(Gambar) Fenomena Luar Biasa berlaku di luar pantai Mexico-kaitan dengan Tsunami Jepun?


Oleh: takusahrisau

 

Ekoran gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter di luar pantai Sendai di Jepun 11hb March lalu, sebuah persisiran pantai di Mexico telah ‘dihadiri’ dengan sekumpulan besar ikan berbagai jenis. Antaranya yang dilihat adalah ikan sardin, ikan pelata, ikan bass dan ikan bilis. Kehadiran ikan-ikan tersebut membuatkan suasana persisiran pantai dilitupi dengan warna hitam gelap berminyak.

Bagi nelayan di kawasan pantai Acapulco, ia bagaikan bulan jatuh ke riba. Mereka hanya menggunakan pukat, bakul dan apa sahaja yang tercapai untuk menangkap ikan-ikan tersebut.

“Di sana dalam 20 hingga 30 orang nelayan bersama-sama anak-anak mereka mengambil kesempatan atas fenomena ini”, ujar Carlos Morales yang turut teruja menyaksikan fenomena pelik tersebut.

Nelayan di sekitar kawasan tersebut yakin kejadian pelik ini berlaku kerana bencana Tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, para pakar tidak pasti kejadian ini mempunyai kaitan dengan Tsunami di Jepun.

“Tsunami sememangnya boleh mengubah sesuatu, namun ia jauh untuk mendakwa ia ada kaitan(dengan tsunami di Jepun)”, kata Rich Briggs yang juga ahli geologi daripada U.S Geological Survey.

 Lihat gambar-gambar yang sempat dirakam di luar persisiran pantai Mexico:

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

23 responses to “(Gambar) Fenomena Luar Biasa berlaku di luar pantai Mexico-kaitan dengan Tsunami Jepun?”

  1. lily says :

    very fascinating post.
    Hei, if you are an IPT student, please fill this questionnaire for my thesis https://spreadsheets0.google.com/viewform?hl=en&hl=en&zx=1299989131628&formkey=dGlZbzRKVmtxWWhPOWt3c0hIdzF5T0E6MQ#gid=0
    Thank you

  2. HM says :

    erm, bukan ke bila ikan2 penuh ke pantai tnda2 nak tsunami ?
    teringat tsunami acheh dulu, memang ade cerita2 mcm ni..

    • takusahrisau says :

      ada jgak dikaitkan dengan petanda..dan ada jgk dikaitkan dengan sesudah berlakunya tsunami seperti munculnya ikan paus di laut china selatan atau perairan pantai timur(sebagai contoh sahaja)..

  3. poy says :

    it show ALLAH the AL-Mighty….. may ALLAH bless us

  4. o_green says :

    haiwan biasanya bagi petanda apa yg akan jadi pada alam..saye pnh bace, org jepun belaikan emas sbb ikan emas akan bg petanda sblm gempa bumi… 🙂

  5. beLLa says :

    Subhanallah~ mula2 ingt apela td. rupanya ikan2.

  6. naninoona says :

    ikan2 tu masih hidup ke dah mati?

  7. aevoecaedoe says :

    masya allah….
    banyak nya..

  8. aevoecaedoe says :

    mintak share di blog saya yea.. nnti saya kreditkan blog anda ye ..:)

  9. zaza says :

    salam…ni ada kaitan ng tsunami ke?
    n ni baru2 je ke?bile?

    • takusahrisau says :

      saintis tak kaji secara detail lagi..tapi ramai mendakwa ia ada kaitan dengan tsunami baru2 ini..
      perkara seperti ini jg berlaku ketika bencana2 alam lain berlaku seperti di Haiti, tsunami Meulaboh dan bnyk lagi..

  10. hime says :

    salam..juz curious, ikan2 tu memang cm tu or ikan2 tu try nk bagitau yg sesuatu akan blaku dgn dtg ke pantai n try buat 1 bntuk?

  11. pijacomel85 says :

    Mohon share ya…Terima kasih 😉

  12. YUNI says :

    Subhanallah,,nie semua tanda2 kekuasaan ALLAH S.W.T

  13. pencinta alam says :

    salam..mohon share…syukran

  14. siti says :

    salam…

    ikan2 memberi petanda..
    tgk dlm gmbr2 di atas mcm ikan2 tu nk larikan diri dri tsunami

  15. umi_chan says :

    ya allah,,,

  16. nickputra says :

    mohon share tq

Leave a comment