9 penyataan Ahli Kitab yang menidakkan sifat ketuhanan Allah SWT


Pendahuluan  

Allah SWT adalah Maha Sempurna. Tiada cacat-celanya. Bahkan tiada manusia yang boleh menyerupai-NYA. Manusia adalah makhluk-NYA,maka amatlah mustahil jika makhluk menyerupai Penciptanya. Allah sempurna dengan segala sifatnya dan tidak memiliki sifat kurang dalam seluruh sifat tersebut.  

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ  

“Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat.” (Qs. Asy-Syuura: 11)

Penyataan Ahli Kitab mengenai sifat ALLAH SWT  

Banyak kandungan di dalam Kitab Bible yang menjadi rujukan orang-orang Nasrani mempunyai pernyataan yang amat bertentangan dengan sifat Ketuhanan Allah SWT. Sungguh tidak logik untuk difikirkan oleh akal apabila Tuhan mempunyai sifat sepertimana manusia.Mereka mengambarkan Tuhan melalui logik akal mereka sendiri sedangkan Islam dilarang sama sekali berbuat demikian.Ini kerana zat-zat Allah adalah Maha luas dan kita sebagai hamba-NYA perlu berasa rendah serta hina apabila bercakap mengenai zat Allah. Antara penyataan Ahli kitab mengenai Allah SWT adalah seperti berikut:-  

1. SEPERTI MANUSIA (Genesis 11:5)
“And the Lord came down to see the city and the tower, which the children of men builded.” 

Mana mungkin Tuhan digambarkan seperti manusia.

  

2. MUSA as LIHAT ‘BELAKANG BADAN’ TUHAN? (Exodus 33:23)
“And I will take away mine hand, and thou shalt see my back parts: but my face shall not be seen.” 

Tidakkah mereka berasa bersalah apabila menyatakan Allah menyamai makhluk-NYA?

  

3. BERGUSTI DENGAN NABI YAAKUB as (Genesis 32:28)
“And He (God) said, thy name shall be called no more Jacob, but Israel: for as a prince hast thou power with God and with men, and has prevailed.” 

Melalui kepercayaan Ahli Kitab,melalui peristiwa inilah Yaakub dikenali Israel.

  

4. ALLAH SEAKAN-AKAN MABUK! (Psalm 78:65)
“Then the Lord awakened as one out of sleep, and like a mighty man that shouteth by reason of wine.” 

Allah SWT tidak makan dan minum mahupun berasa lapar dan dahaga.

  

5. PENYESALAN PENCIPTAAN MANUSIA (Genesis 6:6)
“And it repented the Lord that he had made man on the earth, and it grieved him at his heart.” 

Penciptaan manusia adalah untuk dijadikan sebagai khalifah di muka bumi.

   

6. BOLEH MERASA BAU ‘SWEET SAVOUR’(Genesis 8:21)
“And the Lord smelled a sweet savour; and the Lord said in his heart…” 

Allah mempunyai zat-NYA yang mana mungkin boleh difikirkan oleh hamba-NYA

7. BERLAGAK SEPERTI SINGA?(Numbers 24:9)
“He couched, he lay down as a lion, and as a great lion: who shall stir him up?” 

Gambaran Ahli Kitab mengenai Allah merangkak seperti singa sangat tidak boleh diterima akal.

  

8.  ‘MELAHAP’ API (Exodus 24:17)
“And the sight of the glory of the Lord was like devouring fire on the top of the mount in the eyes of the children of Israel.” 

Kesyirikan Ahli Kitab amat jelas dan dilaknat Allah SWT.

  

9. ALLAH BEREHAT SETELAH PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI (Exodus 31:17)
” … in six days the Lord made heaven and earth, and on the seventh day he rested AND WAS REFRESHED.”  

Hanya manusia sahaja yang memerlukan rehat dan tidur.

 

Tags: , , , , , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

16 responses to “9 penyataan Ahli Kitab yang menidakkan sifat ketuhanan Allah SWT”

  1. din says :

    pengaruh dewa2 pagan Rom seperti Zeus n Aphrodite, yg mempunyai sifat2 manusia dlm agama kristian

  2. Tiwas says :

    Hai,
    Sudah tentu perspektif antara Ahli Kitab dan kepercayaan anda berbeza dalam memperkatakan sifat Tuhan. Maka, apabila membaca tajuk topik “9 penyataan Ahli Kitab yang menidakkan sifat ketuhanan Allah SWT“, ia dari mula lagi sudah memberikan pra-anggapan bahawa wujud percanggahan.

    Cuma, adakah 9 penyataan ini merupakan perspektif sebenar Ahli Kitab tentang sifat Tuhan? Mungkin anda perlu menyelidiki lagi apa perspektif sebenar Ahli Kitab tentang sifat Tuhan.

    Semua ayat yang dipetik di atas adalah diberikan di luar konteks keseluruhan ayat. Apa yang anda telah lakukan dengan petikan2 ayat ini adalah ‘Proof Texting’, iaitu memetik ayat2 tertentu untuk menyokong pendapat anda tanpa mengambil kira konteks keseluruhan peristiwa yang disampaikan.

    • takusahrisau says :

      Tiwas, mengenai persoalan sebelum ini, penulis akan jawab beberapa hari akan datang kerana dikejar dengan urusan kerja yang sangat membebankan.

      Lazim sangat bagi seorang penganut Kristian seperti anda akan cuba menepis artikel seperti ini. Penulis cuma ingin bertanya kepada Tiwas, bagaimana dengan peristiwa Nabi Yaakub(Jacob) yang dikatakan bergusti dengan Yahweh(Tuhan) ketika Nabi Yaakub dalam perjalanan pulang ke tanah Kanaan? bagaimana pandangan anda tentang peristiwa itu?

      Penulis melihat peristiwa ini sebagai penghinaan besar terhadap kebesaran dan keagungan Tuhan bilamana Tuhan telah dikalahkan oleh manusia iaitu Nabi Yaakub. Peristiwa yang dirakamkan dalam dua tempat berbeza dalam New Tastement dan Old Tastement iaitu di chapter 32 dalam Genesis dan chapter 12 dan Book of Hosea telah menunjukkan bahawa Tuhan ‘kalah’ dengan kekuatan manusia. Peristiwa ini tidak lain tidak bukan hanyalah olahan atau hasil ubah suai daripada peristiwa lain kepada peristiwa yang lebih besar(iaitu bergusti dengan sang pencipta). Ubah suai tersebut sangat diyakini untuk menaikkan martabat umat Yahudi kerana Nabi Yaakub adalah bapa atau ‘ancestor’ orang Yahudi atau Israel.

      Itu hanya satu cerita yang penulis petik di dalam Bible dan Taurat. Itu tidak lagi penulis pertikaikan dakwaan ahli kitab terhadap kemulian dan kesucian seorang Nabi. Peristiwa Nabi Lut(Lot) yang dikatakan memperkosa anak kandungnya sendiri semasa persembunyiaan di dalam gua semasa peristiwa turunnya azab Tuhan di Sodom dan Gamorrah sangat tidak wajar. Sebagai seorang nabi iaitu seorang pembimbing manusia ke jalan yang benar, mereka tidak sesekali akan membuat perkara yang mendekatkan diri mereka dengan azab Tuhan.

      Lot dan dua anak perempuannya dikatakan bersembunyi di dalam sebuah gua selepas peristiwa pemusnahan Sodom dan Gemorrah.

      Itu baru cerita Nabi Lut, tidak lagi penulis masukkan cerita Nabi Daud yang dikatakan terlihat Bersheba(iaitu wanita cantik dan juga isteri panglima kesayangannya) ketika sedang mandi. Sebaik melihatnya, Nabi Daud terus terpikat dan ingin mengahwininya. Maka satu komplot telah diceritakan dalam NT dan OT bahawa Nabi Daud dikatakan telah membunuh panglima kesayangannya, Uriah.

      Maka, penulis pelik malah langsung tidak merasakan OT dan NT yang ada pada hari ini adalah yang paling asli dan original. Ingatlah bahawa Allah melaknat hamba-hamba yang membuat kerosakan termasuklah kerosakan kepada kitab sucinya. Penulis suka benar untuk memetik satu ayat ALLAH swt dalam surah al-Ahzab ayat 57,

      “Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, nescaya mereka dilaknati Allah di Dunia dan di Akhirat dan Dia menyediakan untuk mereka seksa yang menghinakan (mereka) (Al-Ahzab (33):57).

      • Tiwas says :

        Hai,
        Tentang topik itu, tidak mengapa, tidak perlu tergesa2.

        Tentang topik ini,
        Saya tidak cuba menepis tajuk artikel ini. Malah, saya bersetuju bahawa perspektif kita dalam melihat sifat Tuhan sangat jauh berbeza. Cuma, adakah 9 kenyataan yang dikatakan di atas adalah benar2 perspektif tentang sifat Tuhan menurut Ahli Kitab?

        Saya berikan beberapa contoh, dalam ayat yang dipetik di atas, ada beberapa daripadanya adalah bersifat metafora dalam menggambarkan kekuasaan Tuhan. Contohnya Keluaran 24:17.

        Saya katakan anda melakukan ‘proof texting’ kerana, sebelum anda menulis tentang 9 sifat ini, anda sudah mempunyai persepsi awal tentang bagaimana Ahli Kitab melihat sifat2 Tuhan. Kemudian, dengan persepsi awal tersebut, anda memetik ayat2 tertentu di dalam OT yang kelihatan menyokong persepsi awal anda. Masalahnya, jika hanya satu ayat dipetik, tanpa memperhatikan ayat2 yang lain, sudah tentu ia akan membawa maksud yang berbeza dari konteks asal ayat tersebut.

        Anda menulis,
        Penulis cuma ingin bertanya kepada Tiwas, bagaimana dengan peristiwa Nabi Yaakub(Jacob) yang dikatakan bergusti dengan Yahweh(Tuhan) ketika Nabi Yaakub dalam perjalanan pulang ke tanah Kanaan? bagaimana pandangan anda tentang peristiwa itu?

        Tidak ada apa2 masalah dengan hal ini, kerana, seperti yang kita ketahui, perspektif kita berbeza. Anda mengatakan Tuhan tidak boleh wujud sebagai mahkluk ciptaanNya. Namun, saya percaya, sesuai dengan yang dikatakan di dalam Alkitab, Tuhan boleh datang dan wujud sebagai apa pun yang dikehendakiNya. Malah, kepercayaan anda juga mengiyakan hal itu apabila Tuhan telah datang dan berbicara kepada Nabi Musa melalui api. Maka, agak ganjil anda menidakkan kemampuan Tuhan untuk wujud sebagai manusia, tetapi mengiyakan kebolehan Tuhan untuk berbicara melalui api. Bukankah kedua2 peristiwa ini adalah sama? iaitu Tuhan menampakkan kehadiranNya melalui ciptaanNya?

        Tentang Nabi Lot, anda berasa begitu kerana cara kita melihat status ‘Nabi’ berbeza. Bagi saya, sesuai dengan apa yang diajarkan di dalam Alkitab, Nabi juga adalah manusia biasa, yang tidak sempurna dan boleh melakukan kesilapan. Dan lebih penting lagi, Lot tidak memperkosa anak2nya. Anda boleh membaca sendiri hal itu.
        Dan perlu dibezakan, yang mana satu Perintah Tuhan dan yang mana satu perbuatan manusia. Kerana Alkitab mencatatkan banyak hal, termasuk perbuatan manusia yang tidak diperkenankan oleh Tuhan. Dan kisah Lot dan anak2nya serta perbuatan Daud adalah salah satu contoh perbuatan manusia. Adakah perbuatan mereka baik menurut Tuhan? Tidak, malah ia dijelaskan di dalam Alkitab bahawa perbuatan mereka adalah terkutuk.

        Tentang keaslian OT dan NT, mungkin anda boleh menulis satu topik baru tentang hal tersebut.

        Sekian, jumpa lagi. Tuhan memberkati.

        • takusahrisau says :

          Salam sejahtera saudara Tiwas,

          Perspektif umat Islam terhadap Tuhan sangat mudah. Umat Islam melihat Allah adalah sat Zat yang Maha Agung. Terdapat 20 Sifat Wajib Allah yang perlu diketahui. Manakala terdapat juga 20 Sifat Mustahil Allah yang juga wajib diketahui. Sifat Mustahil adalah lawan kepada Sifat Wajib Allah.

          Mengenai pandangan Saudara Tiwas sebagai Ahli Kitab yang mana saudara percaya bahawa Tuhan berkuasa untuk menyerupai mana-mana makhluknya penulis tidak mempersoalkannya kerana Tuhan Maha Berkuasa untuk melakukannya. Akan tetapi, kisah Yaakub bergusti dengan ‘Tuhan’ dilihat sebagai satu kesalahan akidah yang sangat besar. Kisah Yaakub bergusti yang akhirnya berjaya mengalahkan Tuhan menyebabkan martabat Tuhan diperlekehkan malah menghinakan kedudukan Tuhan sebagai sang pencipta.

          Berkenaan dengan status Nabi yang Ahli Kitab anggap ia sebagai seperti Manusia Biasa adalah tidak wajar. Nabi sebagai pembawa wahyu Tuhan boleh dianggap memiliki sifat terkutuk adalah penghinaan paling besar dalam OT dan NT. Sifat ini jika dipandang dalam sudut logik akal adalah tidak releven sama sekali. Mana mungkin seorang utusan Allah swt memiliki sifat hina sepertimana yang diceritakan kisah Nabi Daud yang berkomplot untuk ‘merampas’ isteri Uriah dek kerana terpesona dengan kecantikan wanita tersebut.

          Sekian.. 🙂

          • Tiwas says :

            Hai,
            Ya, saya sedar akan sifat2 Tuhan menurut perspektif kepercayaan anda. Dan saya akui ia berbeza. Cuma, seperti yang saya nyatakan pada komen sebelum ini,
            Saya tidak cuba menepis tajuk artikel ini. Malah, saya bersetuju bahawa perspektif kita dalam melihat sifat Tuhan sangat jauh berbeza. Cuma, adakah 9 kenyataan yang dikatakan di atas adalah benar2 perspektif tentang sifat Tuhan menurut Ahli Kitab?

            Adakah kesembilan penyataan tersebut dipercayai oleh Ahli Kitab? Dan nampaknya, anda telah memberikan satu kenyataan yang sangat bercanggah dan bersifat ‘menidakkan diri sendiri’.

            Saya petik tulisan pada post anda,
            Sungguh tidak logik untuk difikirkan oleh akal apabila Tuhan mempunyai sifat sepertimana manusia.Mereka mengambarkan Tuhan melalui logik akal mereka sendiri sedangkan Islam dilarang sama sekali berbuat demikian.

            Perhatikan, pertama, anda mengatakan ‘sungguh tidak logik untuk difikirkan akal‘. Kemudian, anda mengatakan ‘Mereka mengambarkan Tuhan melalui logik akal mereka sendiri sedangkan Islam dilarang sama sekali berbuat demikian‘.
            Adakah anda sedar anda telah memberi kenyataan yang bersifat ‘self contradictory’?
            1. Anda mengatakan tidak masuk akal, bererti anda sendiri menilai kenyataan yang anda anggap sebagai dipercayai oleh Ahli kitab menggunakan akal. Kerana bagi anda, tidak logik Tuhan mempunyai sifat seperti manusia.
            2. Namun, anda kemudian mengatakan adalah dilarang sama sekali menggambarkan Tuhan melalui logik akal sendiri. Tapi, anda telah pun menggambarkan sifat Tuhan melalui logik akal apabila anda mengatakan “Tidak logik untuk difikirkan akal apabila Tuhan mempunyai sifat sepertimana manusia” di mana, secara logiknya bagi anda, Tuhan itu tidak seperti manusia.
            3. Sepatutnya, anda berkata “tidak patut Tuhan difikirkan mempunyai sifat seperti manusia dengan menggunakan logik akal kerana Islam melarang sama sekali perbuatan demikian.
            4. sekurang-kurangnya, dengan kenyataan begitu, anda konsisten dengan kepercayaan anda.

            Walaubagaimana pun, saya berikan 9 penyataan (sebenar) yang dipercayai oleh Ahli Kitab tentang Tuhan. Dan, ya, kesembilan penyataan ini bercanggah dengan kepercayaan anda. Sekurang2nya, ia memberi info sebenar tentang apa yang dipercayai oleh Ahli Kitab.
            1. Percaya Tuhan mempunyai hanya satu nama khusus iaitu YHWH.
            2. Percaya Tuhan adalah Trinity.
            3. Percaya Tuhan mengasihi semua orang, termasuk mereka yang tidak percaya kepadaNya.
            4. Percaya Tuhan maha kuasa dan boleh wujud dalam sebarang bentuk yang dikehendakiNya.
            5. Percaya Tuhan membenci dosa tetapi tidak membenci si pelaku dosa.
            6. Percaya Tuhan telah datang ke dunia dan menampakan diriNya melalui Yesus.
            7. Percaya Tuhan menjadikan manusia mirip kepada gambaranNya (bukan fizikal tetapi sifat seperti mempunyai Nilai Moral, Kebebasan memilih etc)
            8. Percaya Tuhan tidak akan dapat diketahui sifatNya melainkan yang dinyatakanNya kepada manusia.
            9. Percaya Tuhan telah menebus manusia dari dosa melalui Yesus.

            Ada lagi, tapi cukup sekadar 9, sesuai dengan topik ini.

            Sekian, Tuhan memberkati.

            • takusahrisau says :

              Hai, Tiwas..

              Penulis rasa tidak adil jika penulis menyentuh soal Ketuhanan dalam Kristian tanpa menyentuh hal-hal berkaitan Triniti. Penulis faham bahawa Tiwas akan menyatakan Kristian percaya kepada Tuhan Yang Esa. Tetapi bagaimana dengan pernyataan Tiwas bahwa Tuhan boleh ada TIGA personaliti dalam SATU?

              Pernyataan Ahli Kitab(Kristian) bahawa Tuhan mempunyai anak sangat memeningkan? bagaimana jika Tuhan yang ESA boleh mempunyai Anak?

              Last sekali, tidakkah TIwas merasa pelik apabila dalam agama Samawi(Islam, Yahudi dan Nasrani), agama Kristian adalah satu-satunya agama yang percaya bahawa Tuhan terdiri daripada Tiga Personaliti atau dalam kata lain, percaya kepada Doktrin Triniti. Jika Tiwas pernah membuat sedikit kajian, TIwas akan pasti menjumpai beberapa keselarian agama Kristian dengan adat agama Paganisme seperti Perayaan Easter yang dikaitkan dengan perayaan para penyembahan Tuhan Ishtar(dewa orang Parsi).

  3. kirana says :

    Mr. Tiwas menyatakan bahawa “Percaya Tuhan telah datang ke dunia dan menampakan diriNya melalui Yesus.” tapi knp pula kristian menyatakn tnpa ragu yesus itu anak tuhan yang dilahirkan oleh mary? mana satu ni? yesus anak tuhan ke? atau yesus jelmaan tuhan?

    blh jelaskan?

    • takusahrisau says :

      Penulis rasa lebih adil jika Mr. Tiwas jelaskan persoalan saudari Kirana.

    • Tiwas says :

      Hai,
      Anda menulis,
      tapi knp pula kristian menyatakn tnpa ragu yesus itu anak tuhan yang dilahirkan oleh mary?

      – Terlebih dahulu, apa konteks pengertian anda tentang istilah “anak tuhan” pada kenyataan anda di atas? Adakah ‘anak’ dalam erti kata Tuhan melahirkan anak?

      Beberapa hal perlu diketahui,
      1. Yesus memang telah dilahirkan oleh Maria, tapi, bukan dalam erti kata Tuhan mempunyai anak yang dilahirkan oleh Maria.
      2. ‘Anak’ di sini membawa maksud salah satu daripada peribadi Triniti (Bapa, Anak dan Roh Kudus) iaitu ‘Anak’, telah turun ke bumi, dengan dilahirkan sebagai seorang manusia, melalui Maria.
      3. Maka, Maria bukanlah ‘ibu’ kepada Tuhan.

      Maka, jika konteks pengertian anda terhadap istilah ‘Anak Tuhan’ adalah seperti yang dipercayai oleh Kristian, maka, ya, Yesus adalah ‘Anak Tuhan’ yang telah turun menjelma sebagai manusia, melalui Maria.

      Namun, jika konteks ‘Anak Tuhan’ yang anda maksudkan ialah anak secara biologi dari Tuhan, di mana Maria adalah ibu Tuhan, maka, tidak, itu bukanlah yang dipercayai oleh Kristian.

  4. Tiwas says :

    Hai,
    Anda menulis,
    Tetapi bagaimana dengan pernyataan Tiwas bahwa Tuhan boleh ada TIGA personaliti dalam SATU?

    – Terlebih dahulu, perlu diketahui, Kristian percaya tidak ada sebarang sifat pun tentang Tuhan yang dapat diketahui oleh manusia jika Tuhan tidak menyatakan sifatNya samada melalui Nabi, Rasul, mukjizat atau apa sahaja cara Tuhan menyatakannya kepada kita.
    – Maka, bagaimana Kristian percaya Tuhan itu mempunyai 3 personaliti di dalam satu?
    – Secara ringkasnya, doktrin Triniti ini wujud kerana apa yang terkandung di dalam OT dan NT menyatakan doktrin demikian.
    – Mungkin akan timbul persoalan lain tentang kesahihan kitab2 OT dan NT yang ada. Namun, itu mungkin adalah topik yang lain.

    Anda menulis,
    Pernyataan Ahli Kitab(Kristian) bahawa Tuhan mempunyai anak sangat memeningkan? bagaimana jika Tuhan yang ESA boleh mempunyai Anak?
    – Masalahnya, Ahli Kitab tidak mengatakan Tuhan mempunyai anak. ‘Anak’ itu sendiri adalah Tuhan.

    Anda menulis,
    tidakkah TIwas merasa pelik apabila dalam agama Samawi(Islam, Yahudi dan Nasrani), agama Kristian adalah satu-satunya agama yang percaya bahawa Tuhan terdiri daripada Tiga Personaliti atau dalam kata lain, percaya kepada Doktrin Triniti.

    – Ya, agak pelik. Cuma, apabila anda mengatakan Yahudi, anda merujuk kepada Yahudi zaman ini atau zaman kitab2 OT dan NT ditulis? Kerana, pemahaman Yahudi pada zaman itu adalah berbeza dengan pemahaman Yahudi zaman ini.
    – Konsep keTuhanan Yahudi zaman itu mempunyai sifat Duality. Di mana Tuhan itu Esa tetapi mempunyai 3 peribadi yang aktif, iaitu Tuhan, Firman-Nya dan Roh Tuhan. Ketiga2 peribadi ini sering diperkatakan di dalam OT di mana Tuhan itu dilihat sebagai Bapa kepada orang Israel, Firman-Nya kekal dan tidak berubah, dan Roh Tuhan memberikan hidup.
    – Secara ringkasnya, konsep Triniti ini sudah ada sejak dulu. Hanya selepas kedatangan Yesus konsep ini menjadi lebih difahami berkembang kepada Doktrin Triniti yang dipercayai oleh Kristian sekarang.

    Anda menulis,
    Jika Tiwas pernah membuat sedikit kajian, TIwas akan pasti menjumpai beberapa keselarian agama Kristian dengan adat agama Paganisme seperti Perayaan Easter yang dikaitkan dengan perayaan para penyembahan Tuhan Ishtar(dewa orang Parsi).

    – Ya, saya ada menyelidiki hal ini.
    – Dan agak menarik anda mengaitkan Dewi Ishtar (atau lebih tepat lagi, Inanna-Ishtar; ‘dewi’, bukan ‘dewa’; serta dipercayai oleh orang Asyur kuno (Assyrian) dan bukan oleh orang Parsi) dengan perayaan Easter.
    – Saya ingin bertanya, adakah anda mengaitkannya kerana sebutan nama Easter yang seakan2 sama dengan Ishtar? Atau penceritaan kedua2 peristiwa ini hampir sama?
    – Saya juga tertanya2, apa pemahaman anda tentang Perayaan Easter?
    – Yang pasti, Perayaan Easter dan penyembahan Dewi Isthar sebenarnya langsung tidak ada persamaan.

    • Tiwas says :

      ada ralat,
      “Konsep keTuhanan Yahudi zaman itu mempunyai sifat Duality.”
      – bukan ‘Duality’ tetapi ‘Trinity’.

      • takusahrisau says :

        apakah yang dimaksudkan saudara Tiwas dengan konsep Duality dalam agama Yahudi? boleh Tiwas terangkan dengan lebih lanjut?

        • Tiwas says :

          Oh, itu ralat. Maaf.

          • mizz peugeot says :

            apanya yang ralat. perlu dingatkan kepada saudara tiwas @tawas di chanel history telah ada dokumentari yang telah membuat penyelidikan tentang kristian.
            mereka percaya yang kristian yang ada sekarang ini adalah karangan dari Paul. Paul si kafir yang berkhidmat serta bersekongkol dengan Kerajaan ROM yang takutkan perkembangan agama yang benar(islam) yang dibawa oleh nabi Isa serta diturunkan kepada sahabat2 nya kumpulan hawariyun. Maka si Paulus ini menerapkan unsur agama pagan di dalam agama Kristian sesuai dengan adat dan kepercayaan oleh masyarat rom pada ketika itu.

            cristian are not made by jesus(Nabi Isa)!
            Paulus is creator for christian religion!
            prophet Jesus@Isa alaihissalam is just a messenger – not god or so others
            btw pls do so make some research before send your message.
            Islam adalah yang terbaik untuk anda. Ini kena aku sampaikan kepada anda. Allah tidak ada kelemahan seperti manusia.Manusia adalah makhluk ciptaannya. Nabi pula adalah maksum (manusia yang tiada berdosa) kerana mereka ini telah dilantik untuk membimbing umat kearah jalan yang benar.
            dan diminta anda mengkaji juga surah2 didalam al-quran supaya anda boleh mempunyai pengetahuan tentangnya juga. Tiada kebencian saya untuk anda cuma ada rasa kesian dengan kesesatan anda yang nyata ini. Allahuakbar!kali 3

Leave a reply to Tiwas Cancel reply