Evolusi Window Sejak Zaman Berzaman..


Oleh: takusahrisau

Pada 1975, seorang pemuda yang bernama Bill Gates telah membentuk sebuah kerjasama hebat dengan seorang rakannya yang bernama Paul Allen. Kerjasama ini mempunyai visi dan misi yang cukup besar. Mereka ingin lahirkan sebuah teknologi yang memudahkan pekerjaan sehari-harian. Bill Gates dan Paul Allen dengan kekuatan dan kebijaksanaan yang luar biasa telah membentuk Microsoft.

Pada Jun 1980, Gates dan Allen telah melantik bekas rakan sekelasnya di Harvard, Steve Ballmer untuk membantu melancarkan perjalanan syarikat. Bulan berikutnya, IBM telah berkerjasama dengan  Microsoft berkenaan projek yang dikenali ‘Chess’.

Seperti yang disematkan dalam visi Gate dan Allen, Microsoft memberi tumpuan kepada sistem operasi iaitu perisian yang berkemampuan mengurus atau menjalankan perkakasan komputer dan juga berfungsi untuk merapatkan jurang antara perkakasan komputer dan program seperti pemprosesan perkataan.

Ia adalah asas di mana program komputer boleh berfungsi. Mereka menamakan sistem operasi baru mereka sebagai ‘MS-DOS’. Mereka mula menggegarkan dunia saat itu dan berpuluh-puluh tahun kemudian.

Evolusi Window boleh dilihat sepertimana di bawah:

1982-1985: Window 1.0 – Pengenalan kepada sistem Window

Perisian Window mula diumumkan pembinaan seawal tahun 1983, namun perlancaran sebenarnya pada 20 November 1985. Sistem sulung Microsoft ini menampilkan beberapa aplikasi yang mudah seperti Paint, notepad, clock dan Window Write. Window 1.0 turut menyelitkan game yang dikenali Reversi.

Window 1.01

1987-1992: Window 2.0 – Detik kejayaan Microsoft

Pada 9 Disember 1987, Window 2.0 telah diperkenalkan oleh Microsoft. Pembaharuan yang dilakukan oleh Microsoft adalah aplikasi Control Panel, peningkatan Memory dan pengenalan keyboard shortcut untuk mempercepatkan kerja.

Sistem Microsoft 2.0 telah direkabentuk oleh Prosesor Intel 286.  Kerjasama Intel dan Microsoft untuk membentuk sistem Window 2.0 memberi tuah kepada Microsoft apabila muncul syarikat software terbesar sehingga mengalah dan melingkupkan ramai pesaing-pesaingnya.

1990- 1993: Window 3.0 – Grafik mula diperkenalkan

Pada Mei 1990, Microsoft telah melancarkan Window 3.0 dan kemudiannya disusuli oleh pelancaran Window 3.1 pada tahun 1992. Daripada tahun 1990 dan 1992 sejak pengenalan Window 3.0 dan Window 3.1, Microsoft berjaya menjual 30 juta salinan software Window. Ia membuatkan Window dikenali sebagai sistem operasi paling meluas digunakan di dunia.

Skala kejayaan perisian Window 3.0 dan Microsoft adalah bertepatan dengan pembaharuan yang berterusan dan memudahkan pelanggan-pelangganya. Perisian Window memperkenalkan sistem yang lebih laju daripada yang sebelumnya. Kerjasama berterusan dengan Intel 386 menambahkan kekuatan sistem Window. Program Manager, File Manager dan Print Manager diperkenalkan buat pertama kali untuk Window 3.0.

Game Solitaire, Hearts dan Minesweeper pertama kali diperkenalkan dalam Window 3.0.

Window 3.1

1993-1995: Window NT – Pendokong perisian kejuruteraan dan kajian saintifik

Window NT diperkenalkan pada 27 Julai 1993. Tidak seperti Windows 3.1, Windows NT 3.1 walaubagaimanapun adalah sistem operasi 32-bit yang menjadikan ia satu platform perniagaan strategik yang menyokong program sofikated kejuruteraan dan penyelidikan saintifik.

Window NT 3.51

1995-2001: Window 95 – Sesuai dan seiring dengan zaman

Pada 24 Ogos 1995, Window 95 diperkenalkan. Rekod telah tercipta apabila jualan Window 95 terjual sebanyak 7 juta salinan dalam masa lima minggu pertama sejak perlancarannya. Windows 95 telah dibina berasaskan Internet, jaringan dial-up dan aplikasi Plug and Play.

Windows 95 pertama kali menampilkan Start menu, taskbar dan minimize, maximize dan close buttons untuk setiap window.

Semasa era Window 95, teknologi yang dianggap sebagai sesuatu yang baru dalam bidang teknologi maklumat iaitu Internet mula menonjol. Bill Gates sedar akan hakikat ini. Beliau pernah berkata untuk merujuk kepada kehebatan internet, “The most important development since the advent of the PC”.

Bill Gates dan Microsoft kemudiannya memperkenalkan versi pertama Internet Explorer(IE) pada musim panas 1995.

1998-2000: Window 98 – Teknologi Window yang berterusan

Window 98 dilancarkan pada Jun 1998. Melalui Window 98, Microsoft memperkenalkan sistem yang lebih inovatif dan praktikal. Ia sesuai digunakan di rumah dan di tempat kerja. Icon dan desktop yang lebih menarik sesuai dengan peningkatan grafik yang berterusan.

Peningkatan yang dilakukan oleh Microsft adalah kemampuan untuk membuka dan menutup program dengan lebih cepat serta menyokong pembacaan cakera DVD. Slot peranti USB turut diperkenalkan.

Pengenalan pertama di Window 98 adalah Quick Launch bar, yang mana ia memboleh pengguna melancarkan program tanpa browse Start menu atau mencarinya di desktop.

2000-2001: Window 2000 – Mesra pelanggan

Window 2000 dilancarkan pada Februari 2000. Window 2000 menampilkan beberapa peningkatan seperti peningkatan Device Manager, Windows Media Player  dan DirectX. Window 2000 terkenal sebagai window yang mesra pelanggan sebelum pengenalan Window ME dan Window XP.

2001- 2007: Window XP – Paling tegar, mesra pengguna dan berkelajuan tinggi

Window XP dilancarkan pada 25 Oktober 2001. Window XP terkenal sebagai pelantar window yang stabil, laju dan mudah digunakan. Segmen Help and Service Center diperkenalkan untuk memudahkan pelanggan berinteraksi bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh window mereka.

Window XP adalah window paling lama bertahan di pasaran iaitu daripada tarikh pelancarannya pada Oktober 2001 sehingga 20 Januari 2007. Window XP kemudiannya diambil oleh Window Vista.

Window Vista

Window Vista diperkenalkan buat pertama kali pada 8 November 2006 namun ia terhad kepada pelanggan dalam bidang perniagaan. Pada 30 Januari 2007, Window Vista mula dilancarkan untuk keguaan orang ramai. Window Vista menampilkan kehebatan grafik yang luar biasa sehingga membuatkan versi window yang terlebih dahulu daripada Window Vista tampak kuno dan usang.

Window Vista memperkenalkan Internet Explorer 7 yang sesuai dengan masa dan zaman yang memerlukan sistem browse internet yang mesra pelanggan.

Walaubagaimanapun, Window Vista telah diganti oleh Window 7 tidak lama selepas itu berikutan beberapa masalah kecil yang dihadapi oleh Window Vista.

Window 7 diperkenalkan pada 22 Oktober 2009 dengan beberapa penambahbaikan daripada Window Vista. Tiada beza yang besar antara Window Vista dan Window 7 melainkan Window 7 tidak memiliki masalah sepertimana Window Vista. Kehebatan jurutera Microsoft wajar dipuji.

Sejak pelancaran versi pertama Window pada November 1985, Microsoft telah berjaya mengubah dunia khususnya dalam bidang IT. Pembaharuan dalam setiap versi yang kebanyakannya hanya berselang setahun hingga dua tahun itu menunjukkan kepada dunia bahawa samaada Bill Gates dan Paul Allen atau jurutera-jurutera Microsoft, mereka berdiri dengan misi dan visi yang sama.

Kini, projek terbaru Microsoft adalah untuk menghasilkan Window 8 yang akan dilancarkan paling lewat pada November 2012. Untuk Window 8, kita lihat apa yang diperkenal dan dipertingkatkan oleh jurutera-jurutera Microsoft.

Advertisements

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: