Tag Archive | Bunuh diri

Membunuh Diri dan Hukumnya..

Oleh: takusahrisau

 

 

Dan janganlah membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah adalah Maha Pembelas terhadap kamu.(an-Nisa’:29)

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita kematian rakan akrab Sosilawati iaitu Sarina Jaafar yang ditemui tergantung di dalam bilik tidurnya. Beliau yang juga pengasas kepada syarikat kosmetik Aweer Sdn. Bhd dipercayai membunuh diri akibat tekanan perasaan. Kematian Sarina Jaafar tidak sampai sebulan selepas kematian Sosilawati membangkitkan beberapa isu sehingga cuba dikaitkan dengan kematian Sosilawati. Namun, ia disangkal oleh polis dan keluarga allaryarhamah.

 

Sebenarnya, isu membunuh diri bukan sesuatu yang baru bagi masyarakat Malaysia. Di Malaysia,pihak berkuasa cuba menutup serapat-rapatnya isu yang membabitkan kematian akibat membunuh diri terutamanya di kalangan yang beragama Islam.! Kenapa demikian?

Membunuh diri bagi penganut Islam adalah perkara yang paling memalukan. Bukan sahaja kepada si mati tetapi juga kepada keluarga si mati. Masyarakat memandang si mati yang meninggal dunia akibat membunuh diri adalah jijik dan penuh dosa. Oleh itu, pihak berkuasa terpaksa menjalankan peranannya untuk tidak mendedahkan banyak maklumat mengenai si mati yang membunuh diri.

Larangan membunuh diri dalam Islam

Sebagai umat Islam, kita dilarang membunuh diri. Dalam sabda Rasullulah saw;

 “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR Bukhari dan Muslim)

 

Kesalahan tafsiran orang masyarakat

Membunuh diri bagi sesetengah masyarakat sering disalah anggap kerana mengistiyharkan perlakunya adalah murtad. Pandangan tersebut adalah tidak tepat sama sekali kerana perlakunya tetap Islam namun dia telah menjadi fasiq.

Pandangan yang salah ini mungkin berasal daripada hadis Rasullulah saw yang menyatakan haramnya si mati yang membunuh diri masuk syurga dan kekal di dalam neraka selama-lamanya. Hadis tersebut berbunyi bergini;

“Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Kesalahan menafsir hadis Rasullulah saw ini menyebabkan umat Islam yang cetek pengetahuan agamanya sentiasa berpandangan si mati yang membunuh diri adalah Murtad.

 

Jika si mati yang membunuh diri itu adalah fasiq, bagaimana pula penyempurnaan jenazah si mati?

Dalam kes membunuh diri, ramai ulama berpegang kepada firman Allah swt yang bermaksud:

Jangan sesekali kamu sembahyangkan sesiapa pun juga dari kalangan mereka yang mati, dan jangan kamu berdiri di atas kuburnya. Mereka itu kufur dengan Allah dan Rasul-Nya dan mati dalam keadaan fasik. (Surah al-Taubah 9:84)

Dalam firman Allah swt ini, ia adalah larangan Allah swt kepada Rasulullah swt daripada menyembahyangkan jenazah Abdullah bin Ubai, iaitu tokoh munafik ketika zaman Rasulullah saw.

Ia dikuatkan lagi dengan peristiwa di mana Rasulullah saw enggan menyembahyangkan jenazah si mati yang membunuh diri dalam hadis yang bermaksud:

Didatangkan kepada Rasulullah  lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, maka beliau(Rasulullah saw) tidak menyembahyangkannya.

Rasulullah saw enggan menyembahyangkan jenazah si mati bukan kerana memberi hukuman kepada si mati tetapi kerana ingin memberi peringatan kepada yang hidup supaya tidak sekali-kali mencari jalan pintas untuk membunuh diri.

Walaupun demikian, menyempurnakan jenazah adalah fardhu kifayah. Adalah menjadi harus untuk sesebuah masyarakat itu menyempurnakan jenazah tersebut miskipun diketahui si mati meninggal dunia kerana bunuh diri. Namun, seseorang pemimpin dilarang untuk hadir dalam solat jenazah kerana mengikut sunnah Rasulullah saw yang tidak menghadiri solat jenazah si mati yang membunuh diri. Waallahualam.

 

Amalan membunuh diri sebelum Islam

Pada zaman sebelum kamu ada seorang lelaki mendapat luka-luka, dia tidak sanggup menanggungnya, maka diambilnya pisa dan dihenjutkannya pisau itu ke urat nadi tangannya, maka darah pun tidak berhenti-henti mengalir, hinggalah dia mati. Maka berkatalah Allah: Hamba-Ku telah mendahului-Ku dengan(membunuh) dirinya, sebab itu Aku mengharamkan baginya syurga. (HR Bukhari dan Muslim)

Sememangnya membunuh diri telah menjadi budaya bagi masyarakat sebelum kedatangan Islam lagi. Bergitu ramai tokoh-tokoh zaman silam mengakhiri hayat mereka dengan membunuh diri. Dengan kedatangan Islam, ia telah mengubah dengan drastik amalan yang dilaknat oleh Allah swt ini.

Rasulullah swt sendiri mengancam orang yang bertindak membunuh diri kerana dengan membunuh diri, mereka terputus daripada rahmat Allah swt daripada masuk ke syurga kelak. Bahkan mereka akan kekal diazab di neraka buat selama-lamanya.

Seperti yang sudah maklum, banyak tokoh bertindak ‘mengambil’ nyawa mereka sendiri. Tokoh-tokoh tersebut terdiri daripada pelbagai profesion daripada seorang panglima kepada seorang raja. Maka tidak salah untuk mengatakan mereka adalah insan paling hebat pada zamannya. Mungkin tekanan perasaan adalah alasan utama, namun apa yang penting, pilihan sentiasa di tangan mereka.

 

Socratesmembunuh diri kerana dipaksa

Siapa yang tidak kenal dengan Socrates. Ahli falsafah kelahiran Yunani ini adalah insan paling berpengaruh pada zamannya. Idea-idea falsafahnya yang dianggap sesat pada zaman itu menyebabkan beliau dihukum membunuh diri dengan meminum racun. Socrates dengan bangga telah menerima hukuman itu. Legasi beliau tidak pernah padam sehingga dianggap sebagai bapa falsafah kepada ahli-ahli falsafah.

Socrates saat sebelum kematiannya.

 

Samsonmembunuh diri bagi menyelamatkan yang lain

Samson atau Sam’un adalah hakim yang ketiga terakhir sebelum Eli dan Samuel. Daripada tempoh penaklukan Nabi Yusyak as(Joshua) ke atas Kanaan(Palestin) pada 1200BC sehinggalah pembentukan Kingdom of Israel yang pertama pada 1030BC, Bani Israel tiada pemimpin tetap sepertimana puak-puak yang lain. Oleh itu, telah dilantik seorang yang berkelayakan untuk menjadi pemimpin mereka. Pemimpin tersebut dikenali sebagai hakim atau judge. Mereka yang dilantik ini bagaikan seorang raja kepada bangsa bani Israel ketika itu.

Salah seorang daripada mereka adalah Samson. Samson adalah lelaki perkasa dengan tubuh badan yang sasa. Keperkasaan Samson persis watak Hercules daripada tamadun Yunani dan Badang dalam cerita dogengan melayu. Dikatakan Samson mampu mengalahkan ribuan tentera Palestin dengan hanya bersenjatakan rahang keldai. Keperkasaan Samson adalah anugerah dan mukjizat Allah swt kepadanya. Kegagahan Samson mengundang kegusaran kepada musuh ketatnya, Palestin(ketika itu menyembah bahala).

Diketahui bahawa keperkasaan Samson dapat dilemahkan dengan mengerat rambutnya. Dengan itu, seorang perempuan bernama Delilah telah dihantar untuk melaksanakan misi tersebut. Akhirnya, Samson telah dilemahkan dan Allah swt menarik balik mukjizat yang dikurnaikan kepadanya.

Samson ditangkap dan diseksa dengan kedua-dua biji matanya dicungkil keluar. Samson dipaksa bekerja untuk memutarkan roda kisar(treadmill) yang biasanya lembu yang digunakan untuk memutarkannya.

Dalam satu upacara penyembahan kepada dewa pagan Palestin iaitu Dagon, Samson akan dikorbankan. Samson yang rambutnya telah memanjang telah berdoa kepada Allah swt supaya mengembalikan kembali kekuatan yang telah diberikan kepadanya dahulu. Allah memperkenankan doanya dan Samson dikatakan ‘membunuh diri’ bersama 3000 orang Palestin dengan bertindak meruntuhkan tiang-tiang kuil tersebut.

Samson bertindak membunuh diri bersama-sama 3000 orang Palestin

 

Hannibalmaut meminum racun

Dek kerana takut jatuh ke tangan musuh, Hannibal mengakhiri nyawanya dengan meminum racun. Hannibal adalah panglima yang bertanggungjawab mengucar-kacirkan empayar Romawi sekitar 100 tahun sebelum masihi. Antara peperangan Hannibal dengan empayar Rom yang paling diingati adalah siri peperangan Punic, Perang Tasik Trasimene dan Peperangan Zama. Sejarahwan ketenteraan purba, Theadore Ayrault Dodge mengelarkan Hannibal sebagai bapa kepada strategi tentera kerana taktik dan strategi yang digunakan Hannibal yang pada mulanya seperti tidak masuk akal tetapi memberi impak kemenangan kepadanya. Ini telah dirakamkan dalam peperangan dengan Rom apabila Hannibal dan tenteranya menyeberangi pengunungan Alps dengan gajah-gajah Afrika sehinggakan tentera Legion Rom terkejut dengan kehadiran tentera-tentera berkulit hitam itu di empayarnya. Hannibal diletakkan sebaris dengan pakar strategi ketenteraan moden yang lain seperti Napolean Bonaparte dan Duke of Wallington.

 

Hannibal merentasi pergunungan Alps

Queen of Boudica-membunuh diri dalam mempertahankan puaknya

Queen Boudica adalah isteri kepada salah seorang raja Britain yang pernah bersengkokol dengan empayar Rom semasa pencerobohan Londonium(sekarang London). Akibat daripada peperangan itu, suami Boudica meninggal dunia. Merasakan Queen Boudica tidak mampu untuk menentangnya, Rom telah memungkiri janjinya untuk memberi pembahagian tanah yang adil.

Boudica bangkit menentang Rom mewakili puaknya, Iceni. Akibat penentangan Boudica, Londonium terbakar teruk dan hampir lumpuh. Rom yang mula sedar kekuatan pimpinan Boudica telah bangkit menyerang secara besar-besaran puak Iceni. Boudica merasa kekalahan makin menghambat lalu membuat keputusan untuk membunuh diri dengan meminum racun.

Sehingga kini, Boudica diingati sebagai antara panglima wanita paling berpengaruh di samping seorang lagi penglima wanita daripada Perancis, Joan of Arc.

 

Queen Boudica mengetuai puak Iceni melawan Rom

Matlamat tidak menghalalkan cara

Walaubagaimanapun alasan diberikan, matlamat tidak akan menghalalkan cara. Mengikut sejarah, ramai yang membunuh diri kerana tidak mahu kelihatan lemah apabila ditangkap musuh seperti Queen Boudica. Dan ada juga tokoh-tokoh yang membunuh diri bagi menyelamatkan rakyatnya sepertimana Samson. Namun, matlamat tidak menghalalkan cara. Dalam Islam, yang haram tetap haram. Tiada kompromi terhadapnya.

Sebagai seorang beragama Islam, janganlah kita mudah keciwa atas sesuatu kejadian. Anggaplah ia sebagai ujian kepada kita. Percaya pada Qada dan Qadar. Urusan hidup dan mati adalah hak milik mutlak Allah swt. Biar Allah swt sahaja yang menentu saat mana kita meninggal dunia. Janganlah sesekali melawan urusan Allah swt itu. Buruk akibatnya, hina kematiannya. Sebagai sesama Islam, beringatlah dan beramal solehlah nescaya kita akan terhindar daripada amalan yang merosakkan akidah ini. InsyaAllah.

 

~Hadis-hadis berkaitan dengan hukum bunuh diri dipetik daripada buku Dr. Yusuf al-Qardawi terjemahan Syed Ahmad Semait yang bertajuk ‘Halal dan Haram Dalam Islam’ pada muka surat 535.

Hutan Aokigahara-Hutan Bunuh Diri?

salah satu 'pemandangan indah' di hutan Aokigahara!

Hutan Aokigahara.. Hutan ini yang turut dikenali See of Trees terletak di Gunung Fuji,Jepun. Gunung Fuji sentiasa dikaitkan sebagai gunung paling suci bagi rakyat Jepun.  Oleh yang demikian, ada di kalangan mereka bertindak ‘mencabut nyawa’  masing-masing di sini. Bagi orang Jepun, bunuh diri telah menjadi sebahagian daripada budaya mereka. Masakan tidak, ketika WWII, ramai tentera jepun meninggal disebabkan amalan Harakiri dan Kamekaze.

Sanggupkah anda berkhemah di sini?

Mereka mengakhiri riwayat di tali gantung.

Hutan Aokigahara menjadi tempat paling popular di Jepun untuk bunuh diri. Pada 2002, 78 mayat ditemui dengan pelbagai keadaan. Ia meningkat berbanding 73 mayat ditemui pada tahun 1998. Bagaimanapun, pada tahun 2003, sebanyak 100 mayat ditemui. Pada tahun berikutnya, kerajaan Jepun tidak membenarkan hebahan jumlah mayat ditemui,bimbang ia menarik minat ramai lagi untuk membunuh diri. Ramai di kalangan mereka memilih untuk mengantung diri dan tidak kurang daripada mereka bertindak dengan meminum racun! Hutan yang sunyi dan bertemankan bunyi cengkerek ini menjadi tempat paling sesuai bagi rakyat Jepun untuk menamatkan riwayat mereka.

Hanya tinggal rangka.

FILEM

Pada tahun 2010, Filem berjudul The Forest arahan Shan Serafin mengisahkan roh yang membunuh diri di Aokigahara menghantui seorang model.

Awal sebelum itu, pada tahun 2004, filem Jyukai: See of Trees Behind Mt. Fuji arahan Takimoto Tomoyuki yang  mengisah 4 sekawan membuat keputusan gila untuk membunuh diri di Aokigahara. Tomoyuki memberitahu media ketika satu temubual, beliau menjumpai satu dompet yang terisi duit sebanyak 370,000 yen(3760 dollar Amerika) ketika pengambaran di sini. Tidak habis dengan itu, beliau menjumpai bermacam-macam barang seperti kad kredit, lesen memandu dan pas keretapi!

Mereka tidak sempat untuk 'mengemas' barang-barang mereka.

~ Maaf jika ada sesetengah gambar berkategori Seram dan Ngeri..