(Video) Hukuman pancung Ruyati, amah yang membunuh majikannya di Arab Saudi..


Oleh: takusahrisau

 

Video Ruyati binti Satubi dihukum pancung di Arab Saudi telah tersebar luas di internet. Rata-rata bersimpati dengan hukuman tersebut. Miskipun hukuman tersebut dianggap kejam oleh sesetengah pihak, namun hukuman pancung telah mengikut landas-landas syariat Islam iaitu hudud dan qisas.

Perlu diingatkan bahawa setiap undang-undang dan hukum dibuat dan dilaksanakan bukan sahaja untuk menghukum persalah tetapi juga memberi pengajaran dan keinsafan kepada rakyat jelata. Oleh yang demikian, janganlah ada di antara kita berfikiran bahawa hukuman yang dilaksanakan di hadapan umum dianggap kuno dan kejam. Ini sesungguhnya sangat tidak benar kerana hukuman di hadapan umum penting untuk memberi pengajaran bagi menghindarkan jenayah berleluasa.

 

Ruyati binti Satubi yang berumur 54 tahun telah disabitkan membunuh majikannya, Khairiya bin Hamid Mijlid dengan memukul beberapa kali di kepala dengan menggunakan pisau daging sebelum menusuk lehernya sehingga Khairiya meninggal dunia serta merta.

Persalah, Ruyati binti Satubi telah dihukum pancung pada hari Sabtu, 18 Jun 2011.

 

Sedikit mengenai hukum qisas:

Membunuh jiwa dengan tanpa hak termasuk dari dosa-dosa besar yang paling besar setelah syirik (menyekutukan Allah). Firman Allah Taala dalam surah an-Nisa’

 

Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya” (An Nisa’: 93)

 

Membunuh mengikut hukum Hudud dan Qisas terbahagi kepada tiga iaitu:

1- Pembunuhan yang disengaja

2- Pembunuhan yang mirip dengan sengaja

3- Pembunuhan yang salah.

 

Dalam kes Ruyati, beliau telah dikategorikan ‘pembunuhan yang sengaja’ yang seterusnya boleh membawa hukum qisas terhadapnya.

Namun bergitu, mengikut hadis yang diriwayatkan melalui Abu Hurairah ra,

Dari Abu Hurairah r.a bahwa Rasulullah SAW bersabda: “… Barang siapa yang mendapati keluarganya dibunuh, maka dia memiliki dua pilihan, baik itu dengan meminta fida (harta sebagai pengganti) atau dengan cara membunuh si pembunuh..”

 

Keluarga si mangsa berhak membuat pilihan antara meminta fida atau qisas akan tetapi ternyata keluarga mangsa terdorong untuk mengambil hukuman yang kedua iaitu cara hukuman qisas.

 

Bergitu juga dengan satu lagi cara selain daripada hukuman qisas iaitu dengan memaafkan si persalah. Ia adalah lebih baik dan yang terbaik sepertimana yang difirmankan oleh Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 237,

 

“..dan pemaafan kamu itu lebih dekat kepada takwa” (Al-Baqarah: 237)

 

Dengan itu, fahamlah bahawa setiap hukum hudud dan qisas dilaksanakan berdasarkan budi bicara hakim dan anggota keluarga si mangsa. Jika sekiranya keluarga mangsa memaafkan persalah atau meminta fida daripada persalah maka tidak akan berlaku hukuman qisas sepertimana yang dilihat dalam video di atas.

 

Dakwaan bahawa hukuman hudud dan qisas adalah kejam adalah sangat tidak wajar. Jangan mudah percaya kepada dakwaan sesetengah pihak yang mungkin mempunyai kepentingan lain. Ingatlah bahawa hukuman dan undang-undang untuk mengajar manusia bukannya untuk melindungi manusia.

 

Fikirlah keseksaan mangsa ketika dibunuh dan kesedihan serta kesengsaraan keluarga mangsa.

 

 

Tags:

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

2 responses to “(Video) Hukuman pancung Ruyati, amah yang membunuh majikannya di Arab Saudi..”

  1. leee ros says :

    kalau seseorang nak bunuh kita ,kita hendak lah pertahan kan diri,tiba2 kita ter tusuk pisau kat orang nak bunuh kita macam mana ?adakah kita di dapati bersalah….?kadang2 kat arab tue belum lagi di hakimi sudah hukum gantung mcm cerita afefah…..rupa2 nya dia budak bawah umur yg kena rogol di tuduh melacur kan diri… hishhh sian dia……

    • takusahrisau says :

      bergini..sesuatu daripada Allah terutama berkenaan Hudud hendak kita menyakini dengan sepenuh jiwa tanpa ada tertinggal sedikit pun bahawa ia adalah sempurna. Ia adalah akidah dan arahan mutlak daripada Allah swt kepada hambaNya.

      Namun, jika berlaku kesalahan dalam Hudud contoh dalam kes Afifah, terus disabitkan dengan kelemahan hukum Hudud. Ia salah sama sekali. Ia tidak ada kena mengena dengan hukum Hudud tetapi ia lebih kepada kelemahan manusia semasa mengendalikan kes tersebut. Oleh sebab itu, Rasulullah menyuruh kita melantik hakim yang bersolat lima waktu dan tidak pernah melakukan dosa-dosa besar.

      Sebagai pembandingan, kita lihat undang-undang sivil. Adakah undang-undang sivil itu bagus sehingga mampu membendung jenayah dan maksiat? Lihat banyak mana penjenayah dan perlaku maksiat boleh terlepas dengan sewenang-wenangnya hanya kerana tidak cukup bukti.

      Hudud mempunyai beberapa prosedur yang cukup lengkap dan ketat. Sangat sukar untuk seseorang penjenayah terlepas sewenang-wenangnya.

      Jika diperhalusi. Hukum Hudud amat berkesan sehingga menyebutnya pun sudah gerun. Betul tak? Perasaan itu sememangnya telah Allah swt campakkan ke dalam setiap hati manusia termasuk kepada BUKAN ISLAM. Itulah kebijaksanaan Allah swt.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: