Archive | March 14, 2011

Berita berkenaan Tsunami lebih cepat tersebar di Facebook!

Oleh: takusahrisau

 

Facebook  telah memplot peta menunjukkan bagaimana gempa bumi dan tsunami di Jepun telah tersebar ke seluruh dunia sejam selepas bencana memusnahkan tersebut berlaku. Ia lebih cepat daripada medium infomasi yang lain termasuklah akhbar-akhbar online terkemuka.

Facebook antara lain menunjukkan pemetaan status berkaitan dengan kata kunci ‘earthquake’, ‘tsunami’ dan ‘Japan’ daripada pukul 10.37pm pada hari Khamis sehingga 12.45pm pada hari Jumaat mengikut aturan jam Pacific Coast.

Kebanyakkan aktiviti ‘update status’ yang dilakukan oleh pengguna Facebook di kawasan Pantai Barat dan Pantai Timur Amerika Syarikat, Eropah Utara serta Asia Tenggara berkaitan dengan tsunami di Jepun menunjukkan minat mereka terhadap bencana yang berlaku di luar pantai Sendai tersebut.

Jurucakap mereka berkata, “Ia menunjukkan buat pertama kalinya, percikan perbualan di Facebook untuk mengetahui apa yang berlaku dan orang ramai menggunakannya bagi merapatkan hubungan antara keluarga dan rakan-rakan.”

 

(Gambar) Pembedahan Penukaran Jantina!

Oleh: takusahrisau

Penulis memohon maaf jika imej-imej di bawah bakal mengundang rasa jelik dan kurang senang kepada sesetengah pembaca. Penulis membuat ‘post’ ini bagi memberi kesedaran bahawa budaya ‘homoseksual’ adalah budaya songsang dan penulis menentang sekeras-kerasnya budaya yang merosakkan akhlak ini.

 

Anda ingin melawan takdir tuhan?

Mungkin pembaca sekalian bukan salah seorang daripada mereka yang ingin melawan takdir. Namun, bagi mereka yang melawan takdir, inilah yang mereka buat. Pembedahan penukaran jantina!

Ramai mendakwa pembedahan penukaran jantina adalah pembedahan paling menjerihkan untuk mana-mana doktor melakukannya. Manakan tidak, doktor yang lazimnya adalah lelaki melihat sendiri bagaimana alat kelamin ‘jantan’ dipotong dengan tangan mereka sendiri. Hisshh..seram.

Pembedahan penukaran jantina pada masa kini lebih terarah kepada golongan pondan atau mak nyah yang mahu mereka kelihatan 100 peratus wanita tulen. Hasilnya memang memuaskan namun azabnya tuhan sahaja yang tahu. Sebenarnya, azabnya bermula selepas selesai pembedahan. Bayangkan, si pondan atau mak nyah ini tidak mampu untuk buang air kecil secara normal. Cuba pembaca bayangkan.!

Sejarah pembedahan jantina ini walaubagaimanapun bermula dengan golongan sida-sida milik maharaja China yang diwajibkan memotong anggota kelamin mereka. Mereka diwajibkan berbuat demikian bagi menjaga maruah gundik-gundik istana yang mereka jaga dan awasi.

Antara individu paling terkenal yang pernah mengalami pembedahan pemotongan jantina adalah Laksamana Cheng Ho atau Laksamana Zheng He. Sejak kecil, Cheng Ho tidak mempunyai jantina sepertimana manusia normal. Ini menyebabkan Cheng Ho tidak berkahwin dan tidak mampu untuk mendapat zuriat. Miskipun batin Cheng Ho terseksa, namun ia mempunyai hikmah yang tersendiri. Disebabkan mengalami proses pembedahan pembuangan jantina sejak kecil, ketinggian Cheng Ho dikatakan tumbuh sehingga mencapai 7 kaki(lebih kurang 200cm tinggi). Cheng Ho juga terlindung daripada maksiat zina dan seumpama dengannya.

Oklah, di bawah merupakan beberapa gambar pembedahan jantina yang sangat menjerihkan:

%d bloggers like this: