Perihal Penulis
بِسْــــــــــــــــــم ﷲِالرَّحْمَنِ ارَّحِيم
“Dengan Nama ALLAH Yang MAHA Pengasih dan MAHA Penyayang”
Insan marhean ini menggunakan nama pena Takusahrisau. Berasal daripada pantai timur dan sekarang menetap di sana. Merupakan lepasan daripada sebuah universiti di utara tanah air. Sudah berkahwin dan sudah menimang cahaya mata. Sudah mula menjadi blogger sejak Jun 2010. Minat penulis lebih terarah kepada sejarah antarabangsa dan tempatan serta teologi. Curahan ilmu di dalam blog penulis adalah datang daripada diri penulis dan tidak pernah diplagiat. Jika sebarang tulisan penulis merupakan rujukan di mana-mana buku mahupun blog mahupun artikel di internet, penulis akan meletakkan tanda rujukan tersebut. Ia bagi menjamin keaslian dan etika berhemat ketika menulis. Alhamdulilah, setakat ini blog yang tidak ada apa-apa keistimewaan ini merupakan medan utama penulis untuk mencoretkan ilmu dan seterusnya berkongsi kepada yang sudi.
Menulis merupakan minat penulis. Namun, penulis tidaklah sehebat penyair yamg mampu menulis dengan cukup puitis atau novelis yang mampu menulis dengan cukup kritis. Ditekankan di sini, penulis ibarat semut dan mereka ibarat singa. Jauh panggang daripada api. Miskipun demikian, penulis percaya serta yakin, penulis mampu menyebar-luaskan ilmu atau apa sahaja yang ingin dikongsi. Penulis berharap, dengan medium blog yang tidak seberapa ini, ilmu dapat dikongsi kepada semua. InsyaAllah. Moga Allah swt memberkati penulis dan kalian semua.
Sirami dada dengan ILMU,
Dibajai dengan AKIDAH dan IMAN,
MEMBACA dan MENUNTUT sangatlah perlu,
Kerana ia jalan kepada segala PENYELESAIAN.






gud job…try your best!!!!!!!!
tenkiu..:)
good job bro
tq my frenz..truskan support aku yer..:)
baru nak baca…
sila2..
waa..member aku nie lect skang…sesuai ngan die la sbb dl die pon dok ngajor org dlm kelas…nice job bro…
alhamdulilah rosman..
ko keje mane sekarang?
msti keje best2 ni kan?
Teruskan Berkarya syed.. gud luck boh..
tq fahmi..:)
salam… penghasilan yang terbaik beserta sumber… bru pembaca x was-was… moga dpt perbanyakkan lagi kisah-kisah yang menarik..
tq so much..
insyaAllah..
banyak lagi cerita lain akan ditulis..
teruskan membaca di sini..:)
Hi, nice to meet you !
w0o!!! mmng x pnah tr’fkir langsng psal semua nie~ trima ksih kpd PENULIS
nice blog..
tq
blog yg sgt menarik..teruja dgn informasi2 yg dimuatkn dlm blog ini..good job bro..harap blog ini akn terus kekl dn sentiasa di update..
tq..teruskan berkunjung di sini ya..atau di takusahrisau.com dan juga takusahrisau.blogspot.com…
tumpang lalu di sini.sya tertarik dgn blog ni yg sgt berinformasi.keep it up 😉
salam….blog anda menarik.teruskan lagi dengan lebih banyak info2 hebat
wslam..terima kasih..insyaAllah..jika ada kelapangan..blog ini akan terus update setiap hari..insyaAllah..
Blog anda memang best..bnyak informasi yg menarik dan knowledge..10 bintang utk pemilik blog..tahniah..
tq so much saudara raden izwan shah
i love takusahrisau.blogspot.com.. saya akan pastikan blog ini akan menjadi salah satu hobi baru saya.. terima kasih kepada saudara penulis..peace..!!!
tq saudara raden.. 🙂
Salam takusahrisau, saya berminat tol bace blog awak nih. Memang menarik, 10 bintang.
Tq so much saudara John..
bro mane dapat sumber2 nie????bleh bgtau utk sy buat kajian lebih lanjut tentangnya sekian terima kasih
sumber penulis tidak terhad..termasuk daripada internet, buku-buku, majalah-majalah, makalah2 lama dan etc..
bgus pnya crta
okey lah tu… bagus daripada berita…
😀
Salam saudara. Saya merupakan pembaca setia blog saudara dari Brunei.
Saya sangat tertarik dengan dakwaan sesetengah orang tentang Nabi Isa pernah berkahwin dengan Mary Magdelene dan ada pula yang menentang dakwaan ini sekeras-kerasnya. Apa pula pendapat saudara dan ulama Islam tentang isu ini? Terima kasih
Berlandaskan kepada al-Quran dan al-Hadis, tidak ada nama Mary Magdalene(Mariam) yang disebut di dalamnya. Rasulullah saw juga tidak pula menceritakan kisah seorang hawari perempuan bernama Mary(Mariam) melainkan menceritakan berkenaan hawari-hawari Nabi Isa as yang berjumlah 12 orang. Berkenaan hal nabi Isa as, sebelum kelahiran Rasulullah saw telah banyak dakwaan karut melibatkan baginda termasuklah dakwaan Nabi Isa as sebagai anak Tuhan.
Persoalan saudara berkenaan hubungan Mary Magdelene dan Nabi Isa as juga mempunyai sejarah yang panjang. 100 tahun selepas peninggalan Nabi Isa as, telah timbul fitnah berhubung dengan baginda. Fitnah tersebut tercetus daripada kemunculan kitab Gospel palsu yang mendakwa Nabi Isa as mempunyai hubungan melebihi seorang sahabat. Gospel yang dikenali Gospel of Thomas antara lain telah mendakwa Nabi Isa as pernah mencium bibir Mary Magdalene di hadapan hawari-hawari baginda yang lain. Kepada yang sesat kerana mengimani Gospel tersebut, mereka telah mendakwa Nabi Isa as adalah suami dan isteri. Lebih memeranjatkan apabila ada yang mendakwa Nabi Isa as meninggal zuriat melalui Mary Magdalene.
Tahun berganti tahun, novelis terkenal, Dan Brown telah mengambil sudut ‘sukar’ apabila mendakwa Nabi Isa as telah meninggal zuriat melalui Mary Magdalene, Anak pinak Nabi Isa as dikatakan berhijrah sehingga ke Eropah sehingga membentuk kerajaan monarki mereka sendiri iaitu Dinasti Merovingian di Perancis. Teori Dan Brown telah mengundang pelbagai polemik di kalangan umat Kristian terutamanya kepada yang berfahaman Katholik dan Orthodox.
Kepada umat Islam, kita hanya perlu percaya bahawa Nabi Isa as adalah seorang Rasul yang diutus untuk memandu manusia ke jalan yang benar. Baginda tidak mempunyai waris apatah lagi berkahwin. Jika beliau berkahwin pasti Rasulullah saw akan menceritakan perihal keluarga Nabi Isa as dengan lebih mendalam.
Salam, saudara dari negeri Kelantan atau Terengganu? Saya dari keluarga al-Yahya, sangat berbesar hati untuk mengetahui ada saudara dari al-Kaff.
Penulis berasal daripada Terengganu. Keluarga al-Yahya ramai di sini selain al-Idrus. Tetapi al-Kaff hanya sekelompok dua sahaja.
Oh, saya dari Kelantan, ramai je keluarga al-Yahya dan al-Idrus di Terengganu tu. Harapnya saudara buat entri tentang Hadhrami di Malaysia atau Nusantara dan kaitan kita dengan Hadhramaut di Yemen. Sangat menarik, ada sepupu dan rakan yg pernah pergi ke sana.
Kata orang tempatan di sana, keturunan Hadhrami memberi 2 pengaruh yg besar buat 2 umat dari pelbagai aspek. Bagi umat Islam, golongan Sadah dan Sharif (kini di Asia Selatan dan Nusantara) manakala bagi umat Yahudi, golongan Yahudi Hadhrami (kini di Israel)
bagus 🙂 keep it..
nice bro… page ko la plg menang setakat ini. keep it up bro
love to read …good info and nice writing..
keep up ur good work…
Assalammualaikum Saudara,
Blog – Tak Usah Risau saudara sungguh memikat hati, kerana diisi dengan maklumat-maklumat kesemuanya berfakta-fakta belaka, mempunyai bukti dan kajian, memang meyakinkan dan memberi maklumat kepada segenap pembaca, menunjukkan saudara memang seorang yang jelas orangnya, bukan hanya mendengar berita tetapi mahukan kesahihan berita tersebut yakni bukti-bukti dan penjelasan rapi, sebab itulah setiap berita didalam blog takusahrisau juga menerapkan budaya kesahihan sama seperti saudara, sebab saudaralah pembuatnya 🙂 hehe,
Apepun Good Luck kepada saudara dan semoga sentiasa berjaya serta terus berjaya 🙂
Terima kasih diatas blog saudara yg sentiasa menjadi blog nombor satu Pilihan saya 🙂
caya la syed..berjaya benor blog nim…
As salam,
Blog saudara merupakan sumber yang baik dari segi fakta dan idea..saya pun suka nak share ilmu tp saya tak pandai nak karang mengarang nie..saya dah attachkan blog saudara dalam link blog saya. mohon izinkan saya ambil artikel tertentu untuk saya post dalam blog saya..Semoga artikel tersebut juga dapat dipanjangkan kepada pembaca yang singgah ke blog saya..insyaallah saya akan sertakan nama saudara sebagai rujukan artikel tersebut. Semoga saudara sentiasa terpanggil untuk menyiarkan artikel yang baik dan benar agar ianya menjadi satu cabang dakwah dalam usaha mencari keredhaan Allah..mungkin akan datang saudara boleh bantu saya untuk upgrade kan blog saya juga..:)
tahniah atas blog yang bernas ini..
susah la bro asek nk loading2 post.laptop jd berat 😀
kenapa tak buat page mcm sblom ni? sorry. 😀
Salam… Dari sumber mana saudara dapat gambar-gambar ni ye… Gambar amat menarik dan wajar dikongsi bersama.. Terima kasih.. -Fariz
Good Job,,
BarokAllaahufik 🙂
Salam saudara….terima kasih utk ilmu dr artikel saudara…keep on writing!
Assalamualaikum.Pertama kali membaca blog saudara,rasa tertarik.Bermula dengan carian ‘Perang Iran dan Iraq’,terus membaca setiap tulisan saudara.Teruskan kerja murni ini.
Muhammad Kahfi Ahmad,
Garraf Oilfield,Nasiriyah,Iraq
terimakasih.syukran jazilan.
Namun, sejak beberapa bulan lalu saya tidak mampu menjadi blogger kerana kekangan kerja seharian.
InsyaAllah ada masa dan ruang, blog ini tetap akan di’update’..