lelaki pengganggur ini. Seperti yang dianggap ramai, video didakwa hasil suntingan namun apa yang berlaku adalah ia adalah tulen.

122

 

Andrew Cassidy menjawab dalam satu temubual,

 

‘It’s crazy to think that so many people have seen my skills – this is just what I do.  Sometimes kids will have a kick around with me but they always leave after I’ve shown them up.’

Cassidy turut menambah bahawa selepas hilang pekerjaan sebagai nelayan, beliau menghabiskan masa selama dua jam untuk berlatih di parkir kereta. Beliau mendakwa bahawa beliau dikurniakan bakat yang semulajadi dengan koordinasi mata-tangan, keseimbangan dan timing yang bagus.
Jika dilihat sekali imbas, ternyata skil yang beliau pamerkan tidak sepadan dengan tubuh beliau yang gemuk. Dikhabarkan bahawa World Freestyle Football Championships telah menjemput beliau untuk mempamerkan bakatnya semasa upacara pembukaan pada bulan depan. Pihak penganjur akan menyediakan segala-galanya untuk beliau termasuk hotel bertaraf dunia dan membayar beliau  £200 sehari sepanjang berada di sana.
Saksikan video yang menjadi sensasi di Youtube:

Idea Inovatif Membolehkan Bayi Membantu Ibu Membersih Rumah..

Oleh: takusahrisau

Kini bayi boleh membantu para ibu membersih rumah seawal usia 6 hingga 7 bulan. Produk ciptaan BetterThanPants ini sememangnya kelihatan cukup lucu tapi ia sebenarnya cukup kreatif dan inovatif. Walaubagaimanapun, ciptaan ini terhasil setelah salah seorang designer syarikat ini melihat sebuah iklan daripada Jepun yang juga memaparkan bayi memakai pakaian sepertimana yang dicipta mereka kini.

(Gambar)Pembedahan pembesaran Payudara..

Oleh: takusahrisau

Jangan risau, gambar-gambar di bawah tidak mengandungi kandungan yang mencuriga dan menghairahkan. Walaubagaimanapun, ia masih belum sesuai ditonton oleh kanak-kanak bawah umur.

(Video) Nenek berusia 86 tahun menunjukkan skil dalam sukan Gimnastik..

Oleh: takusahrisau

Johanna Quaas, 86 telah menunjukkan usia bukan penghalang untuknya bagi menunjukkan skil dalam sukan gimnastik. Beliau yang berasal daripada Halle, Saxony adalah anggota skuad olimpik bagi sukan bola baling semasa muda. Aksi tersebut telah dirakam semasa kejohanan Cottbus World Cup 2012 di Jerman baru-baru ini.

(Video) Comel..Kanak-kanak usia 2 tahun hebat menari cara Elvis Presley!

Oleh: takusahrisau

Seorang kanak-kanak yang berusia 2 tahun,  William Stokkebroe telah menunjukkan bakat yang unik apabila mampu meniru tarian lagenda Rock and Roll, Elvis Presley. Kanak-kanak tersebut mengasah bakatnya di studio keluarganya. Ibubapa kanak-kanak tersebut, Peter dan Kristina membuka sebuah studio yang dikenali Studie43 di Denmark.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Elvis Presley dilahirkan pada 8 Januari 1935 di Tupelo, Mississippi. Semasa hayatnya, Elvis dipuja oleh segenap masyarakat kerana bakat dan persona beliau ketika di pentas. Elvis digelar dengan gelaran King of Rock and Roll. Antara lagu beliau yang hit sehingga kin adalah Jailhouse Rock, Hound Dog, Money Honey dan I Want You, I Need You, I Love You. Elvis Presley meninggal dunia pada 16 Ogos 1977 di  Baptist Memorial Hospital.

LUCU..Jawapan daripada pelajar-pelajar ‘genius’..

Oleh: takusahrisau

Inilah beberapa jawapan daripada pelajar yang layak digelar ‘genius’. Sesetengah daripada jawapan di bawah tidak pernah difikirkan. Ia benar-benar di luar dugaan kita.

 

 

 

 

 

 

 

 

(Video) Nuri Sahin meminta jersi Ronaldo ketika masih menjadi ‘Budak Pengutip Bola’..

Oleh: takusahrisau

 

Seorang budak pengutip bola datang kepada Ronaldo selepas perlawanan Liga Juara-Juara antara kelab yang diwakilinya ketika itu, Real Madrid dan Borussia Dortmund. Niat budak pengutip bola itu adalah untuk meminta jersi yang dipakainya, namun malangnya tidak dilayan.

Selepas tidak dilayan, budak pengutip bola tersebut berlalu pergi dan kehadiran budak tersebut langsung tidak dihirau atau dipandang oleh pemain yang digelar Il Phenomeno ini. Mungkin Ronaldo akan kecewa atau terkejut apabila mengetahui bahawa budak pengutip bola itu sebenarnya adalah bakal pemain kelab Real Madrid yang diwakilinya ketika itu dan antara pemain muda berbakat yang telah menarik minat banyak kelab-kelab besar.

Budak yang dimaksudkan adalah Nuri Sahin.

Nuri Sahin(bulat merah) pernah menjadi budak pengutip bola bagi kelab Borussia Dortmund, yang juga kelab pertama yang diwakilinya.

 

 

Anda boleh lihat video di SINI

(Video) Bugi Golf Melanggar Jurulatih Semasa Ditemuramah..

Oleh: takusahrisau

 

Sebuah bugi golf atau kereta golf telah melanggar jurulatih sebuah pasukan bolasepak Amerika(American Football) dan beberapa yang lain semasa sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Kejadian yang tidak disangka-sangka itu terjadi selepas berakhirnya Kejohanan Bolasepak Amerika Peringkat Sekolah Tinggi yang menyaksikan Spring Dekaney menewaskan Cibolo Steele di Cowboys Stadium, Arlington, Texas.

Jurulatih yang dimaksudkan adalah Willie Amendola(berbaju biru) yang juga jurulatih Spring Dekaney. Kejadian malang ini bagaimanapun tidak mengakibatkan kecederaan teruk kecuali hanya seorang mangsa terpaksa ditahan di wad akibat kecederaan kaki. 

Pasukan Spring Dekaney daripada  Harris County, Texas menewaskan Cibolo Steele 34-14 bagi Class 5A Divison II(Kejohanan Wilayah).

Amendola ditemuramah oleh seorang wartawan. Kelihatan bugi golf meluncur laju tanpa disedari oleh mereka yang berada di situ.

 

Impak perlanggaran itu menyebabkan mangsa terpelanting beberapa meter.

 

Namun, Amendola terperosok masuk ke dalam bugi golf dan berusaha untuk melepaskan diri.

 

 Klik SINI untuk melihat video tersebut

 

Sumber: Klik SINI

Bahaya melihat perempuan seksi..

Oleh: takusahrisau

 

Akibat asyik memandang seorang wanita seksi, seorang penunggang motosikal dipercayai maut setelah merempuh van yang kebetulan berada di hadapannya. Bertambah malang bagi lelaki tersebut, sebuah motosikal yang mengikuti rapat di belakang secara tidak sengaja merempuh badannya. Kejadian ngeri tapi lucu ini berlaku di China.

 

 

 

 

Klik SINI untuk melihat video tersebut

Lucu..rancak menari akhirnya jatuh kolam..

Oleh: takusahrisau

 

Seorang ahli sorak yang dikenali Mariana de Leon mungkin akan mengingati kejadian memalukan di mana beliau yang sedang rancak menari tergelincir ke dalam kolam renang yang berada di belakangnya. Mariana de Leon yang berumur 21 tahun melakukan rutin tarian bersama-sama 12 rakan tariannya yang lain untuk pertandingan tarian, Pan American Games.

Opssss..

 

 

Saksikan video di bawah:

 

Sumber: Klik SINI

%d bloggers like this: