Kisah-kisah Dongeng Yahudi..


Oleh: takusahrisau

Amaran: Artikel di bawah mengandungi elemen-elemen Israiliyyat. Ia berikutan kerana artikel ini ditulis untuk memaparkan kisah-kisah dongeng Yahudi yang sangat jarang kita ketahui. Penulis meminta pembaca supaya menggunakan budi bicara sendiri untuk menilainya.

 

Kisah dongengan Yahudi

Terdapat beberapa kisah yang jarang kita ketahui mengenai kisah dongeng masyarakat Yahudi. Sepertimana kisah dongeng masyarakat Melayu, kisah dongeng Yahudi sering diselang-selikan dengan mistik dan keajaiban. Kisah dongeng Yahudi sering diungkap oleh ilmuwan-ilmuwan Islam zaman silam sebagai kisah-kisah Israiliyyat.

Terdapat beberapa persamaan antara dongeng Melayu dan dogeng Yahudi sepertimana kisah Badang dalam kisah dogeng Melayu dan kisah Samson dalam kisah dongeng Yahudi. Sepertimana kisah Badang, kisah Samson juga menggambarkan seorang lelaki yang gagah perkasa sehingga mampu menumbangkan sebuah bangunan yang kukuh dengan satu tolakan sahaja. Kisah Samson ada diceritakan di dalam kitab suci masyarakat Bani Israel iaitu Torah(Taurat) atau Old Tastement.

Antara kisah-kisah dongeng Yahudi lain yang jarang kita ketahui adalah Kisah Lilith dan Adam, Kisah Seth dan ajaran Kabbalah, Kisah kaum Nephilim(gergasi), Kisah Peperangan antara Malaikat dan Iblis dan banyak lagi. Kemungkinan besar kita jarang didedahkan dengan kisah-kisah sedemikian adalah kerana bimbang akidah kita luntur dan pudar. Percayalah, akidah pembaca tidak akan luntur malahan akan bertambah pula iman sekiranya pembaca mengkajinya dengan ikhlas dan tanpa ada niat songsang. InsyaAllah. Tidak menjadi kesalahan kepada umat Islam untuk mengkaji agama-agama lain asalkan ia tidak menyalahi syariat Islam.

Kali ini, penulis akan menulis beberapa kisah dongengan Yahudi. Semoga dengan artikel ini, ia membuka mata dan telinga kita supaya kita dapat sama-sama menyelidik dan mengkaji aspek-aspek agama lain supaya pada satu hari nanti akan dilahirkan lagi ulama seperti Allahyarham Ahmed Deedat. InsyaAllah.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Lilith isteri pertama Nabi Adam

Dikisahkan bahawa sebelum Hawa diciptakan untuk Adam as melalui tulang rusuk kirinya, Lilith telah terlebih dahulu dicipta bagi menghibur hati Adam. Namun, Lilith langsung tidak menyayangi Adam. Masalah semakin teruk apabila Malaikat Samael telah memikat Lilith sehingga Lilith bertindak meninggal Adam. Adam bergitu sedih dan berdoa semoga baginda dikurnia seorang pendamping seterusnya sebagai isteri beliau kelak. Yahweh(panggilan Allah bagi Bani Israel) mendengar rintihan manusia pertama itu. Ketika Adam nyenyak tidak, Yahweh telah mengambil tulang rusuk Adam dan terus diciptakan seorang wanita cantik daripadanya.

Kisah Lilith ini mengundang pelbagai perdebatan di kalangan cendiakiawan-cendiakiawan Yahudi sendiri. Ini adalah kerana, tiada langsung di dalam Taurat menyatakan Adam mempunyai seorang isteri melainkan Hawa.! Kisah Lilith hanya muncul di dalam Babylon Talmud. Rabbi Yahudi sendiri menolak kisah Lilith ini kerana ia dikatakan ia dipengaruhi oleh Epik Gilgamesh dan Mesopotamia folkfore.

Al-Quran dan Hadis pula langsung tidak menyatakan kisah ini. Ini bermakna kisah ini hanya satu dongengan Yahudi yang wajib ditolak oleh orang Islam.

Ukiran timbul yang menggambarkan Adam dan Hawa yang sedar digoda oleh Lilith.

Hutan Mistik, Dvei Ilai

Diceritakan di dalam kitab Talmud bahawa terdapatnya hutan mistik yang diberi nama Dvei Ilai. Di dalam hutan ini dipercayai hidupnya Rusa gergasi yang diberi gelaran Keresh dan Singa gergasi yang diberi gelaran Tigris.

Menurut lagenda, Maharaja Hadrian dengan takburnya meminta seorang rabbi Yahudi memanggil Singa gergasi daripada hutan Dvei Ilai tersebut setelah mendengar kisah mengenainya semasa menakluk negara Judah(negara umat Bani Israel satu ketika dahulu). Namun, rabbi Yahudi menolaknya kerana singa yang dimaksud bukan sebarangan singa. Singa itu menurut rabbi Yahudi tersebut mempunyai saiz peparu sahaja sebesar 9 kaki. Walaubagaimanapun, Maharaja Rom Byzantine yang sombong tersebut tetap engkar. Dek kerana terpaksa, rabbi Yahudi tersebut berdoa dan tidak semena-mena terdengarlah ngauman singa gergasi tersebut daripada hutan Dvei Ilai. Ngauman pertama singa Tigris tersebut menyebabkan seluruh tembok dan istana Maharaja Hadrian runtuh. Ia disusuli dengan ngauman kedua yang mana ia lebih kuat sehingga menyebabkan seluruh tentera Rom mati bergelimpangan.

Maharaja Hadrian

 

Seth pengasas ajaran Kabbalah

Seth adalah anak kepada Adam dan Eve(Hawa) yang lahir selepas pembunuhan Abel(Habil) oleh Cain(Qabil). Berikutan peristiwa ini, Adam menjadi sangat dukacita kerana Abel adalah anak kesayangan baginda. Abel bukan sahaja seorang yang taat kepada ibubapa tetapi juga seorang yang taat beribadah kepada Yahweh.

Adam berdoa kepada Yahweh semoga dilahirkan seorang lagi anak lelaki yang dapat mewarisi ketaqwaan baginda. Bagi Eve pula, beliau percaya Yahweh mesti akan mendengar rintihan suaminya dan yakin pada satu hari nanti akan lahirlah pewaris ketaqwaan Adam.

Bak kata orang, naluri wanita sentiasa betul, dan itulah yang terjadi kepada dua sekelamin ini. Seth(Nabi Syith as) dilahirkan ketika Adam sudah berusia 130 tahun. Namun, perlu diingatkan bahawa umur umat sebelum berlakunya banjir Nuh amat panjang sekali umurnya. Seth sendiri meninggal dunia ketika berusia 913 tahun mengikut kepercayaan Yahudi dan Nasrani.

Seth dilahirkan dengan rupa dan sifat persis Adam. Kegembiraan Adam tidak usah diungkap lagi. Segala ilmu dan ajaran-ajaran diberikan sepenuhnya kepada Seth. Dipercayai oleh orang Yahudi bahawa ajaran mistik Kabbalah diperturunkan daripada Adam kepada Seth ketika Adam menjangkaui usia 900 tahun. Ajaran Kabbalah boleh disamakan dengan ajaran Batin bagi orang Melayu. Ilmu Kabbalah sehingga kini masih bertahan dan sentiasa diamalkan oleh kebanyakkan rabbi Yahudi.

Mengikut ajaran Islam, Seth dikenali dengan nama Nabi Syith as diturunkan dengan 50 Suhuf. Adam pula diturunkan dengan 10 suhuf dan Idris dengan 30 Suhuf. Jumlah keseluruhan Suhuf adalah 90 Suhuf kesemuanya. Suhuf adalah lembaran-lembaran kertas yang mengandungi ajaran-ajaran Tauhid dan ilmu-ilmu pengetahuan. Dipercayai, kesemua Suhuf tersebut telah pun hilang dan tidak dijumpai.

 

Kewujudan kaum gergasi

Masyarakat Yahudi sangat percaya kepada kewujudan kaum gergasi pada zaman silam. Mereka mengelarnya dengan gelaran Nephilim. Masyarakat Yahudi percaya bahawa Nephilim hidup di bumi sebelum Banjir Nabi Nuh dan selepas Banjir Nabi Nuh. Ia bermaksud bahawa ketika sebelum Banjir Nabi Nuh, kaum Nephilim sangat ramai tetapi ketika berlakunya banjir besar tersebut, mereka gagal menyelamatkan diri dan terus dihapuskan daripada muka bumi. Walaubagaimanapun, bukan semua yang dihapuskan. Terdapat tiga kaum sahaja yang masih hidup itupun dalam jumlah yang amat sedikit. Mereka terdiri daripada Kaum Emites, Anakites dan Rephites.

Dipercayai bahawa Goliath(Jalut) yang ditewaskan oleh David(Nabi Daud as) adalah gergasi berketurunan Anakites. Ketinggian Goliath menurut Kitab Taurat adalah 2.75 meter manakala dalam buku ahli sejarahwan keturunan Yahudi yang hidup sezaman Nabi Isa as, Josephus mengatakan bahawa Goliath adalah setinggi 2.00 meter.

Kaum Rephites pula pernah diceritakan dalam Kitab Taurat yang mana Joshua(Nabi Yusha’ as) telah memerangi satu kaum yang rajanya bersaiz gergasi iaitu Og, King of Bashan. Direkodkan bahawa katil Og,King of Bashan melebihi 13 kaki panjang. Og, King of Bashan adalah pewaris terakhir Kaum gergasi Rephites menurut kepercayaan Yahudi.

___________________

Segalanya lebih menarik di

Advertisements

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: