Part 3: Di sebalik nama surah-surah al-Quran


Oleh: takusahrisau

 

Surah Ar Ra’d

Surah Ar Ra’d mengandungi 43 ayat. Surah ini tergolong dalam kategori surah Makkiyyah. Surah ini dinamakan Ar Ra’d yang bererti guruh kerana mengambil firman Allah swt dalam ayat 13 yang membawa maksud,

Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya, dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada siapa yang Dia kehendaki, dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dia-lah Tuhan Yang Maha keras siksa-Nya.

Dalam ayat ini, Allah swt menunjukkan kekuasaan dan zat-Nya. Surah ini mengandung ancaman dan harapan, ia dihubungkan dengan bunyi guruh yang menimbulkan kecemasan dan harapan kepada manusia.

Isi yang terpenting dari surah ini ialah bahawa bimbingan Allah kepada makhluk-Nya berkait rapat dengan hukum sebab dan akibat. Bagi Allah s.w.t. tidak ada pilih kasih dalam menetapkan hukuman. Balasan atau hukuman adalah akibat dan ketaatan atau keingkaran terhadap hukum Allah.

 

Surah Ibrahim

Surah Ibrahim mengandungi 52 ayat. Ia tergolong dalam kategori surah Makkiyyah kerana diturunkan di Mekah sebelum Hijrah. Dinamakan Ibrahim, kerana surah ini mengandungi doa Nabi Ibrahim as iaitu pada ayat 35 hingga ke ayat 41.

35. Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.

36. Ya Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, maka barangsiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku, dan barangsiapa yang mendurhakai aku, maka sesungguhnya Engkau, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

37. Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.

38. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami lahirkan; dan tidak ada sesuatupun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi maupun yang ada di langit.

39. Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa.

40. Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.

41. Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).”

 

Doa ini isinya antara lain: permohonan agar keturunannya mendirikan solat, dijauhkan dari menyembah berhala-berhala dan agar Mekah dan daerah sekitarnya menjadi daerah yang aman dan makmur. Doa Nabi Ibrahim as ini telah diperkenankan oleh Allah s.w.t. sebagaimana telah terbukti keamanannya sejak dahulu sampai sekarang. Doa tersebut dipanjatkan beliau ke hadrat Allah swt sesudah selesai membina Kaabah bersama puteranya Ismail as di dataran tanah Mekah yang tandus. 

Surah al-Hijr

Surah ini mengandungi 99 ayat. Ia termasuk dalam golongan surah Makkiyyah kerana diturunkan di Mekah sebelum hijrah. Al-Hijr adalah nama sebuah daerah pergunungan yang didiami zaman dahulu oleh kaum Tsamud terletak di pinggir jalan antara Madinah dan Syam (Syria). Ia terletak di Wadi Qura.

Nama surah ini diambil dari nama daerah pergunungan tersebut. Ia diceritakan Allah swt dalam ayat 80 sampai dengan ayat ke 84.

80. Dan sesungguhnya penduduk-penduduk kota Al Hijr telah mendustakan rasul-rasul

81. dan Kami telah mendatangkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami, tetapi mereka selalu berpaling daripadanya,

82. dan mereka memahat rumah-rumah dari gunung-gunung batu (yang didiami) dengan aman.

83. Maka mereka dibinasakan oleh suara keras yang mengguntur di waktu pagi

84. Maka tak dapat menolong mereka, apa yang telah mereka usahakan.

 

Dalam ayat tersebut, mereka telah dimusnahkan Allah swt kerana mendustakan Nabi Saleh as dan berpaling dari ayat-ayat Allah. Dalam surah ini terdapat juga kisah-kisah kaum yang lain yang telah dibinasakan oleh Allah seperti kaum Luth as dan kaum Syu’aib as.

Daripada kesemua kisah-kisah itu dapat diambil pengajaran bahawa orang-orang yang menentang ajaran rasul-rasul akan mengalami kehancuran dan kebinasaan.

 

Surah An Nahl

Surah ini mengandungi 128 ayat. Ia termasuk dalam golongan surah Makkiyyah. Surat ini dinamakan An Nahl yang bererti lebah kerana di dalamnya surah ini terdapat firman Allah swt pada ayat 68 yang artinya :

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia”

 

Lebah adalah makhluk Allah yang banyak memberi manfaat dan kenikmatan kepada manusia. Ada persamaan antara madu yang dihasilkan oleh lebah dengan Al-Quran. Madu berasal dari bermacam-macam pati bunga dan ia menjadi ubat bagi bermacam-macam penyakit manusia (lihat ayat 69).

Sedangkan Al-Quran mengandung intisari atau pati dari kitab-kitab yang telah diturunkan kepada nabi-nabi terdahulu ditambah dengan ajaran-ajaran yang diperlukan oleh semua bangsa sepanjang masa untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. (Lihat surah Yunus ayat 57 dan surah al-Isra’ ayat 82).

Surah ini dinamakan juga “An Ni’am” yang membawa erti nikmat-nikmat. Ia adalah kerana di dalamnya Allah menyebutkan pelbagai macam nikmat untuk hamba-hamba-Nya.

 

Surah al-Israa’

Surah ini mengandungi 111 ayat. Ia termasuk dalam golongan surah Makkiyyah. Dinamakan dengan Al Israa’ yang bererti memperjalankan di malam hari. Ia berhubung dengan peristiwa Israa’  Nabi Muhammad saw dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsha di Baitul Maqdis yang dicantumkan pada ayat pertama dalam surah ini.

Penuturan cerita Israa’ pada permulaan surah ini mengandungi isyarat bahawa Nabi Muhammad saw berserta umatnya kemudian hari akan mencapai martabat yang tinggi dan akan menjadi umat yang besar.

Surah ini dinamakan juga dengan Bani Israil artinya keturunan Israil berhubung dengan permulaan surah ini, iaitu pada ayat ke-2 sehingga ayat ke-8 dan kemudian pada akhir surah iaitu pada ayat ke-101 sehingga ayat ke-104.

Allah swt menyebutkan tentang Bani Israil yang pada satu masa menjadi bangsa yang kuat lagi besar tetapi akhirnya menjadi bangsa yang terhina kerana menyimpang daripada ajaran Allah swt. Ia dihubungkann dalam kisah Israa’ dengan riwayat Bani Israil pada surah ini.

Dalam surah ini, terdapat peringatan bahawa umat Islam akan mengalami keruntuhan sebagaimana Bani Israil apabila mereka juga meninggalkan ajaran-ajaran agamanya iaitu Islam.

 

Tamat Part 3..Part 4 bakal menyusul kelak..

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: