10 Senarai Syarikat Yang MEMACU Perang Dunia ke-2!
Oleh: takusahrisau
Pernahkah anda mengetahui bahawa sebilangan besar syarikat besar di dunia pada masa kini pernah berkerjasama dengan negara-negara yang berperang ketika Perang Dunia ke-2 bagi mempertingkatkan kekuatan ketenteraan masing-masing. Peranan syarikat ini tersangat besar dalam menggerakkan Perang Dunia ke-2 selama 3 tahun itu. Perlu pembaca ketahui bahawa dianggarkan secara kasar Perang Dunia ke-2 telah menewaskan kira-kira 2 juta nyawa termasuklah orang awam. Adakah syarikat-syarikat ini perlu dibicara kembali dalam mahkamah jenayah perang?Pembaca nilailah sendiri. Selamat Membaca..
(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)
1. Mitsubhisi
Mitsubhisi adalah sebuah syarikat konglomerat tersohor di dunia. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1870 sebagai firma perkapalan oleh Yataro Iwasaki. Pada masa sekarang, Mitsubhisi adalah syarikat ke-7 terbesar pengeluarannya di Jepun.
Akan tetapi, tahukah anda bahawa Mitsubhisi adalah sebuah syarikat yang membina pesawat Jepun yang digeruni pada Perang Dunia ke-2?
Mitsubhisi adalah syarikat yang dipilih oleh kerajaan Jepun secara tender untuk membina pesawat Jepun yang lebih dikenali sebagai Zero Fighter itu ketika kemuncak Perang Dunia ke-2. Pesawat ini amat digeruni oleh Pakatan Berikat (Allies) kerana kelajuan enjinnya dan juga berkemampuan untuk melakukan aksi aerobatik di udara bagi melaksanakan Kamikaze. Pengeluaran secara besar-besaran pesawat ini ketika kemuncak Perang Dunia ke-2 hampir menandingi pengeluaran sebuah lagi pesawat yang digeruni Pakatan Berikat, Lutwaffe.
Pembaca mungkin meminati Does God Exist?
2. Volkwegan
Pada masa kini, Volkwegan adalah antara salah sebuah syarikat yang terbesar pengeluarannya di dunia pada masa kini. Syarikat yang berpengkalan di Wolfsburg,Jerman ini ditubuhkan pada 1937 oleh Persatuan Perniagaan National Socialist, German Labour Front.
Tujuan asal syarikat pembuat kenderaan ini ditubuhkan adalah bagi merealisasikan projek kereta rakyat(people’s car) yang diasaskan oleh Aldolf Hitler ketika pemerintahannya pada 1930-1940-an. Sejak itu, Volkwegan telah mempelopori kereta yang berkualiti, ekonomi tetapi murah daripada segi harga sehingga mampu dimiliki oleh semua golongan masyarakat. Di Eropah, sekitar tahun 1930-an, kereta hanya dimiliki oleh golongan kaya sahaja kerana harganya pada waktu itu tersangat mahal. Hitler dengan idea bernasnya telah berjaya menawan hati masyarakat Jerman sehingga muncul masyarakat pertama yang mampu memiliki sebuah kereta bagi satu isi rumah. Di Malaysia, kereta ini lebih dikenali kereta katak!
3. Heinkel
Miskipun syarikat ini kurang dikenali pada masa kini, namun pada pada 1930-1950an, syarikat ini antara yang digeruni oleh Pihak Berikat. Masakan tidak, syarikat Heinkel adalah syarikat yang bertanggungjawab membina enjin pesawat Jerman pada Perang Dunia ke-2 yang amat digeruni iaitu Lutwaffe. Lutwaffe adalah pesawat Jerman yang mempunyai reputasi tinggi sebagai pesawat berkelajuan tinggi sehingga dikatakan mampu memintas mana-mana pesawat Pakatan Berikat yang kebanyakkannya dihasilkan oleh Syarikat Boeing. Apa yang membuatkan syarikat ini kurang dikenali pada masa sekarang adalah disebabkan oleh terikat dengan satu perjanjian supaya tidak meneruskan projek pembinaan pesawat perang selepas Jerman kalah ketika Perang Dunia ke-2. Syarikat ini hanya boleh meneruskan ‘talian hayatnya’ dengan membina kereta mini seperti model Heinkel Kabine yang berenjin four-stroke single-cylinder dan skuter pelancong.!
Pembaca mungkin meminati (Video) Kemunculan bandar ‘hantu’ di Timur China!
4. Hugo Boss
Hugo Boss adalah sebuah syarikat fesyen termasyur di dunia ketika ini. Hugo Boss ditubuhkan pada 1924 oleh Hugo Ferdinand Boss di Metzingen,Jerman. Pada masa kini, syarikat ini bukan sahaja mempelopori bidang fesyen tetapi juga mempelopori industri minyak wangi,kaca mata, dan sebagainya. Syarikat Hugo Boss sekarang mempunyai 110 cawangan di seluruh dunia 1100 stor fesyen yang dimiliki secara franchais. Pada 2008, Hugo Boss telah menandatangani perjanjian dengan syarikat telekomunikasi terkemuka dunia iaitu Samsung untuk berkerjasama membina telefon bimbit dan aksesori yang berkaitan.
Namun, tahukah anda bahawa Hugo Boss adalah syarikat fesyen yang bertanggungjawab mereka-bentuk sut pakaian tentera Nazi daripada pangkat paling bawah hinggalah pangkat yang paling tinggi. Pemilik Hugo Boss, Hugo Ferdinand Boss(1885-1948) adalah pengikut Nazi yang taat. Ini diakui oleh anaknya sendiri iaitu, Siegfried Boss,83 dalam satu temubual dengan akhbar harian Austrian, Profil pada tahun 2008:
”Of course my father belonged to the Nazi Party,but who didn’t belong back then? The whole industry worked for the Nazi Army.”
Aldolf Hitler memberi kebenaran kepadanya 100% bagi mereka-bentuk sut pakaian tentera supaya kelihatan elegan, segak dan sesuai dipakai oleh beliau sendiri,pengawai-pengawai Nazi dan tentera-tenteranya. Jika dilihat sut pakaian tentera dan pengawai Nazi pada Perang Dunia ke-2, ia jauh lebih segak berbanding sut pakaian tentera lain di dunia. Terbukti Hugo Ferdinand Boss menjalankan tugas dengan baik!
5. Boeing
Boeing ditubuhkan pada 15hb Julai 1916 di Seattle,Washington oleh William E. Boeing. Pada mula ia dikenali sebagai Pacific Aero Products Co. Boeing sangat terkenal sebagai syarikat yang membina pesawat penumpang kedua terbesar di dunia iaitu Boeing 747-400 yang mampu memuatkan kira-kira 800 orang penumpang dalam satu-satu masa. Pada masa sekarang, Boeing adalah syarikat pembuat kapal terbang terkemuka di dunia dengan asset berjumlah USD63.0 Billion ketika akaunnya dikemaskini pada suku pertama tahun 2010.
Namun, percapaian Boeing tidak lengkap jika tidak selusuri sejarah Boeing pada Perang Dunia ke-2. Boeing telah memainkan peranan penting dalam mengimbangi teknologi Jerman dengan membina dua buah jet pengebom terbesar di dunia pada ketika itu iaitu Flying Fotress-B-17 dan Super Fortress-B-29. Sekitar Mac 1944, Boeing telah mengeluarkan kira-kira 350 pesawat pejuang RAF setiap bulan.!Angka yang sungguh menakjubkan.
6. Ford
Ford ditubuhkan oleh tokoh permotoran terkenal, Henry Ford pada 1903. Syarikat pembuat kenderaan ini berpengkalan di Dearbon,Machigan. Pada masa kini, Ford adalah pengeluar ke-4 terbesar di dunia dan ke-3 terbesar di Amerika Syarikat selepas General Motor(GM) dan Toyota.
Pada Perang Dunia ke-2, Ford adalah syarikat yang bertanggungjawab membina trak pikap,jip,lori,kereta berperisai dan juga pesawat pengebom,B-24 Liberator. Pada sautu ketika, Ford pernah mengeluarkan pesawat B-24 Liberator purata sejam sebuah pesawat dan 650 buah pesawat untuk setiap bulan pada ketika kemuncak Perang Dunia ke-2 iaitu 1944. B-24 Liberator digunakan secara meluas oleh negara-negara Pakatan Berikat seperti Britain dan Perancis.!
Pembaca mungkin meminati Osama adalah agen CIA paling berjaya dalam sejarah CIA!
7. DuPont
Dupont atau nama asalnya E. I. du Pont de Nemours and Company adalah sebuah syarikat berasaskan kimia yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Syarikat ini mempunyai sejarah yang panjang bermula daripada penubuhannya pada Julai 1802 sebagai syarikat pembekal serbuk belerang oleh tokoh perniagaan warga Perancis Eleuthère Irénée du Pont. Syarikat ini ditubuhkan selepas tiga tahun berada di Amerika Syarikat iaitu pada 1799 kerana melarikan diri daripada para pendokong Revolusi Perancis yang mahu membunuh semua keluarganya. Eleuthère Irénée du Pont menggunakan kepakarannya dengan membuat serbuk belerang dengan menghasilkan serbuk belerang yang berkualiti kerana pada ketika itu boleh dikatakan tiada syarikat yang mampu membekalkan serbuk belerang yang bagus di Amerika Syarikat. Perang Saudara Amerika merupakan titik tolak kepada syarikat Dupont dalam industri kimia apabila menjadi pembekal utama kepada Pihak Union pimpinan Abraham Lincoln dalam menghadapi perang dengan Pihak Confederacy pimpinan Jefferson Davis. Sejak daripada itu, Syarikat Dupont dan keluarga Dupont menjadi antara keluarga terkaya di Amerika Syarikat dan di dunia. 1hb Januari merupakan hari ulang tahun ketibaan keluarga mereka di Amerika Syarikat dan ia sentiasa disambut secara besar-besaran oleh keluarga Dupont setiap tahun.
Seiring dengan masa, Dupont mengorak langkah dengan menerokai pelbagai bahan kimia yang berguna pada masa itu seperti pada awal abad ke-20, Dupont telah merintis industri polimer dengan membina pelbagai bahan yang bermutu tinggi seperti penghasilan getah sintetik seperti Nylon,Lucite dan Teflon. Ternyata penemuaan ini tepat pada masanya kerana Perang Dunia ke-2 memerlukan bahan-bahan berasaskan getah sintetik bagi menjamin ketahanan dan kualiti. Dengan itu, Dupont sekali lagi menjadi pembekal utama bahan kimia bagi tujuan peperangan. Dupont telah membekalkan Paracut(payung terjun), beg dan tayar kepada tentera-tentera Amerika Syarikat ketika menghadapi Perang Dunia ke-2. Malah, Dupont juga memainkan peranan penting untuk Projek Manhattan. Projek Manhattan adalah projek untuk menghasilkan bom nuklear pertama di dunia yang akhirnya meletupkan Bandar Hiroshima dan Nagasaki.!
8. IG Farben
I.G. Farbenindustrie AG adalah nama sebenar bagi IG Farben. Mungkin ramai tidak pernah dengar dengan nama ini, tetapi pada pada abad ke-20, IG Farben adalah syarikat berasaskan kimia paling menguntungkan di dunia sehingga mengalahkan syarikat Dupont daripada Amerika Syarikat. IG Farben ditubuhkan pada 25 Disember 1925 dengan gabungan 6 syarikat kimia terbesar di Jerman iaitu BASF(menjadi pembekal utama barangan berasaskan kimia dunia pada masa kini), Bayer, Hoechst, Agfa, Chemische Fabrik Griesheim-Elektron dan Chemische Fabrik vorm. Weiler Ter Meer. Ketika pada zaman kemuncak kegemilangannya, IG Farben diiktiraf sebagai antara empat syarikat terbesar di dunia iaitu General Motors, US Steel, dan Standard Oil.
Namun, penubuhan IG Farben diiringi dengan kontroversi apabila dikatakan menjadi pembekal utama gas pembunuh iaitu Zirkon-B di kem-kem holocoust. Ini dikuatkan dengan penemuan tin-tin terpakai Gas Zirkon-B yang berlabel Dagesh. Dagesh adalah syarikat yang membina Gas Zirkon-B yang mana IG Farben memiliki paten tersebut dengan kongsian dalam syarikat Dagesh sebanyak 42.2%.
Ketika Perang Dunia ke-2 tamat, seramai 24 orang pengarah IG Farben menghadapi pembicaraan jenayah perang dan 13 orang daripadanya dikenakan hukuman penjara.
9. Opel
Opel adalah syarikat automobile terkemuka Jerman yang ditubuhkan pada 21 januari 1863 oleh Adam Opel. Syarikat ini berpengkalan di Rüsselsheim, Hesse, Jerman. Pada awal penubuhannya, syarikat ini bukannya sebuah syarikat automobil sepertimana sekarang tetapi ia adalah syarikat pembuat mesin jahit. Pada tahun 1886, Adam Opel mula menerokai bidang automobil apabila mengeluar model basikal beroda tinggi. Bidang automobil jelas memberi hasil yang lumayan kepada Opel apabila penjualan model basikal ini jauh melebihi penjualan mesin jahit di Jerman. Syarikat ini mula mengorak langkah dalam pembinaan kenderaan empat roda pada tahun 1899 apabila berkerjasama dengan usahawan terkemuka Friedrich Lutzmann.Namun kerjasama ini kurang berjaya sehinggalah pada tahun 1914 apabila Opel berkerjasama dengan Alexandre Darracq sehingga muncul sebagai syarikat terbesar pengeluarannya di Jerman.
Ketika Perang Dunia ke-2, Opel muncul syarikat pembekal trak dan kenderaan perang kepada Jerman. Antara trak Opel yang terkenal adalah Opel Blitz. Model ini menggunakan enjin 3.6 liter yang digunakan secara meluas oleh Tentera-tentera Nazi Jerman. Opel juga membina enjin bagi Kettenkrad,sebuah kenderaan perang yang unik yang mula beroperasi ketika Operasi Penjajahan Russia. Kilang Opel di Rüsselsheim dan Brandenburg ini akhirnya dibom dengan teruk pada tahun 1945 oleh tentera-tentera Pihak Berikat.
10. NSU Motorenwerke AG
Ramai yang tidak mengenali dengan nama NSU Motorenwerke AG tapi apabila mendengar nama Audi mesti ramai yang tahu. Sebenarnya NSU Motorenwerke AG adalah nama asal bagi syarikat automobil, Audi. Syarikat ini ditubuhkan pada 1873 sebagai syarikat automobil dengan membina pelbagai jenis motorsikal, kereta dan trak. Antara model pertama yang dicipta oleh syarikat ini adalah model Germania iaitu sebuah basikal pada tahun 1886.
Ketika Perang Dunia ke-2, NSU membina kenderaan perang yang mahsyur iaitu Kattenkrad dengan enjin daripada Opel. Selepas perang, NSU ditukar namanya kepada Audi sempena nama pengasasnya August Horsh.
Tags: Boeing ketika WW2, Flying Fortress, KattenKrad, Liberator, Lutwaffe, Super Fortress, Syarikat Perang Dunia ke-2, Zero Fighter
About takusahrisau
Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.12 responses to “10 Senarai Syarikat Yang MEMACU Perang Dunia ke-2!”
Trackbacks / Pingbacks
- Peristiwa-Peristiwa Kemaafan dan Kemurahan Hati Rasulullah saw.. « Takusahrisau's Blog! - March 23, 2012
- (Video) Kebiadapan Tentera Israel terhadap Aktivitis Pro-Palestin.. « Takusahrisau's Blog! - April 17, 2012
- Faktor Sebenar Adolf Hitler Menyerang Poland pada tahun 1939.. « Takusahrisau's Blog! - April 26, 2012
- Kedashyatan Pengeboman Hiroshima..Bayang-bayang Lelaki Masih Kelihatan Hingga ke Hari Ini.. « Takusahrisau's Blog! - May 23, 2012
Leave a Reply Cancel reply
ANNIVERSARY
AUTHOR

CAHAYA MATA

Nama diberi Syed Uzair Nawfal..lahir pada 25 Jun 2012 jam 2.59 pagi..Saya mahu menjadi ulama, hafiz dan cendikiawan Islam..amin..
TUTUPLAH AURAT ANDA

firman Allah, “Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka melebarkan jilbabnya” [Al Ahzab:59]
SELAMATKAN ROHINGYA!

HAK CIPTA ARTIKEL
Ditegaskan artikel yang ditulis di blog takusahrisau adalah karangan dan garapan daripada penulis sendiri tanpa adanya unsur ciplak atau plagiat. Penulis tidak melarang mana-mana blogger atau forumer untuk mengambil artikel di sini bagi menghiasi blog dan forum kalian. Akan tetapi alangkah lebih baik jika disertakan sumber asal artikel bagi menjamin keaslian artikel tersebut.
Walaubagaimanapun, penulis tetap berterimakasih kepada para blogger dan forumer yang sudi mengambil artikel penulis untuk tatapan pembaca dan peminat. Semoga Allah swt memberkati kita semua. InsyaAllah..
SEARCH
ARCHIVES
- October 2013 (3)
- August 2013 (1)
- July 2013 (2)
- June 2013 (5)
- May 2013 (3)
- April 2013 (3)
- March 2013 (11)
- February 2013 (8)
- January 2013 (3)
- December 2012 (8)
- November 2012 (11)
- October 2012 (3)
- September 2012 (14)
- August 2012 (12)
- July 2012 (12)
- June 2012 (10)
- May 2012 (25)
- April 2012 (31)
- March 2012 (24)
- February 2012 (20)
- January 2012 (13)
- December 2011 (8)
- November 2011 (20)
- October 2011 (28)
- September 2011 (17)
- August 2011 (28)
- July 2011 (20)
- June 2011 (21)
- May 2011 (43)
- April 2011 (41)
- March 2011 (36)
- February 2011 (19)
- January 2011 (16)
- October 2010 (35)
- September 2010 (36)
- August 2010 (29)
- July 2010 (33)
- June 2010 (5)
TAGS!
CATEGORIES
TOP POST
- Senarai Haiwan Pupus yang Popular!
- (Gambar) Nolstagia Terengganu zaman dahulu..
- Kisah Dua Belia Yang Membunuh Abu Jahal Semasa Perang Badar..
- Al-Hajjaj..panglima kejam pada abad pertama Hijrah..
- TIGA Sebab Mengapa Tiada Lagi Kerasulan Selepas Nabi Muhammad S.A.W..
- (Gambar) Pemimpin Nazi Jerman yang dirakam wajahnya selepas meninggal dunia..
- Samiri yang Misteri. Siapakah Samiri?
- Benarkah Nabi Musa as Gagap?
- Maksud 'Alif Lam Mim' dan seumpama dengannya..
- Mongol dan Islam, Apa Yang Pembaca Perlu Tahu..
DEDIKASI!
::Al-fatihah kepada nenek Penulis, Mek Nong Binti Muda yang kembali ke Rahmatullah pada jam 2.30 pagi bersamaan 20 Safar 1432H atau 25 Januari 2011. Moga roh beliau dicucuri rahmat Ilahi::
::Al-fatihah kepada adikku tersayang, Sharifah Nurul Izzati Binti Syed Adnan al-Kaff yang selamat kembali ke Rahmatullah pada jam 4.00 petang bersamaan 5 Rejab 1432H atau 6 Januari 2011. Moga roh beliau sentiasa di lingkungan rahmatMU ya Allah.
::Blog takusahrisau! didedikasikan sepenuhnya kepada nenek dan adik kesayangan penulis::
WAJIB BACA!
Assalammualaikum wbt..
Berikutan masalah bandwidth di blog takusahrisau(dot)com, segala update terbaru akan disiarkan di dalam blog ini. Kepada para pembaca, penulis berharap anda semua terus menyokong blog takusahrisau.
Tanda sokongan anda adalah melalui komen-komen membina yang diberikan pada setiap artikel yang disiarkan. Kepada pembaca yang sedia memberi komen, penulis mengucapkan ribuan terima kasih.
Manakala kepada 'silent reader', anda masih boleh menunjukkan sokongan melalui kunjungan pada setiap hari. Jika ada kelapangan, anda jangan malu-malu untuk memberi sebarang pandangan dan cadangan pada ruangan komen yang disediakan.
Akhir kata, teruskan bersama takusahrisau! untuk artikel sebuah realiti..
slm perpaduan..
Twitter!
- ini sangat hebat! fb.me/7VArafaFa 4 years ago
- Islam ditekan kiri dan kanan..bukan org kafir shj tetapi juga orang islam itu sendiri.betul yang dikata..syurga... fb.me/yNimx34N 4 years ago
- 14 perkara yang perlu dilakukan dalam 10 minit pertama semasa bekerja untuk mengalakkan kerja yang lebih efisien. fb.me/7SIUkK4dE 4 years ago
- amacam ada yang terasa ke? fb.me/2q4KwW44G 4 years ago
- Ribuan menghadiri pengebumian jaguh tinju Muhammad Ali. fb.me/19VzMIHwn 4 years ago
Klik Untuk Menjadi Fan
MUTAKHIR@DAILYMAIL
- Moon: Astrophotographer snaps incredible photo of our lunar satellite April 2, 2021
- Instagram warns users about a new scam circulating that tries to steal your login details April 2, 2021
- Female sheep prefer to mate with submissive males than dominant ones April 2, 2021
- Iraqi baby is first boy ever to be born with THREE penises, doctors claim April 2, 2021
- NASA's Curiosity Mars rover takes a selfie with the 20ft-tall 'Mont Mercou' rock formation April 2, 2021
- Scientists find evidence of toxic chemicals in some face masks April 2, 2021
- Solar storm that appeared like 'a great fire' in 1582 could hit Earth AGAIN, experts warn April 1, 2021
MUTAKHIR@BERITA HARIAN
- An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
MUTAKHIR@HMETRO
- An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
MUTAKHIR@SOCCERNET!
- An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.













jenama keda mok teh x dok?
kdai wahab ada la weh..huhu
unik la blog ni.. aku ske
time kasih sahabat..
teruskan bersama saya di http://www.takusahrisau.com
tq so much..
skynet boleh surf http://www.takusahrisau.com untk update2 terbaru..
antara blog yg terbaiik dan penuh dgn informasi yg unik…
tq.. terharu dengan pujian anda..
maaf bertanya, kenapa eja Mitsubishi dengan Volkswagen salah?