Archive | March 2, 2011

(GAMBAR)UFO dilaporkan dilihat di Tuaran Beach Resort,Kota Kinabalu!

Oleh: takusahrisau

 

Sekitar Julai 2010, UFO telah dilaporkan dilihat Tuaran Beach Resort di Kota Kinabalu pada hari Sabtu yang lalu jam 4.00 petang. James Dungil yang juga pemilik restoran di Resort tersebut adalah antara puluhan saksi yang menyaksi dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana UFO dikatakan berlegar-legar di ruang udara Tuaran Beach Resort.

James Dungil dan keluarga telah menyaksikan fenomena yang jarang berlaku itu di tingkat dua rumah miliknya untuk melihatnya dengan lebih jelas.

“Saya sempat mengambil sebuah foto sebelum ia hilang”, ujar James Dungil,27 .

Inilah foto yang sempat dirakam oleh James Dungil.

 

 

 

Seorang saksi lain, Donny Benedict mendakwa beliau pada mulanya kurang menyakini kewujudan UFO namun setelah menyaksikan sendiri fenomena tersebut, beliau terus menukar fikiran. Beliau bagaimanapun hanya sempat menyaksikannya selama 20 saat sebelum ia dilaporkan hilang dengan sekelip mata.

” Ia tidak seperti kapal terbang yang mengeluarkan bunyi kuat, ia langsung tidak mengeluarkan sebarang bunyi”, ujar beliau yang hampa kerana gagal mengambil gambar kerana telefon kehabisan bateri.

Terdapat saksi-saksi lain dilaporkan mengalami kerosakan telefon buat sementara setelah cuba untuk merakamkan ‘aksi-aksi’ UFO tersebut di ruang udara.

Kehadiran UFO di Malaysia mula mendapat tumpuan setelah beberapa kejadian dilaporkan berlaku di semenanjung tanah air beberapa bulan selepas itu. UFO amat popular di negara barat terutamanya di Amerika Syarikat dan Britain. Walaubagaimanapun, Brazil merupakan negara yang paling kerap dikunjungi objek yang kebiasaannya memiliki bentuk seakan-akan piring ini.

 

~Kejadian ini berlaku pada Julai 2010. Ia adalah foto paling jelas yang mengambarkan UFO di Malaysia.

Otzi akhirnya mempunyai ‘wajah’ sendiri!

Oleh: takusahrisau

 

Mumia paling terkenal di dunia, Otzi telah pun mempunyai ‘wajah’. Sepertimana yang dilaporkan oleh kebanyakan akhbar online terkemuka di dunia, Otzi telah pun memiliki wajah sendiri sejak dijumpai di timur pergunungan Alps pada tahun 1991 oleh sepasang pendaki daripada Jerman.

Hanya warna mata sahaja yang menjadi kesukaran untuk dikenalpasti. Bagaimanapun, mereka menggunakan warna perang sebagai warna anak mata Otzi.

 

  

Nama Otzi diambil daripada lembah Oetz di pinggir pergunungan Alps, tempat di mana mumia yang dianggarkan berusia 5,300 tahun ini dijumpai.

Usahan untuk mewujudkan wajah dan bentuk fizikal Otzi telah diusahakan oleh dua orang artis warga Belanda, Alfons dan Adrie Kennis. Mereka berdua menggunakan bantuan teknologi 3D dan forensik bagi memberi gambaran sebenar bentuk tengkorak Otzi.

Dua artis bersama-sama Otzi

 

  

Otzi diyakini terbunuh di pergunungan Alps akibat kecederaan parah pada bahagian kiri tulang selangkanya akibat ditembusi anak panah yang dipercayai milik musuhnya dengan niat untuk membunuh. Akibat kecederaan itu, Otzi tidak mampu bertahan lama kerana kehilangan banyak darah dan kemudian jatuh terbaring di lembah yang sangat dingin yang mana faktor cuaca yang dingin itu telah mengawet tubuhnya secara semulajadi.

Dalam kajian yang berterusan para saintis terhadap Otzi, Otzi dikatakan meninggal dunia pada umur dalam lingkungan 45 tahun, mempunyai berketinggian 153cm, dijangkiti whipworm dan parasit dalam tubuhnya serta mengalami atritis pada tulangnya.

Otzi, ketika mula-mula ditemui.

 

Baru-baru ini, Otzi dilaporkan mempunyai tatu di beberapa tempat di tubuhnya seperti lutut dan buku lali. Tatu tersebut kelihatan ringkas, antaranya berbentuk melintang, garis-garis pendek dan selari.

Apapun, paling menarik adalah aktor terkenal Hollywood, Brad Pitt telah mencacah lengannya dengan rupa Otzi.! Namun, motif sebenar aktor yang pernah membintangi filem pecah panggung, Troy itu tidak dapat dipastikan. Mungkin, Brad kagum dengan usaha Otzi untuk terus hidup miskipun kecederaan parah yang dialaminya.

Brad Pitt dan tatu Otzi.

 

 

Ukiran wajah dan tubuh fizikal Otzi telah dipamerkan di South Tyrol Museum of Archeology di Bolzano, Itali bersama-sama mumia Otzi.