Archive | April 8, 2011

(Gambar) Pembunuhan di Amityville!

Oleh: takusahrisau

 

Pembunuhan di rumah dua tingkat di Amityville, 112 Ocean Avenue, New York pada 13 November 1974 telah menggemparkan seluruh masyarakat Amerikat Syarikat. Serta merta, rumah yang membabitkan pembunuhan enam sekeluarga itu menjadi bahan berita di seluruh dunia. Selepas berlakunya pembunuhan tersebut, tersebar lagi desas-desus bahawa rumah yang berlakunya pembunuhan kejam tersebut mengalami pelbagai gangguan paranormal. Malahan, pembunuhnya iaitu Ronald DeFoe Jr. mengakui sering dihantui pelbagai kejadian paranormal dan turut mendengar suara halus di dalam kepalanya untuk melakukan pembunuhan terhadap ahli keluarganya. Pada hari ini, rumah yang terletak di Amityville ini dinobatkan sebagai rumah paling seram di Amerika Syarikat!.

Di bawah merupakan gambar-gambar pembunuhan yang dilakukan oleh Ronald DeFoe Jr pada tangga 13 November 1974 jam 3.00 pagi waktu tempatan. Mangsa-mangsanya adalah ahli keluarganya sendiri iaitu bapanya, Ronald DeFoe Sr(43), Louisse DeFoe(42), Dawn DeFoe(18), Allison DeFoe(13), Marc(12) dan John Matthew DeFoe(9). Mereka kesemua ditemui mati dalam keadaan terbaring dengan masing-masing mengalami luka tembakan satu das tembakan kecuali Ronald DeFoe Sr. dan Louisse DeFoe. Kesemua enam sekeluarga disemadikan di St. Charles Cemetery di Farmingale.

 

Ronald Sr. dan Louisse DeFoe

Tompokan darah John Matthew DeFoe(9).

John Matthew DeFoe(9).

Marc DeFoe(12).

Tompokan darah Marc DeFeo(12).

Allison DeFeo(13).

Dawn DeFeo(18)

Advertisements

Misteri Fenomena bukit magnet di Madinah!

Oleh: takusahrisau

 

Jika pembaca kerap menunaikan umrah di Madinah, mungkin pembaca tidak asing dengan fenomena yang dikenali Bukit bermagnet. Bukit tersebut terletak di Lembah Jin, lebih kurang 30km hingga 40km daripada Kota Madinah. Fenomena tersebut antara lain mampu menyebabkan kereta mahupun bas akan ditarik kembali secara misteri ke Madinah. Kekuatan tarikan tersebut mampu membuatkan kereta dan bas bergerak selaju 100km/j sehingga 120km/j dalam berkeadaan gear neutral.

Saksikan video di bawah:

 

 

Sebenarnya fenomena sebergini bukan sahaja berlaku di Lembah Jin, Madinah tetapi turut berlaku di banyak negara termasuk Los Banos di Filipina, Gunung Leh di India, Pulau Jeju di Korea Selatan, Gensu di China, beberapa tempat di England, Amerika Syarikat dan Australia.

Penjelasan saintifik melingkari fenomena pelik ini adalah berkenaan ilusi optik yang terjadi akibat penipuan mata apabila air kelihatan turun daripada gunung yang seakan-akan kawasan tersebut adalah condong. Namun, ia hanyalah penjelasan yang ringkas dan tertakluk hanya di beberapa tempat sahaja.

 

Fenomena bukit bermagnet di India:

Fenomena bukit bermagnet di Isle of Man:

 

%d bloggers like this: