Bahasa tubuh Presiden Amerika Syarikat,Barack Obama..


Oleh: takusahrisau

 

Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang paling besar pengaruhnya di dunia. Mengisytiharkan negara mereka sebagai polis dunia menunjukkan betapa egonya mereka di atas bumi Allah ini. Segala serba-serbi aspek berpusat di negara yang berada di benua Amerika Utara ini. Negara yang pernah mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk sekitar tahun 30-an ini sering melaung-laungkan bahawa mereka adalah negara yang maju dan paling berjaya dalam teknologi. Namun keegoaan mereka ada asasnya kerana mereka jauh meninggalkan kita dalam aspek teknologi.!

Dengan berlandaskan sebagai negara paling berwibawa, mereka memerlukan seorang presiden yang turut membawa peranan yang sama. Presiden bukan sahaja ketua rakyat Amerika tetapi juga melambangkan pendirian rakyatnya. Segala elemen mestilah lengkap untuk menjadi seorang yang bergelar Mr. President. Aspek yang paling utama yang perlu ada dalam diri seorang presiden adalah body language ataupun bahasa tubuh.

Apakah itu bahasa tubuh?

Bahasa tubuh adalah proses pertukaran minda di mana mesej disampaikan dalam bentuk isyarat, ekspresi wajah, pandangan mata(eye-contact), sentuhan(touching), artifak (lambang yang digunakan), suara, serta postur dan lenguk tubuh.

 

Dalam akhbar Kosmo! bertarikh 18hb September 2010 terpapar di muka hadapan di mana sebuah akhbar daripada Mesir,Al-Ahram dikritik hebat disebabkan mereka bertindak meminda gambar perdana menteri mereka iaitu Hosni Mubarak bagaikan mengetuai satu perjalanan di kapet merah ketika rundingan damai Palestin-Israel di Rumah Putih selasa lalu. Antara pemimpin yang berada dalam gambar tersebut adalah presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan dua pemimpin di negara bertelagah iaitu Mahmoud Abbas daripada Palestin dan Benjamin Natanyahu daripada Israel.

Gambar palsu selepas dipinda

Gambar sebenar

Sebenarnya dalam kes sebergini, punca kesilapan akhbar Al-Ahram adalah mereka tidak mempelajari bahawa seorang yang bergelar presiden Amerika Syarikat tidak akan ‘kalah’ dalam bahasa tubuh. Mana mungkin pemimpin negara kuasa besar seperti Barack Obama akan berada di belakang kepada seorang perdana menteri daripada dunia ketiga seperti Mesir? Bukan hendak mengkritik negara Islam, tetapi itulah hakikatnya. Sebagai negara kuasa besar, Barack Obama telah dilatih untuk memahami bahasa tubuh. Dalam kes ini, Barack Obama wajib berada di hadapan satu langkah berbanding pemimpin-pemimpin lain bagi menunjukkan beliau adalah ‘ketua’.

 

Barack Obama mula mendapat publisiti meluas terutama dalam kejayaan beliau dalam bahasa tubuh. Ia bermula ketika perdebatan beliau dengan McCain semasa percalonan Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2008. Barack Obama menunjukkan kepada dunia bahawa beliau memiliki bahasa tubuh yang hebat dengan pandangan mata(eye-contact) Obama berjaya merendahkan ego seorang veteran politik Amerika Syarikat, McCain. Kelihatan McCain mengalihkan pandangan beliau ketika ditatap oleh Obama.

 

Gambar ini meningkatkan lagi populariti Obama di kalangan rakyat Amerika.

Semasa menjadi presiden, Obama menunjukkan bahasa tubuh yang bagus apabila sentiasa murah dengan senyuman dan bersalaman dengan tangan yang digengam kemas. Dalam bab berselaman, seseorang Presiden Amerika Syarikat dilarang tangannya berada di dalam gengaman tangan pemimpin negara yang lain. Lihat gambar di bawah:

Barack Obama bersalaman dengan presiden China, Hu Jintao semasa persidangan G20.

 

Jika seseorang presiden itu terpaksa berada di sebelah kanan(bermakna tangan beliau akan berada dalam gengaman), beliau terpaksa menggunakan tangan kirinya bagi menutup gengaman tangan pemimpin negara tersebut. Lihat gambar di bawah:

 

Barack Obama bersalaman dengan perdana menteri Iraq, Nuri al-Maliki

Obama ketika bersalaman dengan Gaddafi,kelihatan Obama menggunakan tangan kirinya untuk memaut tangan atau bahu presiden Libya itu.

 

Kelemahan Barack Obama

Ini bukan sesuatu yang baru dalam sains bahasa tubuh. Semua Mr. President mengetahuinya.  Namun dalam beberapa insiden, Barack Obama dikecam teruk kerana gagal mengaplikasikan bahasa tubuh dengan cekap. Berikut adalah perbandingan antara Barack Obama semasa bersalaman dengan Dmitry Medvedev dan G.W. Bush dengan Dmitry Medvedev:

 

Perbandingan Obama dan Bush ketika bersalaman dengan pemimpin Rusia(negara kuasa besar selain Amerika Syarikat), Dmitry Medvedev.

 Kesilapan daripada Barack Obama telah mengudang kecaman yang lebih hebat oleh media mereka seperti yang berlaku ketika Barack Obama menundukkan kepala kepada Maharaja Jepun,Maharaja Akihito dalam lawatan ke Jepun tidak lama dahulu. Bergitu juga ketika beliau bersalaman dengan King Abdullah daripada Arab Saudi yang seakan Obama mencium tangan King Abdullah.

Obama dikecam kerana bertindak menundukkan kepala kepada Maharaja Akihito.

 

Obama ketika bersalaman dengan King Abdullah daripada Arab Saudi.

 

 

Bergitu juga ketika Obama dan isterinya menerima undangan daripada Presiden Calderon dan isterinya Margarita Zavala. Obama kelihatan menunduk kepalanya terlebih dahulu daripada tetamu undangannya. Beliau dikecam hebat.

Obama dan isteri ketika menerima tetamu daripada Mexico, Felipe Calderon dan isteri.

Dalam insiden ini pula, Obama dilihat seperti seorang yang sombong apabila membiarkan seorang professor yang cacat iaitu Professor Gate dipimpin oleh pembantu beliau, Sarjan Crowley. Media membandingkan gaya Barack Obama dengan Bush iaitu ketika Bush semasa menerima lawatan Senator Robert Byrd.

 

Perbandingan dua peristiwa yang menimbulkan perdebatan.

Namun, ia masih belum dapat menandingi pandangan mata Obama semasa pertemuan beliau dengan Nikolay Sarkozy. Obama kelihatan memandang dengan penuh ‘kelelakian’ pada seorang wanita sambil diperhatikan oleh Perdana Menteri Perancis, Nikolay Sarkozy.

 

Jelingan Obama kurang disenangi media daripada Amerika Syarikat

 Bagaimana pula bahasa tubuh pemimpin-pemimpin di negara kita? 🙂

Advertisements

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Trackbacks / Pingbacks

  1. Samiri yang Misteri. Siapakah Samiri? « Takusahrisau's Blog! - April 1, 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: