Archive | March 13, 2011

Bukan Hari Terakhir buat Jepun!

Oleh: takusahrisau

 

Bencana tsunami di Jepun menerima liputan yang meluas di seluruh dunia. Hampir semua akhbar di seluruh negara meletakkan berita bencana tersebut di muka hadapan surat khabar masing-masing.

Sehingga hari ke-3, bencana tersebut masing lagi segar untuk dibincang di dalam forum-forum mahupun di kedai-kedai kopi. Masing-masing menceritakan kedashyatan dan tahap kemusnahan akibat tsunami susulan gempa bumi dalam laut berukuran 8.9 skala Richter.

Semua orang tahu bahawa Jepun mempunyai fasiliti dan kemudahan yang canggih dan moden. Tidak seperti di Acheh ketika tsunami menghempas bandar yang digelar serambi Mekah itu pada tahun 2004, Acheh hampir tiada fasiliti hebat seperti di bandar Miyagi, Fukushima, Chiba, Kensennuma, Sendai, Iwanuma mahupun Tokyo.

Sekurang-kurangnya, rakyat Acheh lagi bernasib baik berbanding masyarakat di Jepun yang dilanda tsunami kerana sekarang, masyarakat Jepun ketakutan akibat kesan radiasi yang mula menular di seluruh bandar yang berhampiran dengan loji nuklear.

 

Kesan radiasi

Selepas beberapa gegaran susulan berukuran hampir 6.9 skala Richter selepas sehari gegaran 8.9 skala Richter yang mencetus gelombang tsunami, beberapa reaktor nuklear mula dilaporkan meletup. Bandar yang menempatkan loji berkenaan adalah bandar Fukushima-yang turut musnah dilanda tsunami.

Letupan di loji nuklear tersebut membuatkan radiasi mengalami kebocoran dan ia mengundang padah kepada masyarakat yang berada di sekitarnya. Dianggarkan bahawa seramai 160 orang telah dilaporkan mengalami kesan radiasi tersebut. Jumlah tersebut mungkin akan meningkat jika tiada langkah keselamatan segera diambil oleh pihak berwajib. Dilihat, beberapa orang petugas dengan berpakaian lengkap disaluti karbon telah membuat operasi pengesanan radiasi kepada masyarakat yang tinggal berhampiran loji Fukushima Daiichi.

Walaubagaimanapun, kerajaan Jepun mengambil langkah ‘bijak’ apabila meredakan kebimbangan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan bahawa radiasi tersebut masih di tahap paling rendah kerana letupan tersebut tidak memberi kesan kepada ‘core container’ di reaktor nuklear di Fukushima. Kerajaan Jepun juga telah memaklumkan International Atomic Energy Agency(IAEA) untuk memeriksa loji berkenaan secara berkala daripada jam ke jam.

 

Bandar Minami Sanriku Musnah

Ramai beranggapan bahawa tsunami ini tidak seteruk tsunami yang melanda Indonesia tujuh tahun lepas. Anggapan itu sebenarnya salah sama sekali kerana anggaran kemusnahan di Jepun boleh meningkat bila-bila masa apabila ramai lagi dilaporkan hilang. Miskipun mustahil mencapai angka ratusan ribu, tetapi kematian akibat tsunami di Jepun bila-bila masa sahaja boleh mencapai angka puluhan ribu orang.

Di Minami Sanriku, seramai 10,000 orang penduduknya dilaporkan meninggal dunia dan hilang dibawa arus tsunami. Angka 10,000 orang adalah bersamaan dengan lebih daripada separuh penduduk Minami Sanriku.

Bandar yang hanya 55 kilometer daripada pusat gempa ini telah musnah sama sekali sehingga sukar untuk pihak tentera dan penyelamat melakukan operasi menyelamat akibat jalan raya yang terputus.

Sehingga hari ini(hari ketiga), penduduk Minami Sanriku yang terselamat masih lagi bergelap dan tidak mempunyai bekalan air yang tetap. Semua ini terputus sebaik sahaja gegaran 8.9 skala Richter dan ledakan tsunami yang dikatakan mencapai ketinggiaan 30 meter.

Penduduk yang trauma akibat tsunami masih lagi ketakutan akibat gegaran-gegaran susulan hampir 15 kali sejak jumaat lalu. Mereka bimbang jika gegaran mencapai 7.0 skala Richter, ia boleh menaikkan ombak tsunami daripada pusat gempa.

 

Hiromitsu Shinkawa yang bernasib baik

Selepas tsunami melanda di Jepun, mustahil untuk melihat mangsa-mangsa yang terselamat. Namun, keajaiban telah berlaku kepada Hiromitsu Shinkawa,60 apabila beliau telah terselamat selepas berpaut pada atap rumahnya.

Bernasib baik

 

 

Shinkawa diselamatkan oleh tentera selepas dilihat melambai tangannya dengan menggunakan baju berwarna merah. Menurut Shinkawa, selama dua hari beliau cuba menarik perhatian bot dan helicopter bagi menyelamatkannya namun ia tidak berhasil. Walaubagaimanapun, beliau tidak berputus asa. Dan pada hari ini(Ahad), beliau berjaya diselamatkan.

Beliau bagaimanapun sedih apabila mengenangkan isterinya yang hanyut dibawa arus tsunami di hadapan matanya. Beliau yang ditemui berada 10 kilometer daripada persisiran pantai sempat memberi komen sinis kepada tentera Jepun yang menggunakan bot kecil bagi tujuan menyelamat. Mungkin menganggap tiada yang lagi terselamat selepas tiga hari tsunami melanda Jepun.

Beliau mengakhiri perbualan dengan berkata,

“Saya fikir hari ini adalah hari terakhir dalam hidup saya”

Jepun..bangkitlah.  

 

Foto-foto terbaru yang dikeluarkan oleh Dailymail:

Gambar daripada satelit NASA ini menunjukkan sebelum dan selepas Tsunami melanda Jepun.

 

Pusat penapisan petroleum di Shiagama di Miyagi mengalami kebakaran teruk.

Bomba melakukan konvoi ke Bandar Natory

Sebuah kereta terdampar di atas sebuah bangunan kecil di Sendai.

Kenderaan yang bakal dieksport ini musnah teruk dilanda tsunami. Diambil di perkampungan Tokai.

Sebuah kapal terdampar di Hachinohe, Aomori di utara Jepun.

Gambari ini diambil pada Jumaat lalu menunjukkan ledakan tsunami melanda Bandar Miyako(lihat papan tanda).

Seorang wanita yang kehilangan suami sedang mencari orang tersayang di sekitar Minami Sanriku.

Home Guard berusaha memberi perkhidmatan terbaik buat warganya di Minami Sanriku.

Benteng sungai di Sendai musnah teruk dilanda tsunami.

(Gambar) Fenomena Luar Biasa berlaku di luar pantai Mexico-kaitan dengan Tsunami Jepun?

Oleh: takusahrisau

 

Ekoran gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter di luar pantai Sendai di Jepun 11hb March lalu, sebuah persisiran pantai di Mexico telah ‘dihadiri’ dengan sekumpulan besar ikan berbagai jenis. Antaranya yang dilihat adalah ikan sardin, ikan pelata, ikan bass dan ikan bilis. Kehadiran ikan-ikan tersebut membuatkan suasana persisiran pantai dilitupi dengan warna hitam gelap berminyak.

Bagi nelayan di kawasan pantai Acapulco, ia bagaikan bulan jatuh ke riba. Mereka hanya menggunakan pukat, bakul dan apa sahaja yang tercapai untuk menangkap ikan-ikan tersebut.

“Di sana dalam 20 hingga 30 orang nelayan bersama-sama anak-anak mereka mengambil kesempatan atas fenomena ini”, ujar Carlos Morales yang turut teruja menyaksikan fenomena pelik tersebut.

Nelayan di sekitar kawasan tersebut yakin kejadian pelik ini berlaku kerana bencana Tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, para pakar tidak pasti kejadian ini mempunyai kaitan dengan Tsunami di Jepun.

“Tsunami sememangnya boleh mengubah sesuatu, namun ia jauh untuk mendakwa ia ada kaitan(dengan tsunami di Jepun)”, kata Rich Briggs yang juga ahli geologi daripada U.S Geological Survey.

 Lihat gambar-gambar yang sempat dirakam di luar persisiran pantai Mexico:

(Video) Aksi Pedang Samurai Bayangan!

Oleh: takusahrisau

 

Masyarakat Jepun memang terkenal sebagai masyarakat yang kreatif. Ini boleh kita lihat melalui gameshow mereka yang sangat menghiburkan.

Baru-baru ini, pelakon daripada Jepun Taichi Soatome telah membuat sebuah pertunjukan yang sangat kreatif dengan mengabungkan teknik permainan pedang ala Samurai dengan bayangan. Pertunjukan ini adalah sempena sambutan Special New Year Performance of Dragon and Peony, Sword Dance and Shadowgraph. Pertunjukan ini juga melibatkan ramai penggiat-penggiat seni negara matahari terbit untuk menghiburkan masyarakat mereka.

Jom tengok. Pasti anda akan teruja. Haiyakkk..

Mengagumkan..Soatome telah menunjukkan aksi hampir 100 peratus sempurna.

%d bloggers like this: