Khairul Fahmi Che Mat putus tunang?


Oleh: takusahrisau

 

Baru-baru ini, timbul desas-desus mengatakan penjaga gawang sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat sudah putus tunang? Benarkah ia berlaku sepertimana yang diberitahu? Untuk pengetahuan umum, tunang Khairul Fahmi yang cantik lagi comel itu bernama Aimie  Harmelia. Pembaca boleh layari laman blog peribadinya di SINI.

Penulis sebenarnya memang mengelak daripada menulis sesuatu berunsur gosip-gosip dan tohmahan, namun apabila ia berlaku kepada pemain kesayangan penulis iaitu Khairul Fahmi, penulis merasakan ia patut dikongsi dalam blog ini.

Melalui beberapa bacaan dalam blog-blog hiburan dan gosip, penulis dapat ketahui bahawa Khairul Fahmi bermain cinta dengan seorang gadis cantik jelita yang bernama Dahlia Teck. Siapakah gerangan Dahlia Teck yang berwajah cantik jelita bak bidadari ini tidak pula penulis ketahui.

Dahlia TeckGambar ini dipetik dalam satu blog yang dikenali cikepal06.

 

Aimie Harmelia dalam facebook peribadinya ada menyatakan kekesalan akibat perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh Khairul Fahmi. Antaranya mendakwa Khairul Fahmi dengan panggilan ‘ko’ sebagai tidak menghormati ibubapa Aimie Harmelia. Penulis tidak mahu komen panjang tentang tindakan Aimie Harmelia meluahkan perasaannya dalam facebook kerana bagi penulis tidak salah untuk meluahkan sesuatu di laman peribadi masing-masing dan ia tidak pula menyalahi undang-undang negara.

Dalam satu posting Amie Harmelia dalam facebooknya.

 

Penulis sebagai salah seorang peminat fanatik Harimau Malaya berharap Khairul Fahmi Che Mat memberi tumpuan tentang misi skuad negara untuk menjadi antara negara terkuat dalam sukan bolasepak sekurang-kurangnya di Asia. Usah dicampur adukkan dengan hal-hal yang memjejaskan misi negara ini.

Secara peribadinya, raasanya tidak elok Khairul Fahmi bermain kayu tiga di belakang tunang yang sejak daripada dahulu menjadi salah seorang tulang belakangnya.

Penulis pernah membaca beberapa posting cik tunang Khairul Fahmi satu ketika dahulu yang antara lain menyatakan bagaimana Khairul Fahmi kecewa dengan prestasinya yang tidak diambil peduli oleh skuad Red Warrior sebelum beliau meningkat naik sepertimana hari ini. Beliau dikatakan ingin berhijrah ke negeri lain kerana sudah berputus asa merebut tempat dalam kesebelasan utama Kelantan.

Bagi penulis, apabila seorang kekasih sudah boleh memberi entry khas buat si tunang, ia menandakan satu kesetiaan dan kasih-sayang yang tidak berbelah-bahagi kepada si tunangnya. Seperti yang ramai ketahui, kesetiaan adalah pucuk pangkal untuk memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat dengan pasangannya.

Di saat majlis pertunangan mereka.

 

Mengenai Dahlia Teck, penulis tidak lihat walau sedikitpun kesetiaan sepertimana Aimie Harmelia tonjolkan melainkan kejelitaan dan keseksian. Jikalau kecantikan dan kejelitaan yang Khairul Fahmi pilih, jangan berasa hati apabila penulis isyaratkan tangan dengan huruf L stand for L.O.S.E.R!!!!

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

2 responses to “Khairul Fahmi Che Mat putus tunang?”

  1. wardahputeh says :

    Sedihnyadengar berita ni. Kepada Aimi, raihlah cinta Allah. Sesungguhnya pabila cinta-Nya kita dapat, semua makhluk akan menyintai kita…

  2. dasar biskut says :

    oleh kerana banyak orang cantik kat dunia nih, khairul fahmi layak dapat orang cantik yang baik hati lagi daripada orang yang menghebohkan aib dalam fb pastu bila tak mekap jadi makcik pula rupanya (bila mekap rase mcm biasa jer rupa dia), sedih siot bab nih. dalam hal nih KFCM 1 – jejari runcing 0 . loser sungguh si rupa makcik nih

Leave a reply to dasar biskut Cancel reply