Tamadun Purba memang hebat!


Oleh: takusahrisau

 

Tidak dinafikan bahawa terdapat teknologi pada zaman dahulu menyamai teknologi yang ada pada hari ini. Saban hari, banyak bukti mula muncul yang membuktikan bahawa manusia pada zaman purba sememangnya kreatif dan berteknologi tinggi.

Namun bergitu, tiada bukti menunjukkan manusia pada zaman tersebut menggunakan sebarang jentera atau mesin miskipun hasil tinggalan monumen yang ditemui menyerupai produk yang dihasilkan oleh jentera atau mesin.

Saintis percaya bahawa manusia pada zaman dahulu telah mencapai satu tahap di mana mereka mampu untuk membina bangunan atau monumen yang besar dan cantik yang mana ia sempurna daripada segi geometri, arkitertur dan seni hiasan.

 

Tamadun yang hilang, ilmu pengetahuan turut jua hilang

Namun, entah bagaimana, ilmu itu hilang dan seni tersebut lenyap ditelan zaman. Ini dapat dilihat daripada Tamadun Mesir yang mana tamadun mereka lenyap bersama-sama teknologi yang mereka rintis. Malahan, bahasa mereka iaitu Koptik turut lenyap bersama-sama teknologi mereka. Padahal, bahasa Koptik adalah bahasa asal kitab Taurat yang dianugerahkan Allah swt kepada Musa as sebelum diterjemah kepada bahasa Ibrani semasa mereka berada di tanah Kanaan.

Bilangan tamadun yang berada di bumi Allah ini sangatlah banyak. Apabila hilang satu tamadun, maka berdiri pula tamadun yang lain pula. Dan apabila tamadun itu pula lenyap, berdiri pula tamadun lain. Dan bergitulah seterusnya sirat perjalanan sesuatu tamadun.

Jangan lupa bahawa bergitu banyak tamadun yang lupus dan pupus sehingga ia menjadi tanda-tanya malahan ada juga saintis yang langsung tidak percaya bahawa ia pernah wujud. Antara tamadun-tamadun tersebut adalah tamadun Atlantis, tamadun Lemuria, dan tamadun Kaum Aad.

 

Lagenda Tamadun Atlantis

Tamadun Atlantis misalnya, saintis sehingga ke hari ini masih lagi mencari bukti kewujudan tamadun tersebut. Tamadun tersebut mula diperkatakan oleh seorang ahli falsafah Yunani iaitu Plato. Plato yang pernah hidup sekitar 300 sebelum masihi ini telah menulis dalam dua bukunya, Timaeus dan Critias bahawa beliau menceritakan bagaimana pemerintah terkenal Yunani, Solon pernah mendengar cerita kegemilangan Atlantis semasa beliau melawat Mesir Kuno.

Plato memperihalkan bahawa Atlantis adalah tanah yang bergitu subur dan saiznya menyamai kombinasi Afrika Utara dan Timur Dekat. Plato juga berkata bahawa Atlantis berada di tengah-tengah Lautan Atlantik menghadap selat Gibraltar. Atlantis kemudian musnah akibat bencana alam yang dipercayai adalah kombinasi gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi yang memusnahkan tamadun itu dalam sekelip mata. Sekiranya saintis berjaya menemui tamadun Altantis, penulis percaya ia adalah kejayaan terbesar manusia dalam bidang arkeologi.

Penulis merasakan tidak lengkap jika artikel ini tidak disertakan dengan bukti-bukti arkeologi. Jadi tanpa membuang masa penulis lampirkan beberapa bukti manusia purba mempunyai tamadun yang hebat menyamai tamadun kita pada hari ini.

 

1.         Easter Island-Chile

Easter Island adalah pulau yang cukup mengagumkan. Di pulau ini terdapat ratusan batuan megalith yang diukir menjadi kepala-kepala manusia. Batuan-batuan kepala manusia ini bersaiz 20 kali ganda daripada manusia dewasa. Berat satu-satu batuan tersebut dianggarkan 2 tan dan lebih. Sehingga ke hari ini, saintis masih lagi berteka-teki tentang bagaimana mereka mampu mengangkut batu tersebut untuk didirikan di tempat-tempat yang batu tersebut berada sekarang. Ini kerana kuari atau sumber batu megalith tersebut yang paling dekat adalah sejauh 15 hingga 20 kilometer.!

 

 

2.        Sacsayhuaman(Saqsaywaman)

Sacsayhuaman adalah sebuah komplek kubu purba yang terletak di bandar purba Curzo di altitud 3,701 meter. Sacsayhuaman telah diwartakan sebagai UNESCO World Heritage pada 1983. Sacsayhuaman dikagumi daripada beberapa binaannya yang sangat jitu dan sempurna.

Jelas kelihatan dinding batuan yang berbentuk mata gergaji.

 

Di sini pengunjung bakal menyaksikan susunan batuan yang membentuk dinding dengan ukuran yang tersangat jitu. Ibarat yang paling mudah adalah tiada sehelai kertas pun dapat menembusi celahan-celahan batuan tersebut. Batuan yang kebanyakkannya 5 kali ganda daripada manusia itu membentuk barisan-barisan dinding yang berbentuk mata gergaji daripada udara.

Dinding batuan yang jitu ukurannya.

 

Dipercayai, pada zaman kegemilangan Sacsayhuaman dahulu, terdapat tiga buah menara yang berada di tengah-tengah komplek tersebut. Ketiga-tiga menara tersebut dikenali sebagai Muyucmara, Paucar Mara dan Sallac Mara. Tinggalan ketiga-tiga menara tersebut masih lagi boleh di lihat di komplek purba ini.

Bekas tinggalan satu daripada tiga menara di Sacsayhuaman

 

 

3.        Petra

Petra adalah sebuah bandar purba yang terletak di Jordan. Dipercayai, ia mula dibina sekitar kurun ke-6 masihi oleh bangsa Nabataen. Bangsa Nabatean adalah bangsa yang sangat mahir dalam seni pertukangan batuan gunung. Di bandar purba Petra, pengunjung bakal takjub dengan ukiran yang sempurna dan halus.

Tidak seperti monumen-monumen lain di dunia, Petra dibina pada batu gunung yang ditebuk dan diukir. Di dunia Arab, Petra adalah tempat yang sangat mashyur dan diperkatakan oleh ramai orang. Namun, orang-orang hanya mengetahui pada tahun 1812 setelah diperkenalkan oleh seorang orientalis daripada Switzeland, Johann Ludwig Burckhardt.

Pada zaman kegemilangan Petra, bandar purba ini adalah pusat kebudayaan dan keagamaan. Dipercayai bahawa masyarakat Jahiliyyah Mekah yang menyembah tuhan berhala wanita iaitu Latta, Uzza dan Manat berasal daripada tamadun ini.

Gerbang Petra yang mengagumkan semua pengunjung.

 

4.        Puma Punku

Puma Punku atau Puma Puncu adalah satu daripada sebahagian besar monumen yang berada di Tiwanuku Site di Tiwanuku, Bolivia. Di sini, terdapat tinggalan-tinggalan batu-batuan jenis keras iaitu Megalith. Batuan ini mempunyai ukuran dan potong yang jitu dan bersegi. Ia jelas menunjukkan bahawa monument di Puma Punku adalah monumen yang dibina secara khusus oleh manusia. Monumen-monumen ini dipercayai musnah sekitar abad ke-5 masihi selepas dilakukan beberapa ujian radiocarbon C14. Batuan paling besar di sini adalah bersaiz 7.81 meter tinggi dan 5.17 meter lebar.!

 

Tinggalan monumen di Puma Punku

Batuan berkepala manusia yang dikenali Ahu Akivi

Advertisements

Tags: , , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

2 responses to “Tamadun Purba memang hebat!”

  1. liza bakar says :

    Wah…. tahniah!!
    Very impressive & banyak yang saya pelajari dari sini… thanks!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: