Kenapa Pemain Bolasepak EPL memakai simbol bunga merah?


Oleh: takusahrisau

 

Bunga Popi Merah

Jika pembaca adalah peminat Liga Perdana Inggeris, penulis yakin pembaca pasti terlihat satu logo kecil berbentuk bunga berwarna merah terang di dada jersi dan kot pengurus-pengurus kelab daripada liga tersebut.

Walaubagaimanapun, ramai di antara kita tidak pasti mengapakah setiap pemain dan pengurus beria-ria memakai logo tersebut?

Sebenarnya, logo berbentuk bunga berwarna merah terang tersebut dipakai bagi memperingati jasa-jasa prajurit yang telah gugur sepanjang berlangsungnya Perang Dunia Pertama iaitu daripada tahun 1914 sehingga tahun 1918.

 

Alex Ferguson dirakam memakai lambang bunga popi merah di bajunya.

 

Lambang darah sateria

Logo bunga tersebut adalah logo bunga popi merah atau nama saintifiknya Papaver Rhoeas. Ia menjadi simbolik kepada keberanian setiap prajurit yang telah gugur di medan perang. Bunga popi merah dijadikan ikon berdasarkan sajak yang dicipta oleh bekas prajurit Perang Dunia Pertama, Left. Kolonel John McCrae yang bertajuk In Flanders Fields.

Sajak In Flanders Fields yang ditulis oleh Left. Kol. John McCrae bagi memperingati sahabat baiknya yang gugur di medan perang.

 

Sajak itu berkisarkan kesedihan McCrae setelah melihat sendiri kawan baiknya Left. Alexis Helmer gugur di medan perang. Sajak yang disiarkan pertama kali pada 8 November 1915 oleh majalah yang berpengkalan di London, Punch serta merta menjadi popular di kalangan masyarakat London dan negara-negara Komanwel.

Kemasyhuran sajak itu berterusan sehingga tamatnya Perang Dunia Pertama pada 11 November 1918.

 

11 November

Pada 1919, Raja Britain dan United Kingdom, George V telah mengambil inisiatif bagi mengingati prajurit-prajurit yang telah terkorban semasa Perang Dunia Kedua dengan mengistihyarkan tarikh 11 November sebagai Hari Peringatan atau Remembrance Day. Terdapat juga nama panggilan lain bagi hari istimewa tersebut seperti Poppy Day, Armistice Day dan Veterans Day. Sejak daripada itu, tarikh tersebut sering disambut bagi memperingati tentera-tentera Perang Dunia Pertama yang gugur di medan perang.

Bunga Popi merah telah dijadikan bunga rasmi bagi memperingati darah kesatria yang pernah berjuang untuk Britain.

Johnny Deep turut dirakam memakai lambang bunga popi merah semasa berkunjung ke University of Oxford.

 

 

Tags: , , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: