Osama adalah agen CIA paling berjaya dalam sejarah CIA!


Oleh: takusahrisau

 

Laman web surat khabar terkemuka iaitu Mail, Times, Telegraph, Sun dan Mirror telah mengeluarkan secara rasmi gambar mayat Osama bin Laden yang dipercayai terbunuh dalam serangan tentera Amerika Syarikat di Pakistan. Namun, gambar itu kemudian cepat-cepat dikeluarkan setelah desas-desus kesahihan gambar tersebut dipertikai oleh masyarakat dunia di Twitter, forum, Facebook dan media-media interaksi yang lain.

Apa yang pelik sebenarnya adalah gambar mayat Osama bagaimanapun langsung tidak dipertikaikan oleh editor-editor akhbar terkemuka tersebut sedangkan sekali lihat sahaja sudah boleh mengetahui ia adalah hasil suntingan dengan menggunakan software Adobe Photoshop.

Di blog-blog pula telah wujud pelbagai andaian bahawa Osama tidak terbunuh dan serangan di rumah mewah di Abbottabad adalah untuk membunuh pengedar dadah yang paling dikehendaki di daerah yang terletak 60km daripada Islamabad. Serangan Amerika Syarikat tersebut bagaimanapun diandaikan oleh Barack Obama sebagai misi untuk membunuh Osama bin Laden.

Bagaimana editor di akhbar terkemuka boleh terlepas pandang dengan perkara remeh seperti ini?

 

 

Osama dan banglo besar

Kemusykilan berkaitan kematian Osama bin Laden berterusan. Antara yang boleh dipertikaikan adalah tempat persembunyiaan seorang yang dikatakan berjihad menentang musuh Allah. Sesuaikah mujahidin seperti Osama bersembunyi di sebuah rumah banglo?

Masih lagi berkenaan rumah banglo. Osama bin Laden dikatakan seorang yang pakar dalam persembunyian. Akan tetapi, Osama dilaporkan secara rasmi oleh Amerika Syarikat telah bersembunyi di rumah yang paling besar di daerah Abbottabad.

Logikkah individu yang paling diburu seperti Osama bin Laden bersembunyi di rumah mewah tersebut?  jika difikirkan dengan logik, rumah tersebut amat mudah dicam oleh perisik-perisik CIA di Pakistan mahupun penduduk-penduduk di kawasan tersebut. Oleh yang demikian, amat mustahil untuk seorang yang mahir seperti Osama hidup bersembunyi di rumah paling besar di daerah tersebut.

Bergitu bodoh individu seperti Osama untuk bersembunyi di rumah sebesar ini. Tidakkah ia menyebabkan lebih mudah dikesan musuhnya?

 

 

Osama dan pengebumian di laut

Osama telah dilaporkan telah disemadikan di laut untuk mengelakkan pemujaan terhadap kubur beliau oleh pengikut-pengikut fanatiknya. Namun, ramai yang sangsi dengan fakta tersebut. Salah satunya adalah tiada kesaksian tentang mayat Osama telah disemadikan di laut. Bergitu juga dengan gambar dan foto-foto semasa upacara itu dilaksanakan. Boleh dikatakan, tiada bukti miskipun sedikit untuk menyokong fakta bahawa Osama telah pun disemadikan di lautan.

Bertambah menarik, ia sebenarnya bercanggah dengan kenyataan awal jurucakap bagi kerajaan Amerika Syarikat yang mana akan berjanji untuk menyerahkan kepada keluarga terdekat Osama untuk proses pengebumian mengikut ajaran Islam.!

Apa signifikannya Osama dikebumikan di lautan?kenapa lelaki 'pengganas' seperti pengebom bali atau Nordin Mat Top boleh dikebumikan di tanah tumpah darah mereka. Dan ia tidak pula dipuja dan didewa-dewakan.(sekadar gambar hiasan)

 

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

 

Osama dan al-Qaeda tidak pernah wujud

Osama dan al-Qaeda sebenarnya adalah nama ciptaan Amerika Syarikat. Bukti untuk menyatakan perkara ini adalah melalui mulut ulama daripada Indonesia, Abu Bakar Bashir yang telah ditangkap kerana terbabit dengan pertubuhan pengganas yang mengaitkan dengan persatuan beliau sendiri, Jemaah Islamiah. Menurut Abu Bakar Bashir, beliau tidak pernah berkerjasama dengan pertubuhan yang bernama al-Qaeda dan Jemaah Islamiah sendiri bukannya sebuah pertubuhan pengganas seperti yang digembar-gemburkan oleh kerajaan Amerika Syarikat dan Indonesia.

Penyataan Abu Bakar Bashir turut dipersetujui secara tidak langsung oleh golongan-golongan Taliban dan Mujahiddin. Mereka menyatakan tidak pernah menemui seorang lelaki berjambang yang bernama Osama bin Laden sebelum serangan Amerika Syarikat terhadap Afghanistan pada tahun 2001.

Beberapa individu lain menyatakan bahawa lelaki bernama Osama telah menyalurkan dana berbentuk wang dan senjata untuk memerangi pencerobohan Soviet Union. Osama dikatakan sebagai orang tengah antara CIA dan pejuang-pejuang Mujahiddin di Afghanistan semasa pencerohon Soviet Union dariapda tahun 1979 sehingga 1989.

Abu Bakar Bashir mendakwa beliau teraniaya dengan sikap pro-barat kerajaan Indonesia.

 

 

Osama adalah Tim Osman

Menurut mereka lagi, Osama adalah nama samaran kepada Tim Osman yang berkerjasama dengan Zbigniew Kazimierz Brzezinski. Brzezinski adalah penyalur dana terus daripada CIA untuk kegunaan pejuang Mujahidin semasa mereka memerangi penceroboh Soviet. Brzezinski telah berkhidmat selama lima tahun dengan Presiden Jimmy Carter iaitu daripada tahun 1977 sehingga 1981. Tim Osman pula adalah orang tengah Brzezinski untuk berhubung dengan pejuang Mujahiddin. Antara sebab Tim Osman menjadi orang tengah adalah kerana Tim Osman mahir dengan selok-belok pejuang Mujahiddin dan kefasihan berbahasa Arab dan Pushtun.

Dokumen yang mengesahkan terdapat hubungan antara Osama aka Tim Osman dan CIA.

 

Sebenarnya, kemuncak karier Osama sebagai agen CIA adalah sewaktu penampilan ‘tiba-tiba’ Osama yang menyatakan kesedihan beliau dengan serangan WTC pada 11 September. Penampilan itu mengejutkan kerana seperti dirancang, Osama muncul dan memberi komen bagi pihak orang Islam. Manakala, Presiden Amerika Syarikat pada waktu itu, George W. Bush terus menuduh tanpa memberi sebarang bukti kukuh bahawa Osama bin Laden adalah dalang di sebalik serangan nekad ke atas bangunan WTC di New York. Walhal, Osama sebenarnya tidak menyatakan beliau bertanggungjawab atas serangan itu. Inilah kemusykilan yang menyelingkari keperibadian lelaki misteri bernama Osama bin Laden dan hubungannya dengan CIA serta Amerika Syarikat.

Osama aka Tim Osman dan Brzezinski.

 

 

Tujuan sulit Barack Obama

Apa yang penulis lihat pada situasi kali ini adalah Barack Obama mahu kejayaan pembunuhan Osama ini untuk meningkatkan sokongan rakyat kepadanya yang mana pada masa ini beliau diserang habis-habisan oleh Donald Trump. Donald Trump yang juga merupakan taikun hartanah telah menyelar kesahihan dokumen kelahiran Barack Obama yang mana didakwanya bukan seorang warga Amerika Syarikat yang tulen. Donald Trump turut menuduh Barack Obama merupakan pelajar paling lemah dan sangsi dengan dokumen kelulusan universiti milik Obama.

Dalam situasi kali ini juga, ramai pakar konspirasi mendakwa ia adalah bertujuan untuk menghapuskan watak Osama bin Laden yang selama ini ‘dipelihara’ oleh Amerika Syarikat dan CIA. Dengan terhapusnya watak Osama ini, kemungkinan besar dunia bakal menerima seorang lagi watak ‘antagonis’ yang dahulunya dipegang berpuluh tahun oleh Osama Bin Laden atau Tim Osman.

Kepada pakar konspirasi Islam, tujuan watak Osama diada-adakan adalah satu iaitu meningkatkan semangat Islamifobia dan anti-Islam di seluruh dunia. Secara keseluruhannya, kejayaan watak Osama sebagai ketua teroris menyebabkan umat Islam di seluruh dunia menderita dengan sentimen negatif oleh masyarakat dunia terhadap umat Islam. Pemimpin Islam di seluruh dunia dan juga dunia Islam yang kabur mengenai siapakah Osama telah mengangkat beliau sebagai hero, sedangkan perkara yang sebenar-benarnya adalah Osama adalah agen CIA paling hebat pernah dilahirkan Amerika Syarikat!.

 

~ Kepada yang ragu-ragu mengenai artikel yang ditulis penulis ini, penulis meminta pembaca membuat analisis secara personal di internet. Cadangan penulis kepada pembaca adalah pembaca boleh menggunakan kata kunci seperti ‘Osama Tim Osman’, Osama CIA Agent’ atau ‘Osama Fidel Castro’.

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

18 responses to “Osama adalah agen CIA paling berjaya dalam sejarah CIA!”

  1. Anzur Anuar says :

    assalamualaikum. saya mintak share di page Kempen Jom Mengaji di FB ya. Terima Kasih. 🙂

  2. metal says :

    ko tgk gamba tu…..macam edit je….senyuman yang same dude

  3. metal says :

    gi tgk the decine book sahabat kalian

  4. tokwan muda says :

    ya…saya sependapat dengan penulis,sudah lama kami ragu-ragu dengan watak osama bin laden ini.

  5. mejer says :

    Syeikh Abdullah Azzam telah mengesahkan kewujudan Syeikh Usamah Bin ladin.. artikel ini tidak ada asas, dan cara penyampaiaanya agak meragukan kerana seperti ada hal2 yg disembunyikan.. jangan disebarkan berita yang salah ini.

    • takusahrisau says :

      Saudara..penulis tidak menafikan sedikit kewujudan Osama Laden, namun penulis sebenarnya menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau adalah ‘pejuang’ dan ‘pengasas gerakan al-Qaeda’. Dalam artikel ini penulis menekankan bahawa Osama adalah Tim Osman iaitu individu yang direkrut khas oleh CIA untuk menjadi agen mereka di Afghanistan dan Timur Tengah.

      Tidak salah sekiranya penulis menulis artikel ini kerana sudah cukup buktinya. Jika saudara ragu, saudara boleh melakukan sedikit kajian mengenai Osama Bin Laden.

      apapun terimakasih kerana komen daripada saudara.

      • ivan says :

        pada pendapat saya osama bin ladin ni lah yang telah banyak memalukan umat islam di seluruh dunia,kemunculanya seperti di rancang,

      • son goku saiya says :

        kalu bleh,blog sedara ni,tambah lagi artikel2 yg gempak2..

  6. son goku saiya says :

    hmm..mcm2 hal dunia skang ni.. kalau dia ni ( osama ) muslim,dia sudah brdosa bsar.. ( munafik ).!! sy ingat,osama ni hnya pada nama je muslim. dh lma sy trpikir mcm tu.. kalu dia hidup pn,biar masa akan menentukn kbenarannya.. btul x..?

  7. son goku saiya says :

    sy bru je mlayari blog sedara.. apa yg sy muskil,sy akan rujuk kt mana2 sumber yg brsesuaian.. pe2 hai..blog sedara ni bagus la.. SUPERB.!!!

  8. Ibnu Abbas says :

    salam.Osama bin laden wujud. Saya baru pulang dari bumi india dan duduk bersama beberapa orang mujahidden.alhamdulillah.Mereka mengesahkan kewujudan osama.Bezanya Osama Amerika dan Osama sebenar.Maksudnya Amerika ada mengklon Osama versi mereka.Buat perbandingan antara kedua-dua Osama dari segi ketinggian, rupa, jam, cincin, dan susuk tubuh.Anda akan lihat perbezaannya antara osama Amerika dan Osmaa bin Laden.

Leave a comment