Archive | April 2011

Episod #4: Gambar-gambar Perang Dunia ke-2 yang tidak pernah tersiar di Akhbar dan Majalah!

Oleh: takusahrisau

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Mumia Yuya adalah Nabi Yusuf as?

Oleh: takusahrisau

 

 

Mukadimah

Penulis sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa tidak salah untuk mencari sesuatu kebenaran asalkan tidak menjejaskan akidah sebagai seorang muslim. Sebenarnya penulis benar-benar tertarik dengan satu cabang kajian yang sering dipandang sepi oleh umat Islam iaitu Egyptologi.

Egyptologi adalah kajian yang terperinci merangkumi sejarah, adat, agama, bahasa dan tatacara hidup masyarakat Mesir yang dipercayai telah mendiami lembah sungai Nil sejak 3000 sebelum masihi sehingga abad ke-4 selepas masihi. Di Amerika Syarikat, Egyptologi diklasifikasikan sebagai salah satu cabang kepada bidang Arkeologi.

 

Ahli-ahli Egytologi yang pertama

Ahli ‘Egyptologi’ yang pertama dipercayai adalah Firaun Mesir itu sendiri iaitu Tutmoses IV. Tutmoses IV dikatakan telah memulihkan patung Sphinx yang tersergam di hadapan Sungai Nil.

Manakala ahli Egyptologi Islam yang pertama adalah ahli sufi terkenal, Zun Nun al-Misri. Zun Nun al-Misri diriwayatkan sangat meminati tulisan Hiroglif Mesir dan dikatakan telah memahami sebahagian besar tulisan berkenaan.

Seorang lagi ilmuwan Islam yang pertama digelar ahli Egyptologi adalah Ibnu Washiyya. Ibnu Washiyya dikatakan telah mendahului Jean-François Champollion dalam menafsir tulisan Higrolif sebanyak empat abad. Champollion dikenali pada hari ini sebagai individu pertama yang menafsir tulisan Higrolif susulan terjumpanya batu Rosetta.

Bergitulah besarnya cabang bidang Egytologi ini. Miskipun banyak sudah dibongkar dan dibuat kajian. Namun, masih banyak lagi yang belum terbongkar sepenuh. Antaranya adalah berkenaan persoalan siapakah Firaun yang memusuhi Nabi Musa as. Al-Quran tidak mencatatkan siapakah Firaun tersebut. Bergitu juga dengan Injil dan Taurat.

Walaubagaimanapun, penulis telah tertarik dengan kajian yang dilakukan oleh seorang ahli Egyptologi warga British berkelahiran Mesir, Ahmed Osman. Ahmed Osman secara terperinci telah mendakwa bahawa seorang figura Mesir Purba bernama Yuya adalah Nabi Yusuf yang diceritakan Allah swt dalam al-Quran sebagai seorang menteri kerajaan Mesir Purba.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

 

Nabi Yusuf as seperti yang diceritakan dalam al-Quran, Taurat dan Injil

Sejak satu abad yang lalu, pencarian tentang siapakah Nabi Yusuf as dalam peradaban Mesir Purba giat dilakukan. Kebanyakkan dilakukan oleh ahli arkeologi daripada Eropah dengan bersandarkan kepada Kitab New Tastement(Injil) dan Old Tastement(Taurat). Namun, kajian tersebut menemui jalan buntu dek kerana hasil penemuan yang tidak menepati dengan apa yang disifatkan dalam kedua-dua kitab suci agama Kristian dan Yahudi.

Dalam kitab tersebut ada menceritakan bagaimana Nabi Yusuf as telah dikhianati oleh adik-beradiknya dengan meletakkan baginda di dalam perigi tua. Adik-beradik baginda juga telah menipu bapanya iaitu Nabi Ya’kub as dengan mendakwa Nabi Yusuf as telah dibaham serigala dengan menunjukkan baju yang dilumur darah haiwan sebagai barang bukti. Nabi Ya’kub as yang mengetahui anak-anaknya telah membohongi bagaimanapun terpaksa redha dan meratapi nasib dirinya. Akibatnya, mata nabi Ya’kub menjadi buta kerana kerap menangisi kehilangan anak kesayanganya itu.

Dalam ketiga-tiga kitab tidak menyalahi fakta asal antara satu sama lain. Ketiga-tiga kitab suci tersebut ada menyatakan bagaimana Nabi Yusuf as akhirnya diselamatkan daripada perigi buta tersebut dan dibawa ke Mesir untuk dijadikan hamba abdi. Nabi Yusuf as kemudian dibeli oleh seorang menteri dan dijagakan bagaikan anak mereka sendiri. Menteri tersebut hanya digelar al-Aziz. Al-Aziz hanyalah panggilan bagi seorang menteri dan bukanlah nama sebenar menteri yang menjaga Nabi Yusuf as. Dalam Injil dan Taurat, nama menteri tersebut telah disebut sebagai Potiphar.

Apabila meningkat dewasa, Nabi Yusuf as telah melalui sebuah dugaan yang maha hebat apabila digoda oleh ibu angkatnya sendiri, Zulaikha. Di dalam Injil mahupun Taurat, nama Zulaikha langsung tidak dinyatakan.

Akibat fitnah daripada Zulaikha, Nabi Yusuf as kemudiannya dihumban dalam penjara. Di dalam penjara, Nabi Yusuf as telah menunjukkan mukjizatnya dengan menafsir mimpi seorang banduan. Kebolehan Nabi Yusuf as telah sampai kepada Firaun yang memerintah Mesir pada waktu itu. Nabi Yusuf as telah dipanggil untuk menafsir mimpi Firaun. Kejayaan menafsir mimpi Firaun dengan tepat akhirnya telah membuatkan baginda diangkat menjadi wazir negara Mesir Purba.

 

Dakwaan Ahmed Osman

Ahmed Osman telah mendakwa Yuya adalah Nabi Yusuf as dengan beberapa bukti yang boleh dikatakan kukuh. Ahmed Osman yang menggunakan tiga sumber rujukan iaitu al-Quran, Injil dan Taurat sebagai dokongan dalam kajian beliau berkenaan dengan Yuya.

Antara dakwaan Ahmed Osman berkenaan Yuya adalah:

 

1.         Tangan Yuyu

Mumia Yuya menurut Osman tidak seperti mumia-mumia yang lain. Tangan mumia Yuya tidak menyilangkan tangan seperti mumia Firaun dan mumia pembesar-pembesar Firaun. Adat menyilang tangan di dada sebenarnya adalah mengikut tatacara Osiris iaitu salah satu dewa besar Mesir Purba. Tangan Mumia Yuya bagaimanapun diletakkan pada bawah dagunya. Adat letak tangan di bawah dagu seperti menyerupai adat resam bangsa Semitik atau bani Israil. Ia memungkinkan bahawa Yuya adalah individu yang bukan berasal daripada Mesir.

 

Bandingkan mumia Yuya(atas) dan mumia Firaun Maneptah. Lihat kedudukan tangan mereka.

 

2.         Yuyu dan janggut

Wajah Yuya menyerupai wajah bangsa Semitik. Ia bersandarkan kepada janggut, dagu dan wajah mumia Yuya yang bujur seperti wajah tipikal bangsa Semitik. Ia ditambah dengan fakta bahawa tiada Firaun dan pembesar Firaun yang menyimpan janggut kecuali Yuya sahaja. Adat menyimpan janggut biasa dilakukan oleh bani Israil pada dahulukala.

Ia bersandarkan kepada tafsir al-Qummi melalui Jaafar al-Sadiq yang berkata bahawa Allah swt telah menganugerahkan kepada moyang kepada bangsa Israil dan Arab(Bangsa Semitik), Nabi Ibrahim as sebanyak sepuluh kebaikan. Lima di kepala dan lima lagi di badannya.

Di kepala:

1. Bercukur misai.
2. Menyimpan janggut
3. Bercukur rambut di kepala
4. Memberus gigi
5. Memutihkan gigi

Di badan:

1. Berkhatan
2. Memotong kuku
3. Membersih badan dengan air bersih
4. Mencukur bulu ari-ari
5. Membersih diri selepas berjimak(mandi hadas besar)

Maka ia jelas sekali menunjukkan anak cucu Nabi Ibrahim perlu mengikut syariat yang diturunkan daripada baginda termasuklah nabi Yusuf as yang merupakan cicit baginda sendiri melalui datuknya, Nabi Ishak as. Melalui penemuan mumia Yuya yang tidak bercukur janggut jelas membukti ia adalah berasal daripada bangsa Semitik dan bukannya seseorang berbangsa Mesir.

 

Lihat janggut mumia Yuya

 

3.         Bapa kepada Firaun

Yuya adalah satu-satunya individu yang digelar ‘Bapa kepada Firaun’. Ia selari dengan apa yang tercatat dalam Injil melalui Genesis 45:8.

“So then, it was not you who sent me here, but God. He made me father to Pharaoh, lord of his entire household and ruler of all Egypt.

 

Mana-mana individu tidak pernah digelar bapa kepada Firaun. Dan gelaran seperti ini adalah kebesaran yang dianugerahkan kepada Yuya sebagai orang kepercayaan Firaun. Ia jelas dinyatakan dalam al-Quran dalam surah Yusuf ayat 54.

Dan raja(Firaun) berkata: “Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia sebagai orang yang rapat kepadaku.” Maka tatkala raja(Firaun) telah bercakap-cakap dengan dia, dia berkata: “Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai pada sisi kami(Firaun dan pembesar-pembesar lain).”

 

Menurut ahli Egyptologi, Yuya digelar Father of Pharoah adalah kerana Yuya merupakan bapa mertua kepada Firaun Amenhotep III melalui perkahwinannya dengan anak perempuan Yuya, Tiye. Tiye adalah salah seorang Isteri Diraja Terhebat(Great Royal Wife) dan dianggap nenek moyang kepada fahaman Monoteisme.

Tiye digelar nenek-moyang kepada fahaman Monoteisme adalah kerana anaknya, Firaun Akhanaten telah melakukan revolusi agama dengan menghapuskan fahaman menyembah banyak tuhan kepada satu tuhan sahaja. (InsyaAllah jika berkesempatan penulis akan menulis berkenaan Firaun Akhanaten pula)

Persoalannya, bagaimana Tiye boleh digelar sedemikian rupa? Amat mustahil Tiye mendapat visi daripada Tuhan kerana tiada nabi daripada gologan wanita melainkan terpengaruh dengan seseorang yang paling rapat dengannya. Dan orang paling rapat dengan Tiye semestinya bapanya sendiri iaitu Yuya.

Kaitan Yuya dengan Tiye dan gelaran “bapa kepada Firaun” amat menyakinkan bahawa Yuya sebenarnya adalah Nabi Yusuf as yang diceritakan dalam tiga kitab suci agama Samawi(agama langit).

Tiye

 

 

 

 

4.        Isteri dan gelaran Nabi Yusuf as

Firaun juga telah menganugerahkan Nabi Yusuf as dengan isteri daripada bangsa Egypt dan nama dalam bahasa Mesir purba. Isteri Nabi Yusuf as telah dinyatakan dalam Taurat melalui Book of Genesis sebagai Asenath. Asenath adalah anak kepada seorang paderi Firaun yang bernama Potipherah.

Sejarahwan Mesir, Manetho telah menulis sejarah negaranya pada abada ketiga sebelum Masihi. Beliau telah menyebut berkenaan Firaun Amenhotep III mempunyai seorang menteri yang digelar Sef. Ia kelihatan seperti nama Josef dalam bahasa Ibrani dan Yusof dalam bahasa Arab. Jika digabungkan dengan Yu(merujuk kepada tuhan bani Israil, Yahweh) dan gelaran Mesir purba kepada Nabi Yusuf as iaitu Sef, ia jelas boleh mengabungkan perkataan:

Y.U.S.E.F.

Telah menjadi kebiasaan kepada adat orang dahulu kala mengabungkan nama sepertimana yang biasa kita dengar iaitu Tutankhamun(hasil gabungan nama gelarannya, Tutan dan nama tuhan sembahannya, Amon), Amenhotep(gabungan tuhan Amen dan nama gelarannya Hotep) dan banyak lagi. Maka, tidak mustahil nama Nabi Yusuf as adalah hasil gabungan tersebut. Waallahualam.

 

5.         Bandar seratus pintu gerbang

Melalui perbandingan antara ketiga-tiga kitab suci dan rekod sejarah Mesir purba, terdapat satu fakta yang boleh menguatkan lagi dakwaan bahawa Yuya adalah Nabi Yusuf as. Dalam al-Quran, nabi Ya’kub as telah berpesan kepada anak-anaknya supaya memasuki pintu gerbang yang berlainan atas sebab-sebab tertentu. Ia termaktub dalam surah Yusuf ayat 67,

Dan Ya’qub berkata: “Hai anak-anakku janganlah kamu (bersama-sama) masuk dari satu pintu gerbang, dan masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berlain-lain; namun demikian aku tiada dapat melepaskan kamu barang sedikitpun dari pada (takdir) Allah. Keputusan menetapkan (sesuatu) hanyalah hak Allah; kepada-Nya-lah aku bertawakkal dan hendaklah kepada-Nya saja orang-orang yang bertawakkal berserah diri.”

 

Dalam tradisi masyarakat Yahudi ada memperkatakan perihal kebimbangan adik-beradik Yusuf as berkenaan niat jahat bangsa Mesir sehingga mereka telah melalui sepuluh pintu gerbang yang berlainan.

“His brothers, fearing the evil eye, entered the city at ten different gates”

(Midrash Bereshith Rabbah 89)

 

Mengikut penyajak terkenal berbangsa Yunani, Homer dalam sajaknya yang ditulis pada abad ke-8 sebelum Masihi, Bandar Thebes mempunyai lebih seratus pintu gerbang yang berlainan. Bandar Thebes yang terletak di timur tebing sungai Nil adalah pusat pemerintahan kerajaan Mesir Purba. Homer menggelarnya “Bandar seratus pintu gerbang”. Maka, ia jelas menggambarkan wahyu yang disampaikan dalam al-Quran adalah merujuk kepada Bandar Thebes yang juga tempat bersemayamnya Firaun dan para menterinya termasuklah Nabi Yusuf as sendiri.

Salah satu pintu gerbang di bandar purba Thebes.

 

 

 

 

Penyangkalan orang Yahudi dan Kristian

Mengikut tradisi bani Israil, keranda nabi Yusuf as telah tenggelam ke dalam sungai Nil. Walaubagaimanapun, terdapat juga dakwaan yang menyatakan bahawa jenazah nabi Yusuf disemadikan dalam Istana Diraja sesuai dengan statusnya sebagai menteri paling kanan Firaun ketika hayatnya.

Semasa Exodus, Nabi Musa as dikatakan telah dibantu oleh Serah, anak kepada Asher untuk menaikkan keranda Nabi Yusuf yang tenggelam di dalam Sungai Nil. Serah kemudian menunjukkan tempat di mana keranda Nabi Yusuf berada. Nabi Musa as tanpa berlengah telah melontar batu ke dalam sungai dan berseru,

Yusuf! Yusuf! Masanya telah tiba untuk bani Israil diselamatkan daripada musuh mereka; bangkitlah dan jangan berlengah lagi.!

 

Ajaib sekali, keranda tersebut telah timbul dan terus diambil untuk dibawa bersama ke tanah yang dijanjikan.

Namun, tradisi Bani Israil tidak boleh dibenarkan sepenuhnya terutamanya kita sebagai Umat Islam. Kebanyakkan telahpun ditokok tambah untuk kepentingan mereka sendiri. Bergitulah yang terjadi kepada kisah jenazah Nabi Yusuf as yang dikatakan tenggelam dalam sungai Nil.

Dalam kajian Ahmed Osman, ia adalah satu-satunya penyangkalan daripada individu yang menentang teorinya.

 

(Video) Binatang pun boleh mengigau!

Oleh: takusahrisau

 

Apabila melihat manusia mengigau memang melucukan. Tetapi apa yang akan terjadi apabila melihat binatang pula yang mengigau? Penulis sediakan untuk pembaca semua video di bawah.

(Gambar) Kejadian UFO terhempas di Rusia pada 1969!

 

Oleh: takusahrisau

 

 

Pada 1998, rancangan TNT daripada Amerika Syarikat dalam segmennya, ‘The Secret Files of KGB’ telah menyiarkan sebuah footage yang keseluruhan memaparkan anggota KGB menyiasat tapak terhempasnya sebuah pesawat yang dipercayai UFO.

Rancangan TNT yang dihoskan oleh Roger Moore dikatakan telah mendapat footage ekslusif ini daripada sebuah agen daripada Rusia dengan bayaran 10,000 dollar. Rancangan yang bermula dengan anggota-anggota KGB menaiki trak jenis ZIS151 keluaran tahun 1950-an. Anggota-anggota KGB ini kemudiannya turun di sebuah tapak terhempasnya UFO. Kawasan terhempasnya UFO dipercayai berlaku di Sverdlovsky(dahulunya dikenali dengan Yekatrinburg).

Sverdlovsky dikatakan sering menjadi tumpuan UFO sejak tahun 1940-an. Berpuluh-puluh fail penampakan UFO telah direkodkan secara teliti di Sverdlosky. Maka, kejadian yang berlaku pada 1969 adalah kemuncak kepada segala penampakan yang direkodkan sejak Perang Dunia Kedua.

 

 

 

Beberapa bukti yang menyatakan kejadian di Rusia pada 1969 ini benar

1. Pernyataan pelbagai saksi

Pernyataan berkenaan terhempasnya UFO di Rusia pada 1969 telah direkodkan. Saksi itu membuktikan bahawa operasi Sverdlosky Midget benar-benar telah berlaku. Operasi Sverdlosky Midget adalah operasi khas yang dilakukan oleh KGB untuk menyiasat kewujudan tapak terhempasnya UFO.

2. Dokumen

Dalam rancangan TNT kelolaan Roger Moore, terdapat beberapa dokumen sulit daripada Jabatan Pertahanan USSR telah ditunjukkan. Ia diperkukuhkan dengan artikel daripada surat khabar Kuznitsa yang bertajuk ‘Berezovky Dream’ bertarikh 29 November 1968 yang menceritakan dengan terperinci berkenaan objek terbang yang tidak dikenali pada 26 November 1968. Salah satu daripada objek tersebut kemudian terhempas di kawasan hutan di Berezovky, Sverdlosky di Rusia.

3. Surat

Arahan bernombor 481 pada Mac 1969 daripada Kementerian Pertahanan Soviet beralamat kepada Pengarah Pasukan Pertahanan Udara di Kem Tentera Svedlovsky, Leftenan Jeneral A.G. Ponomarenko. Arahan dalam surat tersebut menyebut tentang bantuan dalam segenap cara kepada pihak berkuasa KGB dalam operasi Sverdlovsky Midget. Surat tersebut kemudian ditandatangani oleh Pengarah Tertinggi Unit Pertahanan Udara USSR, Kolonel Jeneral S.D.Lebedev.

 

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

 

Sebuah lagi surat bertarikh 3 November 1969 kepada Pengarah Jabatan Penyelidikan Saintifik KGB, Kolonel Grigoriev A.I. Surat tersebut mempunyai cop KGB yang jelas. Dalam surat tersebut, ia menceritakan bahawa pada 5 March 1969, sebuah objek yang tidak dikenali telah terhempas di Sverdlovsky. Objek tersebut mempunyai ketinggian 3 meter dan berdiameter 5 meter. Tambah dalam surat itu lagi, sekujur mayat ‘makhluk asing’ telah dijumpai berhampiran objek yang tidak dikenali tersebut.

Beberapa lagi ciri yang boleh dianggap tulen adalah footage pada permulaan video ini ditayangkan. Ia jelas menunjukkan anggota KGB berseragam lengkap. Anggota KGB kemudian berkawad dengan cara yang mustahil untuk dilakonkan.

 

Sijil kematian bercop KGB.

 

 

Pelbagai kecaman

Kejadian terhempasnya UFO sekitar 1969 bagaimanapun telah dianggap palsu(hoax) dan dikecam oleh beberapa pengkaji UFO. Mereka mendakwa bahawa kawasan terhempasnya UFO tidak menunjukkan circle point atau kesan kebakaran dashyat sepertimana jika berlakunya pesawat-pesawat terhempas. Mereka juga mendakwa video yang memaparkan saintis-saintis Rusia sedang melakukan bedah siasat kepada sekujur makhluk asing adalah palsu sama sekali. Mereka mengatakan makhluk asing tersebut layak dipanggil patung kerana tidak memiliki ciri-ciri fizikal makhluk asing.

Namun, persoalannya, bagaimana mereka tahu bagaimana rupa sebenar makhluk asing? Untuk pengetahuan, imej makhluk asing dicipta oleh Hollywood. Dan ia menjadi wajah umum makhluk asing sehingga hari ini. Bagi adat orang melayu, imej makhluk asing ciptaan Hollywood mirip benar dengan imej hantu Toyol.! Jadi, dakwaan berkenaan autopsi makhluk asing tersebut telah disangkal oleh pihak yang mempercayai kejadian pada 1969 tersebut benar-benar berlaku.

 

Berikut adalah gambar-gambar dan video yang diambil sekitar kawasan terhempasnya pesawat tersebut. Pembaca boleh menggunakan budi bicara sendiri untuk mengadilinya.

 

 

 

 

 

Video di sekitar proses autopsi makhluk asing:

(Video) Mayat Makhluk Asing ditemui di Irkutsk, Russia! Benarkah?

Oleh: takusahrisau

 

Sebulan yang lalu, penduduk sekitar wilayah Irkutsk, Siberia diberitakan telah melihat sebuah objek besar yang mengeluarkan cahaya merah jambu dan biru di ruang angkasa. Objek yang seakan-akan UFO itu seperti hilang kawalan kemudiannya telah terhempas di kawasan berkayu di wilayah tersebut.

 

Berita berkenaan kemalangan melibatkan UFO tersebut telah tersebar dengan cepat apabila sejam kemudian, agen rahsia, pegawai tentera dan saintis daripada kerajaan Rusia telah datang menjenguk kawasan yang dikatakan terlibat kemalangan tersebut.

Namun, baru-baru ini telah tersebar di internet video mayat makhluk asing yang dikatakan terhempas itu. Ia sempat dirakam oleh seorang penduduk di kawasan tersebut. Ia jelas menunjukkan mayat makluk berkepala besar tersebut terputus kaki dan cedera di beberapa bahagian badan.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

 

Walaubagaimanapun, penulis tidak mengiakan bahawa ia adalah video makhluk asing yang tulen. Melalui pengamatan penulis, terdapat beberapa perkara yang boleh diperdebatkan mengenai ketulenan video tersebut. Antaranya adalah:

  • Lokasi: Lokasi yang dipaparkan video tersebut langsung tidak menunjukkan ia adalah kawasan terhempasnya sesuatu pesawat.

 

  • Badan makhluk asing: Bentuk fizikal makhluk asing seperti tidak konsisten malah kelihatan seperti patung yang diukir.

 

 

  • Suasana: Suasana di persekitaran lokasi kemalangan tidak menunjukkan ia adalah kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai. Padahal, jika berlaku kemalangan besar seperti itu, pasti ramai orang akan hadir di sekitar kawasan tersebut. Apa yang didengar penulis adalah hanya dua orang individu sahaja yang rancak berbicara dalam bahasa Rusia.

Kepada pembaca yang budiman, sila guna budi bicara untuk menafsir ketulenan video di bawah.

(Gambar) Kedashyatan Perang!

Oleh: takusahrisau

 

Tentera Jepun semasa menawan Filipina. Bayonet diacu kepada tentera-tentera Amerika.

 

Kepala seorang tentera Jepun dipancung.

 

Tentera Colombia cedera parah akibat letupan daripada sebuah bom yang diletak di dalam bas yang mereka masuki. Kejadian berlaku semasa insiden penculikan Ingrid Betancourt.

 

Tentera Liberia menembak seorang pemberontak di Monrovia.

 

Tebtera Amerika Syarikat melintasi rakannya yang meninggal dunia. Mereka semua terlibat dalam perang Vietnam pada 1967.

 

Tentera Jerman ditangkap gambarnya semasa letupan bom di dalam parit yang dibina mereka. Mereka semua terlibat dalam Perang Dunia Pertama.

 

Sgt. Ryan P. Shane telah menarik rakannya yang cedera parah ditembak oleh seorang penembak hendap semasa operasi Al-Fajr di Iraq.

 

Sgt Ryan P. Shane(tengah) kemudian ditembak.

 

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

 

Akhirnya Sgt Ryan P. Shane juga terbaring menahan sakit akibat luka parah ditembak.

 

Kenderaan tentera Iraq musnah teruk akibat serangan udara Amerika Syarikat.

 

Tentera Jerman menyerah diri di Stalingrad pada Januari 1943.

Seorang tentera menolong rakannya semasa Perang Vietnam.

 

Seorang wanita merapati kematian suaminya.

 

Tentera Amerika Syarikat yang cedera diangkat oleh rakan-rakan mereka.

 

Tentera Amerika Syarikat yang meninggal dunia diletak di atas lori untuk urusan penghantaran pulang ke tanah air.

(Gambar) Telefon Awam di seluruh dunia

Oleh: takusahrisau

 

Tidak dinafikan bahawa telefon bimbit amat penting pada hari ini. Namun, masih ingatkah pembaca semua kepada telefon awam sebelum kemunculan telefon bimbit secara berleluasa di Malaysia sekitar tahun 2000?

Telefon pondok boleh dikatakan menjadi satu keperluan sekitar tahun 80-an sehingga menjelang tahun 2000. Manakan tidak, kebanyakan penduduk di kawasan pendalaman masih lagi tidak mampu memakai telefon rumah kerana kekangan kewangan. Jadi, tumpuan utama mereka semestinya telefon awam jika berlaku sebarang kecemasan.

Namun, pada hari ini, telefon awam bagaikan dipandang sepi.  Tiada sebarang pemulihan yang dilakukan oleh pihak berwajib untuk menjaga ‘warisan’ masyarakat ini. Telefon awam dianaktirikan sehingga pihak telekomunikasi memutuskan untuk mengehadkan penggunaannya di seluruh negara. Kini, telefon awam hanya kelihatan di kawasan-kawasan metropolitan, universiti, dan beberapa lebuhraya di Malaysia sahaja.

Oklah, di bawah adalah beberapa telefon awam yang dikutip gambarnya di seluruh dunia. Jom, apa kata kita saksikan bersama-sama.

 

 

 

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

 

The Beatles

 

(Video) Komander Anton Dostler dihukum bunuh!

Oleh: takusahrisau

 

Anton Dostler adalah salah seorang yang pertama yang dihukum bunuh oleh Mahkamah Pakatan Berikat setelah Jerman menyerah kalah pada 1945. Beliau telah dihukum tembak pada 1 Disember 1945 di Aversa, Itali. Beliau yang lahir pada 10 Mei 1891 telah dihukum bunuh kerana didapati bersalah mengarahkan pembunuhan 15 komando Amerika Syarikat pada 26 Mac 1944 di La Spezia, Itali. Di kalangan 15 komando tersebut, dua orang daripadanya adalah pegawai tentera Amerika Syarikat.

Arahan pembunuhan 15 komando Amerika Syarikat telah melanggar Penjanjian Geneva yang telah ditandatangani oleh kuasa-kuasa besar pada 1931. Dalam protokol penjanjian Geneva, terdapat tatacara dalam kaedah layanan terhadap tahanan perang. Tahanan perang perlu diberi rawatan jika tercedera serta makanan jika kelaparan. Tahanan perang juga tidak sesekali boleh dibunuh. Ia termaktub dalam protokol persidangan Geneva pada 1931, Geneva Convention relative to the Treatment of Prisoners of War.

Anton Dostler bagaimanapun mempertahankan dirinya semasa Tribunal Jenayah Perang di Nuremberg dengan mendakwa beliau tidak pernah memberi arahan untuk menghukum bunuh 15 komando Amerika Syarikat sebaliknya ia menyerahkan urusan 15 komando tersebut kepada Kolonel Almer. Anton Dostler yang merasakan beliau dianiaya akhirnya akur dengan kuasa muktamad Pihak Berikat dalam pembicaraan tersebut.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

 

Sebenarnya, nama Anton Dostler tidaklah sepopular Heinrich Himmler, Hermann Goering ataupun Aldolf Hitler. Tetapi namanya tetap menjadi ingatan kepada pengemar sejarah Perang Dunia Kedua dek kerana video hukuman bunuh beliau dirakam dengan cermat oleh jurukamera Pakatan Berikat. Sebanyak tiga kamera digunakan untuk merakam hukuman bunuh Anton Dostler. Sayangnya, ia dirakam menggunakan teknologi kamera hitam-putih. Walaubagaimanapun, ia tetap jelas merakamkan bagaimana berbelas peluru meluru masuk ke dalam tubuh beliau.!

Anton Dostler semasa hukuman bunuh beliau dibacakan.

Lihatlah tubuh Anton Dostler yang ditembusi peluru sehingga koyak belakang bajunya.

 

Saksikan video hukuman bunuh Anton Dostler:

(Video) Tsunami Jepun dirakam di lautan lepas!

Oleh: takusahrisau

 

Seorang pegawal pantai telah memuat naik video pada 12 Mac 2011 (Sabtu) iaitu sehari selepas Tsunami menghempas Kepulauan Honshu. Pengawal pantai tersebut merakamkan video di atas kapal patrol miliknya. Video yang dirakam menunjukkan kelainan daripada video-video Tsunami Jepun yang lain kerana ia menunjukkan tsunami tersebut dirakam di lautan lepas. Dalam video tersebut terdapat dua gelombang besar telah ‘berkembang’ di lautan. Allahuakbar!

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook, klik SINI)

 

(Gambar) Kartun Disney dan Mesej Tersembunyi Illuminati!

Oleh: takusahrisau

 

Konspirasi melibatkan Iluminati sangat halus. Malah ada yang tidak pernah percaya bahawa mereka sanggup bersusah-payah menghasilkannya. Sebenarnya, untuk menghuraikan satu-satu taktik halus Iluminati tersangatlah panjang. Oleh sebab itu, penulis hanya fokuskan kepada satu sahaja taktik Iluminati iaitu Subliminal Messages.

 

Apakah itu Subliminal?

Subliminal Messages dalam bahasa melayu membawa maksud pesanan tersembunyi. Namun daripada segi istilahnya, ia membawa maksud sesuatu pesanan yang cuba disampaikan secara tersembunyi dan halus atas tujuan tertentu yang tidak diketahui.

 (Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook. Klik SINI)

 

Disney di sebalik Iluminati

Umum mengetahui Disney adalah syarikat produksi bagi puluhan filem bercorak kekeluargaan dan kartun. Antara filem yang popular di bawah bumbung Disney adalah Aladdin, Little Mermaid, The Hutchback of Notre Dame, The Lion King, Mickey Mouse dan banyak lagi. Genre kartun sebergini sering ditonton oleh kanak-kanak yang kebanyakan di bawah usia 13 tahun. Malah, tidak salah untuk mengatakan bahawa mereka semua membesar dengan menonton puluhan kartun-kartun terbitan Disney.

Walaubagaimanapun, kepada ibubapa semua, anda perlu risau bahawa kartun terbitan Disney juga mempunyai ciri-ciri tontonan golongan dewasa. Lihat sahaja kartun seperti Little Mermaid. Si duyung betina dan si duyung jantan hanya memakai pakaian separuh bogel. Apakah ia sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak berusia di bawah 13 tahun?

Itu yang dilihat pada zahir. Jadi, bagaimana pula yang tidak dapat dilihat secara zahir atau dengan kata lain, tersembunyi?

Ok, pembaca semua terutama yang bergelar bapa dan ibu, sila lihat gambar-gambar yang penulis paparkan di bawah, moga-moga ia memberi sedikit panduan kepada anda semua. InsyaAllah.

 

Salah satu adegan dalam The Lion King. Lihat bintang-bintang yang membentuk perkataan S.E.X!

Sudutan dalam Wizard of the Oz. Cuba lihat bulatan kuning.

Sudutan daripada kartun The Little Mermaid. Lihat Paderi(kanan) di bahagian seluarnya. Alat sulitnya seperti mengalami sedikit 'perubahan'.

Sudutan daripada kartun The Little Mermaid. Perhatikan apa yang dipaparkan.

Sudutan daripada salah sebuah kartun Disney. Apa pendapat anda?

Sudutan daripada filem Rescuer. Perhatikan bulatan merah.

Sudutan daripada salah sebuah kartun Disney. Sangat tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak mahupun remaja belasan tahun.

Petikan daripada kartun Little Mermaid. Perhatikan baik-baik apa yang ingin disampaikan oleh 'Disney'.

Petikan poster daripada kartun Tangled. Sila perhatikan baik-baik tulisan apa yang terbentuk daripada simpulan tali.

 

Ralat: Kartun Alice in the Wonderland telah ditukar kepada Wizard of the Oz. Kesalahan fakta amat-amat dikesali. Kepada pembaca yang telah memberi nasihat kepada penulis berkenaan ralat berkenaan, penulis amat-amat hargai. Keep it up dude..

%d bloggers like this: