(Video) Imej kemusnahan Aisberg akibat dirempuh Tsunami Jepun!


Oleh: takusahrisau

 

Tsunami yang melanda Jepun pada Mac lalu benar-benar membawa kemusnahan. Selepas membinasa kebanyakan bandar di persisiran utara Jepun, kini tsunami tersebut dilaporkan turut memusnahkan aisberg yang mempunyai keluasan seluas bandar Manhattan, New York.

Tsunami tersebut telah dilaporkan meluncur sejauh 8,000 batu ke benua Antartik sebelum merempuh dinding aisberg yang setinggi 260 kaki. Kesannya, aisberg tersebut musnah kepada keping-keping kecil dan hanyut ke lautan lepas.

Imej satelit ini benar-benar memeranjat saintis daripada NASA.

 

Penemuan tersebut membuktikan bahawa tsunami yang dicetuskan oleh gempa bumi berukuran 9.0 skala Richter memberi kemusnahan sejauh ke benua Artartika di kutub selatan. Ia telah diselidik oleh saintis NASA selepas merujuk kepada imej satelit yang diambil 18 jam selepas tsunami tersebut berlaku.

Tsunami yang melanda Jepun telah meninggalkan kesan cukup besar kepada masyarakat Jepun secara keseluruhannya. Kira-kira 20,000 orang penduduk telah dilaporkan terkorban. Lebih memeritkan apabila tsunami dan gempa bumi berukuran 9.0 skala Richter tersebut turut memusnahkan Janakuasa Nuklear Fukushima. Dikhuatiri lebih daripada 1,000 orang telah menerima kesan radiasi tersebut di Jepun.!

 

Advertisements

Tags:

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: