Tsunami Meulaboh pada 26 Disember 2004 hasil daripada Ujian Nuklear?


Oleh: takusahrisau

 

Tsunami Meulaboh yang melanda Acheh pada 26hb Disember 2004 adalah tragedi yang paling diingati dalam sejarah. Manakan tidak, tsunami yang berpunca daripada Gempa bumi berukuran 9.0 skala Ritcher di Lautan Hindi ini telah meragut seramai 230,000 orang mangsa secara keseluruhannya di 14 buah negara termasuk Malaysia. Akan tetapi, Indonesia menerima musibah yang paling teruk diikuti dengan Sri Lanka, India dan Thailand(Pulau Phuket). Tsunami yang juga digelar Tsunami Indonesia ini telah direkodkan sebagai salah satu daripada 10 bencana alam yang memusnahkan. Tsunami yang membawa ombak setinggi 30 meter ini berada di tangga ke-6 selepas Banjir China 1931(meragut 2.5 juta orang), Taufan Bhola,Bangladesh 1970(meragut 500,000 orang), Gempa bumi Haiti 2010(meragut 316,000 orang), Gempa bumi Tangshan,China 1976(meragut 242,419 orang) dan Gempa bumi Haiyuan,China 1920(meragut 234,000 orang).

Namun, benarkah Tsunami Meulaboh tercetus daripada bencana alam sepertimana yang sedia kita maklum selama ini?

Sebelum dan selepas di Meulaboh.

 

                        

Gempa bumi hasil ujian nuklear?

Setahun selepas tercetusnya Tsunami Meulaboh, sebuah agensi berita daripada akhbar tabloid, Al-Osboa telah mencetuskan kontroversi apabila menyatakan dengan lantang dalam artikelnya dengan mengaitkan bencana alam yang meragut nyawa ratusan ribu orang dengan letupan nuklear yang dicetuskan oleh tentera India, Israel dan Amerika Syarikat.

Penulis artikel tersebut juga menyatakan tentera India diberi kuasa untuk melakukan ujian tersebut di Lautan Hindi miskipun mereka mengetahui plak tektonik di kawasan tersebut sentiasa tidak stabil. Plak tektonik di Lautan Hindi tersebut digelar ‘Jaringan Api Pasifik’ kerana ketidakstabilan pentas tektonik dan bilangan gunung berapi di sekitarnya. Tentera India yang berkerjasama dengan Israel dan Amerika Syarikat juga dilaporkan telah melakukan ujian nuklear di sebuah gurun di Australia.

Letupan kuat akibat ledakan ujian nuklear telah menyebabkan plak-plak tektonik menjadi tidak stabil dan seterusnya mencetuskan gempa bumi yang dianggap antara paling dasyhat dalam sejarah. Impak daripada gempa bumi tersebut, ombak setinggi 30 meter dan berkelajuan lebih 300 km/j.

 

Menyaingi Pakistan

Umum telah mengetahui bahawa India mempunyai sejarah peperangan dengan Pakistan. Bermula dengan konflik pada tahun 1965 dan seterusnya pada tahun 1971, konflik antara India-Pakistan tidak pernah reda.

Namun pada dekad 90-an, kemajuan nuklear di Pakistan telah mengugat kestabilan serantau di Asia Selatan terutamanya India. Pakistan yang mempunyai beberapa kawasan pengujian kontroversi di Ras Koh dan Gurun Kharan telah berkerjasama dengan beberapa negara kuasa nuklear seperti China dan Korea Utara. Ini dapat dibuktikan dengan beberapa dakwaan India bahawa Pakistan sememangnya mempunyai ikatan yang kuat dengan China dan Korea Utara.

 

 

Antara dakwaan India selepas merujuk kepada agen perisikan dan sekutu mereka, Amerika Syarikat adalah:

  • Pada 1999, Pakistan membeli misil balistik berpeledak nuklear, Nodong daripada Korea Utara. Nodong telah ditukar namanya kepada Ghauri.
  • Manakala, Amerika Syarikat juga menimbulkan perasaan bimbang apabila mendakwa terdapat saintis nuklear Pakistan yang bersara telah beralih angin ke Korea Utara untuk menjayakan program nuklear Korea Utara. Ia ditegaskan oleh Pemangku Setiausaha Amerika Syarikat, Richard Armitage pada Jun 2001.
  • Pada Oktober 2002, New York Times telah mendakwa Pakistan merupakan sumber utama bagi mesin emparan gas bagi pengayaan nuklear kepada Korea Utara. Sumber ini diyakini diperolehi oleh Kerajaan Amerika Syarikat.
  • Bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto telah didakwa oleh kerajaan India dan Amerika Syarikat sebagai antara individu yang berada di belakang tabir untuk menjayakan program nuklear Pakistan-Korea Utara.
  • Pada 1993, Pusat penyelidikan ketenteraan Pakistan berada dalam pemerhatian Amerika Syarikat selepas didedahkan dengan dakwaan bahawa Pakistan telah melaksanakan perdagangan nuklear dengan Rusia dan Korea Utara.

Camp Justice di Diego Garcia.

 

 

Mewujudkan kebimbangan berterusan Delhi

Pendedahan tersebut jelas menunjukkan India merasa tidak senang dengan kemajuan nuklear Pakistan. Dengan sebab itu, India banyak kali dilihat sebagai rakan akrab kepada Amerika Syarikat dan Israel dalam menjayakan program nuklear mereka di Delhi. Delhi juga dilihat menggunakan pengaruh Amerika Syarikat dalam banyak keadaan bagi memberi tekanan berterusan kepada Islamabad.

Ia dapat dibuktikan dengan beberapa insiden membabitkan hubungan rahsia Islamabad-Beijing. Sehingga dekad 90-an, China adalah pembekal utama light water dan reaktor kuasa nuklear 325 MWe bagi tujuan pengayaan uranium. Namun, menjelang dekad 90-an, China terpaksa memutuskan hubungan tersebut selepas diberi tekanan oleh Amerika Syarikat yang juga merupakan sekutu utama China.

Namun, ia tidak mengugat Islamabad apabila terus membina hubungan akrab dengan Pyongyang.

 

Bukti yang dikaitkan dengan Tsunami Meulaboh

Al-Jazeera iaitu agensi TV swasta di Timur Tengah telah mendakwa beberapa bukti yang dikaitkan dengan Tsunami Meulaboh dengan pengujian nuklear di Lautan Hindi. Antara teori yang dinyatakan oleh Al-Jazeera adalah:

1.         Pengkalan tentara Laut Amerika Syarikat di tengah-tengah Lautan Hindi, Diego Garcia telah diberi amaran tentang kemungkinan berlakunya bencana alam oleh kerajaan Amerika Syarikat namun mereka gagal untuk memberi amaran kepada masyarakat di sekitar Lautan Hindi. Mengapa terjadi sedemikian rupa?

2.         India dan Amerika Syarikat telah melaksanakan cubaan menggunakan denyutan gelombang elektromagnetik yang mencetuskan gempa bumi berskala kecil dan besar. Sebelum kejadian Tsunami Meulaboh pada 26hb Disember 2004, beberapa gegaran kecil dapat dirasakan di beberapa negara di sekitar Lautan Hindi.

3.         Perlibatan Israel dalam program nuklear India menimbulkan perasaan syak wasangka kerana ia berkemungkinan besar untuk melumpuhkan populasi umat Islam di sekitar Lautan Hindi. Kebanyakan penduduk yang ditimpa Tsunami Meulaboh adalah umat Islam seperti di Indonesia, Pulau Phuket, Sri Lanka dan India.

 

Bukan teori baru

Teori yang dikaitkan bencana alam dengan hasil kerja tangan manusia bukan sesuatu yang baru untuk diperkatakan. Ia sebenarnya bermula sejak lama dahulu dengan pelbagai peristiwa pelik seperti Letupan Tuguska pada 1908 dikaitkan dengan teori ujian senjata misteri oleh kerajaan Rusia yang masa itu dipimpin oleh kerajaan monarki Tsar.

Kejadian di Hutan Tuguska

 

 

Bergitu juga dengan penampakan ‘komet’ misteri di Norway dan beberapa negara jirannya. ‘Komet’ misteri itu digelar sebagai ‘ghost rocket’ dan didakwa sebagai salah satu ujian roket nuklear oleh Soviet Union semasa kemuncak Perang Dingin pada dekad 60-an dan 70-an.

Teori terbaru adalah berkenaan dengan gempa bumi Haiti pada 2010 yang lalu. Ia dikaitkan dengan ujian senjata oleh Tentera Laut Amerika Syarikat di sekitar wilayah Caribeean bagi tujuan mengimbangi kuasa Republik Islam Iran. Ia didakwa oleh beberapa individu termasuk Presiden Venezuela, Hugo Chavez. Hugo Chavez mendakwa bahawa ujian tersebut mencetuskan gempa bumi yang kuat di Haiti yang telah meragut 100,000 nyawa penduduknya.

Konspirasi mengaitkan bencana alam dengan hasil kerja tangan manusia telah berkisar sekitar teknologi yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat, High Frequency Active Auroral Research Program(HAARP). Teknologi tersebut telah sengaja mencetuskan bencana alam seperti Banjir Kilat, Taufan, Puting Beliung dan Gempa Bumi. Kejadian gempa bumi di China pada 2008 berukuran 7.8 skala ritcher juga dikaitkan dengan aktiviti yang dijalankan oleh HAARP.

Pemimpin Parti Green Georgia juga tidak terkecuali dengan mengaitkan gempa bumi kuat di sekitar wilayah Georgia dengan kerajaan Rusia yang didakwa menggunakan senjata yang sama digunakan oleh HAARP milik Amerika Syarikat.

 

 

Persoalannya, berdasarkan bukti dan fakta yang ditampilkan, adakah benar Tsunami Meulaboh adalah hasil campur tangan manusia? Jika ia benar-benar berlaku, Malaysia juga tidak terkecuali untuk ditimpa bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami. Kita sudah tidak selamat.!

 

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

5 responses to “Tsunami Meulaboh pada 26 Disember 2004 hasil daripada Ujian Nuklear?”

  1. nurfarahani says :

    i’m so sad.

  2. nurfarahani says :

    tkde lah sdh sangat.

  3. nurfarahani says :

    tkdelah sdh sngt.:)

Leave a comment