Archive | March 2011

(Video) Tord Korsvik yang sangat berbakat!-wajib tengok..

Oleh: takusahrisau

 

Budak kecil berumur 10 tahun daripada Norway, Tord Korsvik telah menampilkan bakat yang cukup luar biasa apabila melakukan aksi ‘breakdance’ untuk rancangan pencarian bakat, Norway Got Talents. Tord melakukan pelbagai aksi yang cukup memukau sehingga melihatkan aksinya di Youtube selama 1.57 minit terasa bergitu cepat berlalu.

 

Rancangan Norway Got Talents diterajui oleh Mia Gundersen, seorang atress daripada Norway, Jan-Fredrik Karlsen dan Thomas Giertsen, seorang pelawak terkenal daripada Norway. Mereka bertiga bertindak sebagai juri tetap rancangan tersebut.

Untuk 2011, rancangan yang memiliki francais di 38 negara di seluruh dunia telah memasuki tahun ke-3 selepas dimenangi Erland Bratland pada tahun pertama bersiaran.

 

 

Part 3: Di sebalik nama surah-surah al-Quran

Oleh: takusahrisau

 

Surah Ar Ra’d

Surah Ar Ra’d mengandungi 43 ayat. Surah ini tergolong dalam kategori surah Makkiyyah. Surah ini dinamakan Ar Ra’d yang bererti guruh kerana mengambil firman Allah swt dalam ayat 13 yang membawa maksud,

Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya, dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada siapa yang Dia kehendaki, dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dia-lah Tuhan Yang Maha keras siksa-Nya.

Dalam ayat ini, Allah swt menunjukkan kekuasaan dan zat-Nya. Surah ini mengandung ancaman dan harapan, ia dihubungkan dengan bunyi guruh yang menimbulkan kecemasan dan harapan kepada manusia.

Isi yang terpenting dari surah ini ialah bahawa bimbingan Allah kepada makhluk-Nya berkait rapat dengan hukum sebab dan akibat. Bagi Allah s.w.t. tidak ada pilih kasih dalam menetapkan hukuman. Balasan atau hukuman adalah akibat dan ketaatan atau keingkaran terhadap hukum Allah.

 

Surah Ibrahim

Surah Ibrahim mengandungi 52 ayat. Ia tergolong dalam kategori surah Makkiyyah kerana diturunkan di Mekah sebelum Hijrah. Dinamakan Ibrahim, kerana surah ini mengandungi doa Nabi Ibrahim as iaitu pada ayat 35 hingga ke ayat 41.

35. Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.

36. Ya Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, maka barangsiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku, dan barangsiapa yang mendurhakai aku, maka sesungguhnya Engkau, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

37. Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.

38. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami lahirkan; dan tidak ada sesuatupun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi maupun yang ada di langit.

39. Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa.

40. Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.

41. Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).”

 

Doa ini isinya antara lain: permohonan agar keturunannya mendirikan solat, dijauhkan dari menyembah berhala-berhala dan agar Mekah dan daerah sekitarnya menjadi daerah yang aman dan makmur. Doa Nabi Ibrahim as ini telah diperkenankan oleh Allah s.w.t. sebagaimana telah terbukti keamanannya sejak dahulu sampai sekarang. Doa tersebut dipanjatkan beliau ke hadrat Allah swt sesudah selesai membina Kaabah bersama puteranya Ismail as di dataran tanah Mekah yang tandus. 

Surah al-Hijr

Surah ini mengandungi 99 ayat. Ia termasuk dalam golongan surah Makkiyyah kerana diturunkan di Mekah sebelum hijrah. Al-Hijr adalah nama sebuah daerah pergunungan yang didiami zaman dahulu oleh kaum Tsamud terletak di pinggir jalan antara Madinah dan Syam (Syria). Ia terletak di Wadi Qura.

Nama surah ini diambil dari nama daerah pergunungan tersebut. Ia diceritakan Allah swt dalam ayat 80 sampai dengan ayat ke 84.

80. Dan sesungguhnya penduduk-penduduk kota Al Hijr telah mendustakan rasul-rasul

81. dan Kami telah mendatangkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami, tetapi mereka selalu berpaling daripadanya,

82. dan mereka memahat rumah-rumah dari gunung-gunung batu (yang didiami) dengan aman.

83. Maka mereka dibinasakan oleh suara keras yang mengguntur di waktu pagi

84. Maka tak dapat menolong mereka, apa yang telah mereka usahakan.

 

Dalam ayat tersebut, mereka telah dimusnahkan Allah swt kerana mendustakan Nabi Saleh as dan berpaling dari ayat-ayat Allah. Dalam surah ini terdapat juga kisah-kisah kaum yang lain yang telah dibinasakan oleh Allah seperti kaum Luth as dan kaum Syu’aib as.

Daripada kesemua kisah-kisah itu dapat diambil pengajaran bahawa orang-orang yang menentang ajaran rasul-rasul akan mengalami kehancuran dan kebinasaan.

 

Surah An Nahl

Surah ini mengandungi 128 ayat. Ia termasuk dalam golongan surah Makkiyyah. Surat ini dinamakan An Nahl yang bererti lebah kerana di dalamnya surah ini terdapat firman Allah swt pada ayat 68 yang artinya :

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia”

 

Lebah adalah makhluk Allah yang banyak memberi manfaat dan kenikmatan kepada manusia. Ada persamaan antara madu yang dihasilkan oleh lebah dengan Al-Quran. Madu berasal dari bermacam-macam pati bunga dan ia menjadi ubat bagi bermacam-macam penyakit manusia (lihat ayat 69).

Sedangkan Al-Quran mengandung intisari atau pati dari kitab-kitab yang telah diturunkan kepada nabi-nabi terdahulu ditambah dengan ajaran-ajaran yang diperlukan oleh semua bangsa sepanjang masa untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. (Lihat surah Yunus ayat 57 dan surah al-Isra’ ayat 82).

Surah ini dinamakan juga “An Ni’am” yang membawa erti nikmat-nikmat. Ia adalah kerana di dalamnya Allah menyebutkan pelbagai macam nikmat untuk hamba-hamba-Nya.

 

Surah al-Israa’

Surah ini mengandungi 111 ayat. Ia termasuk dalam golongan surah Makkiyyah. Dinamakan dengan Al Israa’ yang bererti memperjalankan di malam hari. Ia berhubung dengan peristiwa Israa’  Nabi Muhammad saw dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsha di Baitul Maqdis yang dicantumkan pada ayat pertama dalam surah ini.

Penuturan cerita Israa’ pada permulaan surah ini mengandungi isyarat bahawa Nabi Muhammad saw berserta umatnya kemudian hari akan mencapai martabat yang tinggi dan akan menjadi umat yang besar.

Surah ini dinamakan juga dengan Bani Israil artinya keturunan Israil berhubung dengan permulaan surah ini, iaitu pada ayat ke-2 sehingga ayat ke-8 dan kemudian pada akhir surah iaitu pada ayat ke-101 sehingga ayat ke-104.

Allah swt menyebutkan tentang Bani Israil yang pada satu masa menjadi bangsa yang kuat lagi besar tetapi akhirnya menjadi bangsa yang terhina kerana menyimpang daripada ajaran Allah swt. Ia dihubungkann dalam kisah Israa’ dengan riwayat Bani Israil pada surah ini.

Dalam surah ini, terdapat peringatan bahawa umat Islam akan mengalami keruntuhan sebagaimana Bani Israil apabila mereka juga meninggalkan ajaran-ajaran agamanya iaitu Islam.

 

Tamat Part 3..Part 4 bakal menyusul kelak..

Part 2: Di sebalik nama surah-surah al-Quran

Oleh: takusahrisau

 

Surah Al A’raaf 

Surah Al A’raaf yang berjumlah 206 ayat dan ia tergolong dalam kategori surah Makkiyah. Ia diturunkan sebelum turunnya surat al-An’aam dan termasuk golongan surah Assab ‘uththiwaal (tujuh surat yang panjang). Dinamakan Al A’raaf kerana mengambil perkataan Al A’raaf yang terdapat dalam ayat 46 yang mengemukakan tentang keadaan orang-orang yang berada di atas Al A’raaf yaitu: tempat yang tertinggi di batasan syurga dan neraka.

Dan di antara keduanya (penghuni surga dan neraka) ada batas; dan di atas A’raaf itu ada orang-orang yang mengenal masing-masing dari dua golongan itu dengan tanda-tanda mereka. Dan mereka menyeru penduduk surga: “Salaamun ‘alaikum.” Mereka belum lagi memasukinya, sedang mereka ingin segera (memasukinya). 

Di dalam surah ini terkandung kisah Nabi Adam as dengan iblis; kisah Nabi Nuh as dan kaumnya; kisah Nabi Saleh as dengan kaumnya; kisah Nabi Syu’aib as dengan kaumnya; dan kisah Nabi Musa as dengan Fir’aun.

 

Surah Al Anfaal

Surah Al Anfaal mengandungi 75 ayat dan tergolong dalam kategori surah Madiniyyah kerana seluruh ayat-ayatnya diturunkan di Madinah. Surat ini dinamakan al-Anfaal yang bererti harta rampasan perang berhubung kata al-Anfaal yang terdapat pada permulaan surat ini dan juga persoalan yang menonjol dalam surah ini yang kebanyakannya membincangkan tentang harta rampasan perang, hukum perang dan hal-hal yang berhubungan dengan peperangan pada umumnya.

Menurut riwayat Ibnu Abbas ra, surah ini diturunkan berkenaan dengan perang Badar Kubra yang terjadi pada tahun kedua hijrah. Peperangan ini sangat penting ertinya, kerana perang inilah yang menentukan perkembangan Islam seterusnya. Pada waktu itu umat Islam dengan berkekuatan kecil untuk pertama kali dapat mengalahkan kaum musyrikin yang berjumlah besar serta berkelengkapan yang cukup.

Kaum Muslimin dalam peperangan ini memperoleh harta rampasan perang yang sangat banyak. Oleh sebab itu, maka timbul masalah bagaimana membahagi harta-harta rampasan perang itu. Jesteru,  Allah menurunkan ayat pertama dari surat ini.

“Mereka menanyakan kepadamu tentang (pembahagian) harta rampasan perang. Katakanlah: “Harta rampasan perang kepunyaan Allah dan Rasul, oleh sebab itu bertakwalah kepada Allah dan perbaikilah perhubungan di antara sesamamu; dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu adalah orang-orang yang beriman.” 

 

Surah at-Taubah 

Surah at-Taubah mengandungi 129 ayat dan tergolong dalam surah-surah Madiniyyah. Surah ini dinamakan at-Taubah yang bererti pengampunan berhubung kata at-Taubah yang disebut berulang kali dalam surat ini. Dinamakan juga dengan Baraah yang berarti berlepas diri yang di sini memberi makna pernyataan pemutusan sesuatu perhubungan. Ia berikutan disebabkan kebanyakan pokok pembicaraannya tentang pernyataan pemutusan perjanjian damai dengan kaum musyrikin. Di samping kedua nama yang masyhur itu ada lagi beberapa nama yang lain yang merupakan sifat dari surat ini. 

 Amat penting untuk semua umat Islam ketahui berkenaan dengan surah ini yang sedikit berlainan apabila seseorang mukmin ingin memulakan bacaan. Berlainan dengan surah-surah yang lain, permulaan surah ini TIDAK perlu melafazkan bismillah. Ini adalah kerana surah ini adalah pernyataan perang terhadap kaum musyrikin. Sedangkan lafaz bismillah berlandaskan perdamaian dan mengharapkan rahmat Allah swt.  

   Surah ini diturunkan selepas Rasulullah saw pulang daripada peperangan Tabuk yang berlaku pada tahun 9H. Pengumuman ini disampaikan oleh Saidina Ali ra pada musim haji tahun itu juga.

 

Surah Yunus

Surah Yunus mengandungi 109 ayat dan tergolong dalam surah-surah Makkiyyah kerana kebanyakkan ayat turun di Mekah kecuali ayat 40, 94 dan 95 yang diturunkan pada masa Nabi Muhmmad s.a.w. sudah berada di Madinah. Surah ini dinamakan surah Yunus kerana dalam surah ini banyak menampilkan kisah Nabi Yunus as dan pengikut-pengikutnya yang teguh imannya.

 

Surah Huud

Surah Huud tergolong dalam surah-surah Makkiyyah. Ia terdiri dari 123 ayat dan ia diturunkan sesudah turunnya surah Yunus. Surah ini dinamai surah Huud kerana ada hubungan dengan terdapatnya kisah Nabi Huud as dan kaumnya. Dalam surah ini terdapat juga kisah-kisah Nabi yang lain, seperti kisah Nuh as, Saleh as, Ibrahim as, Luth as, Syu’aib as dan Musa as.

 

Surah Yusuf

Surah Yusuf mengandungi 111 ayat. Ia tergolong dalam surah-surah Makkiyyah kerana diturunkan di Mekah sebelum hijrah. Surat ini dinamakan surat Yusuf adalah kerana kebanyakkan daripada isinya mengenai riwayat Nabi Yusuf as. Riwayat tersebut salah satu di antara cerita-cerita ghaib yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw sebagai mukjizat bagi beliau.

Menurut riwayat Al Baihaqi dalam kitab Ad Dalail, sekelompok orang Yahudi memeluk agama Islam selepas mereka mendengar cerita Yusuf as ini. Ia berikutakan cerita yang dikisahkan oleh ayat al-Quran selari dengan cerita-cerita yang mereka ketahui. Daripada kisah nabi Yusuf as ini, Nabi Muhammad saw mengambil pelajaran-pelajaran yang banyak dan merupakan penghibur terhadap beliau dalam menjalankan misi tauhidnya.

 

Bersambung di Part 3..

(Gambar) Mayat-mayat Selebriti Terkenal-Part #2

Oleh: takusahrisau

Kandungan imej-imej di dalam Part 2 mungkin akan membuatkan sesetengah daripada pembaca berasa tidak selesa. Jesteru itu, penulis takusahrisau ingin menasihatkan kepada pembaca yang lemah semangat dan mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan supaya mengelak daripada membaca artikel di bawah. Harap maklum.

 

11. James Dean

Meninggal dunia pada: 30 September 1955 pada usia 24 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Terbunuh dalam satu kemalangan jalanraya. Beliau memandu sebuah kereta jenis Porsche 550 Spyders atau lebih dikenali dengan ‘Little Bastard’ semasa terlibat dalam kemalangan maut tersebut.

Sebab dikenali: Mempunyai reputasi sebagai aktor yang bakal meningkat naik selepas kejayaan tiga filem yang dibintanginya iaitu Rebel Without the Cause(1955), East of Eden(1955) dan Giant(dilancarkan pada 1956). Kematiannya pada tahun 1955 terus melonjakkan namanya sebagai aktor Hollywood berstatus bintang dan menjadi ikon global di seluruh dunia. Salah seorang aktor Hollywood yang popular selepas meninggal dunia.

Mayat James Dean diangkat ke ambulan.

 

 

  

  

12. John F. Kennedy

Meninggal dunia pada: 22 November 1963 pada usia 46 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Terbunuh selepas ditembak oleh penembak hendap yang dipercayai adalah Lee Harvey Oswald. Miskipun bergitu, kematian presiden ke-35 Amerika Syarikati ini masih lagi diselubungi misteri.

Sebab dikenali: Terkenal sebagai Presiden Amerika Syarikat yang lantang bersuara termasuk pendiriannya terhadap Komunis, Israel dan musuh-musuh Amerika Syarikat yang lain. Semasa pemerintahannya, pembinaan roket untuk ke angkasa lepas giat diusahakan. Kebijaksanaan beliau menangani Krisis Nuklear Cuba menjadikan beliau sebagai salah seorang presiden Amerika Syarikat yang akan diingati sehingga bila-bila.

Foto autopsi John F. Kennedy

 

 

  

  

13. Joseph Stalin

Meninggal dunia pada: 5 March 1953 pada usia 74 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Meninggal dunia akibat serangan angin ahmar.

Sebab dikenali: Terkenal sebagai Presiden Soviet Union paling terkenal. Beliau adalah watak utama semasa Perang Dunia Kedua meletus. Mempunyai reputasi sebagai seorang pemimpin berkuku besi dan kejam terhadap musuh-musuhnya.

Mayat Joseph Stalin diawet.

 

 

 

14. Lady Diana

Meninggal dunia pada: 31 Ogos 1997 pada usia 36 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Terbunuh dalam satu kemalangan jalanraya akibat kereta yang dibawa oleh pemandunya, Henri Paul hilang kawalan.

Sebab dikenali: Terkenal sebagai isteri kepada Putera Charles dan ibu kepada bakal raja England seterusnya, Putera William dan Putera Henry. Di samping memiliki sifat keperibadian yang mulia dengan menjadi duta AIDS ke Afrika, beliau juga terkenal dengan pelbagai kontroversi membabitkan skandal-skandal yang berprofil tinggi.

Lady Diana terbunuh akibat kemalangan jalanraya.

 

 

 

 

15. Mao Tse Tung

Meninggal dunia pada: 9 September 1976 pada usia 82 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Meninggal dunia selepas menghidap pelbagai komplikasi penyakit. Namun beliau didiagnosis menghidap sejenis penyakit kegagalan saraf neuron yang dikenali sebagai Anthrophy yang mana ia membawa kematian beliau.

Sebab dikenali: Terkenal dengan gelaran pengerusi Moa. Beliau adalah bapa komunis China dengan membentuk negara China menjadi negara perindustrian daripada sebuah negara pertanian. Beliau juga adalah pengasas Revolusi Budaya yang mana terbentuknya Red Guard yang dianggotai oleh mahasiswa-mahasiswa.

Moa Tse Tung ditatap oleh rakyatnya buat kali terakhir.

 

 

 

 

 

 

16. Marilyn Monroe

Meninggal dunia pada: 5 Ogos 1962 pada usia 36 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Meninggal dunia selepas mengambil ubatan jenis Barbiturat secara berlebihan. Dipercayai beliau membunuh diri akibat tekanan perasaan dengan bebanan kerja dan masalah peribadi.

Sebab dikenali: Terkenal dengan gelaran simbol seks Hollywood. Beliau adalah pelakon Hollywood pertama yang tampil sebagai gadis ‘cover-up’ untuk majalah lucah, Playboy. Beliau juga terkenal dengan pelbagai kontroversi termasuk skandal dengan presiden Amerika Syarikat ketika itu, John F. Kennedy.

 

Marilyn Monroe

 

 

 

 

 

 

 

 

17. Vladimir Lenin

Meninggal dunia pada: 21 Januari 1924 pada usia 53 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Meninggal dunia selepas diserang angin ahmar.

Sebab dikenali: Terkenal sebagai pengasas Parti Komunis Rusia. Beliau juga adalah pemimpin utama bersama-sama Leon Trosky mengelapai Revolusi Oktober pada 1917 yang seterusnya membawa kepada pembentukan negara USSR. Beliau menjadi presiden USSR buat kali pertama pada tahun 1922.

Mayat Vladimir Lenin diawet untuk tatapan umum.

 

 

 

 

 

 

18. Kurt Kobain

Meninggal dunia pada: 5 April 1994 pada usia 27 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Meninggal dunia dipercayai membunuh diri dengan menggunakan ‘shotgun’ ke dalam mulut terus ke kepalanya. Beliau ditemui mati di rumahnya di Seattle, Amerika Syarikat.

Sebab dikenali: Terkenal sebagai perintis muzik grudge dengan lagu-lagu catchy dan dinamik. Beliau adalah vokalis kumpulan Nirvana bersama-sama Chris Novoselic dan Dave Grohl. Kurt Kobain dikenali sebagai salah seorang penulis lagu dan komposer paling prolifik semasa dekadnya. Antara lagu Kurt Kobain yang paling diingati adalah ‘Smells Like Teen Spirit’ yang mana sehingga ke hari masih lagi didendangkan oleh peminat-peminat muzik grudge.

Muka Kurt Kobain berlumuran darah.

 

 

 

 

 

 

 

19. Che Guevara

Meninggal dunia pada: 9 Oktober 1967 pada usia 39 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Meninggal dunia selepas ditembak mati oleh askar Bolivia selepas satu perbicaraan rambang.

Sebab dikenali: Beliau termasuk antara 100 orang berpengaruh yang disusun oleh majalah ‘Time’. Merupakan tokoh revolusi Cuba paling popular di dunia di samping Fidel Castro. Bersama-sama adik beradik Castro iaitu Fidel dan Raul, beliau menubuhkan negara Cuba yang berfahaman Komunis selepas menumpas rejim kuku besi yang dipimpin Falgencio Bastista. Beliau berperanan dalam menyuntik semangat revolusi di negara-negara jirannya dan juga Afrika.

 

Che Guevara

 

 

 

 

 

 

 

20. Gregory Rasputin

Meninggal dunia pada: 29 Disember 1916 pada usia 47 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Meninggal dunia selepas dibunuh dengan melemaskannya di Sungai Neva. Walaubagaimanapun, beliau telah cuba dibunuh dengan berkali-kali termasuk diracun dengan sianida dan ditembak berdas-das.

Sebab dikenali: Beliau adalah penasihat khas Tsar Nicholas II namun dipercayai beliau berperanan lebih daripada itu. Dipercayai menggunakan sihir sehingga mampu menyumbuhkan sebarang penyakit. Kehidupan Rasputin masih lagi diselubungi misteri.

Rasputin yang maut selepas lemas di Sungai Neva.

 

 

 

 

 

21. Saddam Hussein

Meninggal dunia pada: 30 Disember 2006 pada usia 69 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Dihukum gantung oleh golongan penentang Saddam Hussein dengan sokongan CIA dan Amerika Syarikat.

Sebab dikenali: Beliau adalah Presiden Iraq dan merupakan watak utama dalam Perang Teluk I dan Perang Teluk II. Kontroversi terjadinya Perang Teluk I dan Perang Teluk II masih lagi dalam perdebatan yang mana kaitan Saddam Hussein dengan Senjata Pemusnah Besar-besaran(Mass Destruction Weapon) sangat diragui oleh masyarakat antarabangsa.

Kelihatan hukuman gantung Saddam Hussien seperti tergesa-gesa. Dipercayai ia didalangi oleh CIA dan Amerika Syarikat.

 

 

 

 

 

 

22. Pol Pot

Meninggal dunia pada: 15 April 1998 pada usia 73 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Dipercayai diracun ketika berada dalam tahanan rumah di Tak Mok, Kemboja. Namun, sebab kematian yang direkodkan adalah kegagalan jantung.

Sebab dikenali: Beliau yang mempunyai nama sebenarnya iaitu Saloth Sar adalah pemimpin utama Komunis Kemboja yang lebih dikenali dengan Khmer Rouge. Beliau bertanggungjawab membunuh lebih 21% daripada seluruh populasi rakyat Kemboja terutama golongan intektual dan agama. Semasa hayatnya, beliau sangat dibenci bukan sahaja oleh masyarakat dunia tetapi juga rakyatnya sendiri.

Lelaki kejam ini akhirnya mati di atas katil buruk.

 

 

 

 

 

 

23. Tupac Shakur

Meninggal dunia pada: 13 September 1996 pada usia 25 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Terbunuh selepas ditembak sebanyak empat das di seluruh badan di kawasan Las Vegas Metropolitan, Nevada. Sehingga ke hari ini, pembunuhnya masih belum ditemui. Kes Tupac Shakur adalah salah satu kes polis yang belum terurai.

Sebab dikenali: Seorang rapper paling berpengaruh semasa zamannya. Shakur mampu menjual albumnya melebihi 75 juta album di seluruh dunia. Ia menjadikan dirinya salah seorang daripada ‘best-selling music artist’ di seluruh dunia. Beliau juga terkenal sebagai rapper yang menghasilkan lirik-lirik kritikan dan sindiran sinis.

 

Tupac Shakur

 

 

 

 

 

 

 

 

 

24. Bugsy Siegal

Meninggal dunia pada: 20 June 1947 pada usia 41 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Terbunuh selepas ditembak oleh pembunuh yang tidak diketahui dengan beberapa das tembakan termasuk dua das menembusi matanya. Seperti kes Tupac Shakur, kes Bugsy Siegal juga belum terurai.

Sebab dikenali: Nama sebenar Bugsy Siegal adalah Benjamin Siegal. Beliau adalah seorang gangster berketurunan Amerika-Yahudi berpengaruh. Beliau terlibat dalam penubuhan Las Vegas melalui pengaruh mafia secara terang-terangan. Beliau digelar ‘Bugsy’ kerana sifatnya yang gila-gila dan membabi buta.

Kelihatan mata Bugsy Siegal tersembul keluar akibat ditembak daripada jarak dekat.Bugsy Siegal terkulai selepas ditembak di ruang tamunya sendiri.

 

 

 

 

 

25. Benito Mussolini

Meninggal dunia pada: 28 April 1945 pada usia 61 tahun.

Sebab Meninggal dunia:Dibunuh oleh pemberontak komunis yang berpura-pura untuk membantu Mussolini keluar daripada Itali. Mussolini telah ditembak di dada dan dipukul serta disepak pada mukanya sehingga mengalami bengkak yang sangat teruk.

Sebab dikenali: Beliau adalah Presiden Itali yang berfahaman Fasist.  Merupakan watak utama semasa Perang Dunia Kedua. Beliau bersama-sama Aldolf Hitler telah membentuk pakatan Paksi untuk menentang pakatan Berikat yang dianggotai oleh Britain, Amerika Syarikat dan Soviet Union.

Muka Mussolini bengkak akibat disepak dan dilontar dengan batu.

Extra

Lukisan mayat Beethoven, seorang komposer terkenal.

Mayat Dodi al-Fayed yang hancur selepas terlibat dalam kemalangan maut.

Elvis Presley yang berada di dalam keranda sebelum dikebumikan.

Sharon Tate yang ditembak di dalam rumahnya.

(Gambar) Mayat-mayat selebriti terkenal!

Oleh: takusahrisau

 

1. Sharon Tate

Sharon Tate

 

 

 

Meninggal dunia pada: 9 Ogos 1960 pada usia 26 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Dibunuh oleh pengikut Charles Manson bersama empat orang yang lain. Lebih tragis, beliau dibunuh bersama-sama anak di dalam kandungan yang ketika itu sudah menjangkau 8 bulan.

Sebab dikenali: Beliau adalah atress yang semakin meningkat dan pernah dicalonkan untuk anugerah Golden Globe untuk filem Valley of the Dolls(1967). Beliau berkahwin dengan pengarah terkenal Roman Polanski pada 1968. Sharon Tate adalah perkahwinan kedua bagi Roman Polanski. 

Mayat Sharon Tate di bawa keluar daripada kediamannya.

 

 

 

2. Leon Trotsky

Leon Trotsky

 

 

Meninggal dunia pada: 21 Ogos 1940 pada usia 60 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Dibunuh oleh agen Soviet yang berasal daripada Sepanyol, Ramon Mercader di rumah beliau yang terletak di Mexico. Beliau dibunuh menggunakan kapak untuk pemecah ais. Sewaktu diserang, beliau masih lagi hidup dan akhirnya meninggal dunia di hospital akibat kecederaan teruk di kepala.

Sebab dikenali: Beliau adalah pemimpin utama Revolusi Oktober pada 1917 bersama-sama Vladimir Lenin semasa menggulingkan kuasa monarki Tsar. Setelah Lenin meninggal dunia, beliau sangat tidak bersefahaman dengan pemimpin Soviet yang seterusnya, Joseph Stalin. Trotsky telah dipecat daripada kesemua kepimpinan di Soviet Union dan beliau akhirnya bertindak meninggalkan negaranya untuk menetap di Mexico. Di sana beliau menyebarkan ideologi komunis aliran Trotskyisme yang bertentangan dengan aliran komunis Stalin dan Moa Tse Tung.  

 

Leon Trotsky dalam keranda.

 

 

 

3. Aldo Moro

Aldo Moro

 

 

Meninggal dunia pada: 9 Mei 1978 pada usia 61 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Dibunuh oleh anggota Red Brigade yang berfahaman komunis. Plot pembunuhan dimulakan dengan penculikannya pada 16 March 1978 Semasa insiden penculikan tersebut, lima orang pengawal peribadi Moro meninggal dunia. Selepas 54 hari diculik, Aldo Moro telah ditembak 11 kali di dada. Mayatnya dijumpai di dalam bonet kereta di perkarangan parkir di Via Caetani, Rom.

Sebab dikenali: Beliau adalah Perdana Menteri Itali semasa insiden pembunuhan tersebut berlaku. Beliau juga pernah memimpin Itali pada penggal 1963 sehingga 1968. Beliau yang memegang jawatan Presiden Christian Democracy dikenali individu paling lama memerintah Itali iaitu selama 6 tahun. 

 

Aldo Moro ditemui di dalam bonet kereta.

 

 

4. Robert Kennedy

Robert F. Kennedy

 

 

 

Meninggal dunia pada: 6 Jun 1968 pada usia 42 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Ditembak pada 5 Jun 1968 oleh Sirhan Bishara Sirhan, seorang warga Palestin yang beragama Kristian. Sebanyak empat das dilepaskan kepada Robert Kennedy namun peluru keempat telah menembusi badannya. Kennedy bagaimanapun masih mampu hidup selama 26 jam sebelum disahkan meninggal dunia secara rasmi keesokkan harinya.

Sebab dikenali: Beliau adalah bakal presiden Amerika Syarikat semasa beliau dibunuh. Sewaktu insiden pembunuhan pada 5 Jun 1968, beliau baru sahaja selesai memberi ucapan susulan kemenangannya terhadap Eugene McCarthy untuk pilihanraya awal (primary election) pada 4 Jun 1968.

Robert Kennedy diberi bantuan selepas ditembak.

 

 

5. Eva Peron

 

 

Meninggal dunia pada: 26 Julai 1952 pada usia 33 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Akibat kanser servik. Beliau meninggal dunia pada jam 8.25 pagi. Direkodkan bahawa berat badannya hanya 35 kg.

Sebab dikenali: Beliau adalah isteri kepada Presiden Argentina, Juan Peron. Di sebalik nama Juan Peron, beliau mempunyai karisma tersendiri apabila mampu menarik perhatian golongan kelas bawahan dan pekerja. Eva Peron adalah watak utama pengerak golongan hak wanita apabila menjadi presiden Female Peronist Party. Parti tersebut adalah parti wanita pertama diwujudkan di dunia. 

Eva Peron semasa dibedah siasat.

 

6. Nikolas Concescu

Meninggal dunia pada: 25 Disember 1989 pada usia 71 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Dihukum bunuh oleh skuad penembak.

Sebab dikenali: Beliau adalah presiden Romania yang berfahaman Komunis sehingga kejatuhannya pada tahun 1989. Kejatuhannya menyebabkan negara Romania bebas daripada fahaman komunis secara keseluruhan.

Nikolas Concescu

 

7. Dr. Josef Mengele

Meninggal dunia pada: 7 Februari 1979 pada usia 68 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Meninggal dunia akibat lemas. Dipercayai diserang strok semasa beliau berenang.

Sebab dikenali: Beliau adalah doktor di kem tahanan Nazi. Digelar dengan gelaran ‘Angel of Death’ menggambarkan kerakusan dan sifat ganas beliau semasa perang dunia kedua. Beliau dituduh melakukan experimen yang melibatkan manusia terutama melibatkan warga Yahudi. Selepas perang dunia kedua, beliau terselamat daripada dikenakan perbicaraan di Nuremberg dan melarikan diri ke Amerika Selatan, tempat di mana beliau akhirnya bersemadi.

tengkorak Dr. Josef Mengele yang digali keluar.

 

8. Herman Georing

Meninggal dunia pada: 15 Oktober 1946 pada usia 53 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Meninggal dunia akibat meminum racun Sianida semasa dalam tahanan.

Sebab dikenali: Beliau adalah ahli politik Jerman dan juga orang kuat Parti Nazi. Beliau antara beberapa orang kepercayaan Hitler semasa Perang Dunia Kedua.

Herman Goering yang membunuh diri menelan racun Sianida.

 

9. Bruce Lee

Meninggal dunia pada: 20 Julai 1973 pada usia 32 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Meninggal dunia akibat pengembangan otak(brain sweeling), kemungkinan disebabkan oleh kecederaan atau pengambilan ubat-ubatan secara berlebihan.

Sebab dikenali: Beliau adalah pelakon, pengarah dan ahli seni mempertahankan diri. Beliau dikenali sebagai perintis kepada pelakon Asia terutama daripada Hong Kong untuk menempa kejayaan di Hollywood. Persona dan ketokohannya membuatkan namanya terus dikenang sehingga ke hari ini.

Bruce Lee di dalam keranda

 

10. Aldolf Hitler

Meninggal dunia pada: 30 April 1945 pada usia 56 tahun.

Sebab Meninggal dunia: Meninggal dunia akibat membunuh diri di bunker peribadi beliau.

Sebab dikenali: Beliau adalah pemimpin utama Parti Nazi yang menguasai Jerman pada dekad 30-an. Beliau dikatakan bertanggungjawab menyebabkan terbunuhnya 1.6 juta warga Yahudi di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, kematian beliau masih menjadi misteri.

Hitler yang membunuh diri dengan menembak dirinya sendiri.

 

 

 

Tamat Part 1..Bakal menyusul Part 2 akan datang!

(Video) Haiwan pun ada Perikemanusiaan!

Oleh: takusahrisau

Video di bawah memaparkan seekor tupai sanggup menunggu di tepi mayat rakannya bagi menghalang dua ekor gagak daripada menghampiri mayat rakannya. Tupai tersebut menunjukkan sifat keperimanusiaan yang sangat jarang dilihat apatah lagi dirakam. Sebagai manusia yang memiliki akal, kita sepatutnya mengambil ikhtibar daripada sifat tupai tersebut.

(Gambar) Tasik Retba, Airnya berwarna merah jambu!

Oleh: takusahrisau

 

Tasik Retba atau dikenali dengan Lac Rose adalah tasik paling pelik di dunia. Ini adalah kerana tasik yang terletak di Senegal ini mempunyai air berwarna merah jambu. Saintis daripada seluruh dunia telah sepakat mengatakan tasik ini telah dicemari dengan sejenis bakteria iaitu Cyanobacteria. Cynobacteria juga dikenali dengan nama blue-green alga berdasarkan warna asal bakteria tersebut.

Sesetengah bakteria ini boleh memudaratkan kerana berkemampuan mengeluarkan sejenis toksin yang dikenali dengan cynotoxin. Ia akan mengakibatkan kulit manusia mahupun haiwan mengelupas dengan teruk. Oleh sebab demikian, masyarakat di sekitar Tasik Retba melumurkan badan mereka dengan minyak kacang Shea. Minyak kacang Shea mampu menangkis toksin yang dikeluarkan oleh Cyanobacteria.

Tasik yang berwarna merah jambu ini mampu kelihatan jelas warna merah jambunya apabila menjelang musim kemarau. Sepertimana Laut Mati, ia boleh mengapungkan manusia kerana kandungan garamnya yang tinggi. Dianggarkan bahawa terdapat 380 gram garam untuk 1 liter air. Ia bersamaan 15 camca garam untuk segelas minuman.!

Di bawah adalah gambar-gambar di sekitar Tasik Retba:

(Gambar)Pemain Bola Ketika Muda!

Read More…

Part 1: Di sebalik nama surah-surah al-Quran

Oleh: takusahrisau

 

Al-Quran adalah kitab yang sangat sempurna. Tidak seperti Injil dan Taurat yang dianuti oleh orang Nasrani dan Yahudi, kitab ini adalah seratus peratus kalam Allah swt. Kitab Injil dan Taurat atau lebih dikenali dengan New Tastement dan Old Tastement adalah himpunan tiga elemen iaitu; kalam Allah swt, kisah-kisah daripada ahli sejarah dan hadis-hadis atau nasihat-nasihat daripada para Nabi. Ramai cendiakiawan Islam mendakwa kitab Injil dan Taurat telah diselewengkan dengan penambahan cerita-cerita dogeng oleh ahli sejarah dan perkara-perkara yang berkaitan hukum asas agama Yahudi dan Nasrani.

Ayat pertama yang diturunkan adalah surah Al-Alaq. Melalui surah ini, Nabi Muhammad saw dipertemukan pertama kalinya dengan Jibrail as. Kerana ketakutan, Rasul junjungan kita ini mengigil ketakutan. Melalui ayat ini, Nabi Muhammad telah disuruh baca oleh Jibrail as. Namun, Rasulullah adalah ummi iaitu tidak pandai menulis dan membaca hingga membuatkan baginda terkedu dan ketakutan.

Bermula daripada detik itu, Rasulullah saw telah kerap kali diberi wahyu oleh Allah swt dan dihimpun oleh para sahabat untuk dicatit di pelepah tamar serta tulang belulang. Pelbagai cara Rasulullah saw menerima wahyu. Ia berdasarkan hadis berikut:

Dari Aisyah Ummul Mukminin r.a. bahwa Harits bin Hisyam r.a. bertanya kepada Nabi Muhammad SAW, “Ya Rasulullah, bagaimana caranya wahyu turun kepada Anda?” Rasulullah menjawab, “kadang-kadang wahyu itu datang kepadaku seperti bunyi lonceng. Itulah yang sangat berat bagiku. Setelah bunyi itu berhenti, aku baru mengerti apa yang disampaikannya. Kadang-kadang malaikat menjelma seperti seorang laki-laki menyampaikan kepadaku dan aku mengerti apa yang disampaikannya,” Aisyah berkata, “Aku pernah melihat Nabi ketika turunnya wahyu kepadanya pada suatu hari yang amat dingin. Setelah wahyu itu berhenti turun, kelihatan dahi Nabi bersimpah peluh.”

Melalui hadis ini, dapat digambar bahawa sangat berat tanggungan Rasulullah saw apabila menerima satu-satu wahyu. Namun, inilah saat-saat yang dinantikan oleh Rasulullah saw dan para sahabat kerana jika terdapat satu-satu wahyu turun, maka ia bermakna mesti ada perkhabaran baru oleh Allah swt kepada umat Islam berkenaan syariat, kisah para nabi terdahulu, hukum hakam, celaan kepada orang kafir dan sebagainya . Pendek kata, Islam akan sempurna dari semasa ke semasa.

Untuk kali ini, penulis akan membincangkan perihal apa yang disebalik nama satu-satu surah di dalam al-Quran. Kekadang, sesetengah umat Islam langsung tidak tahu apa yang di maksudkan dengan al-Baqarah, al-Alaq, al-Hujuraat mahupun al-Hadid. Jadi, apa kata pembaca semua hayati artikel yang dinukilkan khas oleh penulis ini. Semoga pembaca semua mendapat manfaat daripadanya.

 

Surah al-Fatihah

Surat al-Fatihah membawa maksud pembukaan. Surah ini diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat. Surah ini adalah surah yang pertama diturunkan dengan lengkap berbanding surah-surah yang terdapat di dalam al-Quran. Surah yang tergolong dalam golongan surah Makkiyyah ini disebut al-Fatihah kerana dengan surah ini dibuka dan dimulainya al-Quran.

Surah ini dinamakan dengan beberapa gelaran seperti Ummul Quran (ibu al-Quran) atau Ummul Kitaab (ibu al-Kitab) kerana surah ini merupakan induk kepada semua isi Al Quran. Surah ini juga digelar As Sab’ul matsaany yang membawa maksud ‘tujuh yang berulang-ulang’ kerana ayatnya mengandungi tujuh yang dibaca berulang-ulang dalam sembahyang.

 

Surah al-Baqarah

Surat ini dinamai al-Baqarah kerana di dalamnya disebutkan kisah penyembelihan lembu betina yang diperintahkan Allah swt kepada Bani Israil. Kisah tersebut diceritakan oleh Allah swt daripada ayat 67 sehingga ayat 74, Dalam ayat tersebut dijelaskan watak sebenar orang Yahudi.

Surat al-Baqarah yang mengandungi 286 ayat ini turun di Madinah. Sebahagian besar diturunkan pada permulaan tahun Hijrah, kecuali ayat 281 yang diturunkan di Mina pada Haji Wadaa’ (Haji Wadaa’ adalah haji Rasulullah saw yang terakhir). Keseluruhan ayat daripada surat al-Baqarah termasuk golongan Madaniyyah.

Surah al-Baqarah terkenal sebagai surah yang terpanjang di antara surah-surah dalam al-Quran. Di dalam surah ini, terkandung ayat terpanjang iaitu pada ayat 282.

Surah ini digelar dengan Fusthaatul-Quran yang membawa maksud ‘puncak al- Quran’. Ia dinamakan sedemikian kerana di dalamnya memuatkan beberapa hukum yang tidak disebutkan dalam surat yang lain. Surah ini juga dinamai dengan nama surah alif-lam-mim kerana surah ini dimulai dengan Alif lam mim pada permulaan ayatnya.

 

Surah Ali Imran

Surah Ali ‘Imran yang terdiri dari 200 ayat ini adalah surat Madaniyyah. Dinamakan Ali ‘Imran adalah kerana memuatkan kisah keluarga Imran. Imran adalah bapa kepada Maryam iaitu ibu kepada Nabi Isa as.

Dalam surah ini disebutkan kelahiran Nabi Isa as yang mempunyai persamaan kejadiannya dengan Nabi Adam as. Selain itu dikisahkan juga mengenai kenabian dan beberapa mukjizat yang dianugerah kepada baginda. Surah ini ada menyebut kelahiran Maryam, puteri Imran yang juga ibu Nabi Isa as.

Surat al-Baqarah dan Ali Imran ini dinamakan Az-Zahrawaani (dua yang cemerlang), kerana kedua-dua surat ini menyingkapkan hal-hal yang disembunyikan oleh para Ahli Kitab, seperti kejadian dan kelahiran Nabi Isa a.s serta kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. dan sebagainya.

 

Surah An-Nisaa’

Surah An-Nisaa’ yang terdiri dari 176 ayat adalah surat Madaniyyah. Surah ini adalah surah yang terpanjang selepas surah al-Baqarah. Dinamakan An Nisaa’ adalah kerana di dalam surah ini banyak dibicarakan hal-hal yang berhubungan dengan wanita serta merupakan surah yang paling membicarakan hal itu berbanding dengan surah-surah yang lain.

Selepas surah An-Nisaa’, surah ath-Thalaq juga banyak membicarakan perihal wanita. Dalam hubungan ini, surat An Nisaa’  lazim disebut dengan gelaran: Surat An Nisaa’ Al Kubraa (surat An Nisaa’ yang besar), manakala surat ath-Thalaq disebut dengan gelaran: Surat An Nisaa’ Ash Shughraa (surat An Nisaa’ yang kecil).

 

Surah al-Maa’idah

Surat al-Maa’idah terdiri dari 120 ayat. Ia termasuk kategori surah Madaniyyah. Walaupun terdapat beberapa ayatnya turun di kota Mekah, namun kebanyakan ayat dalam surah ini diturunkan selepas Rasulullah saw berhijrah ke Medinah, iaitu ketika nabi melakukan haji wadaa’.

Surah ini digelar al-Maa’idah (hidangan) kerana memuatkan kisah hawari-hawari Nabi Isa as meminta kepada Nabi Isa as agar Allah menurunkan untuk mereka al-Maa’idah (hidangan makanan) dari langit. Ia dikisahkan Allah swt pada ayat ke-112.

Surah al-Maa’idah juga dinamakan Al Uqud (perjanjian), kerana istilah itu terdapat pada ayat pertama surah ini. Dalam ayat ini, Allah swt menyuruh agar hamba-hamba-Nya memenuhi janji setia kepada Allah dan perjanjian-perjanjian yang mereka lakukan sesama mereka.

Ia juga dinamakan al-Munqidz (yang menyelamatkan), kerana pada akhir surah ini mengandungi kisah tentang Nabi Isa as yang berdoa untuk menyelamatkan pengikut-pengikut setianya dari azab Allah swt.

 

Surah al-An’aam

Surah al-An’aam yang terdiri atas 165 ayat termasuk kategori surah Makkiyah. Hampir seluruh ayat-ayat dalam surah ini diturun di kota Mekah sebelum Hijrah. Al-An’aam membawa maksud binatang ternak seperti unta, sapi, biri-biri dan kambing.

Dinamakan Al An’aam kerana di dalamnya disebut kata An’aam yang berkaitan dengan adat-istiadat kaum musyrikin, yang mana menurut mereka binatang-binatang ternak itu dapat dipergunakan untuk mendekatkan diri kepada tuhan mereka. Dalam surah ini juga disebutkan hukum-hakam yang berkenaan dengan binatang ternak tersebut.

(Berita) Elizebeth Taylor Meninggal Dunia!

Oleh: takusahrisau

  

Atress lagenda Hollywood, Elizebeth Taylor atau nama sebenarnya, Dame Elizebeth Rosemond Taylor meninggal dunia pada usia 79 tahun akibat kegagalan jantung di Hospital Cedar Sinai Medical Center, Amerika Syarikat. Beliau dilaporkan mengalami pelbagai komplikasi penyakit berkaitan jantung sehingga pernah membuat pembedahan untuk memperbaiki kondisi jantung beliau pada 2009. Beliau kemudian didiagnosis mengalami congestive heart failure pada Februari 2011. Beliau terpaksa ditahan di hospital sehingga beliau meninggal dunia pada hari ini(23hb March 2011).

Kecantikan dan persona kejelitaannya membuatkan beliau dinobatkan sebagai antara atress Hollywood tercantik pernah dilahirkan.

 

Atress yang terkenal dengan kecantikan dan perkahwinan yang sangat kerap ini adalah antara atress Hollywood paling berjaya dalam karier yang diceburinya. Kecantikan dan personanya membuatkan beliau terpilih membintangi filem terbitan 20th Century Fox pada 1960, Cleopatra. Beliau dibayar  untuk membintangi filem pecah panggung tersebut dengan jumlah yang sangat besar pada masa itu iaitu 1 juta dollar US sehingga menjadikan beliau atress Hollywood paling mahal bayarannya. Filem Cleopatra kemudian dilancarkan pada tahun 1963.

 

Elizabeth menemui cintanya iaitu Richard Burton semasa berlakon bersama dalam Cleopatra. Richard melakonkan watak Marc Anthony dalam filem tersebut. Gosip berkaitan hubungan mereka berdua berkisar hangat sekitar tahun 60-an semasa filem ini dalam pembikinan.

 

  

Rakan Akrab Micheal Jackson

Elizebeth atau lebih dikenali Liz Taylor di kalangan media Hollywood adalah kawan akrab kepada Micheal Jackson. Semasa hayat Jackson, beliau dikatakan sebagai rakan yang paling kuat sokongannya kepada bintang pop dunia itu. Elizebeth dikatakan menyimpan sejumlah rahsia Jackson yang akhirnya dibawa ke liang lahad.

 

Agama Elizebeth

Elizebeth adalah penganut ajaran Yahudi. Beliau telah menukar status agamanya daripada Kristian kepada Yahudi. Ia diperkukuhkan melalui journalis bernama Susan Sackett melalui bukunya, The Hollywood Reporter Book of Box Office Hits, Billboard Publications: New York City (1990), muka surat 102:

It is interesting to note that Elizabeth Taylor played a Jewish girl in this film [Ivanhoe (1952)], although she was not raised in this faith. Seven years after Ivanhoe‘s release, she converted to Judaism. According to Ms. Taylor, in her book Elizabeth Takes Off, “It had absolutely nothing to do with my past marriage to Mike [Todd] or my upcoming marriage to Eddie Fisher, both of whom were Jewish. It was something I had wanted to do for a long time.”

Elizebeth bagaimanapun dilaporkan bukanlah seorang penganut ajaran Yahudi yang taat pada awalnya namun pada akhir usianya, beliau sering bercakap mengenai kepentingan Tuhan dalam kehidupan dan ibadah-ibadah untuk mengingati Tuhan. Elizebeth adalah penyokong Kabbalah dan sering berkunjung ke pusat Kabbalah. Antara selebriti Hollywood lain yang menyokong Kabbalah adalah Madonna.

 

Bekas suami-suami serta anak-anak Liz Taylor

Berikut adalah senarai suami Liz Taylor:

  • Conrad “Nicky” Hilton (May 6, 1950 – January 29, 1951) (bercerai)
  • Michael Wilding (February 21, 1952 – January 26, 1957) (bercerai)
  • Memiliki dua orang anak lelaki iaitu:

    1. Michael Howard Wilding (lahir January 6, 1953)
    2. Christopher Edward Wilding (lahir February 27, 1955)
  • Michael Todd (February 2, 1957 – March 22, 1958) (bercerai mati)
  • Memiliki seorang anak perempuan:

    1. Elizabeth Frances “Liza” Todd (lahir August 6, 1957)
  • Eddie Fisher (May 12, 1959 – March 6, 1964) (bercerai)
  • Richard Burton (March 15, 1964 – June 26, 1974) (bercerai)
  • Memiliki seorang anak angkat:

    1. Maria Burton (lahir pada August 1, 1961; diambil anak angkat pada usia 3 tahun pada 1964)
  • Richard Burton (October 10, 1975 – July 29, 1976) (perkahwinan semula namun akhirnya bercerai)
  • John Warner (December 4, 1976 – November 7, 1982) (bercerai)
  • Larry Fortensky (October 6, 1991 – October 31, 1996) (bercerai)
  •  

    Ketika Elizebeth Taylor meninggal dunia, keempat-empat anak mereka berada di sekelilingnya bagi memberi sokongan dan kasih-sayang kepada ibu mereka.