Kisah Falling Man, Jumpers, dan Waving Woman ketika Tragedi 9/11!


Oleh: takusahrisau

Amaran: Terdapat beberapa imej di bawah tidak sesuai untuk ditonton kerana mengandungi imej-imej grafik yang ngeri. Penulis memohon kemaafan tidak terhingga jikalau ia menyebabkan pembaca mengalami komplikasi hasil daripada imej tersebut.

 

Falling Man adalah istilah yang merujuk kepada seorang individu yang tidak dikenali dirakamkan terjun daripada bangunan World Trade Center (WTC) bahagian utara oleh wartawan daripada Associated Press, Richard Drew. Imej yang menakjubkan itu dirakam pada 9.41 pagi waktu New York, iaitu sejam selepas bangunan utara dirempuh oleh Kapal Terbang American Airlines Flight. Untuk pengetahuan pembaca,  bangunan WTC bahagian utara dilanggar oleh kapal terbang tersebut seawal jam 8.46 pagi waktu New York.

 

Ilustrasi WTC

Rakaman foto Falling Man ini telah mencetuskan fenomena buat beberapa ketika. Pencarian mengenai identiti sebenar lelaki yang nekad terjun daripada bangunan WTC tersebut terus dilancarkan. Beberapa keluarga mangsa telah menghubungi media bagi mengesahkan bahawa Falling Man adalah waris mereka. Namun, selepas diperiksa dengan teliti, ternyata ia bukannya waris mereka.

 

Imej Falling Man yang terkenal ini mengerunkan sesiapa sahaja yang melihatnya.

Lima tahun kemudian!

Lima tahun kemudian, Chef Lomanaco telah diperakukan sebagai Falling Man daripada seorang individu bernama Jonathan Briley. Chef Lomanaco dipercayai berkerja di Restoran Windows of the World sebagai tukang masak.

Ia juga diperakui sendiri oleh kakak sulung si mangsa yang mengatakan bahawa adiknya itu mirip dengan Falling Man atas beberapa perkara seperti kurus, tinggi dan memakai baju yang sama pada hari yang beliau meninggal.

Walaubagaimanapun, tidak ada pendedahan rasmi yang dikeluarkan mengenai identiti sebenar lelaki yang digelar Falling Man ini.

 

Jumpers!

 

Jumpers pula merujuk kepada mangsa-mangsa yang nekad terjun daripada bangunan WTC tidak kira mangsa daripada bangunan Selatan ataupun Utara. Dipercayai, terdapat 200 mangsa nekad mengakhiri mayat mereka seperti itu.

Imej ini boleh dikatakan yang terbaik pernah dirakamkan.

Imej Jumper ini antara berpuluh-puluh yang berjaya dirakamkan

Dengan kelajuan 250km/j, sesiapa sahaja tidak selamat apabila jasad mencecah lantai bumi

Akibat kepanasan, lelaki membuka baju dan nekad terjun dari bangunan tersebut.

Imej tiga individu dirakam serentak..bayangkan bagaimana anda di tempat mereka..

Inilah keputusan terakhir yang mereka pilih

 

Kisah Jumpers adalah kisah paling sensitif untuk diungkapkan dalam mana-mana majalah dan akhbar. Dibimbangi ia akan menyentuh sensitiviti keluarga si mangsa korban tragedi 11. 

Mangsa-mangsa yang tekad terjun daripada bangunan tersebut dipercayai terhempas ke tanah dengan kelajuan 250km/j dengan bantuan graviti, sama lajunya dengan kelajuan mendiang Aryton Senna menghempas tembok di Litar Imola sedekad yang lalu yang mana telah meragut nyawanya.

Kesan daripada hentaman tersangat jelas, mayatnya tidak dapat dikenalpasti

Dengan impak kelajuan tersebut, mangsa-mangsa dijumpai berkecai tulang dari tubuhnya. Baju mereka masih terdapat kesan-kesan terbakar dan tidak kurang yang kelihatan terbakar sebahagian kulitnya.

Ngeri..inilah impak daripada kelajuan 250km/j!

Amat menyedihkan apabila terdapat satu tempat yang dipercayai Plaza WTC, terdapat beberapa mayat yang bertaburan tulang dan daging mereka. Darah mereka bagaikan cat merah yang mewarnai lantai plaza tersebut.

 

Jelas kelihatan warna darah yang merah membasahi Plaza WTC

Syahdu..kelihatan mayat daripada kejauhan

Kelihatan cebisan-cebisan daging dan percikan darah tersebar di atas jalanraya.

Bergitulah ngerinya pemandangan tersebut. Namun, percayalah, tiada akhbar yang melaporkan kisah tersebut secara terperinci terutamanya akhbar-akhbar daripada Amerika Syarikat. Sebenarnya, elemen Falling Man dalam kejadian 11 September amat menyentuh perasaan warganya terutama kepada keluarga-keluarga mangsa kejadian tragis tersebut. Disebabkan itulah kebanyakkan akhbar-akhbar utama dunia tidak memainkan isu ini sebagai bahan berita mereka. Seperti yang diperkatakan tadi, ia menjadi isu paling sensitif untuk diperkatakan.

 

Waving Woman

Waving Woman merujuk kepada individu wanita yang melambai-lambai tangannya untuk diselamatkan di tingkat di mana American Airlines Flight 11 merempuhnya. Lebih menyayatkan hati apabila wanita tidak mampu diselamatkan kerana tiada peralatan khusus bagi membawanya turun dengan selamat.

 

Melambai-lambaikan tangan bagi mengharapkan ada pertolongan akan tiba..namun..

Apa yang lagi teruk adalah, bahang panas kebakaran di bangunan tersebut tidak mampu ditahan oleh sesebuah helikopter. Selain itu, tiupan angin daripada propeller helikopter boleh menyebabkan wanita tersebut terjatuh daripada bangunan tersebut.

 

Melalui gambar ini, nasib wanita ini pembaca boleh nilaikan..

Mangsa yang dikenali sebagai Edna Cintron telah dicam keluarga terdekatnya berdasarkan rambut, gerak badan dan pakaian yang dipakainya.

Kali terakhir Edna Cintron kelihatan adalah apabila api yang marak di tingkat atas telah merebak menghampirinya di tingkat bawah. Nasibnya selepas itu pembaca boleh fikirkan sendiri.

Walaubagaimanapun, penulis kepilkan video ini bagi memberi gambaran kesengsaraan insan bernama Edna Cintron..

 

 

 

 

~Miskipun ulang tahun kejadian 11 September telah hampir sebulan berlalu, tapi tidak terlambat rasanya untuk penulis memberi tribute melalui entry ini. Kepada mangsa-mangsa kejadian, Rest In Peace!

Advertisements

Tags: , , , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

5 responses to “Kisah Falling Man, Jumpers, dan Waving Woman ketika Tragedi 9/11!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: