Penutup dan Permulaan Tembok Besar China..


oleh: takusahrisau

Tembok Besar China diyakini oleh pakar sejarah dunia bahawa ia dibina pada kurun kedua oleh Maharaja pertama China, Shih Huang Di. Shih Huang Di mengerah kudrat rakyat baginda secara kuku besi sehingga ramai yang terkorban sepanjang pembinaannya. Walaubagaimanapun, tiada bukti yang tepat untuk memberitahu di manakah lokasi permulaan projek tersebut berada. Tambah menyukarkan, kesan tembok yang dibina oleh Maharaja Shih Huang Di sudah terhapus ditelan zaman.

Projek ini dipercayai dibina secara mega menjelang pemerintahan Dinasti Ming. Beberapa bahagian tembok yang rosak dan terhakis, dipelihara dan dibina semula. Bahagian yang terputus, disambung untuk membentuk rangkaian tembok yang dapat kita lihat hari ini.

Secara keseluruhannya, boleh dikatakan bahawa tembok besar ini dibina merentasi Tanah Besar China daripada Barat ke Timur. Tembok Besar China turut mempunyai beberapa cabang yang merentasi Tanah Besar China. Terdapat beberapa cabang yang memasuki pendalaman Mongolia.

Titik hujung Tembok Besar China: Shanhai Pass

Tembok hujung ini dibina oleh panglima Dinasti Ming, Xu Da pada 1381. Kemudian, Qi Jiguang membina pusat pertahanan bertembok lengkap dengan tentera bersenjata. Tembok yang dijolok dengan gelaran ‘Old Dragon’s Head’ ini mengadap Laut Bohai di Lautan Pasifik. Ia terletak 300 kilometer daripada Beijing.

Permulaan Tembok Besar China: Jiayuguan Pass

Struktur ini dipercayai dibina pada tahun 1372 semasa pemerintahan Dinasti Ming. Struktur diperkuatkan untuk menahan asakan daripada tentera Timurlane. Miskipun demikian, Timurlane tidak pernah menjejakkan kaki ke Jiayuguan Pass kerana beliau meninggal dunia sejurus sebelum rancangan penggempuran Tembok Besar China dilakukan.

Jiayuguan Pass berada di sebelah Barat China. Ia dibina berhampiran dengan oasis di sebuah kawasan yang tandus di China. Struktur ini amat penting dalam sejarah China kerana pesalah politik yang dibuang negeri akan melalui tembok ini dan tidak akan kembali lagi.

Terdapat lagenda yang berkisar sewaktu pembinaan Jiayuguan Pass. Menurut lagenda tersebut, seorang komander yang bertanggungjawab terhadap pembinaan ini menanyakan kepada arkitek, Yi Kaizhan yang membina struktur ini tentang jumlah sebenar batu bata yang diperlukan.

Arkitek yang sememangnya pakar dan mahir dalam selok belok pembinaan ini memberikan jumlah sebanyak 99,999 biji batu bata. Komander yang ragu-ragu tentang jumlah tersebut memaksa Yi Kaizhan menambah satu lagi biji batu bata. Walaubagaimanapun, selepas siap satu biji batu bata tersisa dan batu bata tersebut diletakkan di menara di Jiayuguan pass. Pantang larang menyebut bahawa jika batu bata tersebut dialihkan, maka menara Jiayuguan Pass akan roboh.

Tags: , , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

7 responses to “Penutup dan Permulaan Tembok Besar China..”

  1. adam says :

    assalamualaikum?saya ingin cadangkan admin sudi kiranya mengunjugi mistisfiles.com..disana ada artikel yg teramat penting utk kita kongsi bersama.terutama ATBM(alter terahsia bangsa melayu),krn sy amat meminati blog anda dn mistisfiles.com..semoga anak2 melayu kenal asal usul mereka..sekian

    • takusahrisau says :

      setahu admin mistifiles da tak aktif menulis kan?

      • adam says :

        ada lg..dia stop kjap je

        • takusahrisau says :

          ooo.bgus blog tu..mmg banyak fakta yang boleh dikatakan ramai yang tidak tahu..

          • adam says :

            mistisfilesblogspot.com/Atbm..sy biasa guna google search je..penulisandia mmg canggih,atbm je lebih dari 15 episod..brhari2 jugak nak habis baca..peminat dia pun ramai gak,admin dia yg nama srikandi tu mcm ahli sejarah je..klu bukn ahli sejarah xkn dia mampu huraikan sejarah melayu yg trlebih panjang dri buku skolah tu..sy bknnya apa kn lebh elok bangsa melayu kenal asal usul mereka..x lh kte dibodohkn bangsa lain..sprt bru2 ni kat tv2 ada mamat india tu dah mnghasilkn buku sejarah dia..dia katakan wat angkor india punya pastu dia kata bangsa melayu berhutang dgn bangsa diorang..gile ke apa

Leave a comment