Kedashyatan Letusan Krakatoa 1883!


Oleh: takusahrisau

 

Artikel ini diambil daripada blog penulis, www.takusahrisau.com. Penulis ingin mengumpul kembali sejumlah artikel yang dihasilkan di blog tersebut untuk dikumpulkan kesemuanya di SINI. Dianggarkan lebih kurang 100 artikel panjang dan pendek telah di hasilkan di www.takusahrisau.com. 

 

Gunung berapi Krakatoa mungkin tidak asing lagi bagi kita. Gunung berapi yang paling popular di dunia ini terletak di Selat Sunda iaitu betul-betul di antara Pulau Sumatera dan Pulau Jawa. Gunung Berapi Krakatoa mendapat nama daripada gunung di mana ia berada iaitu Gunung Krakatoa. Gunung yang banyak membawa musibah kepada penduduk Indonesia ini telah direkodkan meletus dengan dasyhat sekurang-kurangnya dua kali iaitu pada 535 masihi dan 1883 masihi.

 

Krakatoa terletak di tengah-tengah Pulau Jawa dan Pulau Sumatera

 

Indonesia memang terkenal sebagai sebuah negara yang berjaya ‘menghasilkan’ beberapa gunung berapi yang dasyhat seperti Gunung Berapi Merapi, Gunung Berapi Tamboro, Gunung Berapi Api dan sebagainya. Gunung Berapi Tamboro misalnya, pernah meletus pada 1816 sehingga mengakibatkan dunia mengalami penurunan suhu yang mendadak. Eropah menerima kesan yang paling teruk apabila mereka tidak dapat menerima musim panas pada tahun tersebut.

Berbalik kepada Gunung Krakatoa. Dipercayai bahawa, gunung berapi ini meletus dengan dasyhat sebanyak dua kali dalam sejarah, iaitu pada tahun 535 dan 1883.

 

Rekod awal Letusan Krakatoa

Walaupun letusan kuat hanya direkodkan pada tahun 535 dan 1883, akan tetapi terdapat satu rekod di dalam kitab purba, Book of Kings atau Pustaka Raja Parwa telah membicarakan terdapat letusan di Krakatoa pada tahun 416 masihi.

Satu petikan dalam buku tersebut ada menulis seperti berikut;

Ada suara kuat yang menggegarkan berasal dari Gunung Batuwara. Ada pula kegoncangan bumi yang menakutkan, langit bertukar gelap, petir dan kilat. Kemudian datanglah  ribut dan hujan yang sangat mengerikan dan ribut tersebut menggelapkan seluruh dunia. Sebuah banjir besar datang dari Gunung Batuwara dan mengalir ke timur menuju Gunung Kamula…. Ketika air menenggelamkannya, Pulau Jawa terpisah menjadi dua, menciptakan pulau Sumatera.

Kedasyhatan letusan yang dibicarakan di dalam buku tersebut telah dibincangkan secara terperinci oleh seorang pakar kajian gunung berapi, Berend George Escher. Beliau mendakwa bahawa Gunung Batuwara yang terdapat dalam teks purba tersebut adalah Gunung Krakatoa Purba. Ia menyamai Gunung Anak Krakatoa yang mula muncul sejak 1927 setelah meletus dengan dashyatnya pada 1883.

 

Anak Krakatoa muncul pada tahun 1927. Anak Krakatoa berada di tengah-tengah tiga pulau utama di Kepulauan Krakatoa.

 

Menurut Escher lagi, Gunung Batuwara pada asalnya terletak di Pulau Jawa, akan tetapi setelah meletusnya Gunung Berapi Batuwara, ia telah menyebabkan Pulau Jawa terpisah dan membentuk Pulau Sumatera. Manakala Gunung Batuwara sendiri hancur luluh sehingga membentuk Pulau Verlaten, Pulau Lang dan Pulau Krakatoa di Selat Sunda sehingga munculnya Gunung Berapi Krakatoa di pulau Krakatoa.

 

Kedasyhatan Letusan 1883

Dengan dunia pada ketika itu sudah mengorak langkah ke arah teknologi yang semakin canggih, letusan Krakatoa pada tahun 1883 telah berjaya memberi kesedaran global kepada masyarakat dunia.

Letusan Krakatoa 1883 telah diingati sebagai bencana alam yang paling teruk dan membinasakan di Indonesia sebelum bencana alam Tsunami pada 26 Disember 2004. Dianggarkan lebih daripada 36,000 nyawa telah melayang dan 297 kampung dan bandar telah binasa.

Antara kedasyhatan Letusan Berapi 1883 adalah:

1.         Gempa letusan Gunung Berapi Krakatoa telah tersebar daripada pusat diameternya sehingga ke Perth di Australia dan Pulau Rodrigues di Afrika. Masing-masing adalah sejauh 3500km sehingga 4800km daripada pusat letusan. Penduduk tempatan telah menyatakan mereka menyangka bahawa ia adalah letupan meriam daripada kapal-kapal perang.

 

Jarak Pulau Rodrigues dan Perth masing-masing sejauh 3500km sehingga 4800km!

 

2.         Letusan Gunung Berapi Krakatoa telah menyebabkan debu-debu dan pumis-pumis mencanak naik ke atmosfera setinggi 22km. Terdapat sebuah batu yang 20 kali ganda besar daripada manusia dewasa telah dijumpai tercampak di persisir pantai Pulau Jawa.

 

Batu ini tercampak akibat letusan yang bergitu kuat daripada Krakatoa.

 

3.         Aliran Piroklastik yang mengalir daripada lelehan lava Gunung Berapi Krakatoa serta tsunami telah menyebabkan penduduk di Pulau Sebesi yang berkepadatan seramai 3000 orang yang mana terletak sejauh 13 km daripada Pulau Krakatoa mati serta-merta. Tiada seorang pun daripada mereka dilaporkan terselamat.

4.         Bandar Merak telah dimusnahkan apabila tsunami setinggi 46 meter telah melimpahi seluruh bandar tersebut. Tiada seorang pun dilaporkan terselamat.

5.         Pulau Ketimbang dan Teluk Betung di Sumatera, Siri dan Samarang di Pulau Jawa adalah antara tempat yang mempunyai kepadatan tinggi yang musnah akibat letusan Krakatao yang dasyhat itu.

6.         Kapal yang berada di Afrika Syarikat turut menerima tempiasnya apabila dilaporkan terumbang-ambing bagaikan dilanda badai sedangkan pada waktu itu tidak pula berlaku ribut dan taufan. Ramai percaya ia disebabkan oleh kesan tsunami Krakatoa.

7.         Manakala di terusan English telah berlaku kenaikan ombak-ombak gulungan. Ia berlaku selama lima hari berturut-turut. Dipercayai ia adalah kesan kekuatan gelombang tsunami yang membantai Indonesia pada 1883.

8.         Ramai penduduk di pulau-pulau di sekitar Lautan Hindi menjumpai mayat-mayat dan rangka-rangka manusia yang telah reput seminggu selepas letusan pada 26hb Ogos 1883. Umum mempercayai ia adalah mangsa-mangsa letusan Krakatoa yang lemas akibat pembantaian tsunami setinggi 30 hingga 50 meter.

9.         Akibat letusan dan debu-debu halus yang membanjiri langit di seluruh dunia, suhu dunia menurun serendah 1.6 darjah celcius. Ia hanya kembali normal pada tahun 1888. Matahari juga telah direkodkan menyinari bumi dengan redup selama setahun. Penduduk di Pulau Jawa dan Pulau Sumatera yang terselamat daripada letusan Krakatoa dipercayai bergelap selama tiga hari.

 

Debu-debu sulfur yang dihasilkan oleh gunung berapi ini menutup sinaran cahaya matahari.

 

10.       Pada 12hb September 1883, direkodkan bahawa terdapat saksi yang menyaksikan kilauan hijau di Madras, India. Kemudian, di Landon, Britain dan Arizona, Amerika Syarikat, terdapat saksi menyaksikan fenomena kilauan aneh ketika matahari terbenam. Tidak berhenti di situ, lebih kurang 6 dekad kemudian, saintis telah menemui sejumlah asid di tanah tandus Antartika. Selain itu, sejumlah sulfur yang dipercayai daripada sebuah gunung berapi turut ditemui di sana. Fenomena-fenomena aneh yang berlaku di benua Asia, Eropah, Amerika dan Antartika kesemuanya dikaitkan dengan letusan Krakatoa pada 1883.

11.        Ujong Kulon (sekarang Ujong Kalon National Park) yang terletak di Jawa dahulunya salah satu kawasan yang menerima kepadatan tinggi sebelum berlakunya letusan gunung berapi Krakatoa. Namun, setelah berlaku bencana alam tersebut, kawasan tersebut terbiar dan akhirnya menjadi hutan belantara. Kerajaan Indonesia mengambil inisiatif untuk menjadikannya sebagai tapak warisan nasional.

 

Kawasan-kawasan yang menerima musibah akibat bencana alam 1883.

 

Bersambung..Kedashyatan Letusan Krakatoa 535 Masihi!

Advertisements

Tags:

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: