Beberapa perkara yang perlu Pembaca tahu mengenai Jerman era Nazi!


Oleh: takusahrisau

 

Seperti yang penulis sering tekankan, Jerman era Nazi telah membuatkan Jerman menjadi negara yang berdaya saing dan berteknologi tinggi. Negara-negara maju yang lain seperti Britain, Amerika Syarikat, Rusia dan sebagainya mengambil idea dan visi yang dijanakan oleh Jerman selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Jerman yang ketika itu dipimpin oleh ramai individu yang berkaliber seperti Aldolf Hitler, Herman Goering, Ernst Kaltenbruneer, Hank Frank, Heinrich Himmler, Albert Speer dan ramai lagi telah memacukan negara Jerman menjadi negara pengeluar, pencipta dan pengilang yang terulung pada zaman tersebut. Malah, Herman Goering sendiri telah melaksanakan Pelan Empat Tahun(Four Year Plan) pada Oktober 1936. Pelan ini akhirnya telah membawa Jerman ke arah negara maju dan berdaya saing di kalangan negara-negara Eropah hanya dalam masa empat tahun!. Prospek dan visi seperti ini mesti dicontohi oleh negara-negara membangun seperti Malaysia jika bercita-cita menjadi negara berprestasi tinggi dan maju- bukan hanya bercakap kosong sahaja.!

 

Pengharaman penyembelihan haiwan secara haram

Pegawai tertinggi Jerman seperti Aldolf Hitler, Hermann Goering dan Heinrich Himmler amat mengambil berat mengenai penyembelihan haiwan secara haram. Mereka melihatnya sebagai tidak bertamadun dan menyeksa haiwan yang disembelih. Oleh sebab itu, pada April 1936, sebarang penyembelihan haiwan secara brutal telah diharamkan dan kepada sesiapa yang engkar, mereka akan dipenjara seperti mana yang termaktub dalam akta pelindungan haiwan yang diperkenalkan tersebut. Akta seperti ini adalah yang pertama sekali diperkenalkan di dunia.!

Poster Hermann Goering yang melakukan 'fascist salute'.

 

 

 

 

Pelindungan hidupan liar

Apabila Nazi berkuasa pada 1933, mereka bukan sahaja ingin melindungi bangsa Jerman malah turut mengambil berat berkenaan haiwan yang secara lahiriahnya adalah haiwan yang berasal daripada Jerman seperti Eurasian Lynx dan serigala. Haiwan seperti Eurasian Lynx contohnya, ia bukan sahaja haiwan yang merupakan simbol hutan Jerman tetapi turut tergolong dalam haiwan yang hampir pupus. Ini adalah kerana ramai pemburu inginkan kulit haiwan tersebut yang sangat diperlukan di pasaran bagi tujuan fabrik dan fesyen.

Dengan sebab yang demikian, pada 1935, Reichsnaturschutzgesetz (Reich Nature Protection Act) telah diperkenalkan. Melalui akta ini, pemburuan hanya dibenarkan pada musim memburu sahaja dan kerajaan memberi sumbangan kepada universiti, kolej dan sekolah untuk memberi penjelasan kepada remaja mengenai keprihatinan untuk melindungi haiwan-haiwan liar di Jerman. Untuk pengetahuan semua, undang-undang yang membenarkan pemburuan hanya pada musim memburu adalah yang pertama di dunia dan pada hari ini, kebanyakkan negara Barat sudahpun mengadaptasikannya di dalam undang-undang masing-masing.

 

Memperkenalkan sistem lebuhraya

Lebuhraya sangat penting bagi tujuan perjalanan yang selesa dan menjimatkan masa. Dan Jerman adalah yang pertama memperkenalkannya melalui Pelan Empat Tahun yang diperkenalkan pada 1936. Lebuhraya yang diperkenalkan oleh Nazi dikenali sebagai Autobahn. Jaringan lebuhraya yang diperkenalkan tersebut telah merentasi ke sempadan Austria-Jerman.

Hitler sewaktu upacara pecah tanah.

 

 

 

 

 

Pembinaan tersebut bukan sahaja memberi nafas baru kepada bidang kejuruteraan tetapi juga memberi peluang pekerjaan kepada lebih 100,000 orang pekerja pada masa itu. Kebanyakkan negara Eropah masih bergelut dengan ekonomi mereka yang tidak menentu dengan ramai rakyat mereka ramai yang menganggur tetapi Jerman berjaya melepasi cengkaman pengangguran dengan gaya yang cukup mengangumkan. Idea Autobahn telah pun menular pada hari ini dengan Amerika Syarikat dan Britain adalah negara pertama menceduk idea bijak daripada Jerman ini.

Autobahn yang pada era 30-an. Tertera tulisan "Fanget an" yang membawa maksud 'jom mulakan'.

 

 

 

 

 

Memperkenalkan kereta rakyat

Tidak dinafikan bahawa Hitler dan pegawai tertingginya amat mengambil berat mengenai masalah pengangkutan di kalangan rakyat Jerman. Dengan harga sesebuah kenderaan yang cukup mahal, tidak mungkin rakyat Jerman kelas bawahan mampu memilikinya.  Oleh yang demikian, kerajaan Jerman era Nazi telah memperkenalkan kenderaan mampu-milik yang dikenali dengan Program Kereta Rakyat atau People’s Car Program.

Volkswagen menawarkan kereta mampu-milik kepada seluruh rakyat Jerman.

 

 

 

Kereta yang dibina oleh syarikat pembina kenderaan terkenal, Volkswagen telah dikenali dengan jolokan ‘Beetle’. Program ini berjaya dan rakyat Jerman telah menjimatkan wang dengan hanya mengeluarkan wang yang sama jumlahnya untuk membeli sebuah motorsikal. Bak kata pepatah, menang membeli menang memakai.

 

Memperkenalkan Program Kebajikan

Jerman Nazi pada era 30-an sehingga 40-an mempunyai satu badan yang menjalankan program kebajikan di jalanan dan tempat awam untuk memberi sumbangan kepada mereka yang tidak bernasib baik. Program yang paling terkenal adalah Winter Relief Fund.

Sebuah bekas tabung kebajikan ketika program tersebut diperkenalkan.

 

 

 

 

 

Program ini turut disertai oleh ramai pegawai tinggi Jerman, malah Hitler sendiri kerapkali turun padang untuk berucap bagi menyakinkan rakyatnya tentang keprihatinan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Program seperti adalah perintis kepada pengenalan UNICEF yang dinaungi oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB).

 

Memperkenalkan fesyen

Antara kita sedar atau tidak, Hitler merupakan seorang pengemar fesyen. Kemungkinan perkara ini berlaku kerana Hitler sangat terkenal sebagai individu yang mementingkan kekemasan dan keterampilan. Ini akhirnya berjaya dikongsi oleh pegawai dan tentera-tentera Jerman apabila sut-sut tentera Jerman era Nazi ditampilkan dalam bentuk paling elegan dan maskulin. Dengan but panjang dan jaket kulit labuh, pegawai dan tentera-tentera Jerman dilihat sebagai pemangkin industri fesyen pada hari ini. Kini, pembaca boleh melihat sendiri bagaimana fesyen penyanyi rock di Hollywood yang seakan-akan menyamai sut tentera Jerman Nazi.

Sut tentera Jerman direka khusus oleh Hugo Boss. Malah Hugo Boss turut mereka baju banduan di penjara-penjara di Jerman.

 

 

 

 

 

Untuk pengetahuan semua, pereka sut pegawai dan tentera Nazi adalah Hugo Boss yang mana jenama ini kini terkenal sebagai salah satu jenama fesyen yang paling laris di dunia.

Jika menyebut fesyen era Nazi, nama Adolf Dassler tidak perlu dilupakan. Pereka kepada jenama terkenal, Adidas ini telah mereka rekabentuk kasut sukan yang paling praktikal untuk atlet daripada Jerman semasa bertanding sukan Olimpik 1936. Malah, Jesse Owen daripada Amerika Syarikat juga memakai kasut yang direka oleh Adolf Dassler tersebut.

Bergitu juga adik kepada Aldolf Dassler iaitu Rudolf Dassler yang kemudiannya memperkenalkan jenama Puma. Antara Puma dan Adidas, miskipun tidak bersefahaman, ia adalah pemangkin kepada industri fesyen dalam bidang sukan yang kemudiannya bertambah giat dengan tertubuhnya syarikat Nike daripada Amerika Syarikat.

 

Advertisements

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: