(Gambar) Sami-sami Shaolin melakukan latihan Fizikal!


Oleh: takusahrisau

 

Kung fu terkenal di seluruh dunia sebagai salah satu daripada ribuan seni bela diri yang memiliki karakter tersendiri. Namun, tahukah pembaca semua bahawa seni bela diri Kung fu mahupun Wushu mempunyai pengaruh yang cukup besar dengan Kung fu Shoalin yang berpengkalan di kuil Shoalin. Tidak salah untuk mengatakan bahawa Kung fu Shoalin adalah perintis kepada tertubuhnya banyak Kung fu lain di seluruh China.

 

Lagenda Boddhidharma

Boddhidharma adalah sami Buddha yang pernah hidup pada abad ke-5 atau 6 masihi. Boddhidharma berasal daripada Kanchipuram, Tamil Nadu, India Selatan. Boddhidharma dikatakan menjelajah meninggalkan Tamil Nadu melalui jalan sutera ke utara China. Banyak pendapat mengatakan beliau sampai di China semasa pemerintahan Dinasti Liu Song(420-479). Terdapat juga pendapat yang mengatakan beliau sampai di China semasa Dinasti Liang(502-557).

Beliau bertanggungjawab menyebarkan seni Zen. Zen adalah salah satu seni bermeditasi bagi sami Buddha. Boddhidharma dikatakan bertapa di sebuah bilik dengan hanya mengadap dinding selama sembilan tahun dan tidak bercakap dengan sesiapa pun. Perbuatan Boddhidharma kemudian diikuti oleh ramai pengikutnya yang terdiri daripada sami-sami Buddha.

Beliau juga berpengaruh dalam sistem mempertahankan diri dalam kuil Shoalin apabila memperkenalkan teknik ketahananan fizikal kepada seluruh sami Buddha. Corak sedemikian telah bertahan selama berkurun lamanya dan sehingga ke hari ini, banyak teknik ketahanan fizikal di Kuil Shoalin adalah warisan Boddhidharma.

Boddhidharma dikatakan perintis kepada seni bela diri Silat dan Muay Thai yang tersebar di Nusantara dan Thailand apabila beliau bertanggungjawab menyebarkan seni bela diri tersebut semasa beliau menjelajah ke Sumatera, Indonesia, Tanah Melayu, Vietnam dan Thailand.

Jadi, apa kita lihat satu persatu gambar yang memaparkan sami-sami Buddha yang mempraktikkan latihan fizikal yang ekstrem.

 

 

 

 

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a comment