Gempa Bumi Acheh,11 April 2012 goncang Danau Toba..!


Oleh: takusahrisau

 

Gempa bumi Acheh pada 11 April 2012 lalu telah dirakamkan mengoncangkan Danau Toba di Indonesia. Danau yang pernah menjadi pusat gunung berapi 700,000 tahun yang lampau telah mengalami fenomena janggal. Air di Danau Toba mengalami pusaran seakan-akan ingin menghamburkan sesuatu daripada dasar tasik tersebut.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI) 

Fenomena ini ada kaitan dengan kesan gempa bumi yang menggoncang bumi Acheh pada 11 April 2012 yang lalu. Walaubagaimanapun, bukan Danau Toba sahaja mengalami kegoncangan, negara jiran Indonesia seperti Malaysia, Thailand dan beberapa negara lain turut merasai bencana tersebut.

Miskipun gempa bumi tersebut berlaku di dasar laut, namun ia gagal mencetuskan Tsunami kerana plat taktonik di dasar lautan tersebut bertembung secara melintang dan bukannya secara menegak sepertimana yang berlaku pada tahun 2004.

Maha Kuasa Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Bayangkan tsunami berlaku sekali lagi di bumi Acheh?

Komen Penulis:

Gempa bumi yang berlaku baru-baru ini hanyalah amaran Allah swt kepada masyarakat Acheh yang mula lalai selepas tragedi tahun 2004. Ini dapat dilihat apabila terdapat segelintir wanita dan lelaki warga Acheh gagal menutup aurat semasa lari bertempiaran ke kawasan Masjid Jamek Baiturrahman. Ingatlah janji Allah swt bahawa DIA akan turunkan azab tanpa seseorang individu pun menyedarinya. Dan azab yang Allah turunkan secara tiba-tiba itu akan berlaku jika kita lalai dan terus alpa terhadap perintah-Nya. Di bawah adalah bukti janji Allah akan ditepati, firman Allah swt,

“Dan mereka meminta kepadamu supaya segera diturunkan azab. Kalau tidaklah kerana waktu yang telah ditetapkan, benar-benar telah datang azab kepada mereka, dan azab itu benar-benar akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak menyadarinya”. (Surah An-Ankabuut ayat 53)

______________________

Segalanya lebih menarik di

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: