(Gambar) TERKINI..Pelajar UPSI Maut Terjun Bangunan..


Oleh: takusahrisau

Nauzubillahiminzalik..jika benarlah apa yang dilaporkan oleh wartawan akhbar Sinar Harian, Amrullah Abdul Karim penulis hanya mampu mengucap panjang. Berita ini dilaporkan penuh oleh akhbar Sinar Harian edisi 22 April 2012(Ahad). Ikuti laporan penuh daripada akhbat tersebut:

Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam.

Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan.

“Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun.

“Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan.

Kata sumber itu lagi, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki.

Ketika kejadian, katanya, mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung.

“Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan,” katanya.

Sinar Harian cuba menjejaki rakannya, namun masih gagal kerana mangsa berkemungkinan tidak tinggal di kolej kediaman tetapi tinggal di kediaman luar kampus.

Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian Online dalam mesej Facebook menulis bahawa “seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 – 6.00 petang tadi.”

“Kami diberitahu dari tingkat empat dan identiti mangsa juga telah dikenal pasti dan akan disiarkan sebaik sahaja disahkan,” kata pengunjung itu.

Difahamkan gadis malang tersebut bernama Fatimah Mina Md Juferi dan merupakan pelajar cemerlang dengan PNGK 3.57 . Kepada seluruh keluarga arwah, takziah diucapkan.

 (Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

______________________________

Segalanya lebih menarik di

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

2 responses to “(Gambar) TERKINI..Pelajar UPSI Maut Terjun Bangunan..”

  1. khaulaqian says :

    Assalamu’alaikum TERNYATA berita harian itu HAIRAN dengan kredibiliti diri sendiri. MENGKLONLKUSIKAN sesuatu yang belum sahih. poor akhbar.

  2. fara says :

    surat khabar? jangan lah percaya 100%! konklusi sendiri sebelum bedah siasat???? tak matang langsung. seolah2 menokok tambah berita.
    org tu dah la dah meninggal..jangan lah dibuat2 cerita..
    jawablah nanti depan Allah k.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: