Fenomena ‘Supermoon’ 18hb March 2011 menyebabkan bencana Tsunami di Jepun?


Oleh: takusahrisau

 

Percaya atau tidak, tetapi statistik menunjukkan ia adalah benar!

 

Fenomena yang dikenali ‘Supermoon’(bulan mengambang penuh) telah menyebabkan beberapa bencana yang dashyat. Antara bencana tersebut adalah:

  • Tsunami Meulaboh– berlaku pada 26hb Disember 2004. Ia berlaku kurang dua minggu sebelum fenomena Supermoon berlaku pada Januari 2005.
  • Taufan Tracy– berlaku pada 25hb Disember 1974 sehingga memusnahkan Darwin, Australia. Ia berlaku kurang beberapa hari sebelum fenomena Supermoon berlaku.

Diramalkan bahawa fenomena serupa akan berlaku pada 18hh March 2011 di mana bulan mengambang akan berlaku manakala jarak bulan pula adalah ke-6 paling dekat sejak 1985.

Fenomena 'supermoon' banyak membuktikan banyak bencana alam besar berlaku.

 

 

 

Ekoran kombinasi fenomena bulan penuh dan jarak bulan yang dekat tersebut, saintis ternama Amerika Syarikat, Richard Nolle meramalkan banyak bencana alam akan berlaku sekitar 18hb March 2011. Menurut Richard Nolle yang menamakan fenomena ‘Supermoon’ pada 1979, jarak antara bumi dan bulan pada 18h March 2011 adalah 356,577 km.!

Ia menyebabkan bulan kelihatan cukup besar dan dianggarkan 30% sehingga 50% lebih besar daripada yang lazim dilihat apabila bulan mengambang.

Dalam sejarah, fenomena sebergini beberapa kali berlaku iaitu pada 1955, 1974, 1992, dan 2005. Keempat-empat tahun membuktikan bahawa bencana alam terbesar berlaku pada tahun tersebut.

Beberapa saintis konservatif tidak setuju dengan tanggapan bulan mempengaruhi iklim ekstrim dunia miskipun sedar bahawa bulan berpengaruh terhadap pasang-surut air di bumi.

Menurut mereka, kajian saintifik perlu untuk membuktikan bahawa bulan mempengaruhi iklim ektrem di bumi dan bukannya menganalisisnya berdasarkan statistik. Walaubagaimanapun, Richard Nolle tetap berkeras dengan teori yang dicetuskan beliau.

 

Artikel ini ditulis ekoran berlaku bencana alam tsunami dan gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter di Jepun yang sekarang mengorbankan 19 nyawa(setakat artikel ini ditulis). Ia berlaku seminggu sebelum fenomena ‘supermoon’ diramalkan berlaku.

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

4 responses to “Fenomena ‘Supermoon’ 18hb March 2011 menyebabkan bencana Tsunami di Jepun?”

  1. sharifahfaezahaladruce says :

    sumber?

  2. kayla pipit says :

    subhanallah..Allahu Akbar….”fenomena” sy percy krn ini adalah tanda2 yg diberikan oleh Allah kpd hambaNYA.

  3. shida says :

    Hanya tuhan yang tahu apa yang akan berlaku. kita tiada hak untuk mengandai-andaikan sebarang penyataan atau sangkaan. seperti ‘supermoon’…subhanallah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: