(GAMBAR)UFO dilaporkan dilihat di Tuaran Beach Resort,Kota Kinabalu!


Oleh: takusahrisau

 

Sekitar Julai 2010, UFO telah dilaporkan dilihat Tuaran Beach Resort di Kota Kinabalu pada hari Sabtu yang lalu jam 4.00 petang. James Dungil yang juga pemilik restoran di Resort tersebut adalah antara puluhan saksi yang menyaksi dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana UFO dikatakan berlegar-legar di ruang udara Tuaran Beach Resort.

James Dungil dan keluarga telah menyaksikan fenomena yang jarang berlaku itu di tingkat dua rumah miliknya untuk melihatnya dengan lebih jelas.

“Saya sempat mengambil sebuah foto sebelum ia hilang”, ujar James Dungil,27 .

Inilah foto yang sempat dirakam oleh James Dungil.

 

 

 

Seorang saksi lain, Donny Benedict mendakwa beliau pada mulanya kurang menyakini kewujudan UFO namun setelah menyaksikan sendiri fenomena tersebut, beliau terus menukar fikiran. Beliau bagaimanapun hanya sempat menyaksikannya selama 20 saat sebelum ia dilaporkan hilang dengan sekelip mata.

” Ia tidak seperti kapal terbang yang mengeluarkan bunyi kuat, ia langsung tidak mengeluarkan sebarang bunyi”, ujar beliau yang hampa kerana gagal mengambil gambar kerana telefon kehabisan bateri.

Terdapat saksi-saksi lain dilaporkan mengalami kerosakan telefon buat sementara setelah cuba untuk merakamkan ‘aksi-aksi’ UFO tersebut di ruang udara.

Kehadiran UFO di Malaysia mula mendapat tumpuan setelah beberapa kejadian dilaporkan berlaku di semenanjung tanah air beberapa bulan selepas itu. UFO amat popular di negara barat terutamanya di Amerika Syarikat dan Britain. Walaubagaimanapun, Brazil merupakan negara yang paling kerap dikunjungi objek yang kebiasaannya memiliki bentuk seakan-akan piring ini.

 

~Kejadian ini berlaku pada Julai 2010. Ia adalah foto paling jelas yang mengambarkan UFO di Malaysia.

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

13 responses to “(GAMBAR)UFO dilaporkan dilihat di Tuaran Beach Resort,Kota Kinabalu!”

  1. amira says :

    penulis percayakan ufo?
    definitely, sy rasa itu karut.
    itu cerita bohong hidden hand

  2. din says :

    ufo? x ngam ngan budaya org Melayu..susah org nk layan..

    • takusahrisau says :

      fenomena UFO jarang berlaku di Malaysia..mgkin itu la antara sebab peminat tegar UFO hanya segelintir sahaja..
      kalau di negara Barat, fenomena UFO mendapat statistik yg sgt tinggi sehingga purata kejadian berlaku dilaporkan 1 kejadian bagi setiap hari..

      Di M’sia, statistik tersebut makin hari makin meningkat..dan peminat UFO di Msia juga makin bercambah..
      di harap lps ni, ada pelajar2 Universiti buat research mengenai kejadian UFO spy ia mendapat sisi baru dalam dunia paranormal di Malaysia..

  3. Saffa says :

    btol2! tiba2 jd bersemangat ngn ufo nih

  4. mrar says :

    Didalam surah At-Tinn ayat 4 yang bermaksud:

    “Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian “

    Dalam Al-Quran Allah s.w.t telah menyatakan.. manusia adalah sebaik2 kejadian (Ciptaan-NYA) yang mmpunyai akal yg cukup hebat berbanding makhluk lain (selain drp Malaikat & Golongan Jin/Syaitan- ghaib dan tidak lupa juga.. Dajjal Al-Masih ).

    Disini telah jelas..alien/makluk asing(digambarkan oleh kebnykan pelukis, berfizikal spt manusia, ada tngn, kaki, tp wajah hodoh) yg dikatakan hebat mencipta UFO dr angkasa lepas kemungkinan besar adalah :

    – Agenda Sulit barat.
    – UFO (objek terbang yang tidak dikenali) – boleh dijadikan senjata risikan kerana semua ‘mind set’ manusia di jajah dan tiada undang2 dunia yang boleh menjatuhkan hukum jika UFO itu memasuki ruang negara2 yang hendak diperhati.
    – Tiada sistem radar yang dapat kesan UFO – Boleh dikatakan juga, sistem radar yang ada dipasaran adalah masih dikawal sensitiviti liputannya.
    -UFO boleh juga dikatan objek ‘Ciptaan Manusia’. – Lihatlah teknologi sekarang ini dan yg sedang dibangunkan.
    -Tiada dalam Al-Quran mnyatakan mkhluk sesempurna manusia melainkan sesetengah makluk yg di jadikan Allah..mmpunyai satu2 keistimewaan shj (makhluk yg besar/boleh mmbunuh ramai manusia) sbg contoh..semua makluk Allah yang akan mmberi Azab kepada manusia yg lalai akan perintahNYA dan azab/makluk tersebut telah jelas dinyatakan dalam Al-Quran..ianya menanti di dalam Kubur dan hari Akhirat/pembalasan.

    waullahu’ alam

  5. khai says :

    manusia mempunyai berbagai2 pandangan dan pendapat…pendapat saya UFO memang benar2 wujud,kerana KITA TIDAK KESEORANGAN DI ALAM SEMESTA INI….. cuba cari dalam mana2 website(saya pernah menemui nya,tp lupa alamat website tu) video2 yg memaparkan UFO di angkasa lepas.jangan hanya kita pertikaikan UFO yg dtg ke bumi,tetapi harus juga dilihat pada yg berlegar2 di angkasa lepas,cntoh nye,yg lalu lalang di sekitar satelit2 kita termasuk setelit2 negara lain…dari segi sains,terdapat berjuta2 galaksi di alam semesta dan angkasa lepas.yg sempat manusia temui cuma beberapa galaksi shja.size dan jarak stiap galaksi dgn galaksi yg lain adalah berjuta2 tahun kelajuan cahaya..dpt anda bayangkan???salah satu galaksi tersebut adalah galaksi BIMA SAKTI,iaitu terletak nya planet BUMI kita dan beberapa lg planet lain dlm 1 sistem iaitu sistem suria,yg stiap satu nya planet tersebut mempunyai size yg ckup2 besar.. dunia ALLAH ini sgt luas..kita sbgai hamba-NYA tak mampu nak pertikaikan….kalo dah wujud berjuta2 galaksi di alam semesta,MUSTAHIL KAH jika berjuta2 lg galaksi yg lain tidak mempunyai kehidupan spt makhluk asing dn sebagai nya???apakah hnya planet BUMI dlm galaksi BIMA SAKTI shaja yg mempunyai kehidupan???fkir2 kan lah…

  6. alil says :

    salam, saye ade membace.. kenapa ufo bergerak ke belah timur sahaja… ada yg menyakinkan pihak us telah membuat satu piring terbang. yg menyakinkan bahawa ufo benar2x wujud.. us… sedangkan bencana alam mereka boleh buat,inikan kan pula ufo, kebijaksanaan mereka adalah kerana berjnji pada dajal, dan mereka akn dpt keuntungan yg setimpal… cerita melayu telah mengeluarkan bnyk fakta dan perli. tp kita sendiri yg x perasan… filem negara luar juga ada memberi hint kepada kita, tp kita sekadar amik sebagai hiburan cerita… apbila kpercayaan ufo.. maka adkh kewujudan dajal akan membuat kita percaya ia makhluk asing.. saya cume bercerita.. apa yg saya terangkan. adlh pengajaran kita bersama.. btol atau tidak… tuhan lebih mengetahui…

  7. mrar says :

    Rujuk pautan berikut :

    http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

    1 dunia tahu pesawat penyerang AS di atas adalah anti- radar. logik dikatakan jika ‘objek terbang @UFO’ ciptaan barat adalah anti-radar seperti yang telah sy nyatakan sebelum ini.

  8. syahrul says :

    Mesti ada sesuatu tapi something yang kita tak tahu..;)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: