Archive | November 2012

Fenomena Pelik di Benua Antartika..

Oleh: takusahrisau

 

Antartika adalah benua paling terpencil di dunia.  Namun, ia tidak ‘terpencil’ daripada mengalami pelbagai fenomena pelik dan ganjil. Baru-baru ini sekumpulan saintis yang berpengkalan di Neumayer Station III telah berjaya merakamkan rangkaian fenomena ganjil daripada tarikah 21 November 2012 sehingga 29 November 2012. Setakat ini, tiada jawapan yang jelas mengenai fenomena ini.

Walaubagaimanapun, kita boleh mengagak bahawa ia berlaku disebabkan salah satu daripada sebab di bawah:

–  Fenomena semulajadi yang biasa berlaku di Antartika, namun kini baru berjaya dirakam.

–  Cahaya matahari yang menyinari awan telah membiaskan serta memantulkan cahaya tersebut apabila terkena ais dan wap.

–  Fros yang terdapat pada len kamera.

–  Kualiti rakaman kamera yang tidak bermutu.

–  Exposure yang melampau(kamera).

 

3

Untitled

Untitled

Wajah-Wajah Syahid Pemimpin Utama Hamas..

Oleh: takusahrisau

Mungkin rejim Israel merasakan mereka telah berjaya mencapai matlamat apabila terbunuhnya pemimpin sayap tentera Hamas, Briged al-Qassam iaitu Ahmed Jabari pada 14 November 2012. Namun, hakikatnya mereka belum lagi berjaya kerana sejarah mencatatkan pemimpin Hamas sering diganti dengan mereka yang mempunyai hati yang cekal dan sanggup syahid kerana agama.

Berdekad-dekad sudah, Israel laknat sering mensasarkan pemimpin utama Hamas sebagai tindakan balas dendam dan merendahkan moral mujahiddin Islam Palestin. Namun, ia sedikit pun tidak menjejaskan para mujahiddin daripada segi fizikal dan rohani.

Pertolongan Allah swt adalah segala-galanya. Siapa sangka, berpuluh ribu roket dan serangan udara dilancarkan oleh Israel ke Gaza saban hari dan membunuh beribu rakyat Palestin di Gaza, dunia mencatatkan statistik kelahiran di Gaza adalah ketujuh tertinggi di dunia dengan kadar peratusan 3.2% setiap tahun. Apa yang lebih menarik, Gaza adalah wilayah paling bergolak dan mencatatkan kematian antara paling banyak di dunia berbanding enam negara yang berada di atasnya

1) Asy Syahid Ir Imad Aqal, syahid pada 24 hb November 1993, seorang yang genius dan antara perintis penciptaan bom dan roket untuk kegunaan Mujahiddin Palestin.

2) Asy Syahid Syeikh Ahmad Yaasin, syahid pada 22 hb Mac 2004, seorang pengasas Hamas dan seorang yang sangat alim dan warak.

3) Asy Syahid Ir Yahya Ayyash, syahid pada 5 hb Januari 1996, seorang jurutera yang digelar oleh pengganas Israel sebagai ‘the engineer’. Mempelopori taktik serangan bom syahid atau ‘suicide bomber‘.

4) Asy Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi, syahid pada 17 hb April 2004, seorang pemimpin Hamas yang disayangi rakyat. Dilantik selepas pembunuhan Sheikh Ahmad Yaasin oleh pengganas Israel. Tidak lama selepas perlantikan, beliau menemui sang pencipta akibat serangan bunuh tentera laknat Israel.

5) Asy Syahid Dr Said Syiam, syahid pada 15 Januari 2009, seorang pemimpin tertinggi Hamas selepas pembunuhan Sheikh Ahmad Yaasin dan Abdul Aziz Rantisi. Antara tiga pemimpin yang dikatakan akan mengetuai Hamas. Menubuhkan angkatan tentera yang dikenali The Executive Forceyang dianggap angkatan tentera elit di Gaza.

6) Asy Syahid Al-Qaid, Ahmad Al-Jabari, syahid pada 14 November 2012, seorang pemimpin sayap tentera parti Hamas, Briged Al-Qassam. Pemimpin tertinggi yang paling terbaru menjadi mangsa serangan bunuh pengganas Israel. Pernah menggemparkan dunia apabila mencabar rejim Israel menyerahkan 1,067 banduan Palestin untuk ditukarkan dengan askar muda Israel yang diculiknya.

“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki” (surah Ali Imran ayat 169)

Iron Dome milik Israel dan Roket al-Qassam milik Hamas..

Oleh: takusahrisau

Iron Dome

Teknologi penangkis roket, Iron Dome dianggap oleh Israel sebagai senjata paling ampuh untuk meminimumkan kerosakan dan kematian akibat hentaman roket milik Hamas, al-Qassam. Teknologi yang dibangunkan oleh firma Rafael Advanced Defence Systems menggunakan teknologi radar dan sensor automatik.

