Archive | March 19, 2011

(Gambar) Ripley’s Believe it or Not versi Kartun!

Oleh: takusahrisau

 

Ripley’s Believe it or Not adalah sebuah francais yang diasaskan oleh Robert LeRoy Ripley. Ripley sentiasa mengumpul pelbagai barangan yang pelik sehingga masyarakat merasa takjub melihatnya. Robert LeRoy Ripley menyediakan barangan pelik bagi tujuan tontonan dengan pelbagai cara termasuklah dalam bentuk komik, muzium bergerak, radio dan juga rancangan televisyen.

Namun, dalam banyak pendekatan yang ‘dicipta’ oleh Robert LeRoy Ripley, pendekatan yang berbentuk komik atau lukisan karikatur adalah paling menarik perhatian penulis. Ia bukan sahaja kelihatan pelik tetapi juga menarik kerana pendekatan sebergitu tidak pernah dilakukan sejak dahulu lagi kecuali hanya seorang insan yang bernama Robert LeRoy Ripley.

Jadi, pada hari ini penulis sediakan beberapa lukisan yang disediakan oleh Ripley’s Believe it or Not. Untuk pengetahuan semua, lukisan ini dilukis oleh seorang kartunis yang sangat berbakat iaitu John Graziano. Graziano pernah mencuba nasib untuk memohon berkerja untuk Ripley’s Believe it or Not sebagai kartunis pada 1979, tetapi ditolak mentah-mentah, namun nasibnya tetap di Ripley’s Believe it or Not apabila diambil berkerja 25 tahun kemudian. Menarik bukan?

Oklah, tidak perlu membuang masa lagi, jom saksikan lukisan-lukisan yang dihasilkan John Graziano untuk Ripley’s Believe it or Not..check it out!