Konsep HALAL bagi Umat Islam dan KOSHER bagi Orang Yahudi!


Oleh : takusahrisau

 

Sesungguhnya ramai belum sedar bahawa terdapat beberapa perkara dalam agama lain yang belum betul-betul umat ISLAM fahami. Adalah amat penting untuk seseorang MUSLIM memahami benar-benar mengenai landas-landas agama lain kerana ia adalah pendinding kita di kemudian hari. Kali ini penulis tertarik ingin mengulas mengenai KOSHER dan TREFA.

Kosher adalah istilah bagi diet pemakanan orang Yahudi yang serupa dengan istilah HALAL bagi umat ISLAM. Bergitu juga dengan istilah Trefa, ia adalah serupa istilahnya dengan HARAM bagi umat Islam. Akan tetapi kosher tidak serupa peraturannya dengan halal bagi umat islam. Ini kerana, terdapat beberapa makanan yang boleh dimakan oleh orang Yahudi tetapi tidak boleh dimakan oleh orang Islam. Bergitu juga sebaliknya, terdapat beberapa makanan boleh dimakan oleh orang Islam tetapi tidak boleh dimakan oleh orang Yahudi.

Sepertimana Halal dalam Islam yang berlandaskan Al-Quran peraturan Kosher adalah berlandaskan dalam kitab Torah/Pentateuch, iaitu Leviticus. Leviticus merupakan buku ketiga dalam kitab Torah/Pentateuch daripada lima buku kesemuanya.

Sepertimana dalam firman Allah swt dalam surah Surah al-Baqarah, ayat 172.

 

Oleh itu makanlah (wahai orang-orang yang beriman) semua yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.

 

Antara petikan ayat dalam kitab Leviticus yang menjadi panduan orang Yahudi dalam peraturan Kosher adalah,

 

Adonai said to Moses and Aaron, “Tell the people of Isra’el, ‘These are the living creatures which you may eat among all the land animals

*Adonai adalah nama lain bagi Yahweh iaitu nama Tuhan orang Yahudi.

 

Persamaan Halal dan Kosher

Terdapat beberapa perkara yang boleh dikatakan sama antara Halal dan Kosher. Antaranya adalah:

1.         Memakan Babi dan produk daripada Babi tidak boleh dimakan

ISLAM:Mengenai larangan memakan Babi bagi umat islam terdapat dalam Al-Quran(Al-Baqarah ayat 173):

 

Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,”

 

YAHUDI:Mengenai larangan memakan Babi pula bagi orang Yahudi terdapat dalam Leviticus(11:7):


And the pig, because it parts the hoof and is cloven-footed but does not chew the cud, is unclean to you.”

  

Babi adalah binatang paling taboo dalam kedua-dua agama samawi ini.

2.        Larangan memakan haiwan dua alam

ISLAM dan YAHUDI sama-sama melarang daripada memakan haiwan dua alam seperti katak ataupun penyu.

Penyu adalah haiwan dua alam(amphibia) dan ia adalah haram dimakan oleh org Islam dan Yahudi.

 

3.        Larangan memakan serangga

ISLAM dan YAHUDI sama-sama melarang penganutnya memakan serangga. Walaubagaimanapun, belalang juta diharuskan memakannya dalam ISLAM. Bagi lebah pula, dilarang memakannya namun madu daripada lebah adalah HALAL dan KOSHER.

Madu adalah Halal dan Kosher miskipun lebah adalah Haram dan Trefa.

 

4.        Binatang buas dan mencakar

ISLAM dan YAHUDI melarang penganut masing-masing memakan haiwan buas seperti harimau,beruang atau dan sebagainya. Haiwan jenis mencakar seperti burung helang,burung hantu,tikus dan sebagainya juga dilarang dimakan oleh penganutnya. Sabda Rasullulah saw:

 

 Tiap-tiap binatang buas yang mempunyai taring adalah haram dimakan. (HR. Muslim dan Tarmudzi)

 

Semua binatang yang mempunyai kuku atau cakar tajam seperti helang, rajawali dan sebagainya. Nabi SAW telah melarang tiap-tiap burung yang mempunyai kuku tajam.” (HR. Muslim)

 

Perbezaan Halal dan Kosher

 

1.         Arak

ISLAM: Arak diharamkan sebagai minuman dan apa jua jenis penggunaan arak dalam makanan terutama ketika memasak.

YAHUDI: Arak adalah kosher dalam peraturan Yahudi.

Arak adalah haram di sisi agama Islam tetapi Kosher bagi agama Yahudi.

 

2.        Makanan Laut

ISLAM: Makanan laut adalah halal kecuali yang memudaratkan seperti ikan Buntal beracun.

YAHUDI: Haiwan laut jenis ikan yang bersisik dan bersirip adalah kosher dan boleh dimakan. Oleh itu, segala jenis kerang,tiram,ketam adalah tidak kosher dan tidak boleh dimakan oleh orang Yahudi.

 

3.        Campuran Susu dan Daging

ISLAM: Islam tidak ada peraturan khas untuk makanan yang mengandungi campuran susu dan daging. Oleh itu, halal dimakan jika susu dan daging bercampur.

YAHUDI: Orang Yahudi dilarang memakan sebarang makanan yang bercampur antara susu dan daging.

 

4.        Haiwan ternak

ISLAM: Islam menghalalkan semua binatang ternak seperti firman Allah swt dalam surah Al-Maidah ayat 1:

 “Dihalalkan bagimu binatang ternak.”

 

YAHUDI: Orang Yahudi dibenarkan memakan haiwan ternak jika memiliki dua kriteria iaitu terpisah setiap jari kakinya dan mencerna makanannya dengan sempurna(haiwan ruminant) seperti dalam ayat Leviticus 11:3

You may eat any animal that has a split hoof completely divided and that chews the cud.

 

Oleh itu, binatang seperti unta tidak kosher bagi mereka kerana walaupun unta mencerna dengan sempurna dengan cernaan dua kali(haiwan ruminant), tetapi ia mempunyai jari kaki yang tidak terbelah dua.  Leviticus 11:4

 

“‘There are some that only chew the cud or only have a split hoof, but you must not eat them. The camel, though it chews the cud, does not have a split hoof; it is ceremonially unclean for you.

Unta Halal bagi orang Islam tetapi tidak Kosher bagi orang Yahudi

5.        Penyembelihan

ISLAM: Sembelihan dalam Islam dikenali Dhabh. Haiwan yang disembelih mesti menggunakan pisau yang tajam dan disembelihkan di leher dengan cepat bagi mengurangkan kesakitan haiwan tersebut dengan menyebut lafaz “Bismillah, Allahu Akbar“. Lafaz akan disebut lagi bagi setiap ekor haiwan itu disembelih.

Meminum darah haiwan adalah haram di sisi agama Islam. Oleh itu, daging haiwan yang disembelih mestilah dibersihkan sepenuhnya.

Muslim yang tinggal berjauhan dengan muslim yang lain boleh memakan haiwan sembelihan Ahli Kitab(Yahudi atau Kristian). Akan tetapi, kebiasaanya umat Islam sekarang mencari daging yang telah diimport khas daripada negara Islam.

 

YAHUDI: Sembelihan dalam Yahudi dikenali Shechita. Haiwan yang disembelih mesti menggunakan pisau yang tajam dan disembelihkan di leher dengan cepat bagi mengurangkan kesakitan haiwan tersebut. Penyembelih Shechita dikenali sebagai Sochet. Adalah cukup untuk seorang Sochet menyebut nama Tuhannya sekali sahaja miskipun menyembelih melebihi seekor haiwan.

Meminum darah haiwan adalah haram di sisi agama Yahudi. Oleh itu, daging haiwan yang disembelih mestilah dibersihkan sepenuhnya.

Yahudi yang tinggal berjauhan dengan orang Yahudi yang lain tidak boleh memakan haiwan sembelihan selain agama Yahudi. Orang Yahudi akan mengimport khas daripada negara yang membekalkan haiwan sembelih yang Kosher.

 

6.         Simbol Kosher dan Halal

ISLAM:

Logo Halal yang dikeluarkan oleh Halal Food Council International.

YAHUDI:

simbol yang digunakan untuk menandakan makanan itu mengandungi elemen Kosher ataupun tidak.

  • D: The product is Dairy and contains some milk ingredient
  • M/Meat: The product contains meat
  • Pareve: The product is neither dairy nor meat

 

-Artikel ini adalah hakmilik sepenuhnya penulis. Jika ada pembaca mahu menyebar artikel ini dalam blog atau forum, penulis suka-cita membenarkannya kerana ia adalah salah satu cabang dakwah.Sebarang kekeliruan dalam artikel di atas boleh diutarakan melalui ruangan komen di bawah. Salam Ukhwah.

Advertisements

Tags: , , , , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

4 responses to “Konsep HALAL bagi Umat Islam dan KOSHER bagi Orang Yahudi!”

  1. asyraf says :

    mohon kongsi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: