(Gambar)Jabal Uhud membentuk Kalimah ‘Muhammad’..


Oleh: takusahrisau

 

Antara tempat paling utama dalam sirah nabawi adalah Jabah Uhud. Saban hari, ia sentiasa dikunjungi jemaah haji mahupun umrah. Bukit yang berada di Madinah ini merakamkan beberapa peristiwa penting sepanjang 23 tahun Rasulullah saw menjadi Rasul. Antara yang paling diingati sudah tentu peristiwa Peperangan Uhud. Perang kedua dalam Islam ini mengorbankan 70 orang muslimim termasuk bapa saudara baginda, Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib. Rasulullah sendiri mengalami kecederaan yang teruk. Perang ini berakhir dengan kekalahan di pihak muslim.

Jabal Uhud mempunyai keunikan yang tersendiri berbanding bukit-bukit yang lain sekitar kota Madinah. Bukit ini tidak bersambung dengan mana-mana rangkaian bukit dan terletak sedikit terasing. Oleh sebab itu, Jabal Uhud dinamakan ‘Uhud’ yang membawa erti ‘satu’ atau ‘terpencil’.

 

Rasulullah saw menganggap Jabal Uhud adalah bukit yang sangat istimewa sebagai sabda baginda yang bermaksud,

Ini (Jabal Uhud) adalah gunung yang ia mencintai kami dan kamipun mencintainya. Dan dia adalah salah satu gunung yang terdapat di syurga.

 

Apabila Rasulullah saw menganggap Jabal Uhud istimewa sehingga merakam rasa cintanya dalam sabdanya, maka tidak hairanlah apabila Jabal Uhud juga ‘menunjukkan’ rasa cintanya kepada Rasulullah saw.

Ini dapat dilihat melalui rupabentuk Jabal Uhud yang yang membentuk kalimah ‘Muhammad’ dalam bahasa Arab. Ia jelas terakam melalui pandangan atas atau ‘bird eye’. Akhirnya, selepas 1,400 tahun selepas pemergian Rasulullah saw, dengan teknologi Google Map, keunikkan ini dapat disaksikan oleh kita semua. Maha Suci Allah yang menjadikan segala sesuatu atas kehendak-Nya.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI) 

Untuk lebih jelas

______________________________

Segalanya lebih menarik di

Advertisements

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: