Archive | March 11, 2011

Para Nabi Allah yang tidak diceritakan dengan terperinci dalam al-Quran(Episode #2)

Oleh: takusahrisau

 

Sambungan daripada Episode #1..

 

 

Nabi Yusha’ as

 

Nabi Yusha’ bin Nun as adalah seorang nabi yang diutuskan oleh Allah swt untuk memimpin Bani Israel memasuki kota Juruselam. Nabi Yusha’ bukan sahaja seorang nabi dan Rasul tetapi juga seorang panglima perang yang berkaliber. Sepertimana Rasulullah saw, baginda sangat mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Baginda tidak mahu ada di antara pejuang jihad tertarik kepada duniawi. Baginda mahukan pejuang yang benar-benar mencari syurgawi.

 

Baginda memiliki beberapa mukjizat yang dianugerah Allah swt dan di antaranya Rasulullah saw pernah bersabda,

 

Nabi SAW bersabda, “Seorang Nabi berperang lalu ia berkata, ‘Yang tidak boleh ikut adalah orang yang baru menikah dan masih belum menggauli istrinya; orang yang telah membangun sebuah rumah tetapi belum memasang atapnya; orang yang membeli seekor kambing bunting, dan sedang menunggu kelahirannnya’”.

 

Beliau (Rasulullah) berkata, “Lalu nabi itu berhenti di sebuah kampung menjelang Asar dan berkata kepada matahari, ‘Engkau diperintah dan aku juga diperintah. Ya Allah tahanlah dia (matahari) sebentar untukku.’ Maka matahari itu pun ditahan.”

 (HR. Bukhari dan Muslim)

 

 

Melalui hadis ini dapat diketahui bahawa Nabi yang dimaksudkan adalah Yusha’ bin Nun as. Ia berdasarkan satu hadis lain yang berbunyi,

 

Daripada Abu Hurairah ra., Rasulullah SAW bersabda, “Matahari tidak pernah ditahan untuk seseorang kecuali untuk Yusha’ pada waktu senja di mana dia pergi ke Baitul Maqdis.”

(HR Imam Ahmad)

 

Menurut Ibnu Ishq dalam riwayatnya bahawa Nabi Yusya’ as memimpin tentera-tentera untuk memasuki Baitul Maqdis pada hari Jumaat. Akan tetapi, waktu telah meningkat senja. Waktu senja merupakan titik perubahan hari menurut calendar masyarakat Bani Israel. Syariat nabi Musa as diharamkan berperang pada Hari Sabtu kerana pada hari tersebut disediakan untuk beribadat kepada Allah swt.

 

Oleh yang demikian, Nabi Yusha’ as berdoa kepada Allah swt untuk memberhenti matahari buat beberapa ketika bagi memberi ruang waktu padanya untuk berperang menentang musuh Allah swt. Nabi Yusha’ as bimbang jika mereka memberi ruang satu hari kepada musuh, pihak musuh bakal menyusun kembali kekuatan mereka. Dan ini merugikan Nabi Yusha’ as dan tentera-tentera baginda.

 

Berkenaan Nabi Yusha’ as, kitab Taurat juga menyatakan hal yang sama sepertimana sabda Rasulullah saw,

 

12 Then, on the day ADONAI* handed over the Emori* to the people of Isra’el, Y’hoshua spoke to ADONAI; in the sight of Isra’el he said, “Sun, stand motionless over Giv’on! Moon, you too, over Ayalon Valley!” 13 So the sun stood still and the moon stayed put, till Isra’el took vengeance on their enemies. 14 This is written in the book of Yashar. The sun stood still in the sky and was in no rush to set for nearly a whole day. There has never been a day like that before or since, when ADONAI listened to the voice of a man; it happened because ADONAI was fighting on Isra’el’s behalf.

Joshoa 10:12-14

*Adonai adalah panggilan Tuhan bagi bani Israel. Emori pula adalah kaum Amorites yang mendiami Juruselam dan Baitul Maqdis.

 

Dengan yang demikian, dapat kita lihat bahawa Rasulullah saw telah menunjukkan mukjizatnya apabila memberitahu perkara yang sama dengan apa yang disampaikan di dalam Taurat.

 

Tiga orang Rasul dalam surah Yassin

 

Dalam surah Yassin daripada ayat 13 sehingga 29, terdapat sebuah kisah yang diceritakan Allah swt tentang  tiga orang Rasul yang diutuskan untuk memberi peringatan di sebuah negeri. Kisah tersebut dimulai dengan dua orang Rasul sebelum ditambah kepada tiga orang selepas mendapati masyarakat di negeri tersebut masih engkar.

13. Dan buatlah bagi mereka suatu perumpamaan, iaitu penduduk suatu negeri ketika utusan-utusan datang kepada mereka.

14. (iaitu) ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian Kami kuatkan dengan (utusan) yang ketiga, maka ketiga utusan itu berkata: “Sesungguhnya kami adalah orang-orang di utus kepadamu.”

 

Walaubagaimanapun, masyarakat tersebut masih lagi engkar, mereka mendakwa kehadiran mereka bertiga menyebabkan nasih mereka berubah malang. Ternyata dakwaan mereka tiada asasnya dan hanya untuk menutup kesalahan mereka. Masyarakat tersebut seterusnya mengugut untuk membunuh ketiga-tiga orang Rasul tersebut.

 

15. Mereka menjawab: “Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami dan Allah Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun, kamu tidak lain hanyalah pendusta belaka.”

16. Mereka berkata: “Tuhan kami mengetahui bahawa sesungguhnya kami adalah orang yang diutus kepada kamu.”

17. Dan kewajiban kami tidak lain hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas.”

18. Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami bernasib malang kerana kamu, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti (menyeru kami), nescaya kami akan merejam kamu dan kamu pasti akan mendapat seksa yang pedih dari kami.”

19. Utusan-utusan itu berkata: “Kemalangan kamu adalah kerana kamu sendiri. Apakah jika kamu diberi peringatan (kamu bernasib malang)? Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampui batas.”

 

Kemudian, datang seorang pemuda ke arah kaum beliau untuk menyatakan keyakinan beliau terhadap tiga orang Rasul tersebut. Dipercayai bahawa pemuda beriman tersebut terbunuh dan mati syahid,

 

20. Dan datanglah dari hujung kota, seorang lelaki dengan bergegas-gegas ia berkata: “Hai kaumku, ikutilah utusan-utusan itu.”

21. Ikutilah orang yang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.

 

Ayat-ayat seterusnya memperihalkan hal-hal di alam ghaib yang mana lelaki tersebut diceritakan oleh Allah swt telah diampunkan dosa dan dimasukkan ke dalam syurga akibat imannya terhadap ketiga-tiga Rasul tersebut.

 

22. Mengapa aku tidak menyembah (Tuhan) yang telah menciptakanku dan yang hanya kepada-Nya-lah kamu (semua) akan dikembalikan?

23. Mengapa aku akan menyembah tuhan-tuhan selain Nya jika (Allah) Yang Maha Pemurah menghendaki kemudharatan terhadapku, niscaya syafaat mereka tidak memberi manfaat sedikitpun bagi diriku dan mereka tidak (pula) dapat menyelamatkanku?

24. Sesungguhnya aku kalau begitu pasti berada dalam kesesatan yang nyata.

25. Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhanmu; maka dengarkanlah (pengakuan keimanan) ku.

26. Dikatakan (kepadanya): “Masuklah ke syurga”. Ia berkata: “Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui.”

27. Apa yang menyebabkan Tuhanku memberi ampun kepadaku dan menjadikan aku termasuk orang-orang yang dimuliakan

28. Dan kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah dia (meninggal) suatu pasukanpun dari langit dan tidak layak Kami menurunkannya.

29. Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan suara saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati.

 

Kisah tiga orang Rasul tersebut berakhir pada ayat 29 dengan firman Allah swt yang menyatakan seluruh kaum tersebut dimusnahkan dengan satu teriakan suara yang dasyhat.

Ahli Tafsir menyatakan bahawa ketiga-tiga orang Rasul tersebut adalah hawari nabi Isa as yang diutuskan ke sebuah negeri yang dipercayai sebagai Antioch(kini berada di Turki). Mereka adalah Shadiq, Mashduq dan Syam’un. Pada masa itu, masyarakat Antioch menyembah berhala dan langsung tidak mengenal Allah swt.

Walaubagaimanapun, dakwaan yang menyatakan tiga Rasul tersebut adalah hawari-hawari Nabi Isa as ditolak sepenuhnya oleh Ibnu Kathir kerana bersandarkan kepada hadis Rasulullah saw yang pernah menyatakan bahawa tiada Rasul diutuskan di antara kerasulan Isa as dan baginda Rasulullah saw.

 

 

Artikel ini berkenaan dengan para nabi Allah swt yang tidak disebutkan dengan jelas dalam al-Quran namun ada sesetengah mereka diceritakan oleh Rasulullah saw dalam hadis dan sabdanya seperti Kisah Samson as. Nabi dan Rasul diutuskan Allah swt kepada setiap tamadun. Tidak terkecuali tamadun Yunani, Parsi, Mesir, China, Mesopotamia mahupun Indus. Namun, kisah mereka mungkin terhapus atau tidak direkodkan sepertimana kisah mereka direkodkan secara terperinci dalam al-Quran, Taurat mahupun Injil. Kepada umat Islam, tidak salah untuk kita mencari dan mengkaji dengan lebih lanjut para nabi yang tidak disebutkan dalam al-Quran namun berhati-hati kerana bimbang terpalit racun Israilliyyat.!

 

 

 

Fenomena ‘Supermoon’ 18hb March 2011 menyebabkan bencana Tsunami di Jepun?

Oleh: takusahrisau

 

Percaya atau tidak, tetapi statistik menunjukkan ia adalah benar!

 

Fenomena yang dikenali ‘Supermoon’(bulan mengambang penuh) telah menyebabkan beberapa bencana yang dashyat. Antara bencana tersebut adalah:

  • Tsunami Meulaboh– berlaku pada 26hb Disember 2004. Ia berlaku kurang dua minggu sebelum fenomena Supermoon berlaku pada Januari 2005.
  • Taufan Tracy– berlaku pada 25hb Disember 1974 sehingga memusnahkan Darwin, Australia. Ia berlaku kurang beberapa hari sebelum fenomena Supermoon berlaku.

Diramalkan bahawa fenomena serupa akan berlaku pada 18hh March 2011 di mana bulan mengambang akan berlaku manakala jarak bulan pula adalah ke-6 paling dekat sejak 1985.

Fenomena 'supermoon' banyak membuktikan banyak bencana alam besar berlaku.

 

 

 

Ekoran kombinasi fenomena bulan penuh dan jarak bulan yang dekat tersebut, saintis ternama Amerika Syarikat, Richard Nolle meramalkan banyak bencana alam akan berlaku sekitar 18hb March 2011. Menurut Richard Nolle yang menamakan fenomena ‘Supermoon’ pada 1979, jarak antara bumi dan bulan pada 18h March 2011 adalah 356,577 km.!

Ia menyebabkan bulan kelihatan cukup besar dan dianggarkan 30% sehingga 50% lebih besar daripada yang lazim dilihat apabila bulan mengambang.

Dalam sejarah, fenomena sebergini beberapa kali berlaku iaitu pada 1955, 1974, 1992, dan 2005. Keempat-empat tahun membuktikan bahawa bencana alam terbesar berlaku pada tahun tersebut.

Beberapa saintis konservatif tidak setuju dengan tanggapan bulan mempengaruhi iklim ekstrim dunia miskipun sedar bahawa bulan berpengaruh terhadap pasang-surut air di bumi.

Menurut mereka, kajian saintifik perlu untuk membuktikan bahawa bulan mempengaruhi iklim ektrem di bumi dan bukannya menganalisisnya berdasarkan statistik. Walaubagaimanapun, Richard Nolle tetap berkeras dengan teori yang dicetuskan beliau.

 

Artikel ini ditulis ekoran berlaku bencana alam tsunami dan gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter di Jepun yang sekarang mengorbankan 19 nyawa(setakat artikel ini ditulis). Ia berlaku seminggu sebelum fenomena ‘supermoon’ diramalkan berlaku.

(Terbaru) Tsunami di Jepun ekoran gempa bumi 8.9 skala Ricther!

Oleh: takusahrisau

  

Jepun dilanda bencana Tsunami ekoran gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter mengikut United State Geological Survey yang dikeluarkan semalam. Gempa bumi dilaporkan berlaku pada pukul 2.45 petang(waktu Tokyo) di timur Sendai, Kepulauan Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Terbaru, kerajaan Australia, Indonesia, Amerika Syarikat, China, Taiwan dan Filipina telah mengeluarkan amaran untuk berjaga-jaga ekoran tsunami yang dicetuskan oleh gempa bumi tersebut. Malaysia juga tidak terkecuali untuk menerima ancaman tsunami berdasarkan kekuatan gempa bumi tersebut. 

Berikut adalah video yang dirakam:

 

Setakat ini, dilaporkan seramai 19 orang disahkan meninggal dunia dan beberapa yang lain terperangkap dalam kejadian tanah runtuh. Tsunami yang melanda telah menyebabkan penduduk Tokyo kehilangan punca elektrik dan tentera telah diarahkan untuk memberi perkhidmatan terbaik.

Saintis menyatakan bahawa kejadian gempa bumi dan Tsunami ini adalah antara bencana alam terburuk dalam sejarah.

Di bawah adalah gambar-gambar kedasyhatan Tsunami yang melanda Jepun.

 



Gambar-gambar dipetik di www.dailymail.co.uk

 

 

 

 

Selanjutnya, pembaca boleh baca berita penuh dibawah(dipetik daripada Berita Harian):

 

TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo. Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. – Reuters

 

.