Sistem pertahanan terbaru milik Israel ini dicipta untuk menangkis roket jarak dekat dan mortar 155 mm  yang mana mampu mencapai jarak 70 kilometer. Kelebihan Iron Dome adalah mampu beroperasi pada waktu siang dan malam dan mempunyai ketahanan di keadaan cuaca yang buruk. Senjata ini sangat responsif apabila mampu memberi tindakbalas hanya dalam beberapa detik.

Iron Dome

Iron Dome direka dengan mempunyai tiga elemen pusat:

  • Pengesanan & Penjejakan Radar: Sistem radar dibina oleh ELTA, sebuah syarikat pertahanan Israel.
  • Pengurusan & Kawalan Senjata Pertempuran (BMC): pusat kawalan yang dibina oleh mPrest Systems, sebuah syarikat perisian Israel.
  • Penembakan Misil Unit: unit pelancaran peluru berpandu pemintas Tamir, dilengkapi dengan sensor elektro-optik dan sirip boleh ubah untuk pergerakan pantas. Peluru berpandu ini dibina oleh syarikat Rafael Advanced Defence Systems.

Iron Dome adalah gelaran kepada “Dual-Mission Counter Rocket, Artillery and Mortar and Very Short Range Air Defense System“. Ia telah dicipta pada tahun 2007 setelah Israel menerima banyak hentaman roket daripada Hamas daripada jalur Gaza.

Radar milik Iron Dome berfungsi dengan radius hampir 40 batu. Apabila sebarang ancaman roket dikesan, informasi tersebut akan dihantar ke Pengurusan Tempur dan Trak Pengawal. Di sini, informasi tersebut akan dinilai samada untuk menangkis atau membiarkan sahaja roket tersebut meletup.

Jika informasi tersebut dinilai sebagai satu ancaman, data tersebut akan dihantar pula ke Unit Penangkis di mana Pelancar Roket yang diprogramkan akan serta merta memberi isyarat untuk aktif. Roket yang dilancarkan akan mengesan roket milik Hamas berdasarkan sensor haba yang dipasang khas di badannya.

Menurut Israel Defensive Force(IDF), kadar ketepatan Iron Dome begitu tinggi iaitu mencapai 90%. Ia menutup kritikan pelbagai pihak yang mengatakan Iron Dome terlalu mahal terutama dibandingkan dengan roket Hamas yang setiap satu hanya berharga $800.

Roket al-Qassam

Roket al-Qassam adalah senjata utama milik Briged al-Qassam iaitu cabang utama parti pemerintah Gaza, Hamas. Roket al-Qassam mempunyai beberapa kategori berbeza iaitu al-Qassam I, al-Qassam II, al-Qassam III dan al-Qassam IV.

Dianggap sebagai senjata moden tapi primitif oleh Israel dan sekutunya Amerika Syarikat, roket ini dianggap lebih kepada bunga api daripada roket pemusnah. Namun, hakikatnya roket ini begitu sofitikated sebagai senjata pemusnah terutama apabila ia tepat mengenai sasaran. Ia diakui oleh Kolonel Richard Kemp daripada Royal United Servises Institute.

“They are cheap, basic but nonetheless effective, they are not the fireworks that people sometimes say they are. They are very effective if they hit their target.”

Qassam I:

Roket ini mempunyai berat  77 pound, mempunyai diameter 4.5 inci, panjang 6 kaki serta mampu mencapai jarak maksimum 1.86 batu. Kepala peledaknya adalah seberat 18 pound. Sasaran utama adalah Sderot dan sekitarnya. Setakat ini, roket Qasssam I adalah roket paling banyak digunakan untuk membalas serangan rejim zionis.
Qassam II:

Roket ini mempunyai berat  88 pound, mempunyai diameter 4.5 inci, panjang 6 kaki serta mampu mencapai jarak maksimum 4.35 batu. Kepala peledaknya adalah seberat 8.8 pound. Sepertimana Qassam I, Qassam II digunakan untuk menghentam wilayah Sderot dan sekitarnya.
Qassam III:

Roket ini mempunyai berat  110 pound , mempunyai diameter 4.5 inci, panjang lebih 8 kaki dan mampu mencapai jarak maksimum sehingga 6.21 batu. Qassam III mengandungi peledak seberat 17.6 pound. Qassam III mampu mencapai sasaran sehingga ke Askelon dan kawasan sekitarnya.

Qassam IV:

Roket ini mempunyai berat  daripada 88 hingga 110 pound , mempunyai diameter sebanyak 4.5 inci, panjangnya lebih 8,5 kaki dan mampu mencapai jarak maksimum 9 batu bahkan ada yang mencapai lebih jauh daripada itu. Kepala peledaknya mempunyai berat sehingga 22 pound. Qassam IV mampu mencapai Ashkelon dan mempunyai kekuatan dalam pencapaian jarak dengan teknologi yang semakin membangun.

Perkembangan seterusnya

Dengan bantuan dana Amerika Syarikat tanpa henti, Israel sedang melalui proses pembinaan sistem penangkis roket yang dikenali Sistem Pertahanan Pelbagai Lapisan (Multi-Layered Defence Systems) iaitu David’s Sling atau Magic Wand. Sistem ini bertindak untuk menangkis dan memintas roket jarak sederhana dan bakal beroperasi secara efektik pada tahun 2015. Secara mudah, Sistem Pertahanan Pelbagai Lapisan merangkumi sistem penangkis roket pelbagai jarak iaitu jarak dekat, jarak sederhana dan jarak jauh. Iron Dome adalah sistem pertahanan lapisan pertama yang telah digunapakai sekarang.

Dalam menangani kemungkinan roket jarak jauh milik Iran, Israel dalam pembinaan teknologi penangkis roket jarak jauh yang dikenali Arrow 2 dan Arrow 3. Firma terkenal daripada Amerika Syarikat iaitu U Boeing berkerjasama dangan Israel Aerospace Industries (IAI) untuk melengkapkan sistem pelbagai lapisan iaitu ‘lapisan’ terakhir yang mensasarkan roket jarak jauh.

Apabila siapnya Arrow 2 dan Arrow 3, maka sistem pertahanan pelbagai lapisan yang ‘dicipta’ oleh Israel dan Amerika Syarikat yang semata-mata untuk mempertahankan tanah haram Israel akan lengkap sepenuhnya. Dengan itu, lapisan imaginasi akan menggunakan penangkis misil Iron Dome di lapisan pertama, lapisan kedua pula menggunakan penangkis misil Magic Wand dan lapisan terakhir akan menggunakan penangkis misil Arrow 2 dan Arrow 3.

Di pihak Hamas pula, pengkaji dan penganalisis perang daripada Barat terutama pro-Zionis menganggap Hamas sebagai paksi utama pangganas.  Namun, hakikatnya Hamas yang kemudiannya Briged al-Qassam, tertubuh sebagai tindak balas terhadap aksi kejam rejim Israel terhadap masyarakat Islam Palestin.

Hamas dan Briged al-Qassam bergantung sepenuhnya dengan keberanian pejuangnya menyeludup masuk peralatan keperluan perang melalui terowong-terowong tikus di sekitar jalan masuk Mesir dan Gaza.

Beberapa penganalisi mendakwa Iran dan Rusia adalah pengimport utama peralatan dan kelengkapan perang kepada Hamas dan Briged al-Qassam. Dakwaan tersebut mungkin ada benarnya apabila Iran dan Rusia sering dilihat menyebelahi Palestin apabila berlaku krisis Palestin-Israel.

Dengan pembelian teknologi daripada Rusia, Hamas telah mampu untuk memiliki roket berjarak lebih jauh daripada roket temporari al-Qassam.

Roket ini adalah kembar kepada roket Katyusha milik Rusia yang dikenali sebagai roket Grad. Roket ini mampu mencapai jarak sehingga 12.75 km hingga 20 km. Roket Grad yang diubahsuai mampu mencapai sasaran 48km daripada titik perlancarannya. Ini bermakna roket ini berkemampuan untuk memusnahkan sasaran di Ashdod, Kiryat Gat, Barsheva dan Yavne. Setiap wilayah tersebut mempunyai populasi lebih 30,000 orang penduduk kecuali Yavne.

Miskipun berfahaman Syiah, Iran adalah satu-satunya negara Islam yang menunjukkan sokongan dengan memberi bantuan senjata kepada pejuang Hamas. Roket Hamas seperti roket Fajr adalah buatan Iran yang dieksport khas ke Gaza.

Kemampuan roket Fajr sangat mengujakan. Kuasa ledakan cukup untuk memusnahkan kawasan di bandar yang berkepadatan tinggi di Israel seperti Tel Aviv(405,000), Rishon Lezion(232,500) dan Be’er Sheva(196,500). Generasi Fajr terbaru iaitu Fajr-5 dikatakan dalam pembinaan di sekitar lokasi rahisa Palestin. Menurut laporan risikan Israel dan CIA, pembinaan Fajr-5 dilakukan secara sulit dan dibina sepenuhnya di bawah tanah. Kuasa lonjakan roket Fajr-5 mampu mencapai jarak 75km hingga 80km daripada titik pusat perlancarannya.

Tapak pembinaan roket Fajr-5 di lokasi rahsia di Palestin

Kos yang tinggi

Kemampuan roket Hamas berbanding penangkis misil balistik Iron Dome adalah berdasarkan kepada kos pembinaan setiap satu. Sebuah roket milik Hamas hanya berharga $800  manakala sebuah roket penangkis Iron Dome masing-masing berharga $50,000 setiap buah.

Ini bermakna setakat hari Khamis yang lalu sejak krisis Gaza bermula, Hamas telah melancarkan 250 buah roket ke bandar-bandar di Israel. Roket Hamas telah berjaya dipintas sebanyak 90 buah oleh Iron Dome. Hamas telah mengalami kerugian sebanyak $72,000 manakala Israel telah membelanjakan sebanyak $4.5 juta untuk menangkis serangan roket Hamas.

Baki 160 buah roket milik Hamas tidak dipintas oleh Iron Dome kerana roket tersebut didakwa jatuh ke tanah lapang, kebun dan laut. Hakikatnya, mereka tidak mampu untuk memintas keseluruhan roket milik Hamas dek kerana setiap satu roket pemintas berharga 60 kali ganda daripada sebuah roket Hamas.

Ironinya, Israel yang bercakap besar mengenai kekuatan dan ketepatan Iron Dome telah menerima tamparan apabila tiga rakyat mereka maut dan ramai lagi cedera akibat hentaman roket Hamas.

Perkuburan Baqi’ Rosak Teruk Akibat Dilanda Hujan Lebat..

Oleh: takusahrisau

 

Jabatan Perbandaran Madinah telah memulihkan beberapa kubur di Perkuburab Baqi setelah rosak teruk berikutan hujan lebat yang melanda Madinah baru-baru ini, beritahu wakil menteri Jabatan Perbandaran Madinah, Salih Al-Qadhi.

Batu-batu yang menjadi tanda pada beberapa kubur telah dihanyutkan. Beberapa kubur perlu dikambus semula dengan tanah untuk mengekalkan kesucian orang mati.

Sistem perparitan di sekitar kubur telah dibuat dan beroperasi dengan baik dan tiada air bertakung akibat hujan, katanya.

Wajah Melayu semasa Protes Besar-Besaran Di Masjid Al-Azhar..

Oleh: takusahrisau

 

Serangan ganas rejim laknat Israel ke atas bandar Gaza telah dikutuk oleh seluruh umat Islam di dunia. Operasi yang bermula Rabu lalu telah membunuh hampir 30 nyawa penduduk Palestin. Mensasarkan gudang-gudang penyimpanan senjata Hamas, Israel telah mengerahkan 75,000 tentera simpanan mereka untuk bersiap-siaga dengan kemungkinan serangan balas pejuang Hamas.

Kerahan tentera simpanan yang dipersetujui oleh kabinet Israel memberi isyarat konflik terbaru ini semakin memburuk.

Ketakutan Israel yang disokong kuat oleh kuasa besar dunia itu jelas apabila tentera-tentera simpanan mereka kelihatan mengawal di setiap laluan masuk utama ke Israel.

Setakat ini, Hamas telah melancarkan 196 roket pelbagai jenis ke bandar-bandar berpopulasi padat di Israel. Namun, 99 roket telah berjaya dipintas oleh unit pemintas roket, Iron Dome yang setiap satu berharga USD 50,000. Menurut laporan, tiga nyawa penduduk Israel telah melayang manakala yang lain mengalami trauma yang teruk.

Miskipun Israel membedil Gaza dengan jet pejuang, pejuang Hamas membedil bandar di Israel dengan roket pelbagai jenis. Separuh daripadanya singgah ke bumi Israel.

Reaksi balas Hamas telah mendapat reaksi yang baik daripada Presiden baru Mesir, Mohamed Morsi yang berkata,

“Mesir tidak akan sesekali membiarkan Gaza keseorangan, dan apa yang berlaku di sana adalah tindakan agresif(Israel) terhadap kemanusiaan”

Mesir telah menarik dutanya ke Israel dan ini mengeruhkan lagi hubungan Mesir-Israel yang selama ini  terjalin erat semasa pemerintahan rejim Hosni Mubarak.

Sokongan Morsi terhadap pejuangan rakyat Palestin mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam Mesir. Ribuan telah menunjuk perasaan selepas solat jumaat semalam di Masjid Al-Azhar, Kaherah.

Dalam ribuan kebangkitan rakyat Mesir tersebut, kelihatan wajah Melayu terselit di celah-celah sekelompok manusia.

Gaza Diserang Hebat..Membunuh Ketua Briged al-Qassam, Ahmed Jabari..

oleh: takusahrisau

Apabila umat islam di seluruh dunia sibuk untuk menyambut tahun baru Hijrah, umat Islam di Palestin huru-hara apabila ‘menyambut’ serangan roket rejim Israel. Pada hari Rabu semalaman (14 hb November 2012), Israel telah melancarkan serangan roket besar-besaran ke bumi Gaza sejak kali terakhir melancarkan serang sedemikian rupa pada empat tahun lalu.

Serangan ganas tersebut mensasarkan beberapa fasiliti milik pejuang Hamas seperti gudang simpanan roket jarak jauh Fajr yang mampu mencapai Tel Aviv. Operasi yang digelar Operation Pillar of Defense setakat ini telah memusnahkan gudang simpanan pelancar roket dan membunuh Ketua Sayap Hamas yang dikenali Briged al-Qassam iaitu Ahmed Jabari, 46. Turut sama maut adalah anak lelaki Ahmed Jabari dan seorang pegawai peribadi.

Ahmed Jabari sudah lama menjadi target man oleh Israel selepas beliau bertanggungjawab menculik seorang tentera Israel, Gilad Shalid pada 2006 untuk ditukarkan dengan 1027 orang banduan Palestin.

Ahmed Jabari dan Gilad Shalit

Serangan Israel telah mendapat tindak balas serupa oleh pejuang Palestin apabila melancarkan 95 roket di utara Israel pada malam Rabu. 30 roket yang dilancarkan berjaya disekat oleh sistem pertahanan roket Isreal, Iron Dome .  Susulan serangan tersebut 13 rakyat Israel cedera dan beberapa yang lain trauma.

Serangan Israel ke atas Gaza ditakuti bakal menimbulkan konflik terbaru di wilayah bergolak tersebut. Apa yang pasti ia mungkin menjadi ‘kesinambungan yang berterusan’ kepada konflik Arab yang mula tercetus semenjak Arab Uprising sejak tahun lepas.

Misteri Yang Menyelubungi Patung Sphinx di Giza, Mesir..

Oleh: takusahrisau

Misteri berkisarkan patung Sphinx kerap diutarakan oleh ramai pengkaji dan pengemar tamadun Mesir Purba. Patung unik yang berfizikal wajah manusia dan berbadan singa itu memiliki ketinggian 20.22 meter, 73.5 meter panjang dan 19.3 meter lebar. Dengan rekod begitu, ia dianggap sebagai antara patung yang terbesar di dunia dan patung paling besar yang dibuat daripada batu oleh manusia. Miskipun demikian, misteri berkenaan dengan patung Sphinx masih menjadi perdebatan terutama berkaitan dengan perkara asas tentangnya seperti tarikh dan siapakah yang bertanggungjawab membinanya.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Gelaran dan Nama

Orang Mesir dan Arab menggelarkan Patung Sphinx sebagai Abu al-Hul yang membawa maksud Bapa Ketakutan. Ia digelar sedemikian rupa oleh kerana wajah patung dan badannya yang pelik serta saiznya yang menggerunkan.

Seorang penulis Arab zaman pertengahan, al-Maqrizi menggelarnya sebagai Balhib. Al-Maqrizi yang aktif menulis berkaitan Mesir purba mungkin menggunakan istilah tersebut kerana dipengaruhi oleh bahasa Coptik yang mana menjadi bahasa dominan semasa awal perkembangan Islam di Mesir.

Pliny the Elder(23AD-79AD) dalam bukunya Naturalis Historia menulis berkenaan patung Sphinx sebagai simbol ketuhanan masyarakat Mesir, sehinggakan masyarakat Mesir perlu menghormatinya dengan tidak berbuat bising apabila berhampiran dengannya. Menurut Pliny the Elder lagi, Hermes(ada pendapat mengganggapnya Nabi Idris as) dikebumikan di dalamnya.

Pliny the Elder

Sebenarnya tiada nama rasmi kepada Patung Sphinx kerana masyarakat Mesir Purba hanya diketahui menggelarnya sebagai Horemakhet. Istilah Horemakhet yang membawa maksud Horus of Horizon muncul semasa Dinasti New Kingdom sedangkan ahli arkeologi dan Egyptologi bersependapat bahawa ia dibina semasa Dinasti Old Kingdom oleh Khafre.

Miskipun demikian, beratus-ratus makam dan inkripsi di Giza yang kebanyakannya bertarikh 4500 tahun yang lampau, tiada satu yang menceritakan perihal Patung Sphinx ini. Seorang Egyptologis daripada Brown University berkata,

 “The Egyptians didn’t write history, so we have no solid evidence for what its builders thought the Sphinx was certainly something divine.

Tarikh Pembinaan Patung Sphinx

Sebagaimana dengan namanya, tiada tarikh yang tepat berkenaan bilakah patung Sphinx dibina dan disiapkan. Namun, pendapat yang digunakan pada masa kini mengatakan ia dibina oleh Khafre(2520 SM–2492 SM). Miskipun begitu, seorang berbangsa Inggeris yang juga seorang Egyptologis terkenal,  E. A. Wallis Budge menulis dalam bukunya The Gods of the Egyptians, beliau menulis,

Objek yang menakjubkan (Great Sphinx) ini telah wujud di zaman Khafre (atau Khephren),  dan ia besar kemungkinan adalah lebih tua daripada pemerintahannya yang bermula daripada akhir tempoh kuno(sekitar 2686 SM)”

Pendapat Budge ini seakan-akan cuba mempertikaikan tarikh sebenar yang telah disepakati oleh ahli arkeologi. Zaman kuno adalah tempoh masa pemerintahan dinasti purba Mesir yang mana beberapa pemerintah Mesir terkenal seperti Khafre dan Khufu mendominasi Lembah Sungai Nil. Zaman Dinasti Kuno atau Old Kingdom Age dipercayai bermula 2686 SM dan berakhir pada 2181 SM.

Sebelum Zaman Dinasti Kuno, Zaman Dinasti Awal atau Early Dinasty Period telah pun bertapak. Tarikh bermulanya dinasti ini adalah 3100 SM dan berakhir pada 2686 SM. Pemerintahan Zaman Dinasti Awal pada awalnya berpusat di Abydos sebelum berpindah ke Memphis.

Pada zaman ini, tulisan Hiroglif baru sahaja dicipta namun ramai tidak pasti bagaimanakah ia dipertuturkan. Begitu juga dengan seni ukiran dan senibina. Binaan yang dikenali Mastaba menjadi perintis kepada pembinaan piramid kemudian hari. Ia berkembang seiring dengan kemajuan tamadun tersebut. Apa yang pasti, Zaman Dinasti Awal ini memiliki teknologi diluar jangkaan ramai orang.

Binaan Mastaba yang berusia 2000 hingga 3000 tahun sebelum masihi

Binaan Zaman Nabi Nuh as?

Pendapat ini miskipun sukar untuk diterima namun ada juga benarnya. Seorang penulis buku berunsur konspirasi dan misteri, Robert Washeth dalam bukunya Snake Space mengemukakan teori bahawa patung Sphinx bersama-sama piramid telah dibina jauh lebih lama daripada Khufre bahkan lebih lama lagi daripada Zaman Dinasti Awal(3100SM-2686).

Washeth mengandaikan bahawa proses luluhawa dan hakisan yang teruk tidak mungkin berasal daripada proses semulajadi. Perbandingan paling mudah adalah dengan piramid Agung Giza yang terletak tidak jauh daripada patung Sphinx. Ia langsung tidak mengalami proses hakisan yang teruk sebagaimana patung Sphinx. Begitu juga dengan lain-lain monumen yang seusia dengan patung Sphinx.

Lebih jauh daripada itu, Washeth percaya bahawa Patung Sphinx telah dibina lebih 11,000 tahun yang lampau iaitu semasa zaman Nabi Nuh as. Proses hakisan yang teruk di beberapa bahagian patung Sphinx adalah disebabkan oleh kejadian banjir besar yang berlaku semasa zaman Nabi Nuh as.

Pendapat ini disokong oleh seorang profesor daripada University of Boston, Dr. Robert M. Schoch yang menyatakan bahawa patung Sphinx berasal daripada tamadun Antedeluvian iaitu tamadun sebelum kejadian Banjir Besar Nabi Nuh.

Dr. Robert Schoch

Dr. Schoch mengemukakan bukti yang cukup kukuh untuk mengesahkan teori beliau. Dr. Schoch dalam penyelidikan dan kajiannya menyatakan terdapat kesan hakisan yang berpunca daripada air yang cukup besar di hampir keseluruhan patung tersebut.

Dr. Schoch mempertikaikan bagaimana air boleh ‘berada’ di bumi gersang di pinggir Padang Pasir Sahara kerana hasil rekod menyatakan air boleh didapati dengan kadar yang banyak di sini paling kurang 5,000 tahun yang lampau.

Persoalannya, bagaimana hakisan air boleh berlaku pada patung Sphinx itu. Melalui kajian tersebut, Dr. Schoch mempertikaikan segala fakta yang menyatakan patung Sphinx dibina oleh Khufre pada Zaman Dinasti Kuno. Dr. Schoch tidak menolak bahawa hakisan air pada patung Sphinx adalah disebabkan curahan hujan tidak henti-henti dan hasil rendaman yang begitu lama semasa kejadian Banjir Besar Nabi Nuh as.!

Menurut Dr. Schoch, hakisan disebabkan air menyebabkan kesan hakisan secara menegak.

Perbandingan antara hakisan disebabkan air dan angin.

Paling teruk hakisan yang berlaku di Mesir adalah disebabkan oleh angin dan bukannya air. Namun, patung Sphinx menunjukkan ia mengalami nasib yang sebaliknya.

 

Patung Sphinx menyerupai Singa atau Serigala?

Bilamana bercakap mengenai patung Sphinx, ramai mengandaikan ia menyerupai seekor singa dan berwajah manusia. Namun penulis berbangsa Amerika Syarikat, Robert Temple menentang idea tersebut dan mengatakan ia lebih menyerupai seekor serigala berbanding singa. Dalam bukunya, The Sphinx Mystery: The Forgotten Origins of the Sanctuary of Anubis yang diterbitkan pada awal 2009 menyifatkan arkitek patung gergasi Sphinx membinanya dengan bentuk Anubis(serigala) berbanding dengan singa.

Ramai yang tahu bahawa Anubis adalah tuhan masyarakat Mesri Purba yang menjaga makam-makam diraja dan kerabatnya. Teori yang dikemukakan oleh Robert Temple ada benarnya memandangkan patung gergasi Sphinx terletak berhampiran dengan piramid yang menjadi tempat bersemadi para Firaun.

Kehilangan Hidung Sphinx

Patung Sphinx terkenal bukan sahaja kerana sejarahnya, tetapi juga rupa fizikalnya. Patung Sphinx memiliki wajah manusia tetapi ‘tiada’ hidung. Tiada seorang pun ahli arkeologi mampu memberi jawapan konkrit tentang misteri ketiadaan hidung pada patung Sphinx ini.

Namun, beberapa teori boleh diperkirakan sebagai logik dan boleh diterima akal. Teori pertama menyatakan hidung patung Sphinx ‘cacat’ setelah batalion yang dikepalai oleh Napoleon Bonaparte membedil patung Sphinx sehingga musnahnya hidung patung tersebut. Ini berlaku semasa misi penaklukan Bonaparte di Mesir pada tahun 1798 sehingga 1801.

Fakta sebenar siapakah yang bertanggungjawab mencacatkan hidung patung Sphinx masih lagi menjadi perdebatan

Namun, teori itu segera dibangkang oleh pakar-pakar sejarah kerana terdapat hasil karya pelukis Frederick Lewis Norden yang berusia 50 tahun sebelum penaklukan Napoleon Bonaparte menggambarkan patung Sphinx sudah tidak mempunyai hidung.

Teori kedua mendakwa hidung patung Sphinx telah dimusnahkan oleh seorang sufi yang alim pada abad ke-14 kerana dibimbangi menjadikan patung tersebut sebagai alat sembahan.

Lain-lain dakwaan menyatakan bahawa ia adalah hasil daripada tembakan meriam tentera Mamluk yang menggunakan hidung sebagai ‘target’ dan hasil khianat tentera British semasa Mesir berada di bawah jajahan takluknya.

__________________________

Segalanya lebih menarik di

Letupan Lumpur Bledug Kuwu di Desa Kuwu..

Oleh: takusahrisau

Di Jawa Tengah, terdapat sebuah desa yang dikenali Desa Kuwu yang sering dikunjungi pelancong dek kerana keunikan fenomena semulajadinya. Fenomena ini dikenali oleh penduduk setempat sebagai Bledung Kuwu yang membawa maksud letupan bertaburan. Bledug Kuwu akan meletup secara berkala setiap 2 hingga 3 minit yang kemudiannya akan mengeluarkan wap putih.

Bledug Kuwu mengandungi kandungan garam yang cukup tinggi. Masyarakat tempatan menggunakan sumber garam tersebut untuk menampung hidup mereka. Mereka memprosesnya dengan menapis terlebih dahulu lumpur dan menjemurkannya di tengah padang. Pembeli utama garam daripada Bledug Kuwu adalah pelancong yang datang mengunjungi Desa Kuwu.

Bledug Kuwu sebenarnya mempunyai lagenda. Menurut cerita turun temurun yang meniti di mulut masyarakat tempatan Bledug Kuwu terjadi kerana terdapat terowong yang menghubungkan tempat itu dengan Laut Selatan (Laut Hindi). Kononnya, terowong itu adalah jalan pulang Joko Linglung dari Laut Selatan untuk menuju ke kerajaan Medang Kamulan setelah menewaskan Prabu Dewata Cengkar yang telah berubah menjadi buaya putih di Laut Selatan.

Pelakon dan Pengarah terkenal Bollywood,Amir Khan Naik Haji..

Oleh: takusahrisau

Siapa sangka dalam kesibukan pelakon dan pengarah Bollywood, Amir Khan dengan agenda duniawi, beliau masih sempat untuk meluangkan masa untuk mengerjakan haji ke Mekah. Pemergian pelakon yang terkenal dengan filem Lagaan dan Three Idiots tersebut turut ditemani oleh ibu kandung beliau, Zeenat Hussain.

Amir Khan adalah pelakon yang datang daripada keluarga anak wayang. Bapa Amir Khan adalah Tahir Hussain iaitu pelakon dan pengarah awal tahun 1970-an. Bapa saudara Amir Khan juga daripaa keluarga anak wayang iaitu Nasir Hussain. Nasir Hussain adalah orang yang bertanggungjawab membawa Amir Khan ke layar perak seawal usia 9 tahun menerusi filem bloksbuster Bollywood, Yadoon Ki Baarat.

Digelar Mr. Perfectionist dek kerana sikap cerewet dan teliti ketika bekerja, Amir Khan mengerjakan haji pada tahun ini adalah kali pertama buatnya  serta ibu beliau. Menurut beberapa sumber, keinginan mengerjakan haji telah tersimpan begitu lama dan pada tahun ini segala-gala telah menjadi kenyataan. Diharap, Amir Khan dan ibu beliau mendapat haji yang mabrur di sisi Allah swt. Amin.

Di Sebalik Permainan Kanak-Kanak Popular..

Oleh: takusahrisau

 

Setiap jenama mempunyai sejarah yang tersendiri. Sebelum mereka muncul sebagai sebuah barangan yang menjadi kegunaan ramai, mereka memerlukan sebuah paten bagi menjamin jenama mereka daripada menjadi bahan ciplak. Bahkan, mendiang Micheal Jackson menyedari hakikat ini dan beliau turut memiliki paten sendiri.

Monopoly

Bermula dengan paten yang diberi nama ‘The Landlord Game’, Elizabeth J. Magie Phillips mendaftarkan paten tersebut pada tahun 1903. Permainan tersebut mula dikomersialkan pada 1923 setelah Parker Brothers menukar namanya kepada Monopoly. Permainan tersebut terus mendapat tempat di hati kanak-kanak dan ia kekal menjadi pilihan ibubapa untuk mendidik anak-anak bagaimana untuk menjadi seorang yang bijak mengendalikan wang.

 

Lego

Salah sebuah permainan kanak-kanak paling popular di dunia, Lego bermula daripada seorang tukang kayu daripada Denmark, Ole Kirk Christiansen. Christiansen mula menghasilkan patung yang diperbuat daripada kayu sejak daripada tahun 1932. Walaubagaimanapun, Lego hanya dipatenkan pada 24 Oktober 1961. Nama Lego(Leg Godt)  diperkenalkan pada 1934 yang membawa maksud ‘main dengan baik’ dalam bahasa Denmark. Lego masih popular sehingga ke hari ini dek kerana ketahanan dan menguji daya kreatif kanak-kanak.

 

Barbie Doll

Bermula dengan idea menghasilkan patung untuk orang dewasa, walaubagaimanapun Barbie Doll lebih menarik minat kanak-kanak untuk memilikinya. Sejarahnya bermula apabila Ruth Handler yang juga isteri kepada salah seorang pengasas Mattel Toy Company, Elliot Handler mencadangkan kepada suaminya berkenaan projek patung bagi orang dewasa. Miskipun demikian, suaminya tidak berminat dengan idea tersebut.

Namun, segalanya berubah apabila Ruth Handler dan suami melancong ke Jerman pada 1959. Mereka melihat bagaimana patung Bird Lili mendapat tempat di hati masyarakat Jerman. Suami Ruth Handler mula berubah fikiran dan menjadi tulang belakang utama untuk menghasilkan patung tersebut. Ia mula dipatenkan pada 24 Julai 1959 dan diperkenalkan pada 9 March 1959 di American International Toy Fair. 9 March 1959 dipilih sebagai tarikh lahir kepada patung yang menjadi idaman setiap kanak-kanak.

 

The Slinky

The Slinky mungkin kelihatan paten yang cukup pelik. Namun ia menjadi pilhan kanak-kanak untuk bermain dengan rakan-rakan mereka. Ia dicipta dan dipatenkan oleh seorang jurutera tentera laut, Richard James pada awal 1940-an. Pada hari pertama dijual, stok yang memiliki 400 biji habis dijual hanya dalam masa 90 minit. Dalam 60 tahun pertama sejak ia diperkenalkan, sebanyak 300 juta stok telah habis dijual.

 

Nintendo Gameboy

Permainan moden ini menjadi pilihan kanak-kanak sejak ia diperkenalkan pada 1989. Nintedo dipatenkan pada 9 Februari 1993 dan ia adalah salah satu permainan komputer pertama yang diperkenalkan di dunia.

 

G.I Joe

Sepertimana Barbie Doll yang popular di kalangan kanak-kanak perempuan, G.I Joe pula menjadi pilihan kanak-kanak lelaki. G.! yang membawa maksud Goverment Issue menjadi terma popular di Amerika Syarikat yang mana ia merujuk kepada anggota tentera US. Lengkap dengan baju celoreng dan senjata api, G.I Joe menjadi impian setiap kanak-kanak lelaki.

 

Etch A Sketch

Etch A Sketch mungkin adalah permainan kanak-kanak terawal yang paling kreatif pernah dihasilkan. Ia mula dipatenkan pada 23 Julai 1959 dan diperkenalkan sejak daripada tahun 1960-an. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk menambat hati kanak-kanak di seluruh dunia. Saban tahun ia semakin popular dan pada tahun 2003, Etch A Sketch dipilih oleh Toy Industrial Association sebagai salah satu permainan kanak-kanak paling diingati dan kreatif pada abad ke-20.