Benarkah Osama bin Laden telah terbunuh!


Oleh: takusahrisau

 

 

Pemimpin al-Qaeda, Osama Bin laden telah dilaporkan terbunuh dalam satu serangan ketenteraan melibatkan udara dan darat di Pakistan pada 1 Mei 2011(Ahad). Kematian Osama memberi pertanda berakhirnya buruan 10 tahun Amerika Syarikat kepada lelaki yang dikatakan menjadi dalang kepada serangan WTC pada 11 September 2001.

Secara rasminya, Amerika Syarikat mendakwa Osama telah dibunuh di sebuah bandar kecil, Abbottabad yang terletak 60 km utara daripada Islamabad, Pakistan. Satu sumber yang tidak rasmi mendakwa Osama telah ditembak di kepala.

Osama sering dirakam videonya berlatar belakangkan gua.

 

 

Osama dan CIA

Osama telah dikaitkan dengan pelbagai dakwaan yang mengaitkannya dengan CIA. Osama telah diselar oleh bekas Presiden Cuba, Fidel Castro yang mana dengan lancang mendakwa Osama adalah agen CIA paling akrab dengan mantan Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush.

Tambah Fidel Castro lagi, al-Qaeda sebenarnya tidak pernah wujud dan watak Osama sengaja diadakan untuk menjadi kambing hitam kepada kejadian 9/11.

Fidel Castro telah mencetuskan pelbagai spekulasi membabitkan Osama Bin Laden.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

 

Kenyataan Fidel Castro sebenarnya disokong dengan beberapa fakta, antaranya adalah nama Osama bin Laden semasa di bawah kerajaan Barack Obama jarang sekali kedengaran namun semasa di bawah G.W. Bush, nama Osama bin Laden sangat popular. Bahkan, video Osama sering muncul di CNN dan Al-Jazeera sekiranya berlaku kejadian ledakan bom dan serangan ‘pengganas’. Dibandingkan semasa di bawah Barack Obama, Osama bagaimanapun sepi dan kisah-kisah keganasannya tidak lagi kedengaran. Fakta-fakta sebergini telah membuatkan ramai percaya Osama bin Laden adalah agen CIA yang telah lama di’pelihara’ oleh Amerika Syarikat.

 

Mayat Osama?

Persoalan yang bermain di fikiran adalah di mana mayat Osama? Dan kenapa gambar Osama terbunuh tidak disiarkan oleh CNN sebagai bukti operasi itu berjaya. Jika dibandingkan dengan pembunuhan anak Gaddafi, Saif al-Arab, mayat lelaki tersebut telah dirakam sebagai bukti kematian mereka. Miskipun telah dibungkus dengan bendera Libya, ramai yakin anak lelaki bongsu Gaddafi itu telah pun terbunuh. Namun, bagaimana dengan Osama? Di mana gambar mayatnya?

Hanya yang berjaya didengar oleh penulis sebentar tadi di TV3 adalah jenazah Osama akan diuruskan sesuai dengan ajaran Islam. Namun, benarkah dakwaan tersebut yang mana ia sebenarnya berpunca daripada mulut kafir Amerika Syarikat?

 

Gambar Mayat Osama Palsu!

TV3 sempat mengeluarkan gambar mayat Osama yang terbunuh. Namun, sebentar tadi penulis telah melihat gambar tersebut di sebuah forum antarabangsa. Penulis perhati betul-betul gambar tersebut, dan penulis nampak ada yang tidak kena dengan gambar muka Osama. Ia bagaikan telah disunting dengan menggunakan software Adobe Photoshop. Suntingan tersebut bergitu kasar sehinggakan janggut Osama kelihatan kabur berbanding lehernya.

Kepada yang mahu lihat gambar tersebut, di bawah penulis sediakan gambar tersebut:

Terserah kepada pembaca untuk menilai gambar ini.

 

 

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

6 responses to “Benarkah Osama bin Laden telah terbunuh!”

  1. Hayati says :

    hai brapa kali nak propa lah dyorg ni T___T

  2. wizurai says :

    Pic Osama tu bukan ori. bahkan itu pic org lain. pic asal org itupun langsung tak serupa dgn osama terutama part hidung. sangkaan mereka ini sama seperti sangkaan org yg mengaku membunuh nabi Isa sedang mereka sendiri was-was apakah benar mereka telah membunuh Nabi Isa? kita tunggu lagi apa penjelasan Washington jika Osama masih hidup sihat sejahtera wal afiat.

  3. mahfuz says :

    Gambar tu bukan dari mereka (USA). Kalau betul teori u dan depa betul nak tunjuk “mayat”, depa tak payah photoshop. Ambik gambar letak makeup kasik nampak horror dh cukup.

  4. mohd suhairi b. sharif says :

    takkanlah pemimpin sehebat dia senang-senang kena tembak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: