Archive | February 2011

Siri Islam Sebelum ISLAM : Adakah wali(saint) Kristian sebelum kedatangan ISLAM juga dianugerahkan Karamah?(Siri 1)

Oleh: takusahrisau

 

Mukadimmah

Pernahkah pembaca terfikir  bahawa individu yang digelar saint oleh penganut Kristian yang mempunyai kehebatan seperti kebolehan untuk terbang, bercakap dengan haiwan, mampu berada di dua tempat dalam masa yang sama dan sebagainya boleh dianggap mempunyai karamah sepertimana individu yang digelar wali oleh umat Islam?

Pernahkah pembaca terfikir bahawa jika Kristian adalah agama yang tidak diredhai Allah swt dan dilaknat pula kerana syirik terhadap-NYA bagaimana pula ‘wali’ mereka mampu melakukan keajaiban sepertimana wali-wali yang beragama Islam yang berhempas-pulas mencari keredhaan dan keampunan daripada Allah swt?

Jadi pada kali ini, penulis akan memperihalkan sedikit mengenai persoalan yang melibatkan ‘kekaramahan’ wali-wali Kristian ini. Moga dengan artikel ini, ia boleh merungkai sedikit-sebanyak persoalan yang sering bermain dalam fikiran pembaca sekalian.

 

Karamah

Daripada definisinya, karamah bermaksud kemuliaan dan kemurahan yang Allah Taala kurniakan khusus kepada hamba-NYA yang bertaqwa dalam erti kata yang sebenar tetapi mereka bukan bertaraf Nabi dan Rasul. Individu yang mendapat anugerah sedemikiaan biasanya digelar wali Allah atau kekasih Allah.

Dalam segi logiknya, kurniaan Allah Taala ini amat menyalahi logik akal manusia atau dalam istilah yang lebih baik ia digelar Khawariqul adah. Sebagai contohnya, kebolehan berjalan di atas air.

Kebolehan sedemikian sangat menyalahi hukum fizik kerana jisim manusia lebih tumpat daripada jisim air, dan amat mustahil untuk membolehkan manusia mampu berjalan di atas air sepertimana manusia berjalan di atas tanah. Akan tetapi, kurniaan Allah Taala ini pernah terjadi kepada banyak wali Allah seperti Tok Kenali daripada Kelantan. Dan ia dibuktikan oleh ramai saksi secara lisan dan tulisan artikel.

Kebiasaann karamah-karamah yang sering berlaku kepada para wali Allah adalah:

  • Kasyaf

Kasyaf memberi makna dibukakan hijab untuk mengetahui benda-benda yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar. Ia pernah terjadi kepada Abu Huzaifah ra yang diberi kelebihan mengetahui seseorang mukmin itu munafik atau tidak.

 

  • Firasat

Firasat bermaksud visi. Anugerah ini membolehkan seseorang wali Allah mengetahui apa yang akan berlaku pada masa akan datang dengan izin daripada-NYA. Pernah terjadi kepada Tok Kenali yang meramalkan kedatangan askar Jepun yang merujuk kepada ‘orang mata sepet’ dan Saidina Umar al-Kattab yang meramalkan kedatangan Umar bin Abdul Aziz sebagaimana kata-katanya “Akan ada nanti dari sulbiku seorang yang akan memenuhi bumi dengan keadilan dan bertanda di dahinya”

 

  • Ilmu Ladunni

Ilmu Ladunni adalah satu ilmu yang dijatuhkan Allah Taala terus ke dalam hatinya dan menjadi ilmu yang sebati dalam jiwanya. Ilmu ini tidak pernah wali Allah tersebut belajar dan diajar. Kebiasaannya ilmu yang diperolehi daripada Allah Taala ini sangat tulen dan mempunyai keberkatan. Ia pernah terjadi kepada Khidir as(juga dipercayai wali Allah, namun ramai merujuknya sebagai Nabi), Junaidi al-Baghdadi, Rabaitul Adawiyah dan ramai lagi.

 

  • Hatif

Hatif adalah suara ghaib yang didengari melalui telinga namun tidak pula dapat didengari oleh orang kebiasaan. Hatif yang dikurniakan kepada wali Allah adalah suara yang didatangkan terus daripada Allah Taala ataupun perantaraan malaikat. Ia pernah terjadi kepada ramai Wali Allah seperti Junaid al-Baghdadi, Sheikh Abdul Kadir al-Jailani, Zunnun al-Misri, Ibrahim bin Adham dan ramai lagi.

 

 

Walaubagaimanapun, ia adalah sebahagian daripada pelbagai kelebihan-kelebihan yang Allah Taala berikan kepada wali Allah sebagai ganjaran ke atas kezuhudan ketaqwaan mereka. Antara kelebihan yang lain yang juga biasa kita dengar adalah kemampuan melipat jarak bumi iaitu dapat berada di satu tempat ke tempat yang lain dengan sekelip mata miskipun jaraknya beribu-ribu batu, kemampuan menghidupkan yang telah mati, kemampuan berbicara dengan yang telah mati, kemampuan menundukkan haiwan buas, kemampuan menyembuhkan penyakit dan banyak lagi.

 

 

Beza antara Karamah, Istidraj dan Sihir

 

Secara definisinya, Istidraj membawa maksud perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang tidak taat atau derhaka kepada Allah s.w.t dan ia bertujuan untuk menyesatkannya lagi.

 

Perkara sedemikian pernah terjadi kepada Firaun semasa mencabar nabi Allah Musa as mempertahankan ketuhanan dirinya. Firaun yang terkenal bongkak itu terus memanah ke langit bagi membuktikan dirinya telah membunuh ‘tuhan’ Musa. Allah memberi kelebihan berbentuk istidraj kepada Firaun dengan mengembalikan panahnya dengan darah. Firaun dengan sombong terus menyatakan beliau telah membunuh Tuhan Musa as tanpa unsur periksa. Ucapan-ucapan yang diungkap oleh Firaun adalah kejahilan yang nyata.

 

 

Bagaimana pula dengan sihir?

 

Sihir pula adalah perkara luar biasa yang berlaku hanya disebabkan oleh pertolongan makhluk halus seperti Jin, Iblis dan Syaitan. Perkara tersebut kebiasaan terjadi kepada individu yang terlampau taksub dengan perkara-perkara khurafat.

 

Ia pernah terjadi kepada Musa as semasa berhadapan dengan tukang-tukang sihir Firaun. tukang-tukang sihir Firaun telah berjaya menukar tongkat mereka kepada ular-ular yang berbisa dengan pertolongan Jin dan Syaitan. Bagaimanapun, Musa as berjaya menghadapinya dengan pertolongan Allah Taala yang mengurniakan mukjizat melalui tongkat baginda yang mampu bertukar kepada ular yang sangat besar dan seterusnya menelan kesemua ular tukang sihir Firaun tersebut.

 

Perbezaan antara Karamah, Istidraj dan Sihir adalah sangat nyata. Karamah adalah kelebihan-kelebihan yang dikurniakan Allah Taala kepada wali-wali Allah yang taat dan bertaqwa manakala Istiqraj dikurniakan Allah Taala kepada musuh-musuh Allah untuk terus menyesatkan mereka. Dan Sihir pula adalah kelebihan luar biasa yang tidak boleh diterima logik akal dengan hanya bantuan jin dan syaitan atas izin Allah Taala.

 

Perbezaan ketiga-tiga istilah ini penting untuk membezakan sama ada seseorang tersebut adalah wali Allah atau wali syaitan.

 

 

 

Bagaimana jika ‘karamah’ tersebut terjadi kepada orang bukan Islam?

Berbalik kepada persoalan teras kita, bagaimana jika kelebihan itu terjadi kepada orang yang bukannya beragama Islam seperti yang sering kita dengar pernah terjadi kepada paderi Kristian, sami Buddha, rabbi Yahudi dan sami Hindu.

 

Persoalan ini sangat rumit untuk diperjelaskan akan tetapi terdapat beberapa perkara untuk memastikan kelebihan tersebut adalah Karamah, Istidraj mahupun Sihir.

 

 

Agama sebelum Rasulullah saw

Rasulullah saw dilahirkan pada 12 Rabiulawal pada tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571M. Rasulullah saw diangkat sebagai Rasul ketika umurnya menjangkau usia 40 tahun. Ini bermakna tahun di mana Rasulullah saw diangkat sebagai Rasul adalah 611M.

 

Sebelum kedatangan Rasulullah saw yang membawa ajaran Islam, terdapat dua agama yang diyakini juga telah membawa ajaran sepertimana Islam. Seperti yang sedia maklum, agama-agama tersebut digelar agama samawi atau agama langit. Agama-agama tersebut adalah agama Yahudi dan agama Kristian.

 

Bagi sesetengah cendiakiawan Islam, pada dasarnya agama Yahudi dan Kristian adalah Islam. Ini boleh dirujuk kepada asas agama tersebut yang mempercayai Tuhan yang Esa. Namun, agama tersebut tidak digelar Islam dan Allah swt tidak pernah menamakannya dalam kitab-kitab ajaran mereka. Ia tidak seperti ajaran yang dibawa oleh Rasul junjungan kita yang mana Allah Taala sendiri menamakannya.

 

Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.:”(Ali-Imran: 19)

 

 

Agama Yahudi dan Kristian hanya mendapat namanya melalui penganut-penganut mereka sendiri. Agama Yahudi mendapat nama bersandarkan kepada penganut mereka yang kebanyakan adalah warga Yahudi manakala agama Kristian pula mendapat nama kerana merujuk kepada Isa as atau Jesus yang digelar Christ oleh bangsa Yunani.

 

Dengan yang demikian, ajaran yang dibawa Isa as iaitu Kristian adalah kesinambungan kepada ajaran Musa yang membawa agama Yahudi. Sepertimana Yahudi, ajaran Kristian Isa as sangat mirip iaitu masih mengekalkan Allah swt sebagai tuhan yang satu-satunya layak disembah manakala Musa as atau Isa as adalah Rasul junjungan mereka. Hukum syariat mereka sahaja yang sedikit berlainan sesuai dengan peredaran zaman tersebut.

 

Oleh kerana itu, tempoh masa daripada tahun pertama Masihi sehingga kepada tahun 611 masihi, individu yang menganut ajaran Kristian(tidak termasuk ajaran Triniti dan seumpama dengannya) adalah individu yang beriman kepada Allah swt.

 

Dengan kata lain, paderi-paderi yang mempunyai kelebihan luar biasa akan tetapi lahir dalam tempoh tersebut adalah paderi yang diberi kelebihan oleh Allah swt dengan kelebihan Karamah dan bukannya Istidraj sepertimana yang ramai maklum.

 

 

Mereka yang memiliki Karamah dan bukannya Istidraj

 

Terdapat beberapa nama yang boleh dianggap memiliki karamah kerana ketaqwaan dan kefahaman mereka yang berlandaskan ajaran tauhid yang sebenar. Mereka adalah:

 

  • St. Arius(256M-336M)

Beliau adalah pengasas ajaran Arianisme yang menolak ajaran Triniti yang dianggap sesat. Ajaran Arianisme menganggap Nabi Isa adalah makhluk ciptaan Allah swt dan hanya ditugaskan sebagai Nabi untuk memberi kefahaman tauhid kepada umat manusia. Beliau dianggap sebagai wali atau saint kerana dikatakan syahid dalam mempertahankan fahaman bahawa Nabi Isa hanya manusia biasa dan bukannya anak tuhan. Beliau dikatakan diracun oleh paderi-paderi Katholik yang syirik kepada Allah swt.

 

  • Artemius(meninggal dunia pada 363M)

Beliau adalah panglima kepada Constantius II yang beriman kepada Allah swt dengan fahaman Arianisme. Beliau syahid dalam mempertahankan akidahnya kepada adik Constantius II, Julian the Apostate yang menganut ajaran pagan. Artemius telah dihukum pancung oleh panglima Julian iaitu George of Cappadocia. George kemudiannya dibunuh oleh penduduk Iskandariah yang taat kepada ajaran Arianisme setelah Artemius dihukum pancung.

St. Artemius

 

 

 

 

 

 

  • Simeon Stylites(390M-459M) 

Simeon Stylites dikenali dengan kebolehan luar biasa beliau tinggal di atas tiang setinggi 15 meter selama 37 tahun hanya untuk mencari ketenangan bagi beribadah kepada Allah swt. Beliau dikenali sebagai seorang yang miskin namun sangat taat beribadah sehingga dikenali ramai orang kerana kezuhudannya. Stylites sepertimana dinasabkan pada belakang namanya adalah merujuk kepada tiang dalam bahasa Yunani.

 

  • Paderi Buhaira(hidup sezaman dengan Rasulullah saw) 

Beliau dikenali sebagai paderi yang mempunyai firasat mengenai kerasulan Nabi Muhammad saw selepas melihat awan sentiasa memayungi Rasulullah saw setiap masa. Ramai berpendapat bahawa Buhaira adalah seorang paderi mazhab Kristian Nestorian sepertimana yang didakwa oleh al-Kindi. Namun terdapat ulama menyatakan Buhaira adalah paderi bermazhab Arian atau Jacobite.

 

Gereja Buhaira di Syria.

 

 

 

 

 

Mereka yang memiliki Istidraj dan bukannya Karamah

 

  • St. Constantine(227M-337M) 

Mendakwa melihat simbol salib di langit dan seterusnya membawanya mengenali ajaran Kristian.

Kenapa didakwa ia sebagai Istidraj?

Constantine adalah seorang yang kuat menentang ajaran Kristian yang menyembah Tuhan yang Esa. Constantine juga melarang penganut Kristian berkhatan sedangkan Nabi Isa as sendiri berkhatan dan berkhatan itu diwajibkan oleh semua ajaran Tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim as. 

Maharaja Constantine yang didakwa hanya dibaptiskan semasa beliau nazak!

 

 

 

 

 

  • St. Nicholas of Myra(270M-343M) 

Didakwa mempunyai pelbagai keajaiban termasuklah didatangi oleh Jesus dan Mary semasa beliau dipenjarakan kerana bertindak menampar muka St. Arius semasa berdebat dengannya semasa Sidang Nicaea pada 325M.

 

Kenapa didakwa ia sebagai Istidraj?

Ia adalah kerana Nicholas of Myra berpegang kepada doktrin yang mensyirikkan Allah Taala dengan menyatakan Isa as adalah terdiri daripada tiga keadaan atau lebih mudah dipanggil doktrin Triniti. Dakwaan didatangi oleh Jesus dan Mary juga diragukan kerana ia berkemungkinan besar salah satu cara untuk melepaskan diri daripada penjara.- selepas peristiwa keajaiban didatangi Jesus dan Mary tersebar, Nicholas dibebaskan oleh Maharaja Constantine.

 

 

Yang pastinya mereka bukan Katholik atau Kristian aliran Triniti

 

Penularan ajaran Triniti yang didokong oleh mazhab Katholik adalah salah satu peristiwa kesesatan umat Kristian yang paling besar sejak sepeninggalan Nabi Isa as. Anti-triniti seperti Arianisme, Nestorisme, Ebonite, Jacobian dan sebagainya berpegang bahawa Nabi Isa as tidak pernah mengasaskan ajaran triniti sepanjang hayat baginda.

 

Ia disokong oleh kebanyakkan masyarakat pada zaman tersebut. Ajaran yang mengesakan Allah swt telah pun sampai ke penduduk barat melalui mubaliqh Kristian aliran Arianisme, Ulfilas. Ulfilas telah berjaya membawa kebanyakkan bangsa yang pada masa kini digelar Barbarian iaitu Goth, Vandals, Alan, Franks dan sebagainya untuk menganut ajaran Ulfilas dan meninggalkan ajaran nenek moyang mereka yang menyembah tuhan berhala. Bukti ini bermakna, miskipun ajaran Triniti memenangi perdebatan di Sidang Nicaea pada 325M, Sidang Ephesus pada 431M dan Sidang Chalcedon pada 451M, ia tidak bermakna ajaran mereka telah memenangi iman masyarakat pada masa tersebut.

 

Persidangan Nicaea pada 325M bagi menghapuskan ajaran Arianisme yang mengesakan Allah swt.

 

Miskipun ajaran Arianisme, Nestorius, Jacobite dan banyak lagi ajaran anti-triniti sudah tidak popular lagi, namun ia memiliki penganti yang cukup mantap-ISLAM!. Seperti yang sering didakwa oleh ramai cendikiawan Kristian, Islam adalah pengganti kepada ajaran anti-triniti yang paling ideal.

 

Maka, tidak salah untuk mengatakan bahawa penganut ajaran anti-triniti yang mengesakan Allah Taala seperti Arianisme, Nestorian, Jacobite, Ebonite dan lain-lain patut diimani sebagai mereka yang dijamin Allah swt sebagai hamba-NYA atau ahli kitab. Namun, ia dengan syarat- penganut tersebut lahir sebelum 611M atau dengan lain kata, tahun sebelum Rasulullah saw diangkat sebagai Rasul.

 

 

 

~ Artikel ini yang bertajuk ‘Islam Sebelum ISLAM’ ini akan muncul dalam beberapa siri. Perlu diingatkan bahawa artikel di atas bukanlah bahan kontroversi mahupun sensasi. Kepada pembaca, penulis berharap supaya pembaca sekalian membaca artikel ini dengan teliti. Jangan sesekali memberi komen tanpa membaca artikel secara keseluruhan. Ia adalah tidak adil kepada penulis. Akhir kata, penulis berharap artikel ini memberi satu sisi baru dalam kajian agama dan teologi secara keseluruhan.

Advertisements

Tsunami Meulaboh pada 26 Disember 2004 hasil daripada Ujian Nuklear?

Oleh: takusahrisau

 

Tsunami Meulaboh yang melanda Acheh pada 26hb Disember 2004 adalah tragedi yang paling diingati dalam sejarah. Manakan tidak, tsunami yang berpunca daripada Gempa bumi berukuran 9.0 skala Ritcher di Lautan Hindi ini telah meragut seramai 230,000 orang mangsa secara keseluruhannya di 14 buah negara termasuk Malaysia. Akan tetapi, Indonesia menerima musibah yang paling teruk diikuti dengan Sri Lanka, India dan Thailand(Pulau Phuket). Tsunami yang juga digelar Tsunami Indonesia ini telah direkodkan sebagai salah satu daripada 10 bencana alam yang memusnahkan. Tsunami yang membawa ombak setinggi 30 meter ini berada di tangga ke-6 selepas Banjir China 1931(meragut 2.5 juta orang), Taufan Bhola,Bangladesh 1970(meragut 500,000 orang), Gempa bumi Haiti 2010(meragut 316,000 orang), Gempa bumi Tangshan,China 1976(meragut 242,419 orang) dan Gempa bumi Haiyuan,China 1920(meragut 234,000 orang).

Namun, benarkah Tsunami Meulaboh tercetus daripada bencana alam sepertimana yang sedia kita maklum selama ini?

Sebelum dan selepas di Meulaboh.

 

                        

Gempa bumi hasil ujian nuklear?

Setahun selepas tercetusnya Tsunami Meulaboh, sebuah agensi berita daripada akhbar tabloid, Al-Osboa telah mencetuskan kontroversi apabila menyatakan dengan lantang dalam artikelnya dengan mengaitkan bencana alam yang meragut nyawa ratusan ribu orang dengan letupan nuklear yang dicetuskan oleh tentera India, Israel dan Amerika Syarikat.

Penulis artikel tersebut juga menyatakan tentera India diberi kuasa untuk melakukan ujian tersebut di Lautan Hindi miskipun mereka mengetahui plak tektonik di kawasan tersebut sentiasa tidak stabil. Plak tektonik di Lautan Hindi tersebut digelar ‘Jaringan Api Pasifik’ kerana ketidakstabilan pentas tektonik dan bilangan gunung berapi di sekitarnya. Tentera India yang berkerjasama dengan Israel dan Amerika Syarikat juga dilaporkan telah melakukan ujian nuklear di sebuah gurun di Australia.

Letupan kuat akibat ledakan ujian nuklear telah menyebabkan plak-plak tektonik menjadi tidak stabil dan seterusnya mencetuskan gempa bumi yang dianggap antara paling dasyhat dalam sejarah. Impak daripada gempa bumi tersebut, ombak setinggi 30 meter dan berkelajuan lebih 300 km/j.

 

Menyaingi Pakistan

Umum telah mengetahui bahawa India mempunyai sejarah peperangan dengan Pakistan. Bermula dengan konflik pada tahun 1965 dan seterusnya pada tahun 1971, konflik antara India-Pakistan tidak pernah reda.

Namun pada dekad 90-an, kemajuan nuklear di Pakistan telah mengugat kestabilan serantau di Asia Selatan terutamanya India. Pakistan yang mempunyai beberapa kawasan pengujian kontroversi di Ras Koh dan Gurun Kharan telah berkerjasama dengan beberapa negara kuasa nuklear seperti China dan Korea Utara. Ini dapat dibuktikan dengan beberapa dakwaan India bahawa Pakistan sememangnya mempunyai ikatan yang kuat dengan China dan Korea Utara.

 

 

Antara dakwaan India selepas merujuk kepada agen perisikan dan sekutu mereka, Amerika Syarikat adalah:

  • Pada 1999, Pakistan membeli misil balistik berpeledak nuklear, Nodong daripada Korea Utara. Nodong telah ditukar namanya kepada Ghauri.
  • Manakala, Amerika Syarikat juga menimbulkan perasaan bimbang apabila mendakwa terdapat saintis nuklear Pakistan yang bersara telah beralih angin ke Korea Utara untuk menjayakan program nuklear Korea Utara. Ia ditegaskan oleh Pemangku Setiausaha Amerika Syarikat, Richard Armitage pada Jun 2001.
  • Pada Oktober 2002, New York Times telah mendakwa Pakistan merupakan sumber utama bagi mesin emparan gas bagi pengayaan nuklear kepada Korea Utara. Sumber ini diyakini diperolehi oleh Kerajaan Amerika Syarikat.
  • Bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto telah didakwa oleh kerajaan India dan Amerika Syarikat sebagai antara individu yang berada di belakang tabir untuk menjayakan program nuklear Pakistan-Korea Utara.
  • Pada 1993, Pusat penyelidikan ketenteraan Pakistan berada dalam pemerhatian Amerika Syarikat selepas didedahkan dengan dakwaan bahawa Pakistan telah melaksanakan perdagangan nuklear dengan Rusia dan Korea Utara.

Camp Justice di Diego Garcia.

 

 

Mewujudkan kebimbangan berterusan Delhi

Pendedahan tersebut jelas menunjukkan India merasa tidak senang dengan kemajuan nuklear Pakistan. Dengan sebab itu, India banyak kali dilihat sebagai rakan akrab kepada Amerika Syarikat dan Israel dalam menjayakan program nuklear mereka di Delhi. Delhi juga dilihat menggunakan pengaruh Amerika Syarikat dalam banyak keadaan bagi memberi tekanan berterusan kepada Islamabad.

Ia dapat dibuktikan dengan beberapa insiden membabitkan hubungan rahsia Islamabad-Beijing. Sehingga dekad 90-an, China adalah pembekal utama light water dan reaktor kuasa nuklear 325 MWe bagi tujuan pengayaan uranium. Namun, menjelang dekad 90-an, China terpaksa memutuskan hubungan tersebut selepas diberi tekanan oleh Amerika Syarikat yang juga merupakan sekutu utama China.

Namun, ia tidak mengugat Islamabad apabila terus membina hubungan akrab dengan Pyongyang.

 

Bukti yang dikaitkan dengan Tsunami Meulaboh

Al-Jazeera iaitu agensi TV swasta di Timur Tengah telah mendakwa beberapa bukti yang dikaitkan dengan Tsunami Meulaboh dengan pengujian nuklear di Lautan Hindi. Antara teori yang dinyatakan oleh Al-Jazeera adalah:

1.         Pengkalan tentara Laut Amerika Syarikat di tengah-tengah Lautan Hindi, Diego Garcia telah diberi amaran tentang kemungkinan berlakunya bencana alam oleh kerajaan Amerika Syarikat namun mereka gagal untuk memberi amaran kepada masyarakat di sekitar Lautan Hindi. Mengapa terjadi sedemikian rupa?

2.         India dan Amerika Syarikat telah melaksanakan cubaan menggunakan denyutan gelombang elektromagnetik yang mencetuskan gempa bumi berskala kecil dan besar. Sebelum kejadian Tsunami Meulaboh pada 26hb Disember 2004, beberapa gegaran kecil dapat dirasakan di beberapa negara di sekitar Lautan Hindi.

3.         Perlibatan Israel dalam program nuklear India menimbulkan perasaan syak wasangka kerana ia berkemungkinan besar untuk melumpuhkan populasi umat Islam di sekitar Lautan Hindi. Kebanyakan penduduk yang ditimpa Tsunami Meulaboh adalah umat Islam seperti di Indonesia, Pulau Phuket, Sri Lanka dan India.

 

Bukan teori baru

Teori yang dikaitkan bencana alam dengan hasil kerja tangan manusia bukan sesuatu yang baru untuk diperkatakan. Ia sebenarnya bermula sejak lama dahulu dengan pelbagai peristiwa pelik seperti Letupan Tuguska pada 1908 dikaitkan dengan teori ujian senjata misteri oleh kerajaan Rusia yang masa itu dipimpin oleh kerajaan monarki Tsar.

Kejadian di Hutan Tuguska

 

 

Bergitu juga dengan penampakan ‘komet’ misteri di Norway dan beberapa negara jirannya. ‘Komet’ misteri itu digelar sebagai ‘ghost rocket’ dan didakwa sebagai salah satu ujian roket nuklear oleh Soviet Union semasa kemuncak Perang Dingin pada dekad 60-an dan 70-an.

Teori terbaru adalah berkenaan dengan gempa bumi Haiti pada 2010 yang lalu. Ia dikaitkan dengan ujian senjata oleh Tentera Laut Amerika Syarikat di sekitar wilayah Caribeean bagi tujuan mengimbangi kuasa Republik Islam Iran. Ia didakwa oleh beberapa individu termasuk Presiden Venezuela, Hugo Chavez. Hugo Chavez mendakwa bahawa ujian tersebut mencetuskan gempa bumi yang kuat di Haiti yang telah meragut 100,000 nyawa penduduknya.

Konspirasi mengaitkan bencana alam dengan hasil kerja tangan manusia telah berkisar sekitar teknologi yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat, High Frequency Active Auroral Research Program(HAARP). Teknologi tersebut telah sengaja mencetuskan bencana alam seperti Banjir Kilat, Taufan, Puting Beliung dan Gempa Bumi. Kejadian gempa bumi di China pada 2008 berukuran 7.8 skala ritcher juga dikaitkan dengan aktiviti yang dijalankan oleh HAARP.

Pemimpin Parti Green Georgia juga tidak terkecuali dengan mengaitkan gempa bumi kuat di sekitar wilayah Georgia dengan kerajaan Rusia yang didakwa menggunakan senjata yang sama digunakan oleh HAARP milik Amerika Syarikat.

 

 

Persoalannya, berdasarkan bukti dan fakta yang ditampilkan, adakah benar Tsunami Meulaboh adalah hasil campur tangan manusia? Jika ia benar-benar berlaku, Malaysia juga tidak terkecuali untuk ditimpa bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami. Kita sudah tidak selamat.!

 

Kekejaman zaman Wild West!

Oleh: takusahrisau

 

Wild West atau American Old West mendapat namanya kerana kerancakan warga Amerika ketika itu sehingga tiada satu undang-undang pun yang digunapakai. Kerancakan warga Amerika bermula selepas Perang Saudara Amerika pada abad ke-19 sehingga menjelang abad ke-20.

Semua ini berlaku setelah terjumpanya emas di California sehingga menimbulkan fenomena yang hari ini dikenali California Gold Rush. Jumlah imigrasi ke California paling besar pada tahun 1849 apabila berjuta-juta warga Amerika datang daripada timur Amerika.

Kepadatan penduduk di pantai barat Amerika menimbulkan kecelaruan undang-undang yang bergitu memuncak. Munculnya lelaki-lelaki berkuda yang lengkap berpistol yang mana pada hari ini mereka dikenali sebagai Cowboy telah membuatkan situasi di pantai Barat bertambah haru-biru. Ramai di antara Cowboy terlibat dalam kes-kes pencurian dan pembunuhan.

Di bawah adalah beberapa gambar yang menggambarkan betapa dasyhatnya dunia apabila tiada undang-undang. Saksikan..

 

 

 

Fakta-fakta menarik semasa Perang Dunia Kedua berlangsung!

Oleh: takusahrisau

 

1.         Warga Jerman pertama yang terbunuh sejak Perang Dunia Kedua meletus adalah disebabkan oleh peluru daripada tentera Jepun semasa pencerobohan Jepun ke atas China pada 1937. (Jerman dan Jepun adalah antara negara utama yang membentuk pakatan Paksi selain Itali)

Sebaliknya berlaku kepada

2.         Warga Amerika Syarikat pertama yang terbunuh sejak Perang Dunia Kedua meletus adalah disebabkan oleh peluru daripada tentera Rusia semasa pencerobohan Rusia ke atas Finland pada 1940. (Amerika Syarikat dan Rusia adalah antara negara utama yang membentuk pakatan Berikat selain Britain)

 

3.         Tentera Infantri Amerika Syarikat divisyen ke-45 menggunakan simbol swastika pada bahu mereka.

Sebaliknya berlaku kepada

4.         Kereta api peribadi Aldolf Hitler, pemimpin tertinggi Nazi diberi nama ‘Amerika’.

 

Yang pelik

5.         Hiroyoshi Nishizawa adalah seorang juruterbang yang mempunyai reputasi paling cemerlang semasa Perang Dunia Kedua. Beliau telah menembak jatuh lebih 87 buah pesawat musuh. Lain-lain sumber menyatakan beliau menembak jatuh lebih 100 pesawat musuh. Namun, beliau akhirnya maut setelah menjadi penumpang kepada pesawat kargo yang ditembak musuh.

Hiroyoshi Nishizawa digelar 'devil' kerana sifatnya yang pendiam. Beliau meninggal dunia pada usia yang cukup muda, 24 tahun.!

 

 

 

 

 

 

6.         Apabila tentera Berikat dapat menyeberangi sungai Rhine, mereka tidak akan melepaskan peluang untuk memberi satu ‘tayangan’ unik- kencing di sungai Rhine.! Daripada prebet sehingga kepada Perdana Menteri Britain ketika itu, Winston Churchill dan Jeneral Patton, kesemua mereka pernah melakukannya.

7.         U.S Army mempunyai kapal yang lebih banyak daripada U.S Navy semasa Perang Dunia Kedua. Mengapa?tidak pula penulis ketahui.

8.         Seramai 84 orang Jeneral Jerman telah dipenjara dan dihukum gantung oleh Aldolf Hitler kerana disyaki sebagai agen dan perisik. Ia termasuklah seorang Jeneral Jerman paling terkenal, Erwin Rommel yang digelar Desert Fox kerana kelicikan beliau merancang strategi perang.

Erwin Rommel

 

 

 

9.         Salah satu cara tentera Jepun memusnahkan kereta kebal musuh adalah dengan menanam kelongsong-kelongsong artileri berat di dalam tanah dengan muncungnya menghadap ke langit. Apabila kereta kebal mendekati kelongsong-kelongsong yang ditanam, tentera Jepun akan mengetuk dengan kuat muncung kelongsong tersebut. Selepas itu, ‘kebooommmm’.!

10.       Kebanyakkan tentera Waffen SS (Tentera infantri Jerman) bukan berketurunan Jerman. Kebanyakan mereka adalah warga Bosnia, Chenchen, Turki, India, Korea dan banyak lagi.

 

Yang Agak Pelik

11.        Jerman hanya mengistiyharkan perang secara rasmi kepada satu-satunya negara iaitu Amerika Syarikat.

12.       Jerman kehilangan 136 Jeneral. Secara purata mereka kehilangan seorang Jeneral untuk jangka masa dua minggu.

13.       Di kalangan tentera ‘Jerman’ yang ditangkap semasa pendaratan besar-besaran di Normandy adalah berpuluh-puluh tentera Jerman warga Korea(mereka adalah tentera Korea). Tentera Korea telah dipaksa berperang untuk Jepun sehingga mereka ditangkap oleh tentera Rusia dan dipaksa berperang untuk Rusia sehingga mereka ditangkap oleh tentera Jerman dan dipaksa berperang untuk Jerman sehingga mereka ditangkap oleh tentera Amerika Syarikat.

14.       Pesawat pengebom, ME-264 milik Jerman mampu untuk mengebom bandar New York sehingga menjadi padang jarak padang terkukur. Namun, Jerman tidak menggunakannya sebaik mungkin.

15.       40,000 orang tentera Jerman berkhidmat di dalam kapal selam U-Boat. Namun, 30,000 orang gagal pulang ke tanah tumpah darah mereka. Mereka diistiyharkan hilang semasa berkhidmat.

16.       Calvin Graham adalah tentera Amerika Syarikat paling muda iaitu 12 tahun. Malah ia adalah rekod bagi tentera paling muda berkhidmat sepanjang Perang Dunia Kedua. Namun, Graham terpaksa pulang ke kampung dan dikenakan Dishonorable Discharge setelah beliau didapati menipu berkenaan usianya. Beliau menyatakan usianya adalah 19 tahun.

Calvin Graham

 

 

 

 

 

17.       Sebanyak 433 buah pingat Medal of Honour telah diberikan kepada tentera-tentera Amerika Syarikat yang paling berjasa semasa Perang Dunia Kedua. Namun 219 orang daripada mereka menerimanya setelah mereka maut dalam pertempuran.

18.       Jerman kehilangan 110 orang komander Divisyen semasa Perang Dunia Kedua.

19.       Tentera Amerika Syarikat yang mempunyai pangkat paling tinggi terbunuh adalah Lt. Jeneral Lesley J. McNair. Beliau dibunuh oleh tentera Amerika sendiri, US Army Air Corp semasa operasi Cobra di Normandy.

Lesley J. McNair

 

 

 

20.      Beberapa orang tentera udara daripada kesemua negara yang berperang akan mengelami kematian akibat kesukaran untuk kentut. Kenapa?cuba kaji sendiri.

(apabila pesawat mendaki lebih 20,000 kaki, udara di dalam usus perut akan mengembang melebihi 300% dan seterusnya membawa maut.!)

Juan Carlos Chera..Bintang bola sepak masa hadapan!

Oleh: takusahrisau

  

Masihkah anda ingat dengan video klip kelincahan pemain cilik yang bernama Juan Carlos Chera?

Video klip berdurasi selama 5.02 minit tersebut yang memaparkan kelincahan kanak-kanak yang berasal daripada Brazil ini telah memukau ramai peminat bola sepak di seluruh dunia. Untuk pengetahuan pembaca, video klip tersebut antara yang terawal tersebar melalui Youtube membabitkan kanak-kanak dalam sukan bola sepak.

Sebaik tersebarnya video klip kanak-kanak yang lahir pada 5hb Disember 1995 ini, banyak kelab-kelab besar di seluruh dunia ingin memancing minatnya bagi menyertai program pembangunan remaja mereka. Antara yang paling aktif adalah Barcelona, Real Madrid, Manchester United, AC Milan, Sevilla, Bayern Munich dan kelab yang berpengkalan di Brazil iaitu Santos.

Juan Carlos Chera ketika berusia 10 tahun.

 

 

 

 

Namun, bapa kepada Juan Carlos Chera iaitu, Celso Chera telah memilih kelab Santos setelah memikirkan faktor jarak, iklim dan usia Juan yang masih mentah.

 

Perkembangan terbaru..

Sebelum menyertai Santos, Juan Carlos telah pun beraksi untuk kelab kecil di selatan Brazil iaitu, Associacao Desportiva Atletica. Video klip yang tersebar di Youtube adalah video di mana Juan Carlos beraksi bersama-sama kelab lamanya.

Kini, Juan Carlos telah pun menginjak umur 16 tahun. Beliau telah pun dilatih dengan cukup baik dengan penjagaan yang cukup rapi di Santos. Bersama-sama Juan Carlos di Santos adalah rakan karibnya iaitu Neymar yang kini telah pun beraksi dengan pasukan senior Brazil. Neymar berjaya menempah nama lebih awal berbanding Juan Carlos kerana faktor usia Neymar yang lebih tua 4 tahun berbanding beliau.

Juan Carlos Chera dan Neymar. Meraka adalah produk hebat daripada Santos.

 

 

 

 

 

 

Masih diintai kelab-kelab besar

Semasa Juan Carlos berusia 13 tahun, kelab-kelab seperti Real Madrid dan Manchester United masih lagi bernafsu untuk mendapatkan khidmat remaja berbakat besar ini. Seperti yang sering dilakukan oleh kelab-kelab besar, mereka telah memujuk bapa kepada Juan Carlos, Celso dan keluarganya agar menetap di negara mereka. Pekerjaan untuk mereka akan disediakan serta diberi elaun secara bulanan.

Namun, keluarga remaja yang gemar digelar Chera ini telah mengambil pendekatan yang baik apabila mereka memberitahu terlebih dahulu kepada Presiden kelab Santos, Marcelo Teixeira tentang keinginan kelab-kelab tersebut. Teixiera bagaimanapun dapat memujuk Chera dan keluarganya setelah Teixiera menunaikan janjinya untuk memecat jurulatih remaja Chera iaitu Alberto Viera yang tidak disenangi mereka.

Sehingga kini, Juan Carlos Chera masih lagi beraksi dengan kelab remaja Santos dan sekarang sudah mengetuk pintu pasukan bawah 16 tahun Brazil. Pemain kidal ini beraksi di bahagian tengah namun kekadang sering diletakkan sebagai penyerang berkembar.

Dengan penyertaan Juan Carlos Chera ke pasukan U16 Brazil, ia bakal merealisasikan hasratnya menyertai rakannya, Neymar untuk memperagakan skil di pentas Piala Dunia 2014 kelak.!

 

Awal pembabitan Chera

 

 

Bersama Neymar dan Gabriel

 

Beraksi bersama pasukan remaja Santos

 

Aksi temuramah bintang masa hadapan

 

 

 

 

 

~ Remaja ini akan menjadi pemain terbaik dunia satu hari nanti,percayalah!

 

Barang-barang milik Rasulullah saw..

Oleh: takusahrisau

Baju, tongkat dan baju Rasulullah saw.

Baju Gamis Rasulullah saw.

Beberapa rambut dari janggut Nabi Muhammad SAW

Bekas jejak kaki Nabi Muhammad SAW

Bekas minum milik Rasulullah SAW

Koyakan bendera Rasululullah SAW

Busur Panah Rasulullah SAW

Butiran pasir dari maqam Rasulullah SAW

Cop Mohor milik Rasulullah SAW

Pedang-pedang milik Nabi Muhammad SAW lengkap dengan nama-namanya.

Helaian rambut dan gigi Rasulullah SAW

Helaian rambut Rasulullah SAW

Helaian rambut Rasulullah SAW

Makam Rasulullah saw yang tercinta.

Jejak kaki Nabi Muhammad SAW

Jubah Rasulullah SAW

Kotak milik puteri tercina Rasulullah, Siti Fatimah r.a.

Makam Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW

Selipar-selipar milik Rasulullah SAW

Serban yang pernah dipakai oleh Rasulullah SAW

 

Surat Rasulullah S.A.W. kepada Raja Heraclius, Raja Rom Byzantine yang hidup sezaman dengan Rasulullah saw.

Surat Rasulullah S.A.W. kepada Raja Muqauqas, raja daripada Mesir

Surat Rasulullah S.A.W. kepada Najasi, raja Habshah. Najasi adalah gelaran 'raja' kepada pemimpin di Habshah(sekarang Eithophia)

Topi besi milik Rasulullah saw.

Makam ibu susuan Rasulullah saw, Halimahtul Saadiah. Halimahtul Saadiah adalah antara wanita yang paling Rasulullah saw sayangi selain Siti Aminah(ibu), Siti Khadijah(isteri), Ummu Aiman(pengasuh) dan Siti Fatimah(anak bongsu).

 

~ Gambar-gambar dipetik daripada blog isuhangat dan pelbagai.

Yutaka Tani..agen rahsia Jepun Perang Dunia Kedua!

Oleh: takusahrisau

 

Kedatangan Jepun ke Malaya yang ketika itu dikuasai British melalui pendaratan amfibia di Kota Bharu pada tanggal 8hb Disember 1941 daripada Saigon sangat mengejutkan pihak British. Pelan pendaratan mereka cukup teliti dan efisien. Miskipun diketahui bahawa British mempunyai kekuatan tentera yang agak lengkap di Malaya, ia bagaimanapun gagal menghalang Jepun untuk menguasai Malaya dalam masa yang cukup singkat. Perjalanan tentera Imperialis Jepun(IJA) untuk menguasai satu persatu negeri di Tanah Melayu sangat lancar. Miskipun pada ketika itu hujan lebat ekoran musim tengkujuh, ia langsung tidak memberi sebarang masalah kepada tentera-tentera Jepun.

Persoalannya sekarang, bagaimana tentera Jepun dapat mengetahui dengan baik selok-belok faktor geografi, logistik mahupun kekuatan British di Malaya sehingga berjaya menumpaskan tentera-tentera British dengan bergitu mudah?

Jawapannya cukup mudah, RISIKAN!

 

Perisik Jepun di Malaya

Sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua, populasi warga Jepun di Malaya tersangat ramai terutama di negeri-negeri pantai timur dan Singapura. Ramai antara mereka datang ke Malaya sebagai pedagang, peniaga, editor akhbar, diplomat dan tidak kurang juga terdapat sesetengah mereka bekerja sebagai pelacur-pelacur kelas atasan.

Pelancong-pelancong daripada Jepun direkodkan berbondong-bondong datang ke Asia Tenggara lama sebelum Perang Dunia Kedua tercetus. Pada masa itu, ia tidak langsung diragui oleh pihak penjajah seperti Belanda di Indonesia, Perancis di Indo-China, Amerika Syarikat di Filipina dan British di Malaya. Tugas intipan dijalankan oleh perisik mereka dengan cukup baik. Daripada sekecil-kecil maklumat sehingga ke maklumat yang paling sulit, semua dikumpulkan untuk memudahkan tugas tentera Imperialis Jepun kelak. Kebanyakan daripada mereka dilengkapkan dengan mesin Cipher(mesin kod rahsia) untuk berhubung bagi menghalang British memintas pesanan mereka.

 

Tatsuki Fuji

Beberapa nama seperti Tatsuki Fuji misalnya, telah melakukan tugasnya sebagai agen rahsia di Malaya dengan cukup licik. Mudahnya Jepun untuk menawan Malaya pada tahun 1941 adalah disebabkan oleh risikan agen Jepun ini.

Segala kekuatan British telah pun dikaji dan diselidik dengan sebaik-baiknya oleh beliau. Tatsuki Fuji sebenarnya adalah seorang editor di Singapore Herald. Dalam masa yang sama, Fuji telah direkrut untuk mengintip setiap kemudahan dan kekuatan tentera British di Singapura dan Malaya. Profesion beliau sebagai wartawan memudahkan tugas rahsia beliau untuk mengintip dan membongkarkan rahsia sulit British.

 

Agen Jepun yang paling berjasa!

Namun, jasa Tatsuki Fuji tidak dapat mengalahkan jasa seorang agen Jepun yang pernah berada di Malaya lama sebelum Jepun melancarkan dasar imperialisme. Jepun perlu berterima kasih dengan agen yang digelar ‘Harimau’ ini. Beliau adalah Tani Yutaka.

 

Yutaka Tani ketika berumur belasan tahun.

 

 

 

 

 

Bersongkok dan bersamping

Tani Yutaka adalah agen Jepun yang pernah menetap di sebuah negeri di pantai timur iaitu Terengganu. Beliau berada di Terengganu lama sebelum perang dunia bermula. Malah, beliau dilahirkan di Hulu Terengganu pada tahun 1910.

Rumah Kedai keluarga Yutaka Tani di Hulu Terengganu.

 

 

 

 

 

 

Beliau bersama-sama ibubapanya mencari nafkah dengan membuka kedai runcit secara kecil-kecilan. Kedai runcit warisan keluarga Yutaka tersebut masih lagi terpelihara sehingga terpaksa dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan setelah Malaysia memperoleh kemerdekaan. Bersama-sama bangsa cina, keluarga Tani Yutaka dianggap golongan minoriti di Terengganu. Bangsa Melayu masih lagi mendominasi dari segi populasi di sini. Namun, keluarga Tani Yutaka yang pandai berbahasa Melayu dengan loghat Terengganu dapat menyesuaikan diri dengan situasi sebergitu.

Segak bersongkok dan bersamping.

 

 

 

 

 

 

Tani Yutaka sendiri menggemari adab dan pemakaian orang Melayu. Beliau tidak malu untuk bersongkok dan bersamping sedangkan hakikatnya beliau berbangsa Jepun. Oleh sebab itu, teman-teman Tani Yutaka lebih ramai berbangsa Melayu berbanding bangsa-bangsa lain. Ia kemudian menjadi faktor penyebab mengapa Tani Yutaka berjuang bersama-sama bangsa Melayu untuk menumpaskan British di Malaya semasa era Perang Dunia Kedua kelak.

 

Agen Fujiwara Kikan

Tani Yutaka berkhidmat secara rahsia dengan sebuah agensi risikan daripada Jepun iaitu Fujiwara Kikan atau lebih dikenali dengan gelaran F Kikan. Beliau dikatakan mula dihubungi oleh F Kikan semasa usianya mencecah 19 tahun.

F Kikan ditubuhkan semasa permulaan Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1941 di Thailand. Ia diketuai oleh Major Fujiwara Iwaichi iaitu ketua unit risikan Tentera Imperialis Jepun battalion ke-15.  F Kikan ditubuhkan untuk memujuk gerakan kemerdekaan di India, Indochina dan Malaya bagi bersekutu dengan Jepun. Di Malaya, F Kikan berjaya memujuk beberapa orang Sultan termasuk sultan Kedah untuk memihak kepada Jepun.

Major Fujiwara Iwaichi juga dikenali 'Lawrence of Arabia in Southeast Asia'.

 

 

 

 

 

 

 

F Kikan pernah mengarahkan unitnya untuk menyelamatkan kerabat diraja Sultan Kedah termasuklah Sultan Abdul Hamid dan Tunku Abdul Rahman daripada diapa-apakan oleh tentera Imperialis Jepun. F Kikan juga pernah menghubungi Ibrahim Yaakob bagi berkerjasama dengan Jepun menentang British di Malaya. Ibrahim Yaakob adalah pemimpin utama parti Kesatuan Melayu Muda atau lebih dikenali KMM. KMM adalah antara beberapa organisasi yang berkerjasama dengan Jepun untuk menumpaskan British bagi menjadikan Malaya sebuah negara yang merdeka. Ibrahim telah dilantik oleh Jepun untuk menjadi Leftenan Kolonel kepada pasukan militia anti-British,Giyuugan. KMM dan Giyuugan kemudian diharamkan British selepas kuasa penjajah ini kembali memerintah Malaya setelah Jepun menyerah kalah pada 1945. Ibrahim bertindak ke Jakarta bersama keluarganya dan menukar nama kepada Iskandar Kamel.

 

Gerakan Gerila dan sebotaj

Bergitu juga dengan Tani Yutaka, beliau diarahkan agensi F Kikan bagi melancarkan sabotaj dan perang gerila terhadap tentera British dan sekutunya. Kebanyakan yang sering menjadi mangsa serang berani Tani Yutaka dan pasukan gerilanya adalah tentera upahan British iaitu tentera Gurkha.

 

Dendam terhadap bangsa Cina

Ada sebuah kisah di mana Tani Yutaka bergitu benci kepada bangsa Cina. Ia disebabkan sebuah peristiwa yang menimpa adik perempuan apabila beberapa orang berketurunan Cina yang dipercayai kongsi gelap telah merogol dan membunuh adik perempuannya ekoran tersebarnya kisah-kisah kebrutalan Jepun terhadap bangsa Cina di Tanah Besar.

Kemarahannya memuncak sehingga tujuan asalnya untuk menumpaskan British telah terarah juga kepada bangsa Cina di Malaya. Bersama-sama rakannya yang bersimpati dengan nasib yang menimpanya, Tutaka telah membalas dendam dengan membakar kedai milik orang cina dan tidak terkecuali juga milik orang-orang British. Nama Tani Yutaka mula ditakuti dan disegani oleh orang cina dan British. Gerakan memburunya telah dilakukan namun tidak berhasil.

Adik perempuan Yutaka Tani(paling kanan) dirogol dan dibunuh membangkitkan kemarahannya kepada kaum Cina.

 

 

 

 

 

 

 

 

Malaria meragut nyawa

Disebabkan terlalu terdedah dengan hutan belantara, Tani Yutaka telah dijangkiti demam Malaria yang kemudiannya menjadi penyebab kepada kematiannya. Beliau meninggal dunia pada usia yang masih bergitu muda iaitu dalam lingkungan 32 tahun. Beliau meninggal dunia di Singapura pada 1942. Namun, terdapat sumber mengatakan beliau meninggal dunia di Johor sebelum dibawa ke Singapura untuk dikebumikan di tanah perkuburan khas bagi imigran Jepun.

Persemadian terakhir Yutaka Tani a.k.a Harimau

 

 

 

 

 

 

 

Legasi

Kerajaan Jepun mengambil inisiatif untuk mengenang jasa beliau semasa penaklukan Jepun di Asia Tenggara dengan menerbitkan sebuah filem yang diberi judul Marai No Tora yang membawa maksud ‘Harimau Malaya’. Watak beliau telah dilakonkan oleh pelakon Jepun era 30-an, Koji Nakata.

Filem Marai No Tora diterbitkan pada 1943 mengisahkan pejuangan Yutaka Tani di Malaya.

 

 

 

 

 

 

 

Yang menariknya mengenai filem tersebut ialah budaya Melayu dipaparkan dengan cukup menebal seperti watak Yutaka Tani memakai songkok dan berbaju melayu serta menyanyikan lagu warisan bangsa Melayu, ‘Rasa Sayang’.

Koji Nakata melakonkan watak Yutaka Tani dalam filem Marai No Tora.

 

 

 

 

 

 

 

 

20 Fakta mengenai Henry Ford yang WAJIB pembaca ketahui!

Oleh: takusahrisau

 

Henry Ford

1.         Henry Ford dilahirkan pada 30hb Julai 1863 di Greenfield Township, Dearborn, Machigan, Amerika Syarikat.

2.         Bapa Henry Ford, William Ford adalah seorang pendatang daripada England Barat manakala ibunya, Mary L. Ford pula berasal daripada Michigan namun bapa kepada ibunya adalah pedatang daripada Belgium. Ibu Ford meninggal dunia ketika umurnya masih lagi kecil dan ia diambil sebagai anak angkat oleh jirannya.

3.         Ford menganut fahaman Prostestan Episcopal sesuai dengan latar belakang bapanya yang berasal daripada barat England. Pada usia remaja, Ford adalah penganut Kristian yang taat. Beliau sanggup menempuh perjalanan 4 batu untuk ke Gereja Kristian Prostestan Episcopal pada setiap Ahad.

4.         Henry Ford hanya mempunyai seorang anak lelaki iaitu Edsel Ford. Kerana sayangnya Ford kepada satu-satunya cahaya mata hasil perkongsian hidup beliau dengan Clara Ala Bryant, Ford menamakan salah satu model Ford dengan nama Ford Edsel.

Henry Ford dan bidang kejuruteraan

5.         Henry Ford sememangnya dilahirkan untuk menjadi jurutera yang berjaya. Segala-galanya bermula selepas bapa Ford menghadiahkannya sebuah jam poket semasa usianya menginjak 15 tahun. Ford langsung tidak berminat untuk menggunakannya tetapi lebih berminat kepada mekanisme jam poket tersebut. Lantas ia membuka satu persatu jam poket tersebut dan melihat bagaimana ia berfungsi. Setelah mahir, Henry Ford telah mengambil upah untuk membaiki jam poket dan jam rumah jiran-jiran dan rakan-rakannya.

6.         Henry Ford telah menjadi seorang jurutera seawal usia 19 tahun di James F. Flower & Bros dan kemudian di Detroit Dry Dock Co. Pada usia beliau mencecah 28 tahun, Ford telah diambil bekerja di Edison Iluminating Company. Inilah detik permulaan keakraban antara Ford dan Thomas Alva Edison.

7.         Ciptaan pertama Ford adalah Quadricycle pada 1896. Quadricycle adalah kenderaan ringan empat tayar seakan-akan basikal tetapi berkuasa gasolin. Ia adalah langkah pertama Ford untuk menjadi seorang perintis kenderaan bermotor yang paling berjaya dalam sejarah.

Quadricycle yang dicipta Ford pada 1896.

Henry Ford dan Model T-Ford

8.         Henry Ford menubuhkan Ford Motor Company pada 1903 dan pada 1908, Ford memperkenalkan Model T-Ford kepada dunia. Pada 1924, 10 juta model T-Ford telah terjual di seluruh Amerika Syarikat lantas menjadikan Detroit sebagai pusat industri automobil terkenal di dunia.

9.         Seringkali kita diperlihatkan Model T-Ford dalam warna hitam sahaja. Namun, tahukah anda Henry Ford juga mengeluarkan model T-Ford dalam beberapa warna. Dan di bawah adalah Model T-Ford dalam warna hijau.! Cantik juga kan?

Model T-Ford yang berwarna hijau

Henry Ford dan Assemble Line

10.       Antara punca kejayaan Henry Ford dalam industri pemotoran adalah kerana pengenalan kepada produktiviti besar-besaran yang dilakukan Ford selepas ciptaan Assemble Line pada tahun 1913. Pada hari ini, Assemble Line yang dicipta oleh Ford telah menjadi satu kemestian dan kewajipan dalam mana-mana industri di dunia.

11.        Henry Ford mungkin boleh disanjung dengan pengenalan Fordism. Fordism adalah istilah yang mengaitkan Ford dengan budaya industry Ford dalam penghasilan besar-besaran menggunakan barangan yang menjimatkan. Manakala, gaji pekerja pula tinggi dan setimpal dengan beban kerja. Fordism juga antara lain memperkenalkan waktu berkerja 8 jam sehari yang kemudian menjadi isu pertama dalam penubuhan Akta Buruh pada kemudian hari. Menurut Ford, dengan gaji yang tinggi, pekerja di kilang-kilang Ford bakal menjadi pembeli utama kereta model T-Ford yang dihasilkannya. Falsafah Ford ternyata benar apabila, model T-Ford adalah model kenderaan bermotor pertama yang terlaris di dunia. Dan pelanggan utamanya adalah pekerja-pekerja kilang Ford sendiri.!

Assemble Line dicipta oleh Ford pada 1913.

Henry Ford dan Yahudi

12.       Henry Ford adalah seorang anti-semitik yang paling tegar dilahirkan di dunia. Malah, tidak salah jika mengatakan Henry Ford lebih membenci Yahudi berbanding kebencian beliau kepada para pengkhianat dalam perniagaan yang dipeloporinya.

13.       Henry Ford memiliki syarikat akhbar beliau sendiri yang dikenali sebagai The Dearborn Independent. Henry Ford membeli syarikat akhbar ini daripada Marcus Woodruff pada 1918 yang mana syarikat ini dalam keadaan hampir muflis. Akhbar ini bagaimanapun bergerak di bawah Ford sehingga 1927.

Akhbar milik Henry Ford.

14.       Masih mengenai akhbar milik Henry Ford, antara artikel terkenal yang terkandung di dalam akhbar tersebut adalah The International Jew: The World’s Problem. Ia dikeluarkan pada muka hadapan akhbar tersebut. Antara isi kandungan artikel tersebut adalah fakta-fakta berkenaan dominasi politik dan sosial di kalangan warga Yahudi di seluruh Amerika Syarikat dan dunia. Artikel memberi inspirasi kepada ramai masyarakat di dunia untuk membesar menjadi anti-semitik yang tegar. Antara nama-nama besar tersebut adalah Aldolf Hitler, Baldur von Schirach, Hermann Goering dan ramai lagi.

 

Henry Ford dan Aldolf Hitler

15.       Aldolf Hitler mengambil Henry Ford sebagai idolanya. Pada tahun 1922, New York Times pernah melaporkan bahawa gambar Henry Ford digantung di pejabatnya. Manakala artikel The International Jew: The World’s Problem disimpan di dalam sebuah bingkai gambar dan sama-sama digantung di pejabat beliau.

16.       Henry Ford adalah satu-satunya warga Amerika Syarikat yang pernah tampil namanya di dalam semiautografi milik Adolf Hitler, Mein Kemf(Penderitaanku). Antara isi kandungan mengenai Ford yang dinukilkan oleh Hitler adalah sanjungan Hitler kepada Ford yang berjaya mewujudkan industri tanpa melibatkan sebarang campur tangan warga Yahudi.

17.       Sanjungan Hitler terhadap Henry Ford terlampau tinggi sehingga seorang sejarahwan, Steven Watt pernah melaporkan Hitler berkata kepadanya;

Saya akan membuat sehabis baik untuk mengambil teorinya untuk dipraktikkan di Jerman. 

Hitler mengotakan janjinya apabila beliau melahirkan sebuah program kereta rakyat yang kemudian dikenali kereta Volkswegan. Program kereta rakyat ini diinspirasikan oleh industri automobil yang diperkenalkan oleh Henry Ford yang murah dan tahan lasak.

18.       Pada 30 Julai 1938, duta Jerman di Claveland, Amerika Syarikat telah menganugerahkan pingat Grand Cross of German Eagle kepadanya. Tarikh penganugerahan itu juga tanggal hari lahirnya ke-75. Pingat  Grand Cross of German Eagle adalah pingat tertinggi yang dianugerahkan kepada warga bukan Jerman.

Henry Ford dan Edison

19.       Henry Ford dan Edison saling sanjung menyanjungi antara satu sama lain. Mereka pernah memiliki rumah sebelah menyebelah yang kini dikenali sebagai Edison and Henry Winter Estate. Rumah tersebut sebenarnya adalah rumah persinggahan pada musim sejuk oleh kedua-dua keluarga tokoh kejuruteraan tersebut.

Ford memperkata sesuatu kepada Edison. Edison mengalami masalah pendengaran pada penghujung usianya.

20.      Henry Ford pernah menyimpan hembusan nafas terakhir Edison dan disimpan dalam satu botol kaca. Ia menyuruh anak kepada Edison mengambilnya di saat Edison nazak. Botol kaca tersebut masih lagi tersimpan di Henry Ford Museum.!

Edison(kanan) dan Ford(tengah).

Henry Ford meninggal dunia pada 7hb April 1947 di Fair Lane, Dearbon, Michigan, Amerika Syarikat. Usia Ford pada ketika itu telah mencecah usia 83 tahun. Beliau didiagnosis menghidap Cerebral Hemorrhage. Pada upacara berkabung, seramai 5,000 orang datang pada setiap jam. Ia menimbulkan kesesakan paling dasyhat dalam sejarah desa Dearbon. Henry Ford telah meninggalkan sebuah legasi yang cukup besar kepada seluruh masyarakat Amerika Syarikat dan dunia. Bayangkan jika ditakdirkan Henry Ford tidak pernah dilahirkan..

Part 2: Pengalaman Mistik Mr. Presiden: Abraham Lincoln!

Oleh: takusahrisau

 

Dalam siri yang pertama, pembaca dihidangkan dengan kisah paranormal yang dialami oleh George Washington. Jadi, apa kata sekarang kita lihat pula kisah mistik yang menyelumbungi Presiden ke-16 Amerika Syarikat, Abraham Lincoln

 

Abraham Lincoln

Sepertimana presiden George Washington, era pemerintahan Abraham Lincoln juga mengalami kekacauan perang. Ketika era pimpinan Abraham Lincoln ini, telah berlaku perang yang tidak kurang pentingnya dalam sejarah Amerika Syarikat iaitu Perang Saudara Amerika. Kesan daripada perang ini menyebabkan berlaku revolusi undang-undang Amerika Syarikat dalam sistem penghambaan.

Presiden yang memimpin Amerika Syarikat daripada tahun 1861 sehingga tahun 1865  mempunyai kisah-kisah mistik yang cukup hebat untuk diceritakan. Tidak salah jika dikatakan bahawa Abraham Lincoln adalah presiden Amerika Syarikat yang mengalami paling banyak perkara-perkara mistik dalam hidupnya. Bahkan, berkurun-kurun selepas pemergian beliau sekalipun, mistik dan aktiviti paranormal yang melibatkan ‘roh’ beliau juga masih terus menghantui kepada sesiapa yang pernah mengalaminya.!

Abraham Lincoln

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mimpi Mistik Abraham Lincoln

Abraham Lincoln telah bermimpi dengan mimpi yang sungguh pelik. Beliau sendiri merasakan kepelikan itu sejurus tersedar daripada mimpinya. Pada satu malam, selepas seharian kepenatan, beliau merebahkan badan di katil untuk meredakan kepenatan  tersebut. Keheningan malam menyebabkan beliau merasa tidak selesa. Maka, bermulalah mimpi yang kemudiannya terkenal dalam sejarah dunia paranormal.

Dalam mimpinya, beliau memberitahu isterinya bahawa beliau telah mendengar suara orang menangis teresak-esak. Akibat tertarik dengan tangisan itu, beliau bertindak menuruni tangga daripada bilik tidurnya untuk mencari punca tangisan tersebut. Namun, setelah daripada bilik ke bilik, beliau tidak menjumpai pula mana-mana orang yang menangis. Hanya suara sahaja yang masih kedengaran.

Selepas sampai di Bilik Timur(East Room) iaitu sebuah bilik di Rumah Putih, beliau tertarik dengan catafalque yang berada di tengah-tengah bilik yang besar itu. Catafalque adalah satu pelantar yang digunakan untuk menempatkan keranda yang kebiasaannya digunakan untuk upacara tatapan terakhir kepada si mati. Di atas Catafalque, terdapat sekujur tubuh yang menimbulkan tanda tanya beliau. Di seluruh bilik tersebut menurut beliau dipenuhi dengan ramai orang yang sedang berkabung. Akan tetapi, kesemua mereka menutupi wajah dengan kain menyebabkan beliau tidak mampu mengecam mereka.

East Room di Rumah Putih.

 

 

 

 

 

Di sekeliling jenazah pula terdapat askar-askar yang mengawal jenazah si mati. Akibat dipenuhi dengan persoalan, beliau lantas menanya seorang pengawal tersebut.

“Siapa yang meninggal dunia di Rumah Putih ini?”, tanya Abraham Lincoln mengharapkan jawapan.

Jawab pengawal tersebut, “ Presiden, Tuan. Beliau meninggal dunia akibat ditembak”

Kemudian, datang suara tangisan yang cukup kuat sehingga menyebabkan beliau terus terjaga.

Selepas terjaga daripada mimpi tersebut, Abraham Lincoln merasakan ia lebih daripada sebuah mimpi. Beliau langsung tidak mampu untuk melelapkan mata kerana dihantui oleh mimpi tersebut.

10 hari selepas mimpi ngeri tersebut, Abraham Lincoln telah ditembak mati oleh seorang pelampau bernama John Wilkes Booth di sebuah Ford’s Theatre semasa menyaksikan teater  “Our American Cousin” di sana.

Dalam satu kejadian yang lain, W. H. Cook telah menyatakan bahawa Abraham Lincoln pernah bercerita mengenai mimpi tersebut yang menghantuinya tiga hari berturut-turut. Pengawal peribadi kepada Abraham Lincoln tersebut terus bercerita bahawa bekas presiden Amerika Syarikat itu melambainya dan mengucap ‘Good Bye’ kepadanya dengan cara yang cukup janggal semasa pemergiaan beliau ke Ford’s Theatre. Ucapan ‘Good Bye’ tersebut seperti menyatakan beliau tidak akan berjumpa lagi buat selama-lamanya.

 

Abraham Lincoln dan imej yang muncul di cermin

Satu lagi perkara mistik pernah berlaku kepada Abraham Lincoln ketika beliau belum lagi menjejakkan kaki ke Rumah Putih. Waktu itu beliau masih lagi menetap di kampung halamannya iaitu di Springfield. Kejadian ini berlaku ketika semasa beliau bertanding menjawat jawatan presiden pada 1860-an. Seharian beliau berada di bilik telegram untuk mendapat berita terkini mengenai keputusan undian rakyat terhadapnya. Akhirnya, berita yang paling ditunggu-tunggu beliau menjelma jua. Beliau diumumkan menang dalam pilihanraya presiden tersebut selepas menewaskan calon parti Demokratik Selatan, John C. Breckinridge. Kemenangan besar beliau terhadap Breckinridge menyebabkan beliau gembira bukan kepalang. Dentuman meriam memeriahkan suasana perayaan kemenangan beliau. Bergitu juga ucapan daripada para penyokong dan rakan-rakan akrabnya. Ia benar-benar telah mengembirakan pejuang anti-penghambaan ini.

Namun, kegembiraan tersebut terencat apabila satu kejadian telah menghantui beliau seumur hidupnya. Ia berlaku sebaik sahaja beliau pulang ke rumahnya di Springfield pada lewat pagi. Sewaktu ingin membaringkan badannya, beliau tertarik untuk menatap wajahnya pada cermin. Alangkah terkejutnya beliau apabila wajahnya muncul dengan dua wajah yang berlainan. Ia saling membelakangi antara satu sama lain. Wajah yang kedua menurut Abraham Lincoln pada isterinya, Mary Lincoln kelihatan cukup pucat. Ia muncul beberapa ketika dan hilang. Kemudian ia muncul kembali. Dan kemudian kembali hilang. Berkenaan dengan wajah yang kedua, Abraham Lincoln mengaitkannya dengan wajahnya ketika meninggal dunia kelak. Ia dikaitkan dengan nasib yang kurang baik pada satu ketika nanti. Peristiwa kemunculan dua wajah beliau di cermin telah berlarutan selama beberapa hari. Walaubagaimanapun, hanya beliau sahaja yang mampu melihatnya. Kemunculan wajah misteri itu membuatkan beliau berasa kurang senang dan seterusnya merencatkan kegembiraan untuk menyambut kemenangan beliau semasa pilihanraya presiden pada 1860 tersebut.

 

Sebenarnya, banyak lagi kisah misteri yang melibatkan Abraham Lincoln ini. Bergitu juga dengan pengalaman ramai individu yang pernah mengalami saat-saat seram apabila terserempak dengan ‘roh’ Abraham Lincoln di Rumah Putih. Kisah seram tersebut pernah dialami oleh beberapa individu terkenal seperti bekas Perdana Menteri Britain, Winston Churcill, bekas-bekas presiden Amerika Syarikat, Theodore Rossevelt, Harry Truman, G. W. Bush dan ramai lagi. Bukan itu sahaja yang berlaku melibatkan Abraham Lincoln, panggung yang berlakunya pembunuhan beliau juga dikatakan sering dihantui dengan roh Lincoln yang tidak tenang. Bergitu juga dengan kereta api yang membawa jenazah Lincoln daripada Washington ke kampung halamannya di Springfield, Illinois untuk disemadikan turut dikatakan sering muncul menghantui penduduk setempat. Sehingga ke hari ini, roh Lincoln masih lagi menghantui terutamanya di Rumah Putih.!

 

 

Rumah Abraham Lincoln di kampung halamannya di Springfield, Illinois.

Part 1: Pengalaman Mistik Presiden Amerika Syarikat: George Washington!

Oleh: takusahrisau

 

Beberapa orang presiden Amerika Syarikat sering dikaitkan dengan mistik dan paranormal. Cerita-cerita pelik yang dialami mereka tersebar ke seluruh Amerika Syarikat dan dunia. Namun, hanya dua presiden Amerika Syarikat yang penulis tertarik. Mereka adalah George Washington dan Abraham Lincoln. Kedua-dua presiden Amerika Syarikat ini boleh dikatakan bertuah kerana pengalaman paranormal yang mereka alami tidak semua orang akan alami. Hanya yang bertuah sahaja dapat merasakan keunikannya.  Jadi, untuk kali ini, apa kata pembaca sambil bersantai dengan membaca kisah mistik mereka.

 

George Washington

George Washington adalah bapa kemerdekaan Amerika Syarikat. Beliau menjawat presiden Amerika Syarikat yang pertama pada tahun 1789 sehingga 1797. Beliau yang juga ketua komander tentera pemberontak Amerika Syarikat, Continental Army telah berjaya menumpaskan tentera Britain dalam Perang Revolusi Amerika Syarikat. Tumpasnya Britain bermakna Amerika Syarikat telah berjaya keluar daripada cengkaman penjajah yang kuku besi. Amerika Syarikat diistiyharkan merdeka pada 4hb Julai 1776.

George Washington

 

 

 

 

 

 

Namun, ada kisah menarik mengenai presiden Amerika Syarikat yang pertama ini. Antara lain adalah kisah mengenai beliau yang mendapat visi daripada lembaga misteri tentang masa depan Amerika Syarikat di saat perang masih lagi rancak. Lembaga misteri itu mendedahkan bahawa Amerika Syarikat akan mengalami TIGA bahaya yang mendatang. Peristiwa ini dikatakan terjadi ketika askar-askar pemberontak pimpinan George Washington yang seramai 11,000 orang berkhemah di Valley Forge, Philadephia pada musim sejuk tahun 1777.

Antara TIGA bahaya yang dikhabarkan oleh lembaga misteri tersebut adalah:

Bahaya Pertama

Lembaga tersebut menunjukkan Benua Eropah dan Amerika Syarikat. Di antara kedua-duanya, awan kelihatan mendaki naik. Serentak dengan itu, Presiden pertama Amerika Syarikat ini melihat negaranya iaitu Amerika Syarikat dan Eropah bercakaran dan berbunuhan.

Ramai mengatakan ia adalah ramalan mengenai Perang Revolusi yang meletus pada 19hb April 1775 antara Amerika Syarikat yang bergabung kuasa dengan Perancis dan Belanda menentang Penjajah Britain yang bergabung kuasa dengan puak Cherokee dan Iroquis. Perang ini berakhir pada 3hb September 1783 dengan kemenangan kepada Amerika Syarikat. Amerika Syarikat diiktiraf merdeka sepenuhnya sejak daripada detik tersebut.

Perang Revolusi Amerika Syarikat melibatkan tentera pemberontak menentang penjajah Britain.

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambaran kedua yang dialami oleh George Washington adalah:

 

Bahaya Kedua

Amerika Syarikat digambarkan kembali bertumbuh dengan kampung-kampung dan bandar-bandar yang rancak berkembang. Walaubagaimanapun, lembaga misteri tersebut memercikkan air ke seluruh penempatan tersebut sehingga membangkitkan awan mendung yang pekat yang datang daripada benua Afrika.

Sejurus kemudian, George Washington mendengar suara “Union” ketika lembaga misteri tersebut membentangkan bendera yang koyak-rabak di atas negara Amerika Syarikat.

Ramai beranggapan ia adalah simbol kepada Perang Saudara Amerika yang meletus pada tanggal 12hb April 1861 dan berakhir pada tahun 1865. Perang ini meletus di antara pihak Utara yang mengelarkan diri mereka ‘Union’ dan pihak Selatan yang mengelarkan diri mereka ‘Confederation’. Ia memuncak apabila Pihak Selatan menginginkan kebebasan daripada Amerika Syarikat kerana beberapa masalah namun masalah utamanya adalah berkenaan dengan sistem penghambaan.

Meriam gergasi yang dimiliki oleh Pihak Union.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bahaya Ketiga

Lembaga misteri tersebut meniup trumpet sehingga memercikkan air ke benua Afrika, Asia, Eropah dan Amerika Utara. Awan mendung hitam sekali lagi berkumpul di seluruh benua tersebut. Tentera-tentera dilihat berkawad melaluinya(benua tersebut) dan Benua Amerika Syarikat(Amerika Utara) tidak terkecuali. Sejurus kemudian, langit kembali cerah. Matahari secara misterinya berubah menjadi beratus-ratus.

Lembaga misteri tersebut kemudian berkata,

” Son of the Republic, look and learn,”

 

Kemudian, George Washington melihat pencerobohan tersebut gagal dan baki tentera Amerika Syarikat kembali berperang sehingga mencapai kemenangan.

Ramai beranggapan bahawa bahaya ketiga yang dialami oleh George Washington adalah bahana Perang Dunia Kedua. Matahari yang digambarkan oleh lembaga misteri tersebut adalah simbolik kepada kuasa imperialis Jepun yang menceroboh Pelabuhan Pearl(Pearl Harbour) di Hawaii. Namun, ia gagal memusnahkan kekuatan Amerika Syarikat secara keseluruhan. Amerika Syarikat berjaya menyusun kembali tenteranya dan berjaya mencapai kejayaan.

Pearl Harbour yang diserang oleh Jepun pada 7hb Disember 1941.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Keterangan terperinci mengenai peristiwa yang dialami oleh George Washington telah direkodkan oleh seorang tentera veteran yang berkhidmat dengan George Washington pada 1859. Beliau kemudiannya memberi keterangan tersebut kepada seorang penulis, Wesley Bradshaw. Bradshaw kemudian menerbitkannya untuk tatapan umum.

Pengalaman misteri George Washington bukanlah yang terakhir dialami oleh seorang presiden Amerika Syarikat. John Adam yang juga pengganti kepada George Washington juga mengalami pengalaman misteri beliau yang tersendiri.

Berkenaan pengalaman mistik George Washington ini, ramai menganggap bahawa presiden yang sering dikaitkan dengan freemason ini telah menemui malaikat dalam pengalaman misterinya itu. Namun, ada yang beranggapan ia adalah ‘syaitan’. Namun, apapun telahan orang, yang penting adalah kebenaran kisah beliau ini. Adakah ia benar telah dialami oleh George Washington?

Tepuk dada, tanya selera.

 

Part 2: Pengalaman Mistik Presiden Amerika Syarikat: Abraham Lincoln!

%d bloggers like this: