(Video) Akibat Terlalu Sombong Dengan Pangkat…


Oleh: takusahrisau

BANGKOK: Kastam Thailand menurunkan pangkat seorang pegawainya selepas dia didapati mencederakan seorang pengawal keselamatan lapangan terbang yang cuba memeriksa tubuhnya.

Insiden itu terdedah meluas apabila rakaman kamera litar tertutup mengenainya dimuat naik ke YouTube.

Melalui rakaman itu, pegawai kastam terbabit dilihat enggan diperiksa ketika berada di Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

Dia kemudian menampar telinga pengawal keselamatan itu sebelum menunjuk lencana dipakainya.

Pengawal keselamatan terbabit kemudian membongkok meminta maaf.

Dimuat naik Isnin lalu(9 Januari 2012), ia menarik lebih 5,000 komen orang ramai yang marah terhadap insiden berkenaan sehari kemudian.

Kastam Thailand berkata, pegawai terbabit – dikenali hanya dengan nama Sombat – kini ditugaskan untuk melakukan kerja pejabat.

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: