Filem – Filem Hollywood Yang Mendedahkan Tragedi 11 September!


Oleh: takusahrisau

 

Bukan satu atau dua atau tiga, tetapi berbelas-belas buah filem Hollywood seakan-akan telah mendedahkan kepada kita semua bahawa tragedi 11 September bakal terjadi sebelum ia benar-benar berlaku pada tahun 2001.  Sedangkan sekian banyak bangunan atau mercu tanda lain yang lebih gah kepada rakyat Amerika seperti Statue of Liberty, bangunan Chrysler dan bangunan-bangunan sekitar Wall Street,  mengapa perlu menfokuskan kepada bangunan berkembar WTC.

Seakan-akan telah berlaku konspirasi ‘pembasuhan minda’ kepada masyarakat dunia melalui filem terbitan Hollywood.

Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Terminator 2: Judgement Day(1991)

Semasa aksi kejar mengejar antara John Connor(Edward Furlong) dan T-800(Arnold Schwarzenegger) dengan T-1000(Robert Patrick), Connor dan T-800 melintasi sebuah jejambat yang tertulis Caution 9-11 !

Enemy of the State(1998)

Edward ‘Brill’ Lyle (Gene Hackman) telah menyatakan secara terperinci tarikh lahir seorang yang bernama Reynold, Thomas Brian yang tepat 9 September.

 

New York Vs Homer Simpson (1997)

Sebuah episod Simpson telah ditayangkan empat tahun sebelum kejadian 11 September. Episod tersebut menyaksikan bagaimana sebuah majalah tertera tulisan ‘New York $9′ dan lukisan menara berkembar WTC di sisi bawah tulisan $9. Secara logiknya, kita boleh kaitkan bahawa New York dengan lokasi kejadian 11 September manakala tulisan $9 dan lukisan menara berkembar WTC yang membentuk nombor ’11’ adalah tarikh kejadian tersebut berlaku.!

Super Mario Bros(1993)

Dalam filem Super Mario Bro, sebuah adegan menyaksikan bangunan bahagian selatan WTC  ‘diruntuhkan’ seakan-akan mengetahui bahawa bangunan tersebutlah yang runtuh terlebih dahulu sebelum menyaksikan bangunan bahagian utara runtuh semasa tragedi 11 September.

 

Godzilla(1998)

Tertera nombor 7: 17: 39: 11 semasa seorang wartawan membuat liputan di dalam helikopter. Kepada sesiapa yang mengetahui hal ini, 717 adalah nombor pesawat Boeing 717 , nombor 3 adalah 3 buah pesawat yang terlibat dalam 11 September manakala 9 11 adalah tarikh kejadian 11 September. Adegan seterusnya melihatkan kepada kita jam seorang pelakon yang menunjukan waktu 8.55, namun ia sebenarnya merujuk kepada nombor pada jarum jam tersebut iaitu 9 dan 11.

 

Gremlim 2(1990)

Dua orang wartawan seakan-akan mendekatkan mikrofon masing-masing yang tertera nombor 9 dan nombor 11.

Armageddon(1998)

Countdown sebelum perlancaran roket ke angkasa tertera nombor 9 dan 11.

Die Hard(1988)

Jelas terpampang bangunan berkembar WTC terbakar. Filem-filem siri Die Hard banyak memberi petanda kejadian 11 September.

Independence Day(1996)

Jeff Goldblum meneliti laptopnya untuk melihat kiraan masa. Kamera close up menunjukkan angka 09 : 11 : 01. Ia menepati tragedi terjadinya peristiwa 11 September 2001.

Traffic(2000)

Sewaktu kain yang membungkus kotak yang dipenuh dadah diselak, tertera angka 911. Apakah kaitannya dengan tragedi 11 September? Sudah tentu ia bermaksud 11 haribulan 9 atau 11 haribulan September(September eleven).

Peacemaker(1997)

Sewaktu aksi kejar mengejar antara aktor George Clooney dan Nicole Kidman dengan penyagak daripada Yugoslavia, terpampang jelas di belakang Clooney papan tanda berangka 9 dan 11.!

 

Matrix(1999)

Passport Neo(Keanu Reeves) tertera tarikh luput 11 September 2001 yang bertepatan dengan tarikh tragedi 11 September iaitu 11 September 2001.

Adakah sekian banyak filem yang menyatakan secara langsung dan tidak langsung ini dipandang remeh kerana menganggap ia adalah kebetulan? Apapun, tepuk dada tanya selera. Selera pembaca yang menentukan adakah ia hanya sebuah kebetulan yang lazim berlaku dalam sesebuah filem atau ia sememangnya telah dirancang untuk merealisasikan agenda ‘pembasuhan minda’ oleh Hollywood.

________________________________

Segalanya lebih menarik di

Advertisements

Tags: , , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

6 responses to “Filem – Filem Hollywood Yang Mendedahkan Tragedi 11 September!”

  1. ridzwan says :

    perghh dah macam mengkaji teori konspirasi je dah 😉

  2. fs says :

    weow…teori yang menarik..tak pernah terperasan dan terfikir pun sebelum ni…

  3. MOHD ZAIDI BIN IBRAHIM says :

    Teori macam sampah. Keh2 keh2..ada jugak orang macam ni. Tarikh lahir anak aku tak nak masukkan ke? 11 september gak tu..mcm tau2 je kelahiran anak aku tanda keruntuhan PWTC..keh keh keh..mungkin kejadian di pendalaman kedah jugak ada hubungkait dengan tragedi 11 september ni. Pegi la kaji. mesti jumpa banyak. nak lagi banyak, try cari kaitan tragedi ni dengan filem arrival. Mesti berkait2..orang pun kata ko unik nanti pasal ko nampak apa yang orang lain tak nampak.

    • takusahrisau says :

      jika saudara tidak bersetuju dengan perkara-perkara seperti ini, tidak mengapa. Saya hanya menulis apa yang dirasakan ia sesuai untuk penerimaan umum. Kadang-kadang kita perlu menerima pendapat orang lain dan belajarlah menerima pendapat orang lain.

      Terima kasih kerana menjadi salah seorang pembaca blog saya yang tidak seberapa ini. 🙂

  4. MOHD ZAIDI BIN IBRAHIM says :

    Sebenarnya blog ko bagus. Semua fresh2 yang tak pernah aku baca lagi. Misal pasal Nazi n aku dah lama setuju pasal hitler.

    Cuma aku kurang bersetuju tentang teori konspirasi di mana islam ni dilemahkan dengan teori2 yang mengarut atau kelihatan lemah dengan teori2 yang bukan2 misalnya yahudi menggunakan katun pokemon untuk menghancur islam.

    Ada juga yang berteori sehingga menyatakan Hitler ni islam. Pada aku itu hanya cerita dari email forward yang tahu punca berita. Cth lagi kalau pernah dengar teori konspirasi keruntuhan PWTC yang menyatakan ianya di buat oleh Orang yahudi? Pada aku teori itu dibuat oleh orang tak dapat terima kenyataan yang orang islam melakukan perkara tersebut. Jadi terciptalah teori yang nampak seperti betul, tapi hanya teori sahaja.

    Belum masuk bab politik Malaysia dimana orang yang tak dapat terima kenyataan yang pemimpin mereka pernah melakukan kesilapan dahulu, mula mencipta pelbagai teori bagi menafikan perkara tersebut. Orang yang mencipta teori tersebut pada mulanya macam tak sangka kemudian ingin percaya yang pemimpin mereka benar2 tidak melakukan kesilapan tersebut maka terciptalah pelbagai teori2 tersebut tanpa bukti nyata.

    • takusahrisau says :

      Konspirasi yang mengatakan Islam dilemahkan oleh Yahudi melalui beberapa elemen adalah benar. Yahudi laknatullah ini telah mengariskan beberapa elemen bagi melemahkan dan seterusnya menyukarkan umat Islam daripada bangkit: Pertama: SONG(entertainment) dan Kedua: SEX(budaya hadonisme, nepotisme). Perihal kartun Pokemon tidak pula saya ambil peduli kerana ia kemungkinan direka-reka oleh mereka yang terlampau taksub dengan teori konspirasi dan illuminati.

      Bagi pendapat penulis, Illuminati itu wujud namun penulis tidak kemaruk untuk mempercayainya secara pukal. Perihal penulisan penulis yang mendedahkan bahawa filem-filem Hollywood cuba mendedahkan tragedi 11 September, ia hanyalah satu teori yang mana ia mungkin benar atau mungkin tidak benar. Namun, elemen ‘subliminal’ atau lebih mudah dikenali sbg ‘pendedahan secara tersirat’ telah lama diamalkan oleh media-media kelolaan Yahudi. Ia tidak dapat dinafikan.

      Hitler yang dikatakan Islam adalah salah sama sekali. Hitler bukan sahaja bukan Muslim tetapi Hitler adalah seorang penganut Kristian yang taat. Namun Hitler tidak dinafikan seorang yang rapat dengan Islam dan pemimpin Islam seperti Mufti Palestin satu ketika dahulu. Beberapa infomasi terbaru yang saya dapat adalah beberapa pegawai tertinggi Hitler pada era WW2 telah memeluk Islam semasa dalam pelarian. Malah ada diantara mereka menjadi seorang yang cukup warak dan anti terhadap Yahudi laknatullah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